SALAM

Showing posts with label JAMAAH. Show all posts
Showing posts with label JAMAAH. Show all posts

Wednesday, July 30, 2008

Muqabalah dan 'Lethargic Syndrome' ahli Gerakan

Dua isu yang saya bangkitkan pada kali ini adalah berkenaan muqabalah PAS-UMNO dan respon pada 'lethargic syndrom' dikalangan mahasiswa khususnya ahli gerakan.

Meneyentuh soal muqabalah dua parti besar Malaysia ini, sebagai mahasiswa pendirian kita ialah menyokong cadangan ini atas alasan perbincangan bukan bermakna penggabungan. Meskipun ramai yang mungkin akan sangsi akan kesetiaan PAS bersama Pakatan, saya tegaskan bahawa andai kita meneliti DASAR dan Perjuangan PAS sudah cukup untuk membuktikan bahawa penggabungan kedua-dua parti ini adalah mustahil.

Alasannya ialah, UMNO ditubuhkan atas dasar kebangsaan dan memperjuangkan hak Melayu, manakala PAS samakali tidak akan selama hayatnya menyokong sebarang perjuangan yang didasari SELAIN dari ISLAM. Perbezaan besar dari sudut basis dan tapak asas ini menjadi penghalang utama kepada penggabunagn kedua parti dominan negara ini.

Sementelah itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekali lagi mencadangkan usul agak 'extraterrestrial'..MANSUHKAN KEDUA PARTI, TUBUHKAN PARTI BARU.. Bagi mereka yang dangkal pemikirannya senang mereka mengatakan bahawa PAS punya hasrat untuk bergabubg dengan UMNO. Melihat pada sisi yang lain, sebenarnya statement diatas masih tidak TIDAK LENGKAP..Tuan Guru Nik Aziz mengatakan penubuhan parti baru perlulah dibina dan diasaskan atas DASAR ISLAM!

Alasannya ialah bagi menyelamatkan ahli UMNO dari terus memperjuangkan semangat kebangsaan yang samasekali tidak diiktiraf dalam ISLAM. Perubahan pada DASAR inilah yang akan menyebabkan halatuju dan gerak kerja UMNO ISLAM ini berobah dan sekaligus menghilangkan identiti UMNO sekular yang lama. Segala gerak kerja atas dasar agama ini kan digelar ibadah dan memperjuagkannya beroleh pahala dan redha dari Allah.

Berbalik kepada lethargic syndrome dikalangan mahasiswa dan ahli gerakan. Kita merasa kecewa dan sedih bilamana ada dikalangan ahli gerakan yang futur dan lari dari jalan perjuangan. Alasannya pelbagai. Kurang tarbiah, kurang dakwah, , lambakan masalah ahli dan sebagainya.

Saya tegaskan disini bahawa andai anda sedar bahawa gerakan anda punya masalah, robahlah ia!! Saya yakin dan percaya ahli gerakan kebiasaanya dari golongan yang baik-baik i.e tidak jahat. Andai mereka yang hanya pandai mengkritik ini TIDAK MAMPU MEROBAH golonagn yang baik ini, masakan mereka mampu merobah masyarakat yang jauhn lagi jahat. Mereka ini hanya pentingkan diri adn sangat naif lagi dhaif kerna mengaharapkan akan ada tangan manusia lain atau pertolonagn tuhan untuk merobah situasi dihadapan mata merka.

Apa yang mereka mampu buat hanyalah merintih dan mengkritik sedang tiada tindakan yang diambil. TAWARKAN DIRI anda untuk menjadi PIMPINAN jika anda punya idea dan keyakinan untuk merobah masyarakat dan ahli gerakan. Masalahnya mereka ini gol naif dan hanya megharap belas ihsan gerakan untuk mendidik dan mentarbiah mereka.

Konklusinya, kritikan diatas sangat tegas dan kasar. Saya akui kerna hal ini masih tidak berubah dari dahulu sehingga sekarang. berobahlah. ANDA IALAH AGENT PEROBAH!!
Robah suasana dalam jamaah anda dahulu sebagai latihan kepada perobahan masyarakat Malsyia yang lebih besar

Friday, July 25, 2008

Kritikal Malas Mengkritik

Emosi yang stabil lahir dari kematangan berfikir yang kritis dan kreatif. Rakan saya dari MPPUM pernah menegaskan pada saya bahawa kewujudan jamaah bukan untuk menyekat keupayaan ahlinya berfikir tetapi lebih kepada membentuk ahli yang bermentaliti pimpinan atau dalam erti kata lain ahli yang tidak hanya menurut sebagai Pak Turut tetapi ahli yang mampu menongkah arus membelah budaya.

Saya akui dalam teori inter-personal skill Dale Carnegie ada menyebut 3 asas dalam perhubungan sehat-NO CRITICIZE,NO CONDEMN, AND DONT BLAME OTHERS- tetapi perlu diingatkan bahawa ia hanya tertakluk kepada 'inter-personal' situation sahaja. Maknanya hak ahli untuk mengkritik program dan sistem jamaah masih ada kerna ia hak asasi ahli bahkan manusia.

Saya bangkitkan hal ini kerna andai diperingkat nasional kita berjuang bermatian untuk memansuhkan AUKU yang jelas memenjarakan minda siswa sejak dari 1970an, lalu hari ini seolah hal yang sama berlaku dalam jamaah Islam. Konsep wala' telah disalahguna dan disalah tafsir oleh ahli bahkan pimpinan untuk menakutkan ahli dan menjadikan mereka pasif, lemah tidak berupaya. Sebarang ruang untuk mengkritik ditutup bahkan mereka yang mengkritik dianggap sebagai tidak wala', khianat dan jatuh thiqah dikalangan ahli jamaah.

Saya tegaskan disini, budaya santun Melayu ini harus segera kita robah. Mengkritik bukan bermakna tidak wala' dan pemarah ataupun emosional, tetapi ia lebih kepada menyuarakan suara hati dan pendapat kita pada pimpinan jamaah. Budaya ini perlu disuburkan kerna ia memberi ruang kepada ahli untuk bernafas dan memberi respon kepada aktiviti dan program jamaah.

Apa gunanya kita menekan ahli gerakan dengan program yang pelbagai dan di'wajib'kan hadir setiap minggu andai selepas graduasi mereka berlepas tangan dan jemu bahkan futur kerna asakan bertalu dizaman kampus. Perlu diingat, ahli gerakan BUKAN ROBOT. Zaman kampus sahaja sistem ARAHAN boleh dilaksanakan dan ia tidak lama, 5 tahun cuma. Selepas itu??

Buat akhirnya, antara sebab kemalasan ahli gerakan untuk berfikir kerna IDEA dan PANDANGAN mereka dicantas mudah oleh pimpinan gerakan dan ruang berfikir tidak dibuka. Budaya berfikir perlu disuburkan dalam jamaah. Kita bukan mahu melahirkan ahli yang hanya tahu bekerja tetapi lebih dari itu ahli yang mampu berfikir dan mampu menilai baik atau buruknya sesuatu itu pada persepsi mereka dan akhirnya mampu meluahkan perasaan dan rasa hati mereka kepada massa jamaah. Impian kita memasyarakatkan jamaah perlu bermula dengan langkah pertamanya-JAMAAH MESRA AHLI- barulah AHLI MESRA MASYARAKAT.

Thursday, June 19, 2008

Sejarah Gerakan Islam di Malaysia


Pada sesi yang lalu coretan saya berkisar gerakan Islam sedunia. Untuk kali ini, saya rasa elok kiranya saya melakar serba sedikit berkenaan gerakan-gerakan Islam yang ada di tanah air kita ini. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk kita mencari titik persamaan dan bertasamuh dalam gerak kerja kita. Sesungguhnya umat Islam itu akan menjadi kuat pabila kita bersaling bantu tolong menolong dalam perkara kebaikan.

Perpecahan itu haram disisi agama. Terkadang penulis merasa takut melihat ‘anak muda’ dewasa ini sesuka hati mengkritik dan mencerca sesama sendiri. ‘Anak tua’ tua pun sama lagaknya. Apapun, saya menyeru ingatlah 3 prinsip Islam yang disifatkan oleh Dale Carnegie sebagai the most foundations on how to be great in public relation:

· First Principle is DON’T CRITICIZE,CONDEMN OR COMPLAIN

· Second Principle is GIVE HONEST AND SINCERE APPRECIATION

· Third Principle is AROUSE IN THE OTHER PERSON AN EAGER WANT

Jamaah Islah Malaysia(JIM)

Jamaah Islah Malaysia(JIM) ditubuhkan pada hari Jumaat 27 Julai 1990 bersamaan 5 Muharam 1411 apabila pendaftarannya diterima oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia oleh Haji Syaari Sungib dengan ketua muslimat pertamanya Hajah Fuziah Salleh(keduanya sekarang bergiat aktif dalam PAS dengan menjadi calon PRU). Visi JIM adalah untuk Membangun sebuah Negara Malaysia yang melaksanakan sepenuhnya syariat Islam menjelang 2020. Misi Jim ialah:

  • Membangun sumber manusia untuk melahirkan insan saleh wa musleh
  • Membudaya pendekatan perkongsian dan permuafakatan; dan
  • Mengislah dan menggembleng masyarakat ke arah penegakan kebenaran dan keadilan sejagat Kesemua ini dirumuskan oleh motto JIM, “Bersama Islam Membina Masyarakat

JIM adalah gerakan Islam yang menjadikan aktiviti-aktiviti da'wah dan pembangunan sosial sebagai teras aktivismenya. Dengan misi “Bersama Islam Membina Masyarakat”, JIM akan meneruskan usaha dakwah dan amal Islami melalui pelbagai wadah di dalam lingkungan perundangan Malaysia. JIM yakin bahawa Islam adalah jalan penyelesaian kepada segala permasalahan dan penyakit masyarakat.

JIM kini mempunyai 14 cawangan Negeri dan 54 cawangan Daerah dan keahliannya telah mencecah lebih dari 8,000 orang. Penonjolan dakwah JIM di tengah-tengah masyarakat akan berdasarkan kepada 5 unsur iaitu Islam, Good Governance”, Wanita, Belia dan Kepedulian

Sebagai sebuah gerakan Islam, JIM sentiasa berusaha untuk mendaulatkan syariah.

PKPIM Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berdaftar secara rasmi dengan Pendaftaran Pertubuhan pada 27 Jun 1961, dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu dan pada tahun 1963 namanya ditukar seperti yang ada sekarang

PKPIM ditubuhkan pada 31 Mac 1961 bertempat di Asrama Kedua, Universiti Malaya. Penubuhan PKPIM telah diusahakan oleh sekumpulan 10 orang pelajar dari 5 buah institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Malaya, Maktab Teknik Kuala Lumpur, Maktab Pertanian Malaya, Kolej Islam Malaya dan Maktab Perguruan Bahasa bertujuam menggabungkan semua persatuan pelajar Islam tanahair dan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi kepentingan pelajar-pelajar Islam dipersekutuan Tanah melayu

Penubuhannya di peringkat awal bertujuan untuk menjadi wakil pelajar-pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu membuat hubungan di peringkat kebangsaan serta dengan lain-lain persatuan pelajar Islam di luar negara.

Bermulanya kesedaran tentang perlunya sebuah persatuan pelajar Islam adalah ekoran daripada Seminar Pelajar-Pelajar Islam se-Malaya yang diadakan pada 4 September 1960 bertempat di Universiti Malaya yang buat pertama kalinya dianjurka atas nama Islam. Perwakilannya terdiri dari pelajar-pelajar dari Malaya, Indonesia, Singapura, serta para jemputan dari Brunei, Sabah, Sarawak, Filipina dan Ceylon. Antara resolusi seminar tersebut ialah perlunya persatuan pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu mengadakan satu persatuan kebangsaan bagi menyatupadukan pelajar-pelajar Islam di Persekutuan Tanah Melayu.

Sejak ditubuhkan hinggalah ke saat ini, dasar pergerakan PKPIM tetap berlandaskan kepada Al-Amr bil Ma’ruf dan an-Nahyu a’nil Munkar, selaras dengan tujuan penciptaan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi.

Perjuangan PKPIM tidak terbatas pada golongan pelajar, tetapi lebih luas termasuk cuba mencari penyelesaiaan terhadap masalah Ummah dan kepentingan sejagat.. PKPIM turut menyuarakan keprihatinannya terhadap masalah-masalah isu antarabangsa seperti Palestine, umat Islam minority di Patani, isu Afghanistan, isu umat Islam Filipina dan sebagainya.
Antara sumbangan terpenting PKPIM ialah gagasan penubuhan Universiti Islam Antarabangsa yang pertama di negara ini yang diusahakan dalam Kongres Kemajuan Islam Semenanjung Malaysia yang dianjurkan oleh PKPIM pada tahun 1966.

Cita-cita PKPIM untuk melahirkan golongan pelajar yang memahami Islam sebagai cara hidup yang syumul dengan pendekatan berhikmah merangkumi di peringkat pelajar dan selepas zaman pelajar. Justeru itu bagi memastikan wujudnya kesinambungan perjuangan dan keperluan kepad satu pergerakan yang stabil dan bersigfat jangka panjang, maka Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada tahun 1971 dalam Muktamar PKPIM ke-10.
PKPIM akan terus berbakti sesuai dengan motonya “HIDUP BIAR BERJASA”.


HALUAN

HALUAN ialah sebuah pertubuhan kebajikan yang didaftarkan pada tahun 1988 di Selangor. Ia bermula dengan keahlian di negeri Selangor kemudian secara beransur berkembang ke cawangan-cawangan di serata semenanjung pada awal 1990.

HALUAN memberi tumpuan kepada kegiatan kebajikan untuk ahlinya dalam meningkatkan profesionalisme dan kerjasama dalam kepentingan sosial dan pembangunan manusia. Hasil dari komitmen ahli, HALUAN kini aktif memberi sumbangan kepada orang ramai dengan motto “Mendidik dan Berbakti.

Pada setiap tahun HALUAN mengadakan siri ceramah motivasi pelajar pada semua peringkat, bimbingan keluarga bahagia, pemeriksaan kesihatan dan rawatan percuma untuk penduduk di luar bandar, derma wang ringgit kepada golongan yang memerlukan dan pelbagai bentuk bantuan lagi.

Mulai tahun 2002 HALUAN telah memfokuskan peranannya dalam bidang kebajikan mayarakat bagi menjayakan hasrat Negara melahirkan masyarakat yang prihatin. HALUAN juga turut menumpukan aspek pembangunan pendidikan dan kecemerlangan ilmu dalam semua peringkat umur bagi melahirkan masyarakat yang bertamadun dan terbilang.

Antara objektif penubuhan HALUAN ialah:

  1. Membantu kerajaan dalam menangani masalah sosio-ekonomi terutama dalam aspek pembinaan keluarga bahagia, penyelesaian konflik keluarga dan remaja, saran keluarga tunggal, miskin dan anak yatim.
  2. Mengekalkan semangat dan sifat prihatin dalam masyarakat Malaysia untuk menyumbang kepada keharmonian dan kerukunan masyarakat.
  3. Menjadi bahan perantara penderma dan penerima derma.

ISMA

ISMA merujuk kepada Ikatan Muslimin Malaysia ditubuhkan pada tahun 1977. Ia merupakan Badan Bukan Kerajaan(NGO) yang berdaftar dan tidak bermotifkan keuntungan. ISMA berhasrat untuk memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masayrakat sama ada dari aspek kebajikan sosial , pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.

VISI ISMA ialah membangun kekuatan tamadun Islam di Malaysia berasaskan keadilan bersama. Misi ISMA ialah Membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi.

Objektif kepada penubuhan ISMA ialah

  • Memantapkan kefahaman ahli serta masyarakat bagi melahirkan pimpinan dimasa hadapan
  • Mengangkat kesedaran peri-pentingnya pembinaan keluarga
  • Membentuk remaja kearah membangunkan potensi intelektual dan spiritual
  • Membimbing pemuda menjadi individu muslim berketerampilan dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara
  • Menyedia,menerbit dan menyalurkan maklumat-maklumat yang melibatkan kepentingan ahli dan masyarkat melalui saluran media yang dibenarkan

Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) dahulunya dikenali dengan nama Ikatan Siswazah Muslim Malaysia dewasa ini bergerak aktif di ditengah-tengah masyarakat untuk mengurangkan gejala-gejala sosial dikalangan remaja dan dewasa. Program-program yang dilaksanakan menjurus kepada penghayatan kehidupan beragama dan pengamalannya didalam kehidupan seharian.

Konklusi untuk edisi yang pertama ini, bukankah kita dapat melihat bahawa gerakan-gerakan ini matlamatnya adalah sama, berjuang demi agama mengangkat martabat umat dan meninggikan kalimah Allah dimuka bumi ini. Tidak sepatutnya ada sebarang perpecahan dan merendah-rendahkan jamaah yang lain. Andai ada berlaku, kita bersangka baik bahawa itu kesilapan peribadi kerna kita menilai sesutu jamaah ialah pada dasar dan perlembagaannya, bukan pada sikap dan perangai ahlinya yang mungkin terlalu beremosi. Akhir kalam, bersama kita Membangun Bersama Islam!

to be continued...

Rujukan:

Laman RASMI JIM, PKPIM, HALUAN dan ISMA

Dale Carnegie

Wednesday, March 26, 2008

Demi untuk HlizbuLlah yang satu, dan demi untuk Harakah Islamiyyah

Bagi menjawab soalan sahabat saya yang bertanyakan tentang taadud jamaah, disini saya lampirkan keterangan Al-Ustaz Sa’id Hawwa dalam bukunya Beberapa Pelajaran Dalam Amal Islami :
"Prinsip asal di dalam Islam menuntut supaya orang orang Islam
berada di dalam satu jamã’ah sahaja di dunia ini, lebih-lebih lagilah di dalam
sesebuah negara yang semestinya hanya satu jama’ah sahaja yang ujud.

Ustãdh Hassan Al-Bannã rahimahuLlah telah pun meletakkan Rukun
Kefahaman di dalam Usul ‘Isyirin sebagai titik pertemuan yang dengannya
dapat disatukan seluruh orang-orang Islam khususnya dari segi kefahaman
terhadap Islam itu sendiri.
Untuk itu Ikhwãn diminta supaya melahirkan
suatu sighah (bentuk) penyusunan yang sesuai dan yang boleh sampai
kepada penglahiran suatu saff (front) yang bersatu di dalam sesebuah negara
atau ke arah penyusunan yang satu di dalam sesebuah negara, dan
seterusnya ke arah pembentukan Harakah Islamiyyah yang tunggal di dunia
ini.
Bermula dan kejatuhan Khulafah Islamiyyah sehinggalah ke sa’at ini,
mereka yang beriman dengan Islam belum lagi mampu membentuk suatu
jamã’ah dengan qiyadah (pimpinan) yang satu di dalam sesebuah negara,
lebih-lebih lagilah untuk melahirkan suatu jamã’ah yang’bersatu untuk
semua negara.
Oleh itu kita dapati di dalam sesebuah negara timbul
kelompok-kelompok yang berdasarkan kepada tasawwuf kelompokkelompok
yang berdasarkan kepada ‘ilmiyyah dan kelompok-kelompok yang
berdasarkan kepada kebajikan masyarakat serta kumpulan-kumpulan yang

berdasarkan kepada asas-asas fikiran atau politik tertentu. Dan saudara akan
dapati individu-individu yang banyak ini terbawa-bawa dengan arus dan
hanyut tanpa mempunyai hubungan langsung dengan mana-mana
penyusunan.

Sesungguhnya saudara tidak akan mendapati golongan orang-orang
Islam yang bersatu di dalam kumpulan yang satu yang mempunyai matlamat
yang satu, penyusunan yang satu dan fikiran yang satu. Malah saudara akan
mendapati mereka berpuak-puak dan berpecah-belah.
Apakah punca
kesemuanya ini?

Suatu pengamatan yang teliti kepada Al-Qur’anul-Karim dan Sunnah
Al-Rasül yang suci akan menyingkapkan beberapa sebab musabab akan
kenapa berlakunya yang demikian itu. Begitu juga suatu pengamatan yang
tenang terhadap waqi’ dan realiti akan membukakan kepada kita sebilangan
sebab-sebab mengapa terjadinya yang demikian itu.
Di bawah ini disebutkan
sebilangan darinya dengan ringkas supaya dapat kita memperhatikannya:

1. Al-Qur’ãnul-Karim menyebut bahawa diantara sebab sebab bagi
perpecahan di kalangan Bani Israel adalah kerana melupakan sebahagian
daripada wahyu yang diturunkan kepada mereka
. Firman Allah Subbanahu
Wata’ala:

“Tetapi mereka sengaja melupakan sebahagian daripada apa yang mereka diberi
peringatan dengannya; maka Kami timbulkan di antara mereka permusuhan dan
kebencian...”
(Sürah Al-Mã’idah: Ayat 14)

Oleh itu dewasa ini, bila mana orang-orang Islam atau sebahagian
daripada mereka melupakan Islam atau sebahagian daripadaNya, ataupun
lupa untuk melaksanakan satu ayat sahaja daripada Al Qur’an itu, atau lupa
untuk berusaha ke arah melaksanakannya walaupun perlaksanannya buat
masa ini merupakan suatu perkara yang sukar, maka hasil dan kealpaan ini
mengakibatkan perseteruan dan kebencian merebak di kalangan sesama
mereka.

Bagi mereka-mereka yang memerhatikan waqi’ (realiti) orang-orang
Islam di hari ini mereka akan mendapati bahawa sebahagian daripada orangorang
Islam itu telah lupa bahawa mereka telah ditaklifkan oleh AllAh
Subbanahu Wata’Ala untuk memerintah dengan apa yang telah diturunkan
oleh Allah Subbanahu Wata’Ala semata-mata.
Sebahagian yang lain pula lupa
bahawa mereka telah diperintahkan untuk bantu membantu di antara satu
sama lain ke arah kebajikan. Begitu juga sebahagian yang lain telah lupa
aspek-aspek ‘ibadat, moral dan budi pekerti. Malahan bagi seluruh Ummat
Islam, tanggapan mereka terhadap Islam itu tidak lagi sempurna.
Sesungguhnya kealpaan kita akan hakikat yang sebagai orang Islam kita
tidak seharusnya wala’ dan ta’at kepada yang lain daripada Islam dan
penganut-penganutnya sahaja sudah cukup untuk membawa kepada
perpecahan. Persoalan ini ketara sekali.
Demikian juga kealpaan orang-orang
Islam bahawa mereka berkewajipan untuk menegakkan hukum. hukum
Islam supaya dengan itu akan terlaksanalah Islam dan Jihad; dan kealpaan ini
juga sudah cukup untuk membawa kepada perpecahan. Inilah yang sedang
beriáku di hadapan mata-kepala kita sekarang ini.
Saudara boleh sebutkan berbagai-bagai sudut lain di dalam Islam yang
telah dilupai oleh orang-orang Islam. Inilah sebab utama dan sebilangan
sebab-sebab perpecahan di kalangan orang-orang Islam.

2. Al Qur’ãnul-Karim juga telah menyebut satu lagi sebab sebab perpecahan
di kalangan Bani Israel; iaitulah hasad dengki
. Firman AIIah Subbãnahu
Wata’ãla:
“Dan mereka (ahli Kitãb) tidak berpécah-belah melainkan sesudah datangnya
pengetahuan kepada mereka kerana kedengkian di antara mereka.”
(Al-Syurä: Ayat 14)
RasüluLläh SallaLahu ‘alaihi Wasallam telah mentafsirkan ayat ini
dengan sabadaNya:
“Telah meresap di kalangan kamu penyakit ummah yang terdahulu daripada kamu,
iaitulah hasad dan kebencian yang merupakan pemotong. Aku tidak berkata ianya
pemotong rumput, tetapi ianya pemotong yang memotong ugama.”
Maka hasad dengki; tidak mungkin dapat bertemu sesamanya di
antara manusia.

3. Al Qur’anul-Karim juga menyebut beberapa sebab persefahaman yang
sebenarnya di antara jiwa-jiwa manusia; iaitulah Rahmat Allah Subhanahu
Wata’äla. Al-Qur’an juga telah menyebut sifat-sifat yang mesti dimiliki oleh
orang-orang yang beriman demi untuk mendapatkan Rahmat Allah, yang
mana selepas itu akan berlakulah persefahaman hati (jiwa).
Firman Allah
Subhãnahu Wata’aIa:

“Tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi Rahmat
oleh Tuhanmu, dan untuk itulah Allah mencipta mereka.”
(Sürah Hüd: Ayat 118—119)

Dan Firman Allah untuk memperingatkan lagi sifat sifat mereka yang
layak mendapat RahmatNya:

“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah
menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang ma’rüf,
mencegah yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka
ta’at kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi Rahmat oleh Allah
sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(Sürah At-Täubah: Ayat 71)

“dan yang mempersatukan hati-hati mereka (orang orang yang beriman). Walaupun
kamu membelanjakan semua kekayaan yang ada di bumi, nescaya kamu tidak akan
dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mere
ka.”
(Sürah Al-Anfal: Ayat 63)

Tuesday, June 12, 2007

Kewajipan Aku untuk Bersiyasah?


aku rasa,artikel2 yang hebat aku nak simpan di blog aku..persoalan2 ni pun selalu aku fikir..dengan keadaan ilmu yang aku ada membataskan hujah yang aku mampu rasionalkan pada diriku..jadi..elok benar aku letak di blog aku..kalau sahabat2 tanak baca pun,aku masih dapat manfaatnya..Ya Allah..KAu tunjukkanlah kami jalan yang lurus dan letakkanlah keyakinan pada jalan perjuangan kami dgn asbab ilmuMu jua..


KEWAJIPAN BERSIASAH UNTUK KEDAULATAN ISLAM
Ust wan ji wrote:" Tidak di sangka-sangka, tulisanku yang lepas telah di"peduli"kan oleh Ust Din Tantawi untuk dijadikan "hidangan ilmu" kepada pelayar blog beliau.
Aku mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada beliau kerana menjadikan blog aku ini sebagai salah satu sumber bacaan dan menyebarkan ulasan aku didalam sesuatu perbahasan.
Tiada sesuatu yang menggemberikan bagi seorang blogger, kecuali apabila blognya telah dijadikan sebagai bahan bacaan.Membaca komen-komen dari sahabat-sahabat "alam maya", dapat dilihat bagaimana persepsi pembaca dari makalah yang telah aku tulis itu.
Ada dari mereka yang mengambil sikap menyokong, dan tidak lepas juga dari kalangan mereka yang mengambil sikap kontra.Melihat sikap pengkomen itu pun sudah cukup untuk dinyatakan bahawa khilafiyyah adalah sesuatu yang sememangnya berlaku, dan usaha untuk menghilangkan khilafiyyah adalah sesuatu yang mustahil didalam dunia yang fana' ini.
Walaubagaimanapun, khilafiyyah yang boleh di terima adalah apabila khilafiyyah itu berdasarkan kepada ulasan yang mempunyai sumber islam yang asli, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, juga melihat kepada perbahasan ulama-ulama yang muktabar dari sudut yang menyeluruh, bukan di ambil "sedikit-sedikit" bagi membenarkan usaha kelompok tertentu.
Jika di baca semua article-artikle dalam blogku ini, di lihat seakan-akan aku adalah seorang yang berada didalam gerakan Islam yang induk di Malaysia ini, iaitu PAS.Sememangnya aku seorang ahli PAS yang berdaftar, tetapi blog ini bukanlah sebagai "suara / lidah rasmi PAS", ini kerana, di dalam blog ini, Aku pernah mengkritik sebilangan kepimpinan PAS yang pada pandangan aku, tindakan mereka itu perlu di kritik.
ISLAM DAN SIASAH (POLITIK)Dari segi bahasa, Islam memberi maksud penyerahan diri. Adapun makna Islam dari sudut istilahnya terlalu banyak definisi yang dikemukakan oleh ulama.
Jika membaca kitab karangan Dr Abdul Karim Zaidan yang bertajuk "Usul Ad-Dakwah", beliau telah mendatangkan lebih enam definisi bagi Islam. Walaubagaimanapun, Dr Abdul Karim Zaidan telah menyatakan bahawa, Islam adalah sebuah agama yang berdasarkan kepada hadis jibril
[1], iaitu sabda Nabi SAW sebagai jawapan dari persoalan jibril;

Maksudnya;"Islam adalah, kamu bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasulullah, kamu mendirikan solat, menunaikan zakat, kamu berpuasa Ramadhan, haji di Baitullah sekiranya kamu mampu kepadanya"
[2].Hadis ini sebenarnya merupakan definisi Islam yang paling konprehensif bagi memahami islam yang sebenar.Bersyahadah bukan memahaminya dari sudut menyebutnya dengan lidah semata-mata, bahkan kandungan syahadah itu hendaklah difahami dengan meletakan ketauhidan yang tinggi pada Allah.
Mengakui "uluhiyyah" Allah dan "Rububiyyah" Allah merupakan syarat keimanan seseorang yang mendakwa diri mereka sebagai mukmin.
Menafikan salah satu dari kedua-dua tauhid ini atau menafikan kedua-duanya sekali, maka orang tersebut sudah dikira sebagai terkeluar daripada Islam.
Sebagai muslim, kedua-dua tauhid ini perlu di serasikan dengan gerak kerja.
Golongan ahl kitab yang telah terkeluar dari islam adalah berpunca dari mereka hanya mendakwa bahawa mereka mentauhidkan Allah dari sudut "uluhiyyah" Allah, tetapi dalam masa yang sama mereka menafikan "Rububiyyah" Allah SWT.
Perkara ini jelas dengan tindakan mereka yang menafikan kenabian Nabi Muhammad SAW; yang telah ditetapkan oleh Allah sebagai Nabi akhir zaman. Dengan semangat kebangsaan Bani Israil yang terlalu menebal, sehinggakan mereka berani menkufuri Nabi Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman.Keadaan ini telah dinyatakan oleh Allah didalam firman-Nya;

Maksudnya;"Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, karena dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran"(Surah Al-Baqarah : 109)
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa punca kedengkian bani Israil yang mahu nabi itu dari bangsa mereka, tetapi Allah telah memilih Nabi Muhammad SAW menjadi Nabi akhir zaman, menyebabkan mereka bukan sekadar mengkufuri Nabi SAW sahaja, bahkan mereka telah berusaha untuk memurtadkan orang-orang yang telah beriman dengan Allah dan Nabi SAW[3].
Disebabkan sikap ahl kitab yang telah menafikan tauhid "rububiyyah" maka dengan demikian, tauhid "uluhiyyah" itu ternafi dari mereka, walaupun mereka mendakwa bahawa mereka mentauhidkan Allah dari sudut "uluhiyyah" sekalipun.
BERSIASAH MERUPAKAN TUNTUTAN TAUHIDSesungguhnya Allah adalah tuhan yang maha adil kepada makhluknya. Keadilan Allah itu terbukti dengan mengutuskan Nabi-nabi bagi mendidik umatnya supaya menjalani kehidupan mereka dengan baik dan harmoni.Maka dengan demikian, Allah mendatangkan Al-Quran kepada Nabi SAW untuk disampaikan kepada umatnya bagi merealisasikan keadilan-Nya itu terhadap makhluk-makhluk.
Al-Quran adalah sebuah kitab; merupakan panduan hidup manusia bagi mereka mendapat kehidupan yang baik. Maka dengan demikian, perlaksanaan Al-Quran perlu di usahakan supaya Al-Quran itu tidak sekadar menjadi bahan bacaan, teori, perbincangan mufti-mufti dan musabaqah sahaja, bahkan Al-Quran wajib di letakan pada tempatnya iaitu dilaksanakan didalam pemerintahan, kehidupan dan sebagainya
Setelah kejatuhan khalifah osmaniyah di Turki pada tahun 1924 , maka umat sudah mula dijadikan sebagai "bahan buli" oleh musuh-musuh Islam. Umat Islam sudah mula di jajah oleh musuh-musuh Islam dari semua segi, samada dari segi pemerintahan, pemikiran, ilmu dan sebagainya.
Dengan keadaan sedemikianlah, berusaha kearah mendaulatkan Islam menjadi fardu Ain kepada seluruh umat Islam. Memberi maksud; apabila seseorang umat Islam tidak berusaha kearah itu, maka orang islam tersebut sudah berada didalam dosa.
SIASAH ISLAMIYYAH (POLITIK ISLAM) DI MALAYSIAMalaysia adalah salah sebuah Negara yang tidak terketinggalan sebagai Negara yang pernah di jajah oleh musuh Islam. Walaupun penjajah telah meninggalkan negara, tetapi pemikiran, kepimpinan, system pemerintahan penjajah masih lagi kuat diamalkan di Negara ini.
System kapitalis didalam ekonomi Malaysia merupakan antara bukti kukuh yang menyatakan bahawa Malaysia masih lagi kuat mengamalkan system pemerintahan penjajah. Maka dengan demikian, tidak pelik, kenaikan harga barang menjadi isu yang sering dibincangkan dikalangan rakyat Malaysia pada setiap tahun.
System pemerintahan yang "merantingkan" atau "membirokan" agama menjadi sebagai bukti bahawa pemerintahan Negara ini berdasarkan kepada system penjajah.Maka dengan demikian, mengubah segala system penjajah ini merupakan sesuatu yang wajib.
Walaubagaimanapun, apakah cara yang terbaik bagi menukarkan system penjajah tersebut kepada system Islam?Tidak ada cara lain, hendaklah di usahakan supaya kita berusaha kearah untuk menggantikan kepimpinan yang ada sekarang kepada kepimpinan yang berteraskan kepada Islam.
Di Malaysia, kaedah yang paling baik untuk menukarkan kepimpinan tersebut adalah menggunakan kaedah pilihanraya yang berhajat kepada penubuhan parti-parti. Maka dengan kesedaran ini, lahirlah di Malaysia sebuah parti yang bernama PAS, atau Parti islam Se-Malaysia.Tindakan itu tidak bercanggah dengan Islam, kerana kaedah fiqh ada menyatakan;

¨Maksudnya;"tidak akan sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka melaksanakannya adalah sesuatu yang wajib[4]".
Ada sebahagian dari kalangan "agamawan" mendakwa bahawa, kaedah pilihanraya adalah bercanggah dengan Islam, dengan alasan bahawa kaedah tersebut telah "diciplak" dari barat.Perlu difahami, tidak semua kaedah barat perlu di tolak, bahkan selagi mana kaedah tersebut tidak bercanggah dengan nas yang qatii, maka kaedah tersebut boleh di terima.
Juga perlu difahami, perlaksanaan kaedah pilihanraya bukanlah menunjukkan bahawa iktikad kepada fikrah barat, sebaliknya ia hanyalah merupakan wasilah, bukanlah merupakan maksud ataupun matlamat.
Tidak semua perkara yang datang dari barat ditegah, ini kerana berdasarkan kepada sirah menunjukkan Rasulullah s.a.w sendiri pernah mengambil fikrah barat, yang mana ianya adalah seperti berikut
;(a) Rasulullah menerima fikrah "menggali parit" dalam peperangan Ahzab, sedangkan fikrah menggali parit dalam peperangan adalah fikrah yang datang dari kalangan orang Farsi yang menganut agama majusi.
(b) Rasulullah s.a.w telah menggunakan kepandaian orang musyrik yang ditawan dalam peperangan badar dengan mengajar membaca dan menulis kepada orang Islam yang buta huruf[5]
Oleh yang demikian, tidak semua kaedah barat ditegah, bahkan dibenarkan kepada kita mengambil kaedah barat selagi tidak bercanggah dengan nas yang muhkam dan kaedah-kaedah syarak yang thabit.
PENUTUP
Menyokong dan mendokong PAS memberi makna, berusaha hendak menggantikan system pemerintahan penjajah kepada Islam. Maka dengan demikian, tindakan sedemikian adalah sesuatu yang wajib.
Kepimpinan PAS terdiri dari manusia yang tidak ma'sum dari melakukan kesilapan, maka dengan demikian PAS menyediakan ruang untuk di kritik atas tujuan kemenangan Islam.Mengkritik dengan tujuan yang baik adalah sesuatu yang wajib.
Adapun mengkritik untuk menjatuhkan dan merosakan PAS di samakan dengan menjatuhkan usaha hendak mendaulatkan Islam.Maka dengan demikian, semua kritikan perlu dilakukan, tetapi dilihat, adakah kritikan itu mahu membangunkan PAS atau mahu merosakan PAS.Jika kritikan itu bertujuan untuk merosakan PAS, maka dia sudah berada didalam lingkungan orang yang telah melakukan dosa, kerana mahu merosakan usaha untuk mendaulatkan Islam didalam pemerintahan Negara.Wallahu `Alam
Sekian
Usul ad-Dakwah (terjemahan) : 1/13.[2] Sunan Abi Daud : 12/306. hadis no : 4075. hadis ini telah disahihkan oleh As-Syaikh Albani RA didalam kitabnya "Sahih wa Daif Al-Jami' As-saghir : 10/488. hadis no : 4541.[3] Tafsir Ibni Kathir : 1/154.[4] Kaedah fiqhiyyah. Lihat dalam kitab "al-Imamah Al-Uzma `Inda Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah: karangan Syaikh Abdullah bin Omar bin Sulaiman ad-Damiji; m/s 58.[5] Lihat Kitab "Fatawa Maasiroh" (2/643) : karangan Dr Yusuf Al-Qardawi