SALAM

Showing posts with label SKILL DAN KEPIMPINAN. Show all posts
Showing posts with label SKILL DAN KEPIMPINAN. Show all posts

Saturday, November 1, 2008

'Passed Away'

Akhirnya segala puji buat TUhan yang memberikan aku 'PASS' for my first end-block exam sebelum ni.. Ia suatu hadiah yg sgt bermakna disaat aku hampir berputus asa dgn kadar usaha yg sedikit itu..
Serba ringkas berkenaan sistem block di UIA ni. First year dibahagikan kepada 4 block dengan keadaan 12 minggu per block. If u fail more than 2 blocks, or fail 2 blocks badly you may repeat year lah. Ada 2 org batch atas yg join batch aku utk kes repeat yr ni..

Kajian psikologis mendapati sebenarnya kepintaran akademik hanya sedikit sahaja membantu kepada kejayaan hidup seseorg dengan kadar 20% adalah faktor akademik dan 80% adalah faktor2 lain spt sikap,kematangan emosi,pengalaman dsbnya.

Ini bukan kenyatan rekaanku. Aku khuatir jg ada dikalangan akademician yg tidak bersetuju dengan hal ini dan memandang seolah aku mengambil remeh soal pelajaran. Stadi tanpa dinafikan adalah sangat penting. Score dalam exam perlu menjadi matlamat setiap bergelar student. Cumanya mereka yg excellent dalam stadi belum tentu berjaya dalam hidupnya..

Ada dikalangan sahabat2 yg dikhuatiri merasa superior dengan keputusan exam mrk (wpun dalam medic tiada sistem cgpa, its only PASS or FAIL lah) , harus mengambil kira kenyatan ini dengan kata lain turut sama membangun aspek diri yg lain selain akademik. Kepintaran akademik ukurannya jelas kerna kita being assessed dengan exam-based oriented, tetapi aspek emosi dan keupayaan diri yg lain tiada standard yg tepat untuk menilainya.

Jason H. pelajar pintar dari Coral Springs Florida dijangka memasuki sekolah perubatan Harvard. Dia lulus dgn semua matapelajarannya mendapat A kecuali guru fiziknya David Polorguto memberi B dngan markah 80 dalam ujian akhirnya. Akhirnya Jason marah dan menikam gurunya itu dimakmal.

Hakim membebaskan JAson atas sebab ketidakwarasan sementara. Dia seterusnya masuk ke kolej swasta dan menamatkan pengajiannya dengan mendapat A dalam semua subjek 4 flat(CGPA 4.00 ), tidak cukup dengan itu dia mengambil matapelajaran tambahan dan mendapat semua subjek A+ dengan cgpa 4.614!

Ini satu contoh mudah ketidakseimbangan IQ, EQ dan SQ -spiritual quotient- manusia. DEngan menyedari konsep ini, yg pandai tidak akan memandang rendah pada yg tidak dan tidak pandai tidak bermakna dia akan gagal dalam hidupnya.

Sabda nabi akan ditingkatkan darjat seseorg apabila dia merendah diri. Org yg merendah hati merasa puas dgn apa yg dimiliki dan tidak merasa kurang apabila dia merendah diri..wallahua'lam

Tuesday, October 28, 2008

Teori Maslow + Emotional Intelligence

I feel so contented to learn bout human psychology this morning..antara teori psikologi penting yang umum perlu tahu ialah Teori Maslow . Melihat dari sudut pandangan psikologis, the most important aspects dalam Maslow's Pyramid ialah Physiological Need seperti air,water,food, fuel, shelter and sleep. After that baru lah safety and security. Seterusnya love and belongingness, self-esteem etc..
Kalau anda perasan dalam kempen UMNO-Bn semasa pilihanraya yang lepas jelas ketara bahawa mereka menggunapakai faktor yang kedua dominan dengan mempromosikan kekalkan keamanan Malaysia dan keharmoniannya (safety and security), manakala Pakatan Rakyat memperjuangkan sepenuhnya kebajikan rakyat seperti bekalan air percuma di Selangor, Hari Ini Memerintah Esok Turun Harga Minyak dsbnya..
Theoritically, we can predict which side can attract more people to vote for..

Falsafah yang kedua berkait EQ or also can be Emotional Intelligence. Prasyarat kejayaan manusia. Apa indikatur penguasaannya?
  • keupayaan memahami perasaan sendiri (gembira,sedih,frust,malu..)
  • keupayaan memahami perasaan org lain (empathy)
  • management & expressions of emotions appropriately (senyum untuk gembira, gloomy untuk sedih..)

Ada sahabat saya tidak punya perasaan. IQnya saya kira tidak kurang bahkan mungkin lebih dari manusia kebanyakan. Dia seolah kaku dan dan tak berupaya menampakkan dirinya sedih atau gembira atau blurr..kata Aristotle considerkan hal ini dalam melihat matang atau tidaknya emosi kamu..is your angry is

1.to the right person

2.for the right reason

3.at the right time

4.in the right way

5.to the right degree

Tapi saya faham bahawa crucial part dalam development of emotional intelligence ialah dari kecil hingga umurnya 12/14 tahun..maknanya andai we were lessly being exposed to stimulus yang memungkinkan emosi kita matang, maka..xmatanglah emosi kita..org yang emosinya tidak matang bila diprovoke mudah menggelabah, bila dikata terus membidas, senyum sewaktu org bersedih, dll..mereka tidak faham suasana sekeliling..

Penting untuk menjadi pimpinan atau manusia biasa yang disedari kehadirannya untuk kita mengekspresikan diri kita. Tengok bagaimana Chedet bersedih sewaktu hendak melepaskan jawatan PM nya suatu ketika dahulu..tengok pula bagaimana Lenin menawan hati seluruh rakyat Russia dalam ucapannya yang menggegar Parlimen dan dia buktikan kesungguhan ucapannya dengan menangis dikhalayak ramai...

Mereka yang tidak faham perasaan sendiri usah diharap akan faham kesusahan dan penderitaan rakyat terbanyak..

Sunday, October 19, 2008

Mitosi

maaf buat sahabat2 kerna agak lama menguzlah diri..kebanyakan blog sahabat2 jg mengalami nasib sama. mungkin tekanan untuk stadi menjadi prioriti buat masa ini atau mungkin untuk selamanya..aku ceritakan plan perjalanan hdupku yang serba naif ini..aku bercita menjadi perdana menteri malaysia meski kusedar ia tak semudah yang dibicara..

Jiran bilikku teruja mendengar plan kerjaya yang ku reka secara spontan..ku nyatakan bahawa grad menjelang umur 26 tahun, kemudiannya menjadi pakar menjelang 30 tahun..sebelum tu, kawen menjelang umur ku 27 tahun..part time bisnesman dan menjelang umur 40 tahun mencapai financial freedom..

Bermula umur 40 aku kan mula bergiat dalam politik kepartian..parti yang mana usah ditanya.heh
Azam menjadi ketua pemuda, dan menjadi menteri pelajaran Malaysia..berakhir dengan Perdana Menteri Malaysia yang ke 7..kenapa 7?? siapa yang ke enam? lu pikir lah sendiri..katanya nabil raja lawak..

Dalam keghairahan aku bermitosi dengan memberku ni, tak disangka dia mengambil serius..pantas dia ceritakan pada umum dan aku dapat merasakan perubahan layanannya yang agak ganjilll..suka mengambil gambar..katanya nanti kenangan bersama Pm seusia muda..haha..
Kalo jd PM betul, blog ni mmg kena delete lah..org kata tak elok kita reveal weakness kita pada org ramai..dan mmg blog tmpat untuk bercerita pun..

Semalam ku sempat ke majlis aidilfitri di akademi ar-rasyidin bersama pimpinan parti UMNO? PAS? terpulang lah..tidak senang untuk menjadi pimpinan even diperingkat negeri..kalao mahu join PAS meski ada kelayakan seumpama ulama' dahulu sebagaimana pimpinan yg ada skg..kalo mahu menjadi pimpinan UMNO lebih mudah..perlu ada kredibiliti dan suara anda kan maju..

Maknanya, apa yang dapat kusimpul..kepimpinan ialaha tangungjawab..jadi atau tidak bergantung pada niat kenapa kita mahu menjadi pimpinan..biarlah menjadi pengikut yang baik dari menjadi pimpinan yang tidak baik..chua soi lek napa bleh terpilih semula pun menjadi tanda tanya...

Friday, July 25, 2008

Kritikal Malas Mengkritik

Emosi yang stabil lahir dari kematangan berfikir yang kritis dan kreatif. Rakan saya dari MPPUM pernah menegaskan pada saya bahawa kewujudan jamaah bukan untuk menyekat keupayaan ahlinya berfikir tetapi lebih kepada membentuk ahli yang bermentaliti pimpinan atau dalam erti kata lain ahli yang tidak hanya menurut sebagai Pak Turut tetapi ahli yang mampu menongkah arus membelah budaya.

Saya akui dalam teori inter-personal skill Dale Carnegie ada menyebut 3 asas dalam perhubungan sehat-NO CRITICIZE,NO CONDEMN, AND DONT BLAME OTHERS- tetapi perlu diingatkan bahawa ia hanya tertakluk kepada 'inter-personal' situation sahaja. Maknanya hak ahli untuk mengkritik program dan sistem jamaah masih ada kerna ia hak asasi ahli bahkan manusia.

Saya bangkitkan hal ini kerna andai diperingkat nasional kita berjuang bermatian untuk memansuhkan AUKU yang jelas memenjarakan minda siswa sejak dari 1970an, lalu hari ini seolah hal yang sama berlaku dalam jamaah Islam. Konsep wala' telah disalahguna dan disalah tafsir oleh ahli bahkan pimpinan untuk menakutkan ahli dan menjadikan mereka pasif, lemah tidak berupaya. Sebarang ruang untuk mengkritik ditutup bahkan mereka yang mengkritik dianggap sebagai tidak wala', khianat dan jatuh thiqah dikalangan ahli jamaah.

Saya tegaskan disini, budaya santun Melayu ini harus segera kita robah. Mengkritik bukan bermakna tidak wala' dan pemarah ataupun emosional, tetapi ia lebih kepada menyuarakan suara hati dan pendapat kita pada pimpinan jamaah. Budaya ini perlu disuburkan kerna ia memberi ruang kepada ahli untuk bernafas dan memberi respon kepada aktiviti dan program jamaah.

Apa gunanya kita menekan ahli gerakan dengan program yang pelbagai dan di'wajib'kan hadir setiap minggu andai selepas graduasi mereka berlepas tangan dan jemu bahkan futur kerna asakan bertalu dizaman kampus. Perlu diingat, ahli gerakan BUKAN ROBOT. Zaman kampus sahaja sistem ARAHAN boleh dilaksanakan dan ia tidak lama, 5 tahun cuma. Selepas itu??

Buat akhirnya, antara sebab kemalasan ahli gerakan untuk berfikir kerna IDEA dan PANDANGAN mereka dicantas mudah oleh pimpinan gerakan dan ruang berfikir tidak dibuka. Budaya berfikir perlu disuburkan dalam jamaah. Kita bukan mahu melahirkan ahli yang hanya tahu bekerja tetapi lebih dari itu ahli yang mampu berfikir dan mampu menilai baik atau buruknya sesuatu itu pada persepsi mereka dan akhirnya mampu meluahkan perasaan dan rasa hati mereka kepada massa jamaah. Impian kita memasyarakatkan jamaah perlu bermula dengan langkah pertamanya-JAMAAH MESRA AHLI- barulah AHLI MESRA MASYARAKAT.

Thursday, July 10, 2008

Putar Belit Media Pemecabelah MAsyarakat

Artikel ini memberi penjelasan pada saya berkenaan kekeliruan kenapa terkadang berlaku percanggahan pendapat dianatara pimpinan pakatan atau kerajaan sendiri. Ia adalah peranan media iaitu bagaimana soalan itu diajukan kepada pimpinan ini. Andai yang diajukan pembalakan dilaku secara rakus, tentulah Ust Nik Aziz menentang. Walhal situasi sebenar tidak serakus zaman mahadzir khalid dahulu..

Kerna itu saya ingatkan diri saya dan semua bahawa kita tidak lagi boleh berfikir sebagaimana orang tua lama..memandang dari satu sudut..pandangan kita perlu pelbagai. Apa yang ada dalam benak kepala rakan2 UMNo terhadap PAS, dan sebaliknya apa pandangan rakan2 PAS pada rakan-rakan UMNo..Imbangan berita yang seimbang menjadikan pemikiran kita sebagai mahasiswa lebih terbuka dan matang,..

Dan episod dibawah ialah satu skill baru berkenaan teknik mempengaruhi massa..

Tembakan peluru kapur TV3
Zukifli Yahaya
Fri Jul 11, 08 7:34:57 am MYT

Selepas 100 hari, baru tembakan yang ditunggu-tunggu dari pembangkang bermula. Bekas Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid membidas Ustaz Azizan Abdul Razak yang kononnya tidak tahu mengurus sumber pendapatan kerajaan negeri dengan baik.

Akibatnya, kerajaan negeri mengambil jalan singkat menebang balak di kawasan tadahan air bagi memperoleh pendapatan.

ImageMedia yang taksub dengan isu alam sekitar, TV3, dalam laporannya baru-baru ini membongkar kegiatan penebangan balak yang berlaku secara berleluasa sejak lima tahun lalu di kawasan tadahan air di negeri Kedah.

Ustaz Azizan baru tiga bulan menjadi Menteri Besar. Bermakna, kegiatan memusnahkan kawasan tadahan air itu berlaku sejak Dato' Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar dan berlarutan di zaman Mahdzir.

Itu intisari dari laporan yang dibuat oleh TV3. Meludah ke muka Ustaz Azizan, terkena batang hidung menteri besar terdahulu.

Situasi jadi kelakar apabila Mahdzir yang di bawah pentadbirannya balak rakus ditebang di kawasan tadahan air, tiba-tiba mengecam Menteri Besar sekarang, yang sejak mengambil alih kerajaan, sebatang balak pun belum lagi di tebang di kawasan tersebut.

Sebenarnya ramai yang tertunggu-tunggu saat Mahdzir mula mengkritik Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat.

Apabila seorang bekas Menteri Besar mengecam kerajaan selepasnya, maka orang ramai selalunya akan menilai kerja yang dia buat dahulu. Dia jadi hebat jika kritikannya betul.

Maksudnya, apa yang berlaku sekarang lebih teruk berbanding dahulu. Tapi jika kritikannya tidak lebih dari mengulangi kritikan yang dibuat terhadapnya dulu, lantaran kini dia tidak lagi terajui kerajaan, itu 'gila talak' namanya!

Membalak di kawasan tadahan air bukannya isu baru di negeri ini. Ia dimulakan di zaman Syed Razak. Bagi pihak kerajaan negeri beliau memohon pampasan �Payment for Enviromental Services� sebanyak RM100 juta setahun. Ia sebagai 'gantirugi' terhadap langkah tidak melakukan penebangan balak di kawasan tadahan air, mengorbankan sumber pendapatan negeri, demi untuk membekalkan air ke Pulau Pinang dan Perlis.

Pulau Pinang menerima bekalan air daripada Kedah tetapi kecekapan pengurusan mereka berjaya meletakkan Pihak Berkuasa Air (PBA) Pulau Pinang di papan utama BSKL. Pembekal juga yang gigit jari.

Kedah pernah menuntut bayaran dari kedua-dua negeri tersebut kerana membekalkan air. Tahun pertama, Perlis membayar RM200,000. Selepas itu Dato' Seri Shahidan Kassim menghentikan pembayaran. Hujahnya, air dari Tuhan, kenapa mesti bayar. Memang dalam dunia ini ada suatu mazhab yang berfahaman, semua yang datang dari Allah halal belaka.

"Anak dara orang, bini orang semua tu mereka anggap 'halal' belaka. Sebabnya Allah yang buat."

Apabila Mahdzir ambil alih pentadbiran, tuntutan PES dilupakan. Tentu sukar bagi orang yang pernah duduk di bawah dagu Pak Lah untuk membuat tuntutan, walaupun itu hak negeri Kedah.

Apabila Ustaz Azizan melanjutkan tuntutan pentadbiran Syed Razak RM100 juta setahun, maka tuntutan itu amat munasabah. Jika kerajaan Pusat enggan membuat pembayaran tersebut, munasabah pula jika kerajaan negeri mengugut untuk menebang balak di kawasan tadahan air.

Tebangan yang dibuat bukan secara rakus seperti yang dilakukan kerajaan BN sebelum ini sehingga menggondolkan seluruh hutan. Ia menggunakan kaedah 'heli-harvesting' yang mengambil cuma tiga hingga empat pokok sehektar. Tidak terjejas pun alam sekitar. Itu pun, bersyarat. Syaratnya jika mendapat kelulusan dari Environmental Impact Assessment (EIA). Tanpa kelulusan, projek dibatalkan.

Hakikatnya, isu balak sangatlah mudah. Bukan besar sangat, sampai perlu disensasikan TV3 demikian rupa dengan menyeret semua pihak yang tidak tahu keadaan sebenar untuk turut berpolemik.

Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Kelantan, diajukan gambaran yang salah, kemudian diminta komen. Itulah modus operandi yang digunakan media-media primitif sejak berzaman untuk melagakan sesama manusia.

Sebenarnya, selepas 100 hari pun pihak musuh masih tercari-cari ruang untuk menyerang kerajaan negeri Kedah. Bunyi tembakannya macam kuat sangat, tapi cuma peluru kapur. - mks._

Wednesday, June 18, 2008

Kuasa Karisma

Melihat pada kredibiliti dan karisma yang ada pada icon-icon Malaysia seperti Dato Seri Anwar Ibrahim(DSAI), Tuan Guru NIk Aziz, YB HUsam Musa, Dato Seri Najib, Dato Nazir Razak, Dato HAsan Marican dan lain-lainnya, saya suka mengulas ‘kejadian’ mereka ini dari sudut karisma yang ada pada diri mereka.

Kuasa karisma merujuk pada kualiti luar biasa seseorang tanpa mengira kualiti itu adalah benar, dakwaaan atau andaiaan semata-mata.(Max Weber,Essays in Sociology)
Ayatollah Khomeini sebagai contoh menggegarkan dunia dengan menjatuhkan kerajaan pimpinan Shah Iran hanya semasa beliau berada dalam buangan. Dengan hanya kaset-kaset ucapannya, semangatnya bergema dicorong-corong radio menyebabkan rakyat Iran bangkit mencetus Revolusi Iran 1978. Ini ialah karisma!

Mahatma Ghandi adalah contoh pemimpin sederhana yang menjadi idola hamper jutaan manusia di India. Beliau adalah bekas peguam di Afrika selatan sebelum beliau pulang ke India memperjuangkan kemerdekaan India. Apa yang menariknya ialah beliau tidak pernah memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan. Namun dengan KERENDAHAN HATInya beliau mampu menyatukan seluruh rakyat India ketika itu bangkit menentang penjajahan. Dengan hanya jubah lilit, terompah dan beberapa perkara asas yang lain, Mahatma Ghandi menjadi siombol karisma dengan caranya tersendiri.

Napoleon Bonaparte antara manusia yang ‘berjaya’ dalam kariernya sebagai pemimpin tentera. Buktinya Jeneral Van Damme pernah menghuraikan karisma yang ada pada Napoleon Bonaparte dengan kata-katanya “Malaikat dan syaitan berbentuk manusia(Napoleon Bonaparte) memancarkan karismanya kepada saya yang menyebabkan lidah saya kelu menghuraikan mengapa dan bagaimana. Saya tidak takut pada tuhan mahupun syaitan semasa saya berada dihadapannya. Saya sanggup menangis seperti kanak-kanak. Dia mampu merenung saya sehingga seakan-akan renungannya sebatang jarum menembusi mata saya”

Lenin pemimpin parti Bolshevik Russia saya kira menyamai DSAI Malaysia. Bahkan mungkin saya boleh katakan DSAI ialah ‘LENIN MALAYSIA’. Akan saya susuli dengan artikel khas berkenaan dengannya. Joseph Stalin dalam menceritakan pengalamannya pertamanya bertemu LENIN berkata “Saya berharap melihat helang gunung gerrgasi parti kami, lelaki kuat secara fizikal juga secara political. Saya membayangkan LENIN sebesar gergasi, tegap dan gagah. Alangkah kecewanya saya melihat lelaki hebat itu adalah lelaki biasa sahaja dari paras rupa, lebih rendah dari lelaki-lelaki Rusia normal. Dalam apa-apa cara sekalipun, lenin tiada beza dengan manusia lain”(The Man Behind the Mask,R.W. Clerk)

Al-marhum Dato’ FAdzil Noor, bekas presiden Parti Islam Semalaysia. Luarannya beliau bukanlah seorang yang benar-benar gagah dan tangkas. Tubuhnya kecil sahaja dan selalu muncul dikhalayak ramai dengan mata yang kuyu seakan mengantuk dan tidak bermaya. Subky Ltif mengakui bahawa beliau selalu lambat ke majlis-majlis utama sehinggakan Hamzah Haz, Timbalan Presiden Indonesia ketika itu terpaksa menunggu. Pendek kata bukan sedikit kelemahan peribadi Ust Fadzil Noor yang orang ramai ketahui, tetapi mengapa khalayak marhaen msih setia kepadanya? Kenapa hampir 500,000 manusia sanggup datang dari kejauhan menghadiri upacara pengkebumian beliau sehinggakan hampir 12 kilometer jalan raya ke Madrasah Darul Ulum disaluti dengan gelombang manusia yang luar biasa yang bisa menegakkan bulu roma sesiapa sahaja yang menyaksikan sendiri kejadian itu? Jawapannya kerana beliau memperjuangkan idealism yang TERAMAT BESAR. Tiada satu pun penghalang yang mampu menggagalkan perjuangannya. ISLAM WADAH PERJUANGAN!

Konklusinya, karisma tidak banyak bergantung kepada kepada penampilan fizikal yang menarik ataupun personality yang berwarna-warni. Mahatma Ghandi berterompah berkain lilit(pakaian rasmi beliau), Lenin yang pendek, Konosuke Matshushita yang bertelinga gebang, Dato’ fadzil Noor yang kuyu,Morimasa Ogawa yang naïf dan ramai lagi manusia berkarisma yang lain menjadi testimony dan bukti kepada kita bahawa kehebatan itu wujud pabila kita menjadi diri kita sendiri. Ia bukan dengan kita bercita-cita untuk menjadi hebat dan tegap barulah kita beropaya merobah manusia, bukanlah dengan fizikal kita yang smart dan andsome kita mampu memimpin dunia, buaknlah juga dengan pakaian kita yang mahal kita mendapat pengaruh dan pengikut, TETAPI apa yang lebih penting dari itu idealism gagasan perjuangan kita dan wawasam kita untuk masa depan yang lebih gemilang.

Apapun kita berkeyakinan MASA DEPAN HANYALAH UNTUK ISLAM!

Rujukan
Kuasa Karisma, Ahmad Naim Jaafar

Wednesday, March 26, 2008

Interpersonal Skill

Interpersonal skill ialah skil berkenaan tatacara dalam berkomunikasi dan berhubung sesama manusia. Sangat penting dikernakan kita ialah manusia, bukannya haiwan. Manusia kelebihan dan kelemahannya ialah mereka punya aspek kedua yang perlu diambil kira, iaitu perasaan,emosi dan psikologi yang perlu kita tangani dengan baik dan berkesan.

Dale Carnegie, psikologis terkemuka dalam bukunya meletakkan perkara yang paling asas dalam mewujudkan perhubungan yang baik sesama manusia ialah
melihat setiap manusia dihadapan kita dengan penuh kehebatan.

Penulis mula sedar dan insaf akan hal ini berdasarkan peristiwa ‘pahit’ ini. Penulis suatu ketika berkenalan dengan seorang budak muda. Orangnya selamba, pendiam, dan zahirnya tidak ada lebihnya dia dari penulis. Disuatu kuliah agama yang dihadiri penulis, Ustaz yang menyampaikan kuliah tersebut menarik hati dengan ilmu dan penyampaiannya yang menarik. Penulis sedikit kagum. Tiba-tiba, keluar beberapa bait ayat yang mengejutkan penulis dari lamunan. “Ana sebenarnya agak segan dengan ‘ustaz’ kita kat depan nih..jangan main-main. Ni tok imam kampong ana nih..al-hafiz Quran” erk.ia ditujukan pada kenalan saya tadi. Rupa-rupanya dia ialah Ketua Pelajar sebuah Maahad Tahfiz, sangat merdu dan baik bacaanya juga merupakan antara pendebat sekolah yang handal. Penulis terkedu. Sesal.

Prinsip yang kedua ialah ‘never condemn or criticise people’. Majoriti ahli psikologis bawaan barat menolak kaedah memperbetulkan kesalahan lawan atau kawan dengan cara mengkritik dan menyalahkan mereka. Ini kerna ia tidak mendatangkan banyak kebaikan malah boleh mengeruhkan lagi keadaan dan suasana.

Terdapat segelintir ilmuan pada hari ini suka mengambil sikap mengkritik ulama’-ulama’ silam. Hujah pertama, mereka yakni ulama’ silam yang dikritik sudah tiada untuk mempertahankan diri mereka. Andai kritikan pada kitab karangan mereka, maka jawabnya boleh jadi ia kesilapan pemahaman kita dikernakan ceteknya ilmu pengetahuan kita atau kesilapan penerbit mencetak (tersalah cetak) malah penterjemah dalam menafsirkan ayat-ayat yang dikarang penulis asal.
Hanya Allah yang tahu.

Hujah kedua, ada sahabat saya mengatakan bahawa pendapat imam syafie ada salah dan ada betulnya. Bukan satu keperluan untuk kita menerima semuanya secara terus. Jawabnya, tanyakan dahulu siapa kita untuk mempertikaikan kewibawaan imam-imam mazhab. Bandingkan pula antara kita dan imam syafie siapakah yang lebih taqwanya pada Allah. Adakah imam syafie yang suatu ketika dahulu menjadi kekaguman ramai ulama’ sezaman dengannya bahkan gurunya imam malik mengagumi keilmuannya, sanggup untuk bermudah-mudahan dalam urusan agamanya? Adakah dia tidak takut akan amaran nabi “man kazaba ‘alayya…” sedangkan natijahnya neraka? Dan kita pada hari ini merasa “lebih takut” akan neraka Allah berbanding imam syafie dengan perbuatan kita yang lantang mengkritik pendapat dan hujah beliau.

Benar. Selagi mana namanya manusia, pasti dan pasti akan ada kesalahannya. Tapi bukankah tindakan mewujudkan keraguan pada imam mazhab ini akan membawa kita bahkan masyarakat seluruhnya pada mudharat yang lebih besar?

Aplikasinya dalam interpersonal skill ialah, dilarang kita mengkritik manusia sekehendak kita terutamanya mereka yang tiada dihadapan kita. Membuang masa. Dia tiada untuk memberi penjelasan dan mempertahankan dirinya. Langkah diplomasi Lim Guan Eng patut kita contohi.

Prinsip yang ketiga atas kata kunci “to know all is to forgive all”. Andai kita mengetahui keseluruhan jalan cerita pasti kita tidak akan marah pada sesiapa. Buktinya,baru-baru ini kecoh dikalangan kami kedapatan seorang sahabat muslimin yang keluar dating dengan gadis biasa di KL. Alkisah, perbuatannya itu dilihat oleh seorang sekumpulan sahabat muslimat. Nak dijadikan cerita, berita ini heboh dan kecoh dalam kawanan muslimat. Sehinggakan hal ini disebar-sebar sampai ke pengetahuan muslimin dan dari sanad yang pelbagai sampai pada saya.

“tak sangka betui dia nih bleh buat keje gitu. Tengok gaya mcm pemalu. Dahlah ngafal quran. Buat malu ja..” rungut rakanku. “erk.betui ka? Takdalah.aku kenai budak ni.luar dalam aku tau.baik orangnya..” aku mencelah. “muslimat nampak dia kuar dating.nak kata apa??” sahut rakanku kembali.
Nak dipendekkan cerita, setelah penulis bertemu mata dengan tuan punya badan, bila kita tahu keseluruhan ceritanya, nyata rupanya apa yang terjadi tidak seperti yang digambarkan. Bahkan dia masih baik dan terjaga imannya.

Bayangkan apa yang boleh berlaku dari cakap-cakap yang sebegini. Musibah bahkan mudharat yang sangat besar. Sebab itu, pabila mendapat cerita atau berita, simpan dahulu. Selepas disiasat dan terbukti kebenarannya, barulah kita sebarkan buat pengajaran. Itupun perlu melihat juga pada pesanan nadi, kesalahan yang dibuat secara terang-terangan barulah tegurannya dibuat secara terang-terangan. Andai kesalahan yang dibuat secara senyap-senyap, teguran pun mestilah secara senyap juga. Indahnya Islam dalam menjaga maruah umatnya.

Prinsip keempat dan terakhir, sentiasalah merendah diri dan anda akan disayangi kemana sahaja anda pergi.
Manusia yang merendah diri akan disanjung oleh manusia . Mereka yang sombong dan membesarkan diri dipandang rendah oleh manusia dan tuhan manusia. Contoh yang paling mudah ialah anda bayangkan rakan kita menghampiri kita dengan penuh excitednya bercerita. “weh..bangga giler dapat score gol match tadi. First time kot skill hebat aku menjadi.aku guna kaki kiri je tadi tau..tak sangka betul. Power dak aku?” apa jawapan kita.. “erk.ya.ya..power power(dalam hati: hisy..poyo.geli giler.perasan nak mampos)”

Bayangkan pula situasinya begini.. “kau score eh tadi?” “takde lah.bebudak ni gelecek sampai depan gol. Aku dah kebetulan ada kat situ..” Dibelakang scorer tadi, dikalangan sahabat-sahabatnya yang lain mereka pasti bercerita dan memuji-muji kehebatan scorer tadi. Memang fitrahnya manusia tidak suka manusia yang puji diri sendiri.

Konklusinya, lihat manusia pada kekuatannya. Kemudian, analisis dan ambil kekuatan itu masukkan dalam diri kita. Imam Ghazali berpesan, sikap manusia boleh berubah dengan latihan dan mujahadah yang berterusan. Jangan mengkritik, sebaliknya apabila berdepan dengan sesuatu konflik, langkah pertama ialah bertasamuh atau berlapang dada kemudian ketahui sepenuhnya jalan cerita kepada konflik barulah mencari jalan penyelesaiannya. Zuhud atau merendah diri menjadi base pada kesemua prinsip yang telah kita bincangkan. Wallahua’lam

Tuesday, March 25, 2008

Panduan Asas Public Speaking

Atas permintaan beberapa sahabat, pada kali ini ingin saya kongsikan beberapa panduan asas dalam memberi pengucapan awam. Rumusan dibawah saya ambil dan kompilekan dari assabiqunal awwalun, min dq, min smap kajang, min iiu, ditambah dengan pemerhatian dan pembacaan saya pada beberapa teknik yang dikongsi speaker-speaker terkemuka diperingkat nasional mahupun dunia.

Diperingkat nasional, public speaking atau teknik pengucapan awam ini biasanya menjadi antara kekuatan yang dominan yang ada pada Barisan Rakyat. Ini dikernakan mereka perlu memastikan bahawa rakyat faham dan yakin dengan isi dan hujah yang disampaikan dan seterusnya memilih untuk merobah pendirian asal mereka terutamanya yang menyokong kerajaaan sedia ada. Adapun skil pengucapan awam ini teramat penting untuk mereka yang bercita-cita mahu menjadi pimpinan dan melibatkan diri dalam politik. Ini kerana mahu atau tidak mahu mereka perlu memberikan ucapan bagi meraikan rakan-rakan seperjuangan mahupun meyakinkan pengikutnya bahawa dia berkebolehan untuk memimpin.

Dalam teori barat, Anthony Robbin, psikologis terkemuka memberitahu kita bahawa tidak ada realiti dalam kepimpinan. Yang ada hanyalah bagaimana kita (pimpinan) mempersembahkan sesuatu reality itu sendiri melalui gambaran dan pengucapan awam yang menceritakan tentang sesuatu reality itu sendiri. Rumusnya, sebagai da’ie kita perlu menguasai teknik pengucapan awam ini kerna ia menjelaskan apa kefahaman yang cuba kita bawa, memberi impresi baik (professional) pada pembawa obor Islam, dan meyakinkan masyarakat bahawa hanya Islam yang mampu menjadi penyelamat kepada manusia dunia dan akhirat.

Langkah pertama. Setengah jam sebelum bermula sesi ucapan anda, duduk sendirian dan bawa bersama pen dan kertas. Tulis tajuk kuliah atau ceramah atau talk yang penganjur berikan pada kita.


Langkah kedua. Fikir dengan tenang in the end of the program apa kefahaman yang paling kurang peserta perlu tahu berdasarkan tajuk yang diberikan. State kan 3 atau 4 kata kuncinya.

Langkah ketiga. Buat flow of idea dari keempat-empat kata kunci yang telah kita keluarkan sebentar tadi. Contoh, dari aqidah yang shahih maka barulah timbul ibadah yang sah. Dan hasil dari ibadah yang sah ditambah dengan khusyu’ maka lahirlah akhlak Islam.

Langkah keempat dan terakhir. Anda perlu bayangkan bahawa dari rangka utama yang kita bina sebentar tadi ada cabang-cabang kecil keluar sebagai maklumat tambahan. Maklumat tambahan ini eloknya dalam bentuk kisah benar para salafussoleh, wali Allah, ataupun apa jua perumpamaan yang mewujudkan suasana imaginasi kepada audiens.


Kelemahan kita biasanya tidak menghuraikan kata kunci dengan detail kemudian kita segera beralih pada kata kunci yang kedua. Kesannya dalam masa 15 minit kita sampai ke penghujung rangka utama isi/kata kunci kita. Disaat itu, kita dinamakan kekeringan malah kekontangan idea. Lalu mulalah kita kalut dan mengambil tajuk lain untuk dihuraikan.

Rumus mudahnya :
(Duduk) + (State Kata Kunci) + (Buat Flow) + (Side Notekan Maklumat Tambahan Untuk Setiap Kata Kunci) = (Pengucapan Awam Yang Baik)


Beberapa pantang larang dalam pengucapan awam. Saya beberapa kali gagal menyampaikan isi ucapan saya dikernakan ‘melanggar’ pantang larang dibawah.
  • Jangan bercakap perkara yang bukan kepakaran dan kefahaman kita- andainya kita sendiri masih belum faham akan kehendak tajuk mahupun soalan yang dikemukakan, elakkan diri dari bercakap kerna ia akan memalukan diri kita sendiri. Mafhum mukhalafahnya, sebagai da’ie perlu ada beberapa bidang yang kita yakin akan kebenaranya dan kita faham benar akan isi-isinya.

  • Analisis audiens anda. Andai mereka golongan agamawan, usah bercakap soal agama dihadapan mereka. Ia akan memberi mereka gambaran level ilmu dan tahap pemikiran anda. Sebaliknya bercakaplah soal pengurusan, kepimpinan dan aspek psikologi mahupun sains alam yang lebih menarik dan merangsang mereka untuk mendengar.
  • Elakkan ekspresi MUKA yang berlebihan. Mulakan dengan wajah yang senyum tanpa menampakkan gigi. Jangan ketawa sebelum audiens ketawa. Jangan meneruskan percakapan ketika audiens sedang riuh rendah dengan sesuatu isu. Tunggu sehingga suasana sedikit tenang.

Pakar psikologi mengatakan 15 minit pertama menjadi kayu ukur yang sangat penting kepada perjalanan sesebuah pengucapan awam. Andai kita gagal meyakinkan audiens bahawa mereka perlu mendengar ucapan kita dalam 15 minit yang pertama, dinasihatkan kita berhenti dengan kadar segera. Jika tidak kita akan hanya membuang masa kita dan audiens kita.


Konklusinya, pengucapan awam itu penting, tetapi apa yang lebih penting dari itu ialah tercapainya maksud dakwah kita iaitu menyebarkan Ilmu Allah dan agama Allah kepada sekalian manusia. Nabi berpesan; “ballighu ‘anni walau aayah”. Pun begitu setiap apa yang keluar, terbit bersamanya bebanan untuk kita laksanakannya terlebih dahulu. Wallahua’lam.