SALAM

Friday, July 25, 2008

Kritikal Malas Mengkritik

Emosi yang stabil lahir dari kematangan berfikir yang kritis dan kreatif. Rakan saya dari MPPUM pernah menegaskan pada saya bahawa kewujudan jamaah bukan untuk menyekat keupayaan ahlinya berfikir tetapi lebih kepada membentuk ahli yang bermentaliti pimpinan atau dalam erti kata lain ahli yang tidak hanya menurut sebagai Pak Turut tetapi ahli yang mampu menongkah arus membelah budaya.

Saya akui dalam teori inter-personal skill Dale Carnegie ada menyebut 3 asas dalam perhubungan sehat-NO CRITICIZE,NO CONDEMN, AND DONT BLAME OTHERS- tetapi perlu diingatkan bahawa ia hanya tertakluk kepada 'inter-personal' situation sahaja. Maknanya hak ahli untuk mengkritik program dan sistem jamaah masih ada kerna ia hak asasi ahli bahkan manusia.

Saya bangkitkan hal ini kerna andai diperingkat nasional kita berjuang bermatian untuk memansuhkan AUKU yang jelas memenjarakan minda siswa sejak dari 1970an, lalu hari ini seolah hal yang sama berlaku dalam jamaah Islam. Konsep wala' telah disalahguna dan disalah tafsir oleh ahli bahkan pimpinan untuk menakutkan ahli dan menjadikan mereka pasif, lemah tidak berupaya. Sebarang ruang untuk mengkritik ditutup bahkan mereka yang mengkritik dianggap sebagai tidak wala', khianat dan jatuh thiqah dikalangan ahli jamaah.

Saya tegaskan disini, budaya santun Melayu ini harus segera kita robah. Mengkritik bukan bermakna tidak wala' dan pemarah ataupun emosional, tetapi ia lebih kepada menyuarakan suara hati dan pendapat kita pada pimpinan jamaah. Budaya ini perlu disuburkan kerna ia memberi ruang kepada ahli untuk bernafas dan memberi respon kepada aktiviti dan program jamaah.

Apa gunanya kita menekan ahli gerakan dengan program yang pelbagai dan di'wajib'kan hadir setiap minggu andai selepas graduasi mereka berlepas tangan dan jemu bahkan futur kerna asakan bertalu dizaman kampus. Perlu diingat, ahli gerakan BUKAN ROBOT. Zaman kampus sahaja sistem ARAHAN boleh dilaksanakan dan ia tidak lama, 5 tahun cuma. Selepas itu??

Buat akhirnya, antara sebab kemalasan ahli gerakan untuk berfikir kerna IDEA dan PANDANGAN mereka dicantas mudah oleh pimpinan gerakan dan ruang berfikir tidak dibuka. Budaya berfikir perlu disuburkan dalam jamaah. Kita bukan mahu melahirkan ahli yang hanya tahu bekerja tetapi lebih dari itu ahli yang mampu berfikir dan mampu menilai baik atau buruknya sesuatu itu pada persepsi mereka dan akhirnya mampu meluahkan perasaan dan rasa hati mereka kepada massa jamaah. Impian kita memasyarakatkan jamaah perlu bermula dengan langkah pertamanya-JAMAAH MESRA AHLI- barulah AHLI MESRA MASYARAKAT.

3 comments:

  1. salam ukhuwah..ana bersetuju dengan pandangan sharif dalam postingnya kali ini. Memang ahli gerakan perlu ada mentaliti pimpinan.mengkritik atas dasar membina bukan menghancur.Tapi perlu juga disertakn
    dengan niat ikhlas kerana kebenaran.dlam mengkritik mesti jauh dari unsur kepentingan diri atau nafsu ammarah.setiap pndangan yang diberi mestilah dinilai dari 2 aspek penting yang perlu bergerak seiring iaitu dari sudut maknawinya dan zahirnya.hakikatnya rata2 ahli gerkan hanya menilai dari sudut zahirinya sahaja.dari sudut maknawinya agak tempang.

    kita bukan gerakan missionari dan bukan juga gerakan yang bermantaliti orientalis.gerkan islam berbeza dengan gerakan yang memperjuangkan idealisme manusiawi yang mana kekuatan gerkan islam terletak pada nusyrah ALLAH( pertolongan Allah)beserta perancangan gerak kerja yang rapi.
    Apa la maknanya kita besengkang mata sampai lewat mlam meeting jemaah menyusun sehebat mungkin perancangan sedangkan dikahirnya subuh kita,subuh 'gajah'.kita jang an lupa sejarah penaklukan baitulmaqdis oleh Salahuddin Al-ayyubi yang mana pemilihan tentera yang turut serta dalam penaklukan baitulmaqdis semuanya golongan yang menghidupkan malamnya dengan qiyam.kesannya,satu titik sejarah gemilang islam terbentuk hingga tak luput ditelan zaman.
    Akhirnya,kekuatan kita bukanlah sejauh mana rapinya kertas kerja program dan bukan juga sekerap aktiviti yang kita lakukan dalam jemmah, tapi sebenarnya kekuatan jemaah terletak pada kerapnya hati para setiap ahlinya pda Allah. Insyaallah ana yakin,walau dasyat macamana pun dugaan yang akn datang,hati yang subur dengan cint a pada ALLAH ini akan tetap terus melangkah dalam Jalan FI SABILILLAH sampai akhir hayat.WAllAHUALAM>>>

    ReplyDelete
  2. salam ukhuwah..ana bersetuju dengan pandangan sharif dalam postingnya kali ini. Memang ahli gerakan perlu ada mentaliti pimpinan.mengkritik atas dasar membina bukan menghancur.Tapi perlu juga disertakn
    dengan niat ikhlas kerana kebenaran.dlam mengkritik mesti jauh dari unsur kepentingan diri atau nafsu ammarah.setiap pndangan yang diberi mestilah dinilai dari 2 aspek penting yang perlu bergerak seiring iaitu dari sudut maknawinya dan zahirnya.hakikatnya rata2 ahli gerkan hanya menilai dari sudut zahirinya sahaja.dari sudut maknawinya agak tempang.

    kita bukan gerakan missionari dan bukan juga gerakan yang bermantaliti orientalis.gerkan islam berbeza dengan gerakan yang memperjuangkan idealisme manusiawi yang mana kekuatan gerkan islam terletak pada nusyrah ALLAH( pertolongan Allah)beserta perancangan gerak kerja yang rapi.
    Apa la maknanya kita besengkang mata sampai lewat mlam meeting jemaah menyusun sehebat mungkin perancangan sedangkan dikahirnya subuh kita,subuh 'gajah'.kita jang an lupa sejarah penaklukan baitulmaqdis oleh Salahuddin Al-ayyubi yang mana pemilihan tentera yang turut serta dalam penaklukan baitulmaqdis semuanya golongan yang menghidupkan malamnya dengan qiyam.kesannya,satu titik sejarah gemilang islam terbentuk hingga tak luput ditelan zaman.
    Akhirnya,kekuatan kita bukanlah sejauh mana rapinya kertas kerja program dan bukan juga sekerap aktiviti yang kita lakukan dalam jemmah, tapi sebenarnya kekuatan jemaah terletak pada kerapnya hati para setiap ahlinya pda Allah. Insyaallah ana yakin,walau dasyat macamana pun dugaan yang akn datang,hati yang subur dengan cint a pada ALLAH ini akan tetap terus melangkah dalam Jalan FI SABILILLAH sampai akhir hayat.WAllAHUALAM>>>

    ReplyDelete
  3. hi, care to exchange blogroll links?
    if yes, pls leave a comment on:
    http://bigmoneylist.blogspot.com/
    i'll link to you first, then when you have time, link back ok?
    thanks and have a great day (:

    ReplyDelete