SALAM

Showing posts with label QUOTATION. Show all posts
Showing posts with label QUOTATION. Show all posts

Saturday, November 1, 2008

'Passed Away'

Akhirnya segala puji buat TUhan yang memberikan aku 'PASS' for my first end-block exam sebelum ni.. Ia suatu hadiah yg sgt bermakna disaat aku hampir berputus asa dgn kadar usaha yg sedikit itu..
Serba ringkas berkenaan sistem block di UIA ni. First year dibahagikan kepada 4 block dengan keadaan 12 minggu per block. If u fail more than 2 blocks, or fail 2 blocks badly you may repeat year lah. Ada 2 org batch atas yg join batch aku utk kes repeat yr ni..

Kajian psikologis mendapati sebenarnya kepintaran akademik hanya sedikit sahaja membantu kepada kejayaan hidup seseorg dengan kadar 20% adalah faktor akademik dan 80% adalah faktor2 lain spt sikap,kematangan emosi,pengalaman dsbnya.

Ini bukan kenyatan rekaanku. Aku khuatir jg ada dikalangan akademician yg tidak bersetuju dengan hal ini dan memandang seolah aku mengambil remeh soal pelajaran. Stadi tanpa dinafikan adalah sangat penting. Score dalam exam perlu menjadi matlamat setiap bergelar student. Cumanya mereka yg excellent dalam stadi belum tentu berjaya dalam hidupnya..

Ada dikalangan sahabat2 yg dikhuatiri merasa superior dengan keputusan exam mrk (wpun dalam medic tiada sistem cgpa, its only PASS or FAIL lah) , harus mengambil kira kenyatan ini dengan kata lain turut sama membangun aspek diri yg lain selain akademik. Kepintaran akademik ukurannya jelas kerna kita being assessed dengan exam-based oriented, tetapi aspek emosi dan keupayaan diri yg lain tiada standard yg tepat untuk menilainya.

Jason H. pelajar pintar dari Coral Springs Florida dijangka memasuki sekolah perubatan Harvard. Dia lulus dgn semua matapelajarannya mendapat A kecuali guru fiziknya David Polorguto memberi B dngan markah 80 dalam ujian akhirnya. Akhirnya Jason marah dan menikam gurunya itu dimakmal.

Hakim membebaskan JAson atas sebab ketidakwarasan sementara. Dia seterusnya masuk ke kolej swasta dan menamatkan pengajiannya dengan mendapat A dalam semua subjek 4 flat(CGPA 4.00 ), tidak cukup dengan itu dia mengambil matapelajaran tambahan dan mendapat semua subjek A+ dengan cgpa 4.614!

Ini satu contoh mudah ketidakseimbangan IQ, EQ dan SQ -spiritual quotient- manusia. DEngan menyedari konsep ini, yg pandai tidak akan memandang rendah pada yg tidak dan tidak pandai tidak bermakna dia akan gagal dalam hidupnya.

Sabda nabi akan ditingkatkan darjat seseorg apabila dia merendah diri. Org yg merendah hati merasa puas dgn apa yg dimiliki dan tidak merasa kurang apabila dia merendah diri..wallahua'lam

Friday, July 11, 2008

Ringkasan Berita Wajib-Tahu Ep:1

Komitmen sebagai pelajar perubatan tidak seharusnya melekakan kita dengan buku semata. Kerna dunia ini terus berputar dan manusia didalamnya terus hanyut dibuai keenakan dunia sementara ini. Nabi berpesan mafhumnya sesiapa yang tidak mengambil tahu urusan saudaranya maka dia tidak termasuk dalam kalangan mereka..

Kata-kata hikmah dibawah menjadi cerminan kepada kita berkenaan tahapan masalah yang berlaku dalam masyarakat dan pimpinan negara kita hari ini. Mereka ialah saudara kita. Jutaan ringgit wang negara ialah wang kita. Cukai yang dibayar rakyat. Dan kita berpeluk tubuh melihat golongan veteran ini bertelagah sedangkan mereka ini memperjuangkan HAK KITA!
-KE ARAH MEMPERKASA GERAKAN MAHASISWA -

Kata Tun Dr Mahathir :



"Bohongkah Kerajaan rugi satu billion Ringgit apabila batalkan projek jambatan, apabila jual M.V. Agusta yang dibeli dengan harga 70 juta Euro (RM300 juta) dijual dengan harga satu Euro (RM4), kenaikan harga minyak dengan mendadak, kenaikan kos untuk bina landasan kembar berelektrik keretapi daripada RM14 bilion dari Johor Baru ke Padang Besar kepada RM12 billion hanya dari Ipoh ke Padang besar, kekalahan teruk Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum 2008 dan lain-lain.






Yang membohong ialah Kerajaan dengan membuat kenyataan segala-galanya baik dalam negara, semua rakyat sokong Kerajaan, parti UMNO sebulat suara hendak Dato Seri Abdullah kekal sebagai Presiden dan lain-lain.






Jika pembohongan adalah pengkhianatan, maka yang mengkhianati Negara dan Rakyat ialah Kerajaan dengan pemimpinnya.Jika rakyat melalui saluran yang tidak dikuasai oleh Kerajaan meminta supaya Dato Seri Abdullah berhenti daripada memimpin Kerajaan, mereka bukan buat fitnah. Sebaliknya mereka setia dan sayang Raja dan Negara dan ingin lihat negara ini tidak dibelenggu oleh Kerajaan pimpinan orang yang tidak sedikit pun setia kepada negara, hanya setia kepada diri sendiri dan keluarga."(http://www.chedet.com/)






Fatwa Dr Taha Jabir al-'Ulwani mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim






"Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri seseorang.

Mereka ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh menjaga kebaikan dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka semata-mata, tapi bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau pun tidak pada diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka.

Apa yang umum hingga di peringkat global mengetahui, bahawa Saudara Anwar Ibrahim sejak masa mudanya dilantik sebagai ketua gerakan belia di Malaysia (ABIM), pernah mengurus kira-kira 25 buah sekolah beraliran agama khusus buat remaja lelaki dan perempuan (sekolah alternatif) di seluruh tanahair, tidak kedengaran pada usia remajanya atau ketika memimpin gerakan belia, sesuatu yang menjatuhkan harga diri atau maruahnya dengan tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam. Jika pada usia begitu beliau disenangi, dipercayai dan dihormati sebagai seorang pemimpin yang baik, bagaiman mungkin pada usia yang mencecah 60 akan terlibat dengan perlakuan kaum Lut?. "






Tambah beliau lagi...



"Saya menyeru pihak terbabit secara jujur, bertakwalah kamu kepada Allah, takutkan akan Dia Yang Maha Bertindak Balas ke atas hamba-hambaNya di akhirat, ingatlah ketegasan Allah dalam al-Quran : Sesungguhnnya hari tersebut (kiamat) tidak akan memberi manfaat harta dan anak-pinak, melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat (dari sebarang penyakit hati yang merbahaya).

Secara peribadi selaku seorang muslim, harapan dan seruan saya kepada Kerajaan Malaysia, agar bertakwa kepada Allah dalam mengurus negara dan rakyat, khususnya orang Melayu/Islam, berakhlaklah dengan nilai akhlak Islam yang murni, dengan tidak melebihkan politik daripada akhlak, jangan bertindak sesuatu yang boleh melucutkan harga diri seseorang atau rakyat hilang keyakinan para pemimpin yang memerintah negara sekarang ini, kerana setiap sesuatu yang zalim itu adalah jalan kegelapan, yang rosak itu akan membawa kepada neraka yang membakar.
Kita bermohon kepada Allah agar Dia memelihara negara dan rakyat di bawah naungan-Nya. "




MINYAK OH MINYAK



Dan sekongyong-konyong naiknya harga minyak di Malaysia yang tercinta ini, dan selepas 'naik minyak' nya warga Malaysia pada PROTES yang lepas, hari ini keluar pula berita keuntungn 'minyak NAIK' lagi. PETRONAS terus unggul sebagai peneraju minyak terkaya dikalangan warga Asia tetapi APA UNTUNGNYA KEPADA RAKYAT!!!


PETRONAS berada pada kedudukan kelapan syarikat paling untung di dunia tahun lalu dalam senarai Fortune Global 500 majalah perniagaan Fortune. Di Asia pula, ia muncul syarikat paling untung, mengambil tempat pengeluar kereta terbesar dunia, Toyota Motor dari Jepun, yang mendahului senarai itu pada 2006. Dalam senarai keseluruhan Fortune Global 500 yang menyenaraikan 500 syarikat terbesar dunia berdasarkan jumlah pendapatan pula, Petronas berada di kedudukan ke-95.


Di kalangan syarikat Asia, Petronas yang meraih pendapatan dalam nilai dolar Amerika Syarikat AS$66.218 bilion dan keuntungan AS$18.118 tahun lalu, berada di kedudukan ke-16 senarai berkenaan. (SUMBER BHARIAN)

Thursday, July 3, 2008

Arak itu Najis atau Tidak

Teringat sewaktu zaman sekolah dahulu, berlaku perdebatan berkenaan masalah agama. Bertempat dimasjid, saudara kamarul dan naqibku bertegang leher mempertahankan pendirian masing-masing.
Persoalannya ialah apa status pakaian atau badan yang terkena arak? Adakah ia haram? ataupun arak itu haram hanya pada minumnya? tidak pada zatnya?
Sebagai mengabadikan memori perdebatan itu, aku nyatakan pendirian ulama' (ajk dewan ulama') sebagai penjelasan isu tersebut. Ini jawapan untuk soalan dari sahabatku di Jepun berkenaan boleh atau tidak menggunakan sabun dari arak (sake)..Jawapannya iras dan mirip tajuk perdebatan kecil2 dahulu..
"Ulama' khilaf apabila kena ark, adakah tempat itu kena basuh atau tidak. Qardhawi kata tak wajib basuh. Kebanyakan ulama' syafi'i kata wajib basuh. Oleh itu kalau guna sabun dari arak, adakah kena basuh atau tidak, terpulang kepada kita untuk ambil pendapat mana. Pada ana, ana pegang pendapat Qaradhawi. Arak dikira nahjis pada minum, adapun kalau pada tubuh, ianya tidak najis. Pasal sabun arak, anta carilah sabun lain. Banyak sabun lain kenapa anta nak guna sabun arak tu j"
Demikian persoalan diharap tidak laagi menjadi suatu topik atau tajuk argumentasi pelajar sebagaimana kami dahulu..

Persoalan kedua ialah berkenaan bagaimana orang yang sakit teruk mahu bersolat. My grandmother died in front of me in HUSM. Kerap kali juga ku me hospital menjaga beliau sewaktu hidupnya. kemudiannya datukku jg dimasukkan ke hospital. Pelbagai penyakit yang ganjil. Lalu pemerhatianku ramai dikalangan warga emas ini dengan senang hati meninngalkan solat mereka. meskipun semasa sehatnya ialah kaki masjid. Puncanya, susah untuk solat.

Lalu disini aku lampirkan fakta keluaran jabatan mufti Selangor dan Pusat Perubatan Islam berkenaan kemudahan untuk solat bagi mereka yang sakit. Kemudahan tayammum disediakan. Persoalan biasa ialah dimana habuk bersih untuk dibuat tayamum. "Meletakkan kedua belah tangan keatas meja yang diyakini ada debu-setiap permukaan mempunyai debu yang halus menurut pakar kesihatan-"

Lalu bertayammumlah seperti biasa. Menyapu muka dan kedua tangan menggunakan debu pada meja hospital atau lainnya. Dan sempurnakan lah solat. Tiada pengecualian meskipun pada mereka yang sakit.
wallahua'lam
untuk huraian lanjut dari ahlinya berkenaan arak,klik disini

Friday, June 20, 2008

Analisa Ringkas Ekonomi Cina: Suatu Pengiktibaran

Coretan kali ini bermaksud untuk memugarkan kembali semangat jihad ekonomi dikalangan Melayu Islam. Hal ini telah lama hilang dikernakan kuatnya kebergantungan kita kepada kerajaan dan kurangnya usaha untuk berdikari. Kita melupakan sabdaan nabi kita bahawa pinti rezeki itu 9 per 10 darinya adalah melalui perniagaan. Manakala baki 1 per 10 itulah kerja dengan kerajaan atau ‘makan gaji’. Kesannya sehingga ke hari ini, matlamat menjadikan pegangan ekuiti Negara ke tahap 30% untuk bumiputra yang mewakili lebih dari 50% populasi rakyat Malaysia masih jauh dengan pencapaian semasa hanya sekitar 14% ke 17% sahaja.

Di Malaysia, orang Cina mewakili 30% dari populasi keseluruhan penduduk Malaysia. Tetapi apa yang memeranjatkan mereka menguasai lebih separuh dari harta Negara.

Di Indonesia, masyarakat Cina hanya 4% dari keseluruhan 200juta penduduknya. Tetapi mereka menguasai lebih dari 7o% pegangan ekuiti ekonomi Indonesia.

Di Thailand dan Filipina, populasi masyarakat Cina hanya berlegar sekitar 3%. Mengejutkan apabila mereka menguasai lebih dari 60% pegangan harta Negara tersebut.

Pada 1999, majalah Forbes Zibenjia edisi Hong Kong menyatakan bahawa orang cina diseluruh dunia yang terlibat dalam perniagaan mempunyai asset terkumpul bernilai lebih dari RM10.8 trilion, meletakkan mereka sebagai kelompok ketiga tertinggi yang menguasai pelaburan dunia dibelakang Amerika Syarikat dan Jepun.

John Naisbitt, peramal trend ekonomi dunia yang terkemuka dalam bukunya ‘Megatrends Asia” menyatakan “Faktor terbesar yang mendorong kejayaan usahawan Cina adalah jaringan kerja orang Cina yang cukup kuat. Mereka bersaling bantu walau bersaing hebat”.

Konklusinya, andai dengan masyarakat Cina kita sudah tidak mampu untuk bersaing, bagaimanamungkin kita menjadi global player, bersaing diperingkat International. Kayu ukurnya Robert Kuok, raja gula Malaysia adalah yang terkaya di Asia Tenggara dengan harta sebanyak RM20 bilion. Pun begitu, Bill Gates dari Amerika Syarikat mengumpul kekayaan berjumlah RM162.75 billion. Lalu dimana kita..
Rujukan:
DM,Jan2006

Saturday, October 13, 2007

Plan perjalanan akhirat..INGATLAH INSAN!


HADIS KE 1863 DALAM KITAB HADIS RIYADHUSSALIHIN IMAM NAWAWI


1863. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Kita semua berada bersama Rasulullah s.a.w., lalu dihidangkanlah untuk beliau s.a.w. sebuah hasta dan ini memang sangat menyukakannya. Beliau s.a.w. menggigitnya sekali gigitan kemudian bersabda:


"Saya adalah penghulu sekalian manusia besok pada hari kiamat, apakah engkau semua mengerti, apakah sebabnya demikian itu?"


Allah akan mengumpulkan seluruh manusia yang dahulu-dahulu dan yang belakangan di suatu tanah, kemudian dilihat oleh orang yang melihat dan dapat memperdengarkan kepada orang-orang itu orang yang mengundang. Matahari dekat sekali dengan mereka itu. Sekalian manusia mendapatkan kesusahan dan keseng-saraan,sehingga dirasakannya tidak kuat lagi menahannya dan tidak tahan lagi terhadap penderitaan itu.


Para manusia itu lalu berkata: "Adakah engkau semua tidak mengetahui, hingga bagaimanakah keadaan yang sama-sama engkau semua alami ini? Apakah engkau semua tidak memikirkan kepada siapakah yang kiranya dapat memberikan syafaat untukmu semua kepada Tuhanmu?" Setengah manusia ada yang berkata kepada yang lainnya: Abukum Adam yakni ayo menuju ke bapakmu semua yaitu Nabi Adam.


Para manusia lalu mendatangi Nabi Adam, kemudian berkata: "Wahai Nabi Adam, anda itu adalah bapak dari seluruh manusia. Allah telah menciptakan bapak dengan tangan kekuasaanNya. Allah telah meniupkan dalam tubuh bapak dengan ruhNya. Allah juga memerintah kepada para malaikat untuk menghormat kepada bapak, mereka lalu bersujud - menghormat - bapak dan memberikan tempat syurga kepada bapak.

Sudilah kiranya bapak memberikan syafaat untuk kita semua kepada Tuhan. Adakah bapak tidak mengetahui keadaan yang sedang kita alami ini dan hingga bagai-manakah kesengsaraan kita semua ini?"


Nabi Adam lalu menjawab: "Sesungguhnya Tuhanku amat murka sekali pada hari ini, belum pernah murka sebagaimana sekarang ini sebelum hari ini dan juga tidak akan murka sebagaimana sekarang ini sesudah hari ini. Allah sudah melarang kepadaku akan suatu pohon, tetapi kulanggarlah larangan itu. Diriku, diriku, diriku sendiri - belum tentu selamat. Silakan pergi saja kepada orang selain aku. Pergilah kepada Nabi Nuh.


Para manusia kemudian mendatangi Nabi Nuh, lalu berkata: "Wahai Nabi Nuh, anda adalah pertama-tama Rasul yang ada di atas permukaan bumi. Allah telah memberikan nama kepada anda dengan sebutan "Hamba yang sangat banyak bersyukurnya." Adakah anda tidak mengetahui keadaan yang sedang kita alami ini?


Adakah anda tidak mengetahui hingga bagaimana kesengsaraan kita ini? Sudilah kiranya anda memberikan pertolongan untuk kita semua dari Tuhan anda.


" Nabi Nuh lalu menjawab: "Sesungguhnya Tuhanku amat murka sekali pada hari ini, belum pernah murka sebagaimana sekarang ini sebelum hari ini dan juga tidak akan murka sebagaimana sekarang ini sesudah hari ini. Sebenarnya saja aku ini memiliki suatu doa mustajab, kemudian kupakai untuk mendoakan kerusakan bagi kaumku - yakni dengan adanya siksa berupa banjir sedunia. Diriku, diriku, diriku sendiri - belum tentu selamat.


Pergilah kepada orang selain aku. Pergilah kepada Nabi Ibrahim.
Para manusia lalu mendatangi Nabi Ibrahim, kemudian berkata: "Wahai Nabi Ibrahim, anda itu adalah Nabinya Allah, juga sebagai kekasihnya dari golongan penghuni bumi.


Sudilah kiranya anda memberikan syafaat untuk kita semua kepada Tuhan anda. Adakah anda tidak mengetahui keadaan yang sedang kita alami sekarang ini."


Nabi Ibrahim menjawab: "Sesungguhnya Tuhanku amat murka sekali pada hari ini, belum pernah murka sebagaimana sekarang ini sebelum hari ini dan juga tidak akan murka sebagaimana sekarang ini sesudah hari ini.


Sebenarnya saya ini sudah pernah berdusta sampai tiga kali banyaknya.* Diriku, diriku, diriku sendiri – belum tentu selamat. Pergilah kepada orang selain aku, pergilah kepada Nabi Musa."
Para manusia lalu mendatangi Nabi Musa, kemudian berkata: "Wahai Nabi Musa, anda itu adalah utusan Allah.


Allah telah mengaruniakan keutamaan kepada anda dengan risalat dan firman-Nya melebihi orang-orang lain. Sudilah kiranya anda memberikan syafaat untuk kita semua kepada Tuhan anda. Adakah anda tidak mengetahui keadaan yang sedang kita alami ini?" Nabi Musa menjawab: "Sesungguhnya Tuhanku amat murka sekali pada hari ini, belum pernah murka sebagaimana sekarang ini sebelum hari ini dan juga tidak akan murka sebagaimana sekarang ini sesudah hari ini.


Sebenarnya saya ini pernah membunuh seorang manusia yang saya tidak diperintah untuk membunuhnya. Diriku, diriku, diriku sendiri - belum tentu selamat. Pergilah kepada orang selain aku. Pergilah kepada Nabi Isa."


Para manusia kemudian mendatangi Nabi Isa, lalu berkata: "Wahai Nabi Isa, anda itu adalah utusan Allah dan kalimatnya disampaikan kepada Maryam dan anda itupun ruh dari Allah. Anda telah memberikan sabda kepada orang banyak ketika masih dalam buaian.


Sudilah kiranya anda memberikan syafaat untuk kita semua kepada Tuhan anda. Apakah anda tidak mengetahui keadaan yang sedang kita alami ini?" Nabi Isa lalu menjawab: "Sesungguhnya Tuhanku amat murka sekali pada hari ini dan belum pernah murka sebagaimana sekarang ini sebelum hari ini dan juga tidak akan


murka sebagaimana sekarang ini sesudah hari ini." Nabi Isa tidak menyebutkan sesuatu dosa yang pernah dibuatnya. Diriku, diriku, diriku sendiri - belum tentu selamat. Pergilah engkau semua kepada orang selain aku. Pergilah kepada Nabi Muhammad. Para manusia terus pergi mendatangi Muhammad s.a.w. – di dalam riwayat lain diterangkan: Para manusia lalu mendatangi aku, kemudian berkata:


"Wahai Nabi Muhammad, anda itu adalah pesuruh Allah dan penutup sekalian Nabi. Allah sungguh-sungguh telah mengaruniakan pengampunan kepada dosa-dosa anda yang sudah-sudah dan yang akan datang. Sudilah kiranya anda memberi- kan syafaat untuk kita kepada Tuhan anda. Adakah anda belum mengetahui keadaan yang sedang kita alami sekarang ini?"


Sayapun lalu berangkat sampai datang di bawah 'arasy, selanjut-nya sayapun bersujudlah kepada Tuhanku. Di kala itu Allah mem-bukakan padaku dari puji-pujianNya serta keindahan penghargaan pujian terhadap hadhiratNya. Yang sedemikian ini adalah suatu keadaan yang belum pernah dibukakan oleh Allah kepada siapapun sebelum ini.


Selanjutnya lalu dikatakan: "Hai Muhammad, angkat-lah kepalamu. Ajukanlah permohonan dan pasti akan dikabulkan permohonanmu itu. Mintalah untuk dapat memberikan syafaat dan pasti engkau akan diberi izin untuk memberi syafaat itu." Selanjut-nya saya lalu mengangkat kepalaku, kemudian memohonkan: "Ummat hamba, ya Tuhan; ummat hamba, ya Tuhan; ummat hamba, ya Tuhan."


Setelah itu lalu diucapkan: "Hai Muhammad, masukkanlah orang-orang yang tidak diperlukan untuk dihisab lagi dari ummatmu itu dari pintu sebelah kanan. Orang-orang itupun juga sebagai kawan-kawan para manusia yang akan masuk dari pintu selain pintu kanan."
Nabi s.a.w. meneruskan sabdanya: "Demi Zat yang jiwaku dalam tanganNya - kekuasaanNya, sesungguhnya jauh jaraknya antara dua lipatan pintu dari semua lipatan-lipatan pintu-pintu syurga itu adalah sama jauhnya dengan jarak antara Makkah dan Hajar, atau seperti jarak antara Makkah dan Bushra." (Muttafaq 'alaih)

* Perihal dustanya Nabiullah Ibrahim a.s. sebagaimana yang dikatakannya sendiri ada tiga kali banyaknya itu, ceriteranya adalah sebagai berikut:
1. Nabi Ibrahim a.s. pernah berkata kepada ayahnya: Inni saqim - Saya ini sakit, padahal sebenarnya tidak, tetapi ini terpaksa harus beliau a.s. katakan, karena beliau a.s. itu diajak menyembah sesuatu yang selain Allah Ta'ala yakni berhala, bersama- sama dengan Raja Namrudz.

2.Nabi Ibrahim a.s. merusak dan memukuli berhala-berhala yang dipuja sertadisembah oleh Raja Namrudz yang musyrik itu,sampai rusak binasa seluruhnya danditinggalkan sebuah saja, yakni yang terbesar sekali. Ketika masyarakat menjadiramai dan memperkatakan bahwa beliau a.s. yang berbuat pengrusakan itu, lalubeliau a.s. ditanya oleh Raja Namrudz, benarkah beliau a.s. yang merusak. Beliau a.s.menjawab: Bal fa'alahu kabiruhum hadza - yang membuat kerusakan ialah berhalayang besar sendiri itu, padahal sebenarnya memang beliau a.s. itulah yangmengerjakan pengrusakan tadi.

3. Pada suatu hari Nabiullah Ibrahim a.s. sedang bepergian dengan isterinya yang bernama Sarah, sehingga akhirnya datanglah di suatu negeri yang rajanya itu amat suka sekali kepada golongan kaum wanita yang cantik secara berlebih-lebihan. Hampir setiap melihat wanita elok, pasti dipinang untuk dijadikan isterinya dan wanita itupun wajib suka dan tunduk kepada kehendaknya.Demi beliau a.s. bertemu dengan raja itu, lalu ditanya, siapakah wanita yang menyertainya itu. Sudah pastilah beliau a.s. akan disiksa atau mungkin juga akan dibunuh, sekiranya mengatakan yang sebenarnya yakni bahwa Sarah itu betul-betul isterinya. Oleh sebab itu beliau a.s. berkata, demi untuk melindungi diri dan keselamatan jiwanya: Ukhti - saudariku. Padahal sebenarnya adalah isterinya dan bukan saudarinya. Ceritera mengenai bab ini masih panjang lanjutannya, tetapi oleh sebab buku ini disusun bukan untuk maksud ini, sebaiknya diringkaskan sampai di sini saja.

Ringkasan Fatwa Qardhawi


QUOTATION AL-HALAL WAL HARAM FIL ISLAM:YUSUF QARDHAWI

khas untuk tatapan aku dan insan2 yang slalu lupa..

QUOTATION AL-HALAL WAL HARAM FIL ISLAM:YUSUF QARDHAWI

Kaidah: "Apa Yang Ghaib Bagi Kita, Jangan Kita Tanyakan"
Tidak menjadi kewajiban seorang muslim untuk menanyakan hal-hal yang tidak disaksikan, misalnya: Bagaimana cara penyembelihannya? Terpenuhi syaratnya atau tidak? Disebut asma' Allah atau tidak? Bahkan apapun yang tidak kita saksikan sendiri tentang penyembelihannya baik dilakukan oleh seorang muslim, walaupun dia bodoh dan fasik, ataupun oleh ahli kitab, semuanya adalah halal buat kita.
Sebab, seperti apa yang telah kita sebutkan di atas, iaitu ada suatu kaum yang bertanya kepada Nabi: "Bahawa ada satu kaum yang memberinya daging, tetapi kita tidak tahu apakah disebut asma' Allah atau tidak. Maka jawab Nabi: Sebutlah asma' Allah atasnya dan makanlah," (Riwayat Bukhari).
Berdasar hadis ini para ulama berpendapat, bahawa semua perbuatan dan pengeluaran selalu dihukumi sah dan baik, kecuali ada dalil (bukti) yang menunjukkan rusakan batalnya perbuatan tersebut.




Sembelihan yang Dilakukan Oleh Ahli Kitab dengan Tenaga Elektrik dan Sebagainya
Masalah kedua: Apakah penyembelihan mereka itu dipersyaratkan seperti penyembelihan kita juga, iaitu dengan pisau yang tajam dan dilakukan pada leher binatang?

Saya pernah ditanya tentang seorang Kristian yang membelit leher ayam kemudian dimasaknya, apakah itu boleh dimakan atau diambil sebahagian daripadanya sebagai makanan?
Maka jawab saya: Boleh dimakan, kerana dia itu termasuk makanannya dan makanan pendeta dan pastor, sekalipun ini menurut kita tidak termasuk penyembelihan, namun Allah telah menghalalkan makanan mereka itu secara mutlak. Makanan apapun yang dibenarkan oleh agama mereka berarti halal buat kita, kecuali yang memang oleh Allah telah didustakan.

Ulama-ulama kita pernah berkata: Mereka telah menyerahkan perempuan-perempuan mereka kepada kita untuk dikawin dan halal kita setubuhi, mengapa penyembelihannya tidak boleh kita makan, sedang makan tidak sama dengan setubuh, halal dan haramnya. Demikian pendapat Ibnul-Arabi.

Kemudian di tempat lain ia berkata lagi: Mereka tidak makan yang bukan kerana disembelih, misalnya dengan dicekik dan dipukul kepalanya (dengan tidak bermaksud menyembelih, kerana itu binatang tersebut termasuk bangkai yang haram).

Dengan bercermin kepada apa yang telah kami sebutkan di atas, maka kita dapat mengetahui hukumnya daging-daging yang diimport dari negara-negara yang penduduknya majoritas ahli kitab, seperti ayam, corned sapi, yang semua itu kadang-kadang disembelih dengan menggunakan tenaga elektronik dan sebagainya. Selama binatang-binatang tersebut oleh mereka dianggapnya sebagai sembelihan, maka jelas halal buat kita, sesuai dengan umumnya ayat.

Adapun daging-daging yang diimport dari negara-negara Komunis, tidak boleh kita makan.
Sebab mereka itu bukan ahli kitab, bahkan mereka adalah kufur dan anti kepada semua agama dan menentang Allah serta seluruh risalahnya.


BAB MENCUKUR JANGGUT
Dari keterangan-keterangan di atas dapat kita simpulkan, bahawa masalah mencukur janggot ini ada tiga pendapat:
1. Pendapat pertama: Hukumnya haram. Yang berpendapat demikian, ialah Ibnu Taimiyah dan lain-lain.
2. Pendapat kedua: Makruh. Yang berpendapat demikian ialah Iyadh, sebagaimana tersebut dalam Fathul Bari. Sedang ulama lain tidak ada yang berpendapat demikian.
3. Pendapat ketiga: Mubah. Yang berpendapat demikian sementara ulama sekarang.



3.1.3 Melihat Jenis Lain dengan Bersyahwat

Mata adalah kuncinya hati, dan pandangan adalah jalan yang membawa fitnah dan sampai kepada perbuatan zina. Seperti kata seorang syair kuna:
Semua peristiwa, asalnya kerana pandangan
Kebanyakan orang masuk neraka adalah kerana dosa kecil
Permulaannya pandangan, kemudian senyum, lantas beri salam
Kemudian berbicara, lalu berjanji; dan sesudah itu bertemu.


Oleh kerana itu pesan Rasulullah kepada Sayyidina Ali: "Hai Ali! Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan pertama, adapun yang berikutnya tidak boleh." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. menganggap pandangan liar dan menjurus kepada lain jenis, sebagai suatu perbuatan zina mata. Sabda beliau: "Dua mata itu boleh berzina, dan zinanya ialah melihat." (Riwayat Bukhari)

Pandangan yang menggiurkan ini bukan saja membahayakan kemurnian budi, bahkan akan merusak kestabilan berfikir dan ketenteraman hati.
Salah seorang penyair mengatakan: "Apabila engkau melepaskan pandanganmu untuk mencari kepuasan hati. Pada satu saat pandangan-pandangan itu akan menyusahkanmu jua. Engkau tidak mampu melihat semua yang kau lihat. Tetapi untuk sebagainya maka engkau tidak dapat tahan."


Wednesday, June 13, 2007

CINTA REMAJA


aduh..bes sungguh artikel ni..buat pedoman dan pengajaran buat semua..hati2 dalam berjemaah..takut jd mcm yang Allah gambarkan dalam quran..wahum yahsabu na annahum yuhsinuna sun'a...sangkanya da byk amalan,tgk2 akaun kat akhirat,kosong..hah..sapa yang susah tym tu..

shauqah_zahrah

renungkan..adakah kte trgolong dlm gol yg terlalu asyik mnjdkn cnta manusia sbg sumber kekuatn untk brgrk dlm jemaah..nauzubillah ..semoga kite adlh gol yg mnyertai jemaah lillahitaa'la. .amin..

Cinta Jemaah yg kecundang1. hai boleh sayer kenal sayer tertarik dengan perwatakan sopan awk, da lamer sayer perhati awk,awk budak baik n tertarik ngan tudung labuh awk...... sayer harap kiter boleh berkenalan.. ..ukhwah fillah eh orang kater... sayer x pandai sangat arab...
2.terima kasih menerima sayer, sayer akan try sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat,sayer tau sayer bukan baik, tp sayer sentiasa cuber terbaik untuk awak...

3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak... kuar ngan kekawan tau, balik kntek,,, sayer doakan awk.

4.wak, nape x kntek sayer, sayer risau awak kuar lelamer... ye,,,sayer x der hak, sayer tau sayer percaye awk, tp sayer x tau nak kater mcmmaner,kiter x bertemu selalu, just nampak dari jauh jerkan..., tp sayer rase awk mcm berada depn sayer...mungkin nie yang orang kater cinta kot, wak, wak cinta sayer? x nak bagitau,,, tp sayer tau awak cinta sayer... awk da malu nak jalan tempat sayer lepak ebab malukan... hehehr...tq. ..sayer cinta awk...

5. wak, selain family, wak sayang siaper? saper sayer dalam hati awk?

6.wak, dari kawn kiter just panggil sayer awk jer, mcm sayer x istimewa untuk awk jer;)sayer teringin gak nak jadi mcm kawn sebilik sayer nie, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilan jer...tq sayang...

7.yang, kekadang sayer tengok ayg nie mcm x percayer sayer je,,, yela, sayer just tanyer awk pakai ape jerkan ;( hehehe... yer tq bgtau, makin sayang sayer kat awk...

8,yang, sayer nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk sayer, sayang la pemberi semangat untuk sayer... yang, sayer harap ayang n sayer x der rahsia lg...jgn risau, ini kan membuktikan sayer take care ayang kan... so, jangan risau k, yer... sayer akan jaga ahsia kiter... just msg je kan...

9.ayang dah lamer kiter msg, boleh x kitr jumper? yer... ayang bawa lah kekawan k,,, tq yang...

10.tq panggil sayer ngan panggilan abg,,, abg tunggu da lamer da,,, abg tau, kiter x leh pakser dalam perhubungan. ..

11.ayang, wat pe 2, nak cakap cikit, naper ayang bawa satu batalion nak jumper abg?? ayang x percayer abg eh....

12.ayang kiter jumper k,,, abg suka ayang pakai tudung yang sayer beli 2, yang mcm wardina 2, bukan ayag x cantik, judt makin cantik,,,,nipis sikit jer..kiter jumper nanti ayang bawa la sorang jer k...

13.ayg,abg nak mintak maaf dengan aper yang jadi... abg td tersentuh jari ayg, tq yang, tol ckp ayang, tersentuh x per...makin la tebal cinta abg kat ayang..ayang suker jumper abg?tqyang, td cian tengok kawn ayang duk je diam,...yer. .. nanti abg bawa kawn abg, leh dier borak kan...yang, abg suker tngk mater ayang,malu malu lak dier,,,ayang td cantik...

14.tq jumper td,ayang cantik... abg romantik pun salah ker? suker abg romantik eh, td jumper da berani tenung abg.... tq.... tengk kwn ayang n kawan abgmcm melekat jer... senang la kiter jumper... tengk, ALLAh membrkati kiter...ayang da solat? doakan abg sekali k...

15.yang,just nak tanyer... ayang cintakan abg berape peratus?aper tandanyer?50% je...yang, nak tanyer, rambut ayang pnjng x, just terpikir,,,,

16.td terbeli tudung pendek, ,,, yang bg kat ayang tu...yang, bg lah gmbr ayng special untuk abg pakai tudung 2...cantiknyer ayng...gmbr nie abg wat wallpaper hp...

17.yang, cintakan abg berape peratus?sepenuh hati? tq!!!!!!! ilove u sayang....

18.yang, da lamer kiter couple, x kan abg pegang tangan nak mara, ayang kan milik abg...tq paham abg...

19.kater ayang cintakan abg sepenuh hati... kalu ayng cintakan abg aper buktinyer yang,,,,------------ --------- --------- --------- --------- --------- --
Adakah anda salah seorang yang tersenyum apabila membaca perenggan-perenggan di atas? Saya adalah salah seorang yang tersenyum.
Senyum kerana terkena pada diri sendiri atas sikap yang lalu. Senyum tersebut yang pada mulanya rasa suka bertukar menjadi benci. Senyum bertukar pada pemikiran. Berfikir akan sebuah lagi sifat-sifat najis yang berada di dalam diri kita semua.
Percaya ataupun tidak, ayat-ayat najis di atas turut digunakan oleh individu yang mengaku memperjuangkan Islam dan mengaku berdakwah. Seperti saya contohnya, dengan lantang saya menulis, bercakap di majlis-majlis keramaian dan usrah tentang dakwah, marhalah, takwin, tanzim dan sebagainya namun apabila berada di belakang ahli jemaah lain, menjadi taik, menjadi najis kepada perjuangan Islam.
Atas kesedaran betapa kotornya najis ini, maka ia perlu di istinjak! Perlu di buang! Walau di depan orang atau di belakang orang, saya mesti menjadi 'orang yang sama'. Tidak hipokrit! Tidak berpura-pura!Jika di lihat rentetan perenggan di atas, ia adalah satu proses merosakkan masa depan seorang ahli jemaah.
Ramai ahli jemaah yang keluar dari jemaah berpunca seperti kes di atas. Mereka keluar jemaah kerana berasa seronok dengan buaian nafsu dan sedar pada masa yang sama, jemaah melarang perbuatan itu. Setelah barangkali melakukan istikharah (istikharah taik kucing), maka dia membuat keputusan melepaskan jemaah bagi meneruskan agenda hidupnya yang dirasakan amat seronok dan amat termotivasi iaitu cinta! Seronoknya bercinta.
Semua orang tahu. Ramai yang telah dan sedang mengalaminya. Bercinta sesama ahli jemaah terasa bagaikan sebuah perjuangan Islam yang indah. Setiap hari, bahkan mungkin setiap setengah jam, ada saja sms -sms peransang berjuang, sms tazkeerah, sms khaifahaluk, sms apa sahaja tentang Islam! INDAH! Sangat Indah! Siapa yang tidak suka akan sebuah keindahan? Semua orang suka. Semangat berjuang membuak-buak.
Keinginan berjuang mendesak-desak. Masakan tidak, cinta dan berjuang adalah nikmat yang sangat istimewa. Bila keduanya bercantum, maka nikmat itu menjadi kuasa dua. Tentulah seseorang yang bercinta dalam jemaah itu menjadi hebat, mantap dan sebagainya. Namun, ramai yang terlupa, nikmat berjuang bukanlah dibuktikan melalui rasa seronok, rasa riang, rasa gembira, rasa suka. Nikmat Cinta memang dibuktikan dengan perkara tersebut, tetapi berlainan pula dengan nikmat berjuang.
Nikmat berjuang yang sebenar adalah ketika mana seorang pejuang itu diuji oleh Allah dengan sesuatu ujian. Berjuang dirasakan amat indah apabila ditentang, di halang dengan pelbagai rintangan. Itulah nikmat berjuang! Sama sekali bukan hanya sms-sms 'selamat berjuang' daripada seorang kekasih. Bukan sms peneman dikala hadir ke program jemaah. Bukan sms peringatan ketika dalam perjalanan ke program jemaah. Bukan bukan dan bukan! Itu bukan berjuang. Itu bercinta.
Jemaah hanya spare part ketika itu.Lantaran itu, seseorang ahli jemaah yang bercinta dan dalam masa yang sama dia juga berada dalam saf perjuangan hendaklah memastikan bahawa, cinta pada kekasih itu hanya sekadar sementara dan jangan dijadikan sebagai satu aset tetap dalam perjuangan. Jika tidak, akan berlaku kekeliruan antara duanya yang mana, jika berlaku konflik pada percintaan, maka ia akan mempengaruhi potensi dan komitmen sang pejuang tadi.
Jika terlalu strict mengatakan, AHLI JEMAH JANGAN BERCINTA!, pun saya rasa tidak boleh. Ini bukan dunia zaman dahulu yang mana pergaulan masih terbatas. Anak dara duduk di rumah dan pulang sebelum senja.
Anak dara dilarang keluar malam. Perkahwinan pula diaturkan oleh ibu bapa. Sekarang tiada lagi situasi itu.
Keadaan sekarang sudak tidak terkawal. Ibu bapa hanya tawakkal dan mnyerahkan pada takdir tentang masa depan anak mereka. Jika dahulu, kehebatan anak-anak mudanya kerana ia terkawal.
Ibu bapa umpama raja yang dihormati anak-anak. Suruh ke masjid, ke masjid lah. Suruh berkebun, berkebun lah.. Suruh kahwin, kahwinlah... .Namun, jika ingin bercinta wahai sahabatku sekalian.... berhati-hatilah. Bercinta bermakna sedang menghadapi risiko. Risiko yang terlalu banyak.
Antaranya mungkin, putus cinta, putus jemaah, dan macam-macam lagi. Saya ada satu kes perihal dua orang ahli jemaah yang memegang jawatan tertinggi dalam tanzim jemaah.
Keduanya bercinta atau istilah lain bercouple. Mereka sudah hampir bertunang. Sememangnya mereka saling cinta mencintai antara satu sama lain. Ditakdirkan, ibu kepada muslimat ini menolak cinta mereka kerana berlainan negeri. Ibu muslimat ini mahu menantunya satu negeri dengannya. Puas muslimat ini memujuk ibunya agar menerima muslimin tadi, namun sia-sia sahaja. Akhirnya, muslimat ini akur akan permintaan ibunya.
Dengan berat hati, diberitakan jua kepada 'calon'nya si muslimin ini tadi. Apa responnya? TIDAK!! Tak BOLEH! Itulah respon seorang ahli jemaah muslimin yang pernah (atau sedang) memegang jawatan tinggi dalam tanzim. namun, keputusan muslimat ini muktamad. Kehendak ibu mesti diutamakan. Muslimin ini bingung. Terkejut. Terkesima.
Satu perkara yang tidak pernah terduga di dalam akal fikirannya. bayangkan, sudah merancang untuk bertunang, tetapi ia BERUBAH sekelip mata.
Cuba anda kelip mata anda sekarang. Buka. Ya, sepantas itulah ia berubah!Apa yang terjadi selepas itu? Muslimin ini kehilangan arah. Dikacaunya 'bekas calon' nya itu setiap masa. Call, sms, call di tengah malam, mengganggu di perjalanan nak ke kuliah, tarik tudung, memegang tangan secara kasar dan pernah menunggu di pintu masuk kolej.
Pernah cuba untuk berbuat 'perkara terkutuk' di dalam lif apabila muslimin ini sentiasa mengekori muslimat tadi. Muslimat ini menjadi takut. Fobia. Trauma. Mengapa ini terjadi? Bukankah dia pimpinan? Mengapa tidak bersedia sebarang risiko di alam percintaan?
Kini muslimin itu menjadi najis dalam perjuangannya di kampus itu. Amanah pada jawatan tetap dilaksana malah menjadi pengerusi pada program-program penting jemaah seperti tamrin dan rehlah. Tetapi, aktiviti sampingannya ialah seperti seorang gila yang menagih kasih seorang wanita. Kasihan! Banyak lagi kes-kes yang saya simpan dalam diari dan hard disk saya.
Ini salah satu daripada beratus kes malah mungkin beribu. Sebenarnya, banyak najis-najis yang mendiami rumah jemaah sekarang. Lantaran itu, jika kita lihat, kekuatan jemaah Islam semakin kendur dan lemah. Suara yang dibuat-buat lantang atau sengaja menjerit-jerit ketika demontrasi lansung tidak menakutkan dan mengetarkan lawan malah hanya ditertawakan.
Najis najis ini pandai menutup aibnya sendiri. najis ini pandai mengawal 'bau busuk' nya agar tidak dapat dihidu oleh orang lain khususnya yang berada sejemaah dengannya. Bagaimana mengatasi? Entah! Saya sendiri bingung memikirkannya. Hakikatnya, Dunia Cinta yang melalaikan perlu ditinggalkan! Itu step pertama! Sanggup? Jika step pertama pun sudak tidak sanggup, bagaimana hendak pergi ke step kedua....------------ --------- --------- --------- --------- --------- ------------- --------- --Apalah pasir yg menjadi kaca? Kaca menjadi cangkir...Apalah tangan yg membentuk cangkir?Apalah mulut yg meminum air?Aku nantikan hujan mawar!Dan tak ingin lagi kehilangan.. .Turunlah hujan mawar! Basahkan bumi saharakuBiar kubermandi seribu warna pelangiBiar kuhapus rindu pelukan... CINTA DUNIAWI..------------ --------- --------- --------- ---------Thank u to akhi busyairi + along_safa

Saturday, April 28, 2007

Cerpen cinta islami

18 April 2007 by
oleh: muharikah
Jangan dikira pasangan yang sudah bercinta sekian lama,saat menikah akan terus mencintai pasangannya. Dan jangan dikira pasangan yang tidak melalui fasa percintaan akan sulit mencintai pasangannya setelah bernikah. Cinta itu ibarat pohon.Akarnya tumbuh ketika kita mulai berinteraksi dengan pasangan kita.Cinta pun akan bersemi ketika kita mulai menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan kita.Kita sirami dan pupuk ia dengan kasih sayang dan perhatian. Ia akan mekar dan berbuah ranum ketika kita berusaha memberi yang terbaik untuk pasangan kita. Namun ia tidak akan tumbuh begitu sahaja. Ia perlu dirawat dan dijaga dari penyakit dan hama yang menganggu.
Di antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan…’I will marry a stranger!’…Namun aku pasrah…
Jam 8.00 malam
‘Yang mana satu ek…?’‘Yang itukan?’..‘Iskh..bukan lah..itu kawan dia’..‘OOo..ye ke..hurm…. takde beza pun…Mana satu ni?’
‘Aku terima nikahnya Najdatul ‘Iffah binti Umar Faruq dgn mas kahwinnya 80 ringgit tunai….’.
‘‘Iffah dah jadi zaujah!’ Bisik Wafa’ sahabatnya seusai akad itu dan di saat aku menadah tangan berdoa. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun pada hakikatnya hati aku teramat gembira..Detik-detik ijab kabul itu. Sungguh ia merupakan sebuah momentum sederhana yang memiliki energi potensi dasyat untuk mengubah kehidupan dua anak manusia yang akan menjadi sepasang suami istri. Pernikahan adalah sebuah kerja besar yang menunggu kita.Kita tidak akan lagi merasa bahagia atau sedih sendiri. Malahan sudah tidak boleh melakukan banyak hal dengan menuruti keinginan sendiri. Kini telah hadir seseorang yang mencintai kita dan harus juga kita cintai, yang memperhatikan dan perlu kita perhatikan, tempat curahan hati, berkongsi rasa, canda, tangis, bahagia, susah dan marah. Dan seseorang itu adalah suami yang Allah berikan padaku….
Bila ada keindahan,Yang mewujud utuh..Dalam seluruh dimensi..Dan menyentuh utuh..Sepenuh rasa di jiwa,Itulah detik ijab qabul..Selamanya..Indahnya nyata..insyaAllah
. "Assalamualaikum!’ sapa satu suara.Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku dan terus menunduk. Ruang di antara para tetamu wanita di hadapanku di buka untuk lelaki tersebut mendekatiku. Aku bertambah gementar…Namun terus menghulurkan tanganku buatnya, lalu disarungkan sebentuk cincin emas ke jari manisku. Kerlipan cahaya dari berbelas kamera membuatku terus berpeluh-peluh. Dia lantas keluar tanpa berkata apa-apa. Mungkin dia segan dan malu, aku menebak. Mana tidaknya, puluhan akhawat memenuhi segenap ruang yang ada di bilik kecil itu.
‘Tak sempat lagi tengok muka dia’‘Tak sempat ke?Tak berani ke?Ke malu?’ Wafa’ masih tersengih memerli.
‘Semualah sekali. Eh, dia ada kat mana sekarang?’‘Makan kot…kat luarlah..pergilah tengok,’‘Tak mahulah. Segan sangat-sangat. Dahlah tak kenal. Dia balik lepas jamuan. Esok akan datang semula’.
…Aduhai…Akhawat yg ada geli hati agaknya melihat gelagat ‘Iffah. Mana tidaknya. Muka suami pun tak pernah dilihat Dah akad nikah pun masih belum melihat. Esoklah nampaknya rezekinya di waktu kenduri.
Di malam akadnya itu, dia masih belum bersama suaminya. Orang tua-tua kata tak elok selepas bernikah duduk sekali. Mesti tunggu majlis rasminya keesokan harinya.
Di saat itu dia masih membayangkan wajah suaminya yang hanya dilihatnya lewat gambar foto yang dikirimkan oleh ustaznya, perantara yang menjodohkan antara dia dan suaminya.
Di saat itu juga, memori lama terimbau kembali.
Dia masih teringat di saat dia ditanyakan adakah mahu dia berumah tangga dengan pemuda itu. Oleh kerana kepercayaan yang telah lama dibaja kepada manusia yang sudah lama mendidiknya, ’Iffah menyatakan persetujuannya. Bukan tergesa-gesa, tidak juga tanpa berfikir panjang. Malah, dia telah mempertimbangkannya sejak sekian lama.
Dia sangat mahukan pernikahannya hanyalah semata-mata kerana Allah. Dia mahu tindakannya itu disandarkan kerana Allah. Dia mahu berkarya untuk mengeratkan kasih dan produktif memaknai cinta tanpa mengharapkan balasan manusia, hattakan suaminya sendiri. Dia mahu cintanya itu bersumberkan kecintaan kepada Ilahi. Kecintaan yang benar-benar hidup dan menghidupkan…
‘Iffah sedar keputusannya menyerahkan segala urusan baitul muslimnya pada jemaah untuk mengatur dan memilih pasangan hidupnya membuktikan sedalam mana intima’ dan kepercayaannya pada jemaah dan manusia yang bertanggungjawab menjaganya.
Memasuki alam pernikahan memerlukan akar yg cukup kuat. Ibarat sebuah bangunan, semakin berat beban yang diterima, maka akan semakin kukuh struktur asas yang dibuat. Semakin teliti penelitian yang akan dibuat ke atas bangunan yang di buat. Bukan sahaja pada struktur asas ,tetapi kekuatan pendukungnya yang lain.
Dan semenjak hari itu,setiap detik menjelangnya merambat begitu lambat, di lautan hati yang penuh bunga,senyum bertebaran di wajah-wajah cerah, yang kian berseri.Seiring makin mendekatnya detik-detik penuh bersejarah itu, ’Iffah,seorang gadis biasa yang fitrahnya manusia, kadangkala tersadung juga. Hampir tergelincir ke lembah yang tidak diingininya. Dia mahu memelihara suci hubungan itu. Biarlah tiada ada noda. Biarlah bahagia itu bermula pada detik pernikahan itu sendiri.
Perbincangan mereka awalnya sangat terpelihara. Hanya sekadar atas urusan yang perlu dan di ‘cc’ kan pada mereka yang selayaknya.
ustaz….Ukhti…Entah di mana ana harus mulakan…agak segan menulis kata2 walaupun tidak nampak rupa, malu pula untuk menuturkan bahasa di khalayak kalian berdua….Ana pun tidak pasti atas dasar mana ana menulis email ini, yang pastinya, aqidah ISLAM lah yang menghubungkan kita semua, tidak perlu la didetailkan lagi…Ustaz dan ukhti maklum dan jelas di dalam perkara ini insyaAllah.. ..Ana pasti ukhti iffah jelas di atas apa yang telah berlaku sebelum ini, resume telah diterima dan dibaca, boleh kata masing2 faham tidak perlu diterangkan mengapa dan siapa kerna semua itu sudah diserahkan kepada murabbi kita …ana hanyalah insan lemah yang menyerahkan segala yang berlaku kepada Allah s.w.t….semoga Allah berikan yang terbaik buat kita semua….. Tidak lain dari sini, ana hanyalah meminta keizinan menyatakan persoalan dengan tenang kepada ukhti iffah di atas perancangannya di dalam perkara ini, ana perlu lebih jelas tentang apa yang difikirkan oleh enti. …….Perbincangan sering berlaku lewat email dan ‘yahoo messenger’. Atas alas an untuk menguruskan hal-hal bersangkut paut dengan pernikahan. Namun setelah beberapa kali berhubung sudah muncul pula icon yg mampu menggetarkan hati-hati manusia yang menanti saat yang dirasakan manis itu. Ada juga email yang terlepas dan tidak di ‘cc’ kan pada orang lain. Astaghfirullah! Pada mulanya berchatting sedaya upaya dielakkan. Namun akhirnya ‘Iffah pasrah. Tunduk pada hatinya yang seakan rindu melihat icon senyum itu menyala. Dan akhirnya syaitan itu menang jua. Walaupun tiada bicara yang melekakan. Namun cukuplah ucapan ‘doakan diriku pejuang sejati’ mampu menggetarkan dan mengusik hatinya itu. Entah mengapa saat pernikahannya itu dirasakan terlalu lama.
Thariq zayyad : ok ukht, ana undur dulu…‘iffah : ok, jaga diri ..Thariq zayyad : doakan diriku pejuang ISLAM sejati =)‘iffah..insyaALlah. . wassalam..Thariq :wslm wr wbt..
Mungkin berbaur semangat perjuangan, tetapi sebenarnya ia cukup palsu! Sayang sungguh sebagai pekerja islam yang kononnya membina bangunan Islam, tetapi dalam masa yang sama meruntuhkannya. Prinsip-prinsip pergaulan dilanggar, kata-kata walaupun sebentar mampu membuka ruang fitnah. Memang di mata manusia biasa apalah sangat perbuatan itu. Mereka akan berkahwin! Tapi jiwa orang mukmin yang sensitif, yang peka dengan maksiat-maksiat kecil, dia tahu perbuatannya itu tidak diredhai oleh Allah swt. Cepat-cepat dia beristighfar. Biarlah dia bersabar asalkan pernikahannya nanti adalah suci.
Alhamdulillah, Allah tidak membiarkan ia berlaku lama. Akhirnya ada yang dapat menghidu dan menegur. Aduh..malu sungguh dirinya pada Allah! Dirinya sering dianggap hebat dan cukup tsiqah tetapi kalah pada naluri rindunya. Walaupun sekadar icon =) namun dia merasakan itu satu noda besar untuknya!
Ruang dialog hati,dalam kesedaran cinta ilahi,sebagai sebenar-benar cinta.
Kita membangun sebuah pernikahan kerana cinta kita kepada Allah. Kita ingin selalu menyempurnakan cinta itu maka kecintaan kepada Allahlah adalah yang lebih utama perlu kita perhatikan demi kelangsungan pernikahan kita di dunia dan akhirat. Tentunya kita tidak ingin membawa pernikahan kita semakin jauh dariNya kerana peluang. Kita mudah terbawa arus lantaran selalu sebuk dan lalai dengan pernikahan itu. Mudah lari dari syariatnya.. Midah tertipu zahirnya dalam kebaikan. Kerana itu, kita perlu membangun sebuah komitmen denganNya dahulu sebelum menjalin komitmen dengan pasangan hidup kita…
Cinta bukan kerana keindahan yang tampak di mata..Tetapi kerana yang menyatukan hati dan jiwa…Akhirnya, segalanya ditinggalkan kerana Allah. Dia tidak sanggup lagi membiarkan fitnah berlaku ke atas hatinya. Komitmen dengan Allah swt dibutuhkan kerana dia bertekad membangunkan mahligai rumah tangga semata-mata mencari ridhaNya. Ingin membangunkan mahligai pernikahan dengan nuansa cintaNya dan cinta kepadaNya….kala cinta bertanya pada cinta..imanlah jawabnya..
Azan subuh yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan . Tidak disedari masa berlalu begitu cepat sekali. Kedengaran diluar suasana kelam kabut…bunyi kaca dan suara saudara mara hiruk pikuk di luar.
Baru aku teringat, hari itu adalah kenduri walimahku setelah akad semalam. Aku tersenyum sendirian. Di manakah suamiku? Bilakah dapat aku menatap wajahmu duhai kekasih?
Di sini teduh hadir kukuh,Di kelopak cerah segala bunga,di pucuk-pucuk hijau segala rasa..
Alhamdullillah, kenduri berjalan dengan lancar hari itu. Ramai sungguh teman-teman yang hadir mengucapkan tahniah dan menyerikan lagi suasana. Aku sempat mencuri pandang ke arah suamiku. Itupun setelah disuruh oleh sahabatku. Mana tidaknya seorang di hulu, seorang ke hilir. Penat sungguh sanak saudara menyuruh kami berjalan berdua-duaan. Sungguh aku tak mampu menahan getaran hatiku berada di samping seorang lelaki asing yang tak pernah kukenal mahupun kulihat! Namun hatiku pasrah dan menerima seadanya. Biarlah proses taaruf kami berjalan selepas ini. Dan insyaAllah kami akan mengenali keluarga besar masing-masing juga. Biarlah hari ini kami kelihatan seperti dua makhluk asing pun!
Mulai detik itu, kami melayari bahtera ini dengan keindahan dan kecintaan yang sebenar. Benarlah apabila syariat dipatuhi, manisnya pernikahan itu benar-benar dirasai. Di saat itu kisah cinta agung Khadijah r.a dan Muhammad saw kita selusuri. Betapa suburnya pohon cinta itu, akar-akarnya menghujam di hati, batangnya kukuh, rantingnya menjulang ke langit, daunnya rimbun, buahnya ranum,menaungi dan memberi kebahagiaan kepada sepasang jiwa.
Benarlah… nyata pernikahan juga memerlukan keperluan emosional yang tinggi. Hubungan dua insan yang saling memahami, empati, toleransi dan motivasi. Perlunya ada penyelarasan dan keselarian emosi. Tambahan lagi ketika awal pernikahan, banyak saat-saat yang cukup terduga, oleh itu sabar dan iman harus diutamakan. Penyelarasan ini tidak akan terjadi serta merta, seperti antena radio atau tv yang perlu diputar-putar untuk mendapat gelombang yang betul, maka penyelarasan antara dua jiwa ini juga memerlukan banyak percubaan. Ini akan terjadi sepanjang pernikahan kita hingga ke akhir hayat. Sabar dan syukur memudahkan kita memandang segala permasaalah kita dengan jiwa yang jernih…
Aku benar-benar bersyukur atas apa yang dianugerahkan padaku hari ini. Sungguh tidak ternilai cintaNya padaku….
‘ Ya Allah. dimana lagikah dapat ku temui cinta sejati..kecuali pada cintaMu..ke mana lagikah hati ini harus berlabuh..kecuali pada kasihMu..Jadikanlah hati yg lemah ini yaAllah..tertambat kukuh hanya padaMU..Aku mohon redha atas segenap keputusanMukesejukan setelah matiku..kenikmatan memandang wajahMu..dan kerinduan untuk berjumpa denganMu..Ampunilah diri ini yang tidak beharga Ya Allah ..Penuhilah kehinaannya dengan keindahan maghfirahMu’