SALAM

Tuesday, March 25, 2008

Panduan Asas Public Speaking

Atas permintaan beberapa sahabat, pada kali ini ingin saya kongsikan beberapa panduan asas dalam memberi pengucapan awam. Rumusan dibawah saya ambil dan kompilekan dari assabiqunal awwalun, min dq, min smap kajang, min iiu, ditambah dengan pemerhatian dan pembacaan saya pada beberapa teknik yang dikongsi speaker-speaker terkemuka diperingkat nasional mahupun dunia.

Diperingkat nasional, public speaking atau teknik pengucapan awam ini biasanya menjadi antara kekuatan yang dominan yang ada pada Barisan Rakyat. Ini dikernakan mereka perlu memastikan bahawa rakyat faham dan yakin dengan isi dan hujah yang disampaikan dan seterusnya memilih untuk merobah pendirian asal mereka terutamanya yang menyokong kerajaaan sedia ada. Adapun skil pengucapan awam ini teramat penting untuk mereka yang bercita-cita mahu menjadi pimpinan dan melibatkan diri dalam politik. Ini kerana mahu atau tidak mahu mereka perlu memberikan ucapan bagi meraikan rakan-rakan seperjuangan mahupun meyakinkan pengikutnya bahawa dia berkebolehan untuk memimpin.

Dalam teori barat, Anthony Robbin, psikologis terkemuka memberitahu kita bahawa tidak ada realiti dalam kepimpinan. Yang ada hanyalah bagaimana kita (pimpinan) mempersembahkan sesuatu reality itu sendiri melalui gambaran dan pengucapan awam yang menceritakan tentang sesuatu reality itu sendiri. Rumusnya, sebagai da’ie kita perlu menguasai teknik pengucapan awam ini kerna ia menjelaskan apa kefahaman yang cuba kita bawa, memberi impresi baik (professional) pada pembawa obor Islam, dan meyakinkan masyarakat bahawa hanya Islam yang mampu menjadi penyelamat kepada manusia dunia dan akhirat.

Langkah pertama. Setengah jam sebelum bermula sesi ucapan anda, duduk sendirian dan bawa bersama pen dan kertas. Tulis tajuk kuliah atau ceramah atau talk yang penganjur berikan pada kita.


Langkah kedua. Fikir dengan tenang in the end of the program apa kefahaman yang paling kurang peserta perlu tahu berdasarkan tajuk yang diberikan. State kan 3 atau 4 kata kuncinya.

Langkah ketiga. Buat flow of idea dari keempat-empat kata kunci yang telah kita keluarkan sebentar tadi. Contoh, dari aqidah yang shahih maka barulah timbul ibadah yang sah. Dan hasil dari ibadah yang sah ditambah dengan khusyu’ maka lahirlah akhlak Islam.

Langkah keempat dan terakhir. Anda perlu bayangkan bahawa dari rangka utama yang kita bina sebentar tadi ada cabang-cabang kecil keluar sebagai maklumat tambahan. Maklumat tambahan ini eloknya dalam bentuk kisah benar para salafussoleh, wali Allah, ataupun apa jua perumpamaan yang mewujudkan suasana imaginasi kepada audiens.


Kelemahan kita biasanya tidak menghuraikan kata kunci dengan detail kemudian kita segera beralih pada kata kunci yang kedua. Kesannya dalam masa 15 minit kita sampai ke penghujung rangka utama isi/kata kunci kita. Disaat itu, kita dinamakan kekeringan malah kekontangan idea. Lalu mulalah kita kalut dan mengambil tajuk lain untuk dihuraikan.

Rumus mudahnya :
(Duduk) + (State Kata Kunci) + (Buat Flow) + (Side Notekan Maklumat Tambahan Untuk Setiap Kata Kunci) = (Pengucapan Awam Yang Baik)


Beberapa pantang larang dalam pengucapan awam. Saya beberapa kali gagal menyampaikan isi ucapan saya dikernakan ‘melanggar’ pantang larang dibawah.
  • Jangan bercakap perkara yang bukan kepakaran dan kefahaman kita- andainya kita sendiri masih belum faham akan kehendak tajuk mahupun soalan yang dikemukakan, elakkan diri dari bercakap kerna ia akan memalukan diri kita sendiri. Mafhum mukhalafahnya, sebagai da’ie perlu ada beberapa bidang yang kita yakin akan kebenaranya dan kita faham benar akan isi-isinya.

  • Analisis audiens anda. Andai mereka golongan agamawan, usah bercakap soal agama dihadapan mereka. Ia akan memberi mereka gambaran level ilmu dan tahap pemikiran anda. Sebaliknya bercakaplah soal pengurusan, kepimpinan dan aspek psikologi mahupun sains alam yang lebih menarik dan merangsang mereka untuk mendengar.
  • Elakkan ekspresi MUKA yang berlebihan. Mulakan dengan wajah yang senyum tanpa menampakkan gigi. Jangan ketawa sebelum audiens ketawa. Jangan meneruskan percakapan ketika audiens sedang riuh rendah dengan sesuatu isu. Tunggu sehingga suasana sedikit tenang.

Pakar psikologi mengatakan 15 minit pertama menjadi kayu ukur yang sangat penting kepada perjalanan sesebuah pengucapan awam. Andai kita gagal meyakinkan audiens bahawa mereka perlu mendengar ucapan kita dalam 15 minit yang pertama, dinasihatkan kita berhenti dengan kadar segera. Jika tidak kita akan hanya membuang masa kita dan audiens kita.


Konklusinya, pengucapan awam itu penting, tetapi apa yang lebih penting dari itu ialah tercapainya maksud dakwah kita iaitu menyebarkan Ilmu Allah dan agama Allah kepada sekalian manusia. Nabi berpesan; “ballighu ‘anni walau aayah”. Pun begitu setiap apa yang keluar, terbit bersamanya bebanan untuk kita laksanakannya terlebih dahulu. Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment