SALAM

Wednesday, March 26, 2008

Demi untuk HlizbuLlah yang satu, dan demi untuk Harakah Islamiyyah

Bagi menjawab soalan sahabat saya yang bertanyakan tentang taadud jamaah, disini saya lampirkan keterangan Al-Ustaz Sa’id Hawwa dalam bukunya Beberapa Pelajaran Dalam Amal Islami :
"Prinsip asal di dalam Islam menuntut supaya orang orang Islam
berada di dalam satu jamã’ah sahaja di dunia ini, lebih-lebih lagilah di dalam
sesebuah negara yang semestinya hanya satu jama’ah sahaja yang ujud.

Ustãdh Hassan Al-Bannã rahimahuLlah telah pun meletakkan Rukun
Kefahaman di dalam Usul ‘Isyirin sebagai titik pertemuan yang dengannya
dapat disatukan seluruh orang-orang Islam khususnya dari segi kefahaman
terhadap Islam itu sendiri.
Untuk itu Ikhwãn diminta supaya melahirkan
suatu sighah (bentuk) penyusunan yang sesuai dan yang boleh sampai
kepada penglahiran suatu saff (front) yang bersatu di dalam sesebuah negara
atau ke arah penyusunan yang satu di dalam sesebuah negara, dan
seterusnya ke arah pembentukan Harakah Islamiyyah yang tunggal di dunia
ini.
Bermula dan kejatuhan Khulafah Islamiyyah sehinggalah ke sa’at ini,
mereka yang beriman dengan Islam belum lagi mampu membentuk suatu
jamã’ah dengan qiyadah (pimpinan) yang satu di dalam sesebuah negara,
lebih-lebih lagilah untuk melahirkan suatu jamã’ah yang’bersatu untuk
semua negara.
Oleh itu kita dapati di dalam sesebuah negara timbul
kelompok-kelompok yang berdasarkan kepada tasawwuf kelompokkelompok
yang berdasarkan kepada ‘ilmiyyah dan kelompok-kelompok yang
berdasarkan kepada kebajikan masyarakat serta kumpulan-kumpulan yang

berdasarkan kepada asas-asas fikiran atau politik tertentu. Dan saudara akan
dapati individu-individu yang banyak ini terbawa-bawa dengan arus dan
hanyut tanpa mempunyai hubungan langsung dengan mana-mana
penyusunan.

Sesungguhnya saudara tidak akan mendapati golongan orang-orang
Islam yang bersatu di dalam kumpulan yang satu yang mempunyai matlamat
yang satu, penyusunan yang satu dan fikiran yang satu. Malah saudara akan
mendapati mereka berpuak-puak dan berpecah-belah.
Apakah punca
kesemuanya ini?

Suatu pengamatan yang teliti kepada Al-Qur’anul-Karim dan Sunnah
Al-Rasül yang suci akan menyingkapkan beberapa sebab musabab akan
kenapa berlakunya yang demikian itu. Begitu juga suatu pengamatan yang
tenang terhadap waqi’ dan realiti akan membukakan kepada kita sebilangan
sebab-sebab mengapa terjadinya yang demikian itu.
Di bawah ini disebutkan
sebilangan darinya dengan ringkas supaya dapat kita memperhatikannya:

1. Al-Qur’ãnul-Karim menyebut bahawa diantara sebab sebab bagi
perpecahan di kalangan Bani Israel adalah kerana melupakan sebahagian
daripada wahyu yang diturunkan kepada mereka
. Firman Allah Subbanahu
Wata’ala:

“Tetapi mereka sengaja melupakan sebahagian daripada apa yang mereka diberi
peringatan dengannya; maka Kami timbulkan di antara mereka permusuhan dan
kebencian...”
(Sürah Al-Mã’idah: Ayat 14)

Oleh itu dewasa ini, bila mana orang-orang Islam atau sebahagian
daripada mereka melupakan Islam atau sebahagian daripadaNya, ataupun
lupa untuk melaksanakan satu ayat sahaja daripada Al Qur’an itu, atau lupa
untuk berusaha ke arah melaksanakannya walaupun perlaksanannya buat
masa ini merupakan suatu perkara yang sukar, maka hasil dan kealpaan ini
mengakibatkan perseteruan dan kebencian merebak di kalangan sesama
mereka.

Bagi mereka-mereka yang memerhatikan waqi’ (realiti) orang-orang
Islam di hari ini mereka akan mendapati bahawa sebahagian daripada orangorang
Islam itu telah lupa bahawa mereka telah ditaklifkan oleh AllAh
Subbanahu Wata’Ala untuk memerintah dengan apa yang telah diturunkan
oleh Allah Subbanahu Wata’Ala semata-mata.
Sebahagian yang lain pula lupa
bahawa mereka telah diperintahkan untuk bantu membantu di antara satu
sama lain ke arah kebajikan. Begitu juga sebahagian yang lain telah lupa
aspek-aspek ‘ibadat, moral dan budi pekerti. Malahan bagi seluruh Ummat
Islam, tanggapan mereka terhadap Islam itu tidak lagi sempurna.
Sesungguhnya kealpaan kita akan hakikat yang sebagai orang Islam kita
tidak seharusnya wala’ dan ta’at kepada yang lain daripada Islam dan
penganut-penganutnya sahaja sudah cukup untuk membawa kepada
perpecahan. Persoalan ini ketara sekali.
Demikian juga kealpaan orang-orang
Islam bahawa mereka berkewajipan untuk menegakkan hukum. hukum
Islam supaya dengan itu akan terlaksanalah Islam dan Jihad; dan kealpaan ini
juga sudah cukup untuk membawa kepada perpecahan. Inilah yang sedang
beriáku di hadapan mata-kepala kita sekarang ini.
Saudara boleh sebutkan berbagai-bagai sudut lain di dalam Islam yang
telah dilupai oleh orang-orang Islam. Inilah sebab utama dan sebilangan
sebab-sebab perpecahan di kalangan orang-orang Islam.

2. Al Qur’ãnul-Karim juga telah menyebut satu lagi sebab sebab perpecahan
di kalangan Bani Israel; iaitulah hasad dengki
. Firman AIIah Subbãnahu
Wata’ãla:
“Dan mereka (ahli Kitãb) tidak berpécah-belah melainkan sesudah datangnya
pengetahuan kepada mereka kerana kedengkian di antara mereka.”
(Al-Syurä: Ayat 14)
RasüluLläh SallaLahu ‘alaihi Wasallam telah mentafsirkan ayat ini
dengan sabadaNya:
“Telah meresap di kalangan kamu penyakit ummah yang terdahulu daripada kamu,
iaitulah hasad dan kebencian yang merupakan pemotong. Aku tidak berkata ianya
pemotong rumput, tetapi ianya pemotong yang memotong ugama.”
Maka hasad dengki; tidak mungkin dapat bertemu sesamanya di
antara manusia.

3. Al Qur’anul-Karim juga menyebut beberapa sebab persefahaman yang
sebenarnya di antara jiwa-jiwa manusia; iaitulah Rahmat Allah Subhanahu
Wata’äla. Al-Qur’an juga telah menyebut sifat-sifat yang mesti dimiliki oleh
orang-orang yang beriman demi untuk mendapatkan Rahmat Allah, yang
mana selepas itu akan berlakulah persefahaman hati (jiwa).
Firman Allah
Subhãnahu Wata’aIa:

“Tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi Rahmat
oleh Tuhanmu, dan untuk itulah Allah mencipta mereka.”
(Sürah Hüd: Ayat 118—119)

Dan Firman Allah untuk memperingatkan lagi sifat sifat mereka yang
layak mendapat RahmatNya:

“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah
menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang ma’rüf,
mencegah yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka
ta’at kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi Rahmat oleh Allah
sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(Sürah At-Täubah: Ayat 71)

“dan yang mempersatukan hati-hati mereka (orang orang yang beriman). Walaupun
kamu membelanjakan semua kekayaan yang ada di bumi, nescaya kamu tidak akan
dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mere
ka.”
(Sürah Al-Anfal: Ayat 63)

No comments:

Post a Comment