SALAM

Wednesday, July 30, 2008

Muqabalah dan 'Lethargic Syndrome' ahli Gerakan

Dua isu yang saya bangkitkan pada kali ini adalah berkenaan muqabalah PAS-UMNO dan respon pada 'lethargic syndrom' dikalangan mahasiswa khususnya ahli gerakan.

Meneyentuh soal muqabalah dua parti besar Malaysia ini, sebagai mahasiswa pendirian kita ialah menyokong cadangan ini atas alasan perbincangan bukan bermakna penggabungan. Meskipun ramai yang mungkin akan sangsi akan kesetiaan PAS bersama Pakatan, saya tegaskan bahawa andai kita meneliti DASAR dan Perjuangan PAS sudah cukup untuk membuktikan bahawa penggabungan kedua-dua parti ini adalah mustahil.

Alasannya ialah, UMNO ditubuhkan atas dasar kebangsaan dan memperjuangkan hak Melayu, manakala PAS samakali tidak akan selama hayatnya menyokong sebarang perjuangan yang didasari SELAIN dari ISLAM. Perbezaan besar dari sudut basis dan tapak asas ini menjadi penghalang utama kepada penggabunagn kedua parti dominan negara ini.

Sementelah itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekali lagi mencadangkan usul agak 'extraterrestrial'..MANSUHKAN KEDUA PARTI, TUBUHKAN PARTI BARU.. Bagi mereka yang dangkal pemikirannya senang mereka mengatakan bahawa PAS punya hasrat untuk bergabubg dengan UMNO. Melihat pada sisi yang lain, sebenarnya statement diatas masih tidak TIDAK LENGKAP..Tuan Guru Nik Aziz mengatakan penubuhan parti baru perlulah dibina dan diasaskan atas DASAR ISLAM!

Alasannya ialah bagi menyelamatkan ahli UMNO dari terus memperjuangkan semangat kebangsaan yang samasekali tidak diiktiraf dalam ISLAM. Perubahan pada DASAR inilah yang akan menyebabkan halatuju dan gerak kerja UMNO ISLAM ini berobah dan sekaligus menghilangkan identiti UMNO sekular yang lama. Segala gerak kerja atas dasar agama ini kan digelar ibadah dan memperjuagkannya beroleh pahala dan redha dari Allah.

Berbalik kepada lethargic syndrome dikalangan mahasiswa dan ahli gerakan. Kita merasa kecewa dan sedih bilamana ada dikalangan ahli gerakan yang futur dan lari dari jalan perjuangan. Alasannya pelbagai. Kurang tarbiah, kurang dakwah, , lambakan masalah ahli dan sebagainya.

Saya tegaskan disini bahawa andai anda sedar bahawa gerakan anda punya masalah, robahlah ia!! Saya yakin dan percaya ahli gerakan kebiasaanya dari golongan yang baik-baik i.e tidak jahat. Andai mereka yang hanya pandai mengkritik ini TIDAK MAMPU MEROBAH golonagn yang baik ini, masakan mereka mampu merobah masyarakat yang jauhn lagi jahat. Mereka ini hanya pentingkan diri adn sangat naif lagi dhaif kerna mengaharapkan akan ada tangan manusia lain atau pertolonagn tuhan untuk merobah situasi dihadapan mata merka.

Apa yang mereka mampu buat hanyalah merintih dan mengkritik sedang tiada tindakan yang diambil. TAWARKAN DIRI anda untuk menjadi PIMPINAN jika anda punya idea dan keyakinan untuk merobah masyarakat dan ahli gerakan. Masalahnya mereka ini gol naif dan hanya megharap belas ihsan gerakan untuk mendidik dan mentarbiah mereka.

Konklusinya, kritikan diatas sangat tegas dan kasar. Saya akui kerna hal ini masih tidak berubah dari dahulu sehingga sekarang. berobahlah. ANDA IALAH AGENT PEROBAH!!
Robah suasana dalam jamaah anda dahulu sebagai latihan kepada perobahan masyarakat Malsyia yang lebih besar

4 comments:

  1. Kualiti anta dalam penulisan tidak ubah seperti dalam percakapan.




    www.diariharis.net.tc

    ReplyDelete
  2. bagi ana elok je.. hehe. still tegas macam dekat sekolah dulu ye akhi.. bagus2..

    "Saya tegaskan disini bahawa andai anda sedar bahawa gerakan anda punya masalah, robahlah ia!!"

    Setuju..

    "Alasannya pelbagai. Kurang tarbiah, kurang dakwah, , lambakan masalah ahli dan sebagainya."

    Andai siapa2 yg berkata begini.. ingatlah.. Allah tidak memerlukan anda utk membela agamanya.. Anda lah yang memerlukan-Nya..

    "Jika kamu menolong agama Allah, maka Allah akan menolong kamu, dan menaikkan darjat kamu."
    (Muhammad, 7)

    Tak percaya? Generasi salaf (terdahulu) telah membuktikan..

    Bersama kita berubah.. Niat, dan CUBA bergerak. Ameen..

    ReplyDelete