SALAM

Monday, March 24, 2008

Masa Depan Hanyalah Untuk Islam

Selaku muslim yang beriman dengan kitabullah dan sunnah rasulullah, kita yakin dan beriman bahawa masa depan hanya untuk Islam. Dalam sabda nabi saw, mafhumnya barangsiapa yang berpegang dengan 2 perkara ini tidak akan sesat selama-lamanya: iaitu Quran dan Sunnah nabi (hadis). Dalam quran, surah al-Baqarah Allah berfirman masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhannya. Mafhumnya janganlah memisahkan-misahkan kefahaman dan pengajaran yang ada dalam Quran mengikut hawa nafsu kita menyebabkan kita mengambil apa yang kita suka dan selari dengan nafsu kita sahaja lalu meninggalkan yang lain.


Berdasarkan hujah-hujah diatas maka sudah sepatutnya bagi mukmin yang beriman untuk tidak mengelak dan berpura-pura tidak tahu bahawa penerimaan Islam mestilah secara jazam(bulat) tanpa sebarang kesangsian mahupun penolakan. Seorang ulama’ bertanyakan pada hadirin yang hadir ke kuliahnya, “apa hukumnya kita tidak mempercayai satu huruf dari ribuan huruf-huruf Quran?” hadirin yang hadir teragak-agak untuk menjawab. Lalu dijelaskan bahawa penolakan barang satu huruf pun kita sidah dikira kafir, inikan pula kita menolak sebahagian besar dari ajaran Islam.


Hari ini, kita lebih selesa mengambil Islam pada bab solat, zakat, haji, puasa dan rumah tangga. Adakah ini sahaja ajaran Islam yang wajib kita laksanakan? Adakah memadai dengan melakukan semua hal diatas lalu kita dijamin masuk ke syurga Allah? Apakah semurah itu nilai syurga Allah? Golongan yang terdahulu bermati-matian pada jalan Allah demi mendapat redha dan syurgaNya. Mereka bahkan disisir dengan sisir besi sehingga terpisah tulang dengan isi, mereka dicampak kedalam minyak panas menggelegak, badan mereka digergaji dua, diseret ditengah padang pasir panas dengan kuda, dibaringkan diatas bara api sehingga berlubang pada badan, ditarik kedua tangan mereka dari arah bertentangan dengan 2 ekor kuda sehingga terbelah dua dan banyak lagi penyeksaan yang lain.


Malah kehidupan nabi yang menjadi kecintaan kita juga tidak lepas dari kesusahan dan perbuatan khianat manusia yang tidak suka akan Islam. Lalu kita tanyakan pada hari ini, adakah kita yakin bahawa Islam yang kita pegang adalah selari dengan ajaran Nabi kita yang terdahulu? Adakah kita berada pada landasan jalan yang sama? Sedangkan umar al-khattab suatu ketika ditanya kenapa memakan roti gandum yang keras beliau menjawab inilah yang nabi makan suatu ketika dahulu dan aku perlu mengikuti nabi sepenuhnya kerna nabi telahpun sampai kedestinasi akhir yakni syurga yang dijanjikan Allah. Ini baru soal makan, belum dikira soal hidup dan perjuangan nabi.


Adakah sama pola perjalanan kita dengan yang digambarkan oleh Allah dalam Quran: “dan kalaulah apa yang hendak kamu capai itu dekat wahai Muhammad dan perjalanannya mudah tentulah ramai manusia yang akan mengikuti mu,akan tetapi jalan yang kamu lalui itu wahai Muhammad jauh dan banyak kesukarannya(dipenuhi kepayahan)” Allah telah menggambarkan bahawa jalan yang dilalui oleh nabi pasti dan pasti merasa susahnya dan terasa jauhnya. Lalu kita pada hari ini yang mengaku mengikuti jalan nabi adakah pernah kita berperasaan sedemikian? Ataupun kita sebaliknya? Muhasabahlah kembali Islam kita,adakah ia selari dengan apa yang dianjurkan oleh nabi saw. Kita takut menjadi segolongan manusia yang Allah gambarkan dalam Surah al-kahfi : “wahum yahsabuna annahum yuhsinuna sun’aa” yakni mereka menyangka bahawa mereka telah melakukan yang terbaik didunia dahulu sedangkan pada pandangan Allah ianya kosong lagi tidak bernilai. Inilah golongan manusia yang tertipu dengan amalannya dan mereka rugi serugi-ruginya.


Konklusinya, kita perlu yakin bahawa masa depan hanyalah untuk Islam. Kenapa? Kerana Islam itu diturunkan oleh Allah tuhan yang menciptakan manusia yang pasti dan pasti lebih tahu apa system yang terbaik untuk manusia. Islam mengajar kita dari sekecil-kecil perkara seperti kaki kanan atau kiri yang diguna untuk keluar masuk tandas, bahkan cara duduk ketika dalam tandas sehinggalah Islam mengajar kita bagaimana cara mengurus dan mentadbir negara dengan betul. Islam ialah addeen. Islam ialah cara hidup. Islam ialah satu system Allah untuk manusia supaya manusia menjadi manusia. Wallahua'lam

3 comments:

  1. salam..alhamdulillah pertama kali say menjenguh ke blog ini. rasa nya dengan ilmu yang nta ada boleh tak rasanya terangkan serba sediki tentang tarikat? dan kaitannya dengan jemaah.

    ReplyDelete
  2. salam..alhamdulillah pertama kali say menjenguh ke blog ini. rasa nya dengan ilmu yang nta ada boleh tak rasanya terangkan serba sediki tentang tarikat? dan kaitannya dengan jemaah.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam..sekadar ilmu dan pengalaman saya bersama sahabat-sahabat tarekat, ianya jalan-jalan pemahaman dan pengamalan ilmu tsauf..dalam jemaah pernah timbul satu gerakan yang memperjuangkan tsauf ini,mudahnya disebut "sufi haraki"..ada yg menerima dan ada yg menolak..apapun ia, tarikat juga ialah satu jemaah islam yg wajib kita bertasamuh padanya.wallahua'lam

    ReplyDelete