SALAM
Friday, November 28, 2008
'Ibrah Suhaib ar-Rumi
After a while, telah datang perintah from Allah swt for muslims to go hijrah to madinah. Byk lah kekangan and sekatan from the quraisy tribe, sehinggalah semua jalan2 keluar dari makkah ditutup and roadblock being done everywhere..meskipun begitu, for god's sake the muslim people terus menerus hijrah secara sembunyi2..contoh, on afternoon, usually kafir quraisy take a nap kerna panasnya matahari.
Suhaib ar-Rumi went on hijrah quite late as he need to bring all his treasures, money etc. But suddenly, the kafir quraisy stop him and abu jahl askeed him a few queations..nak ke mana ya suhaib? 'ke madinah bersama nabi saw.."' jawab suhaib tenang..
abu jahl marah dan mengungkit kembali..bukankah angkau dahulu sehelai sepinggan datang ke makkah lalu aku beri perlindungan dan memberi pinjam duit untuk modal berniaga, memberi geran tempat berniaga dan sekarang engkau telah kaya engkau bermimpi untuk membawa keyaan ini ke madinah??
Abu Jahal menyambung dengan nada berseloroh, engkau tinggalkan semua kontena harta kekayaan mu ini dan kau ku lepas ke madinah..tanpa berfikir panjang suhaib ar-rumi setuju yg menyebabkan abu jahl terkejut yg amat dengan tindakan suhaib. Pada pandangan materialis sepertinya suhaib masakan meninggalkan semua harta kekayaannya seumpama nilaian skg duit ratusan ribu ringgit cash,kereta mercedes,rumah banglo etc..tetapi itu yg terjadi..
Dngan peristiwa ini, allah turunkan ayt 'wa minannasi man yashtari nafsahubtigha a mardhatillah..wallahu raufun bil'ibad.."..dan ada dikalangan manusia yg berjual beli dengan dirinya untuk mendapat redha Allah, dan sesungguhnya Allah itu berlemah-lembut dengan hambanya"..diakhirat kelak Allah akan melayan suhaib dengan layanan VVIP kerna dia tinggalkan dunia demi redha Allah swt..Rasulullah berteriak, rabiha suhaib..rabiha suhaib..rabiha suhaib..untunglah suhaib..x3..masakan untung duit dan harta habis tergadai..sepatutnya rugilah suhaib..x8..vision akhirat yg tiada pada kita hari ini..hu
Nowadays, materialism telah berakar umbi dalam masyarakat kita..if our prophet still lives, and he ask muslims to go for war, how many of us will go..akan timbul pelbagai alasan sebagaimana golongan munafik berikan alasan pada nabi sewaktu perang tabuk, we want to study,we want to work, we dun hv time, we not yet prepare to die, we dun hv much money etc..lalu siapakah yg akan mengikuti nabi saw disaat itu?? beriman, munafik atau kufurkah kita saat itu..wallahua'lam..
Wednesday, September 3, 2008
Ramadhan Sama Natijah Berbeza
Lalu kedatangan nabi umpama rahmat hujan yang menghidupkan hati-hati manusia yang mati. Ia menghidupkan jiwa dan ruh manusia. hari ini hal yang sama terjadi. Kehidupan kita tidak akan memberi makna jika kita tidak menghubungkan diri kita dengan manusia yang memberi makna pada kehidupan iaitu nabi saw. revisi diri menjadi petanda adakah kita sedar atau tidak bahawa kita semakin menjauhi agama dan seterusnya mensiakan peluang kehidupan sementara ini.
Sabdaan nabi masih segar menjadi bualan..dan tidaklah aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlaq manusia..hadis ini pernah dihuraikan panjang lebar oleh prof malik badri pensyarah irkhs uia gombak yang menyebabkan air mataku bergenang teringatkan nabi saw..
kata beliau nabi mendidik sahabat dengan akhlak yang sangat halus dan baik. Bahkan nabi sendiri memberi contoh yang baik bilamana suatu ketika nabi dan sahabat2 duduk lalu dihidangkan unta panggang. Lalu makanlah baginda dan sahabat2..sehinggalah tiba2 kedengaran bunyi kentut kuat menggegar. Nabi mendiamkan diri. Tidak ditanya tidak disapa.
Sesudah makan, alkisahnya waktu solat masuk. Maka barangsiapa yang bangun memperbaharui wudhu' maka dialah orangnya yang kentut sebentar tadi..lalu demi menjaga maruah dan menutup aib sahabat2 baginda maka nabi berkata sesiapa yang makan unta tadi maka perbaharuilah wudhu' kalian..hasilnya semua sahabat berwudhu' semula..lihat betapa nabi menitik beratkan soal menjaga maruah dan aib manusia..
Hasil didikan nabi jugalah sahabat2 mampu sekeluarga menangung lapar demi memastikan tetamunya kenyang..apakah hal ini wujud dalam masyarkat kita hari ini? adakah kita menjaga aib sahabat bahkan saudara2 kita? apapun SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN..moga kita terus tegar membersih diri memperkasa rohani..
Wednesday, July 30, 2008
Muqabalah dan 'Lethargic Syndrome' ahli Gerakan
Meneyentuh soal muqabalah dua parti besar Malaysia ini, sebagai mahasiswa pendirian kita ialah menyokong cadangan ini atas alasan perbincangan bukan bermakna penggabungan. Meskipun ramai yang mungkin akan sangsi akan kesetiaan PAS bersama Pakatan, saya tegaskan bahawa andai kita meneliti DASAR dan Perjuangan PAS sudah cukup untuk membuktikan bahawa penggabungan kedua-dua parti ini adalah mustahil.
Alasannya ialah, UMNO ditubuhkan atas dasar kebangsaan dan memperjuangkan hak Melayu, manakala PAS samakali tidak akan selama hayatnya menyokong sebarang perjuangan yang didasari SELAIN dari ISLAM. Perbezaan besar dari sudut basis dan tapak asas ini menjadi penghalang utama kepada penggabunagn kedua parti dominan negara ini.
Sementelah itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekali lagi mencadangkan usul agak 'extraterrestrial'..MANSUHKAN KEDUA PARTI, TUBUHKAN PARTI BARU.. Bagi mereka yang dangkal pemikirannya senang mereka mengatakan bahawa PAS punya hasrat untuk bergabubg dengan UMNO. Melihat pada sisi yang lain, sebenarnya statement diatas masih tidak TIDAK LENGKAP..Tuan Guru Nik Aziz mengatakan penubuhan parti baru perlulah dibina dan diasaskan atas DASAR ISLAM!
Alasannya ialah bagi menyelamatkan ahli UMNO dari terus memperjuangkan semangat kebangsaan yang samasekali tidak diiktiraf dalam ISLAM. Perubahan pada DASAR inilah yang akan menyebabkan halatuju dan gerak kerja UMNO ISLAM ini berobah dan sekaligus menghilangkan identiti UMNO sekular yang lama. Segala gerak kerja atas dasar agama ini kan digelar ibadah dan memperjuagkannya beroleh pahala dan redha dari Allah.
Berbalik kepada lethargic syndrome dikalangan mahasiswa dan ahli gerakan. Kita merasa kecewa dan sedih bilamana ada dikalangan ahli gerakan yang futur dan lari dari jalan perjuangan. Alasannya pelbagai. Kurang tarbiah, kurang dakwah, , lambakan masalah ahli dan sebagainya.
Saya tegaskan disini bahawa andai anda sedar bahawa gerakan anda punya masalah, robahlah ia!! Saya yakin dan percaya ahli gerakan kebiasaanya dari golongan yang baik-baik i.e tidak jahat. Andai mereka yang hanya pandai mengkritik ini TIDAK MAMPU MEROBAH golonagn yang baik ini, masakan mereka mampu merobah masyarakat yang jauhn lagi jahat. Mereka ini hanya pentingkan diri adn sangat naif lagi dhaif kerna mengaharapkan akan ada tangan manusia lain atau pertolonagn tuhan untuk merobah situasi dihadapan mata merka.
Apa yang mereka mampu buat hanyalah merintih dan mengkritik sedang tiada tindakan yang diambil. TAWARKAN DIRI anda untuk menjadi PIMPINAN jika anda punya idea dan keyakinan untuk merobah masyarakat dan ahli gerakan. Masalahnya mereka ini gol naif dan hanya megharap belas ihsan gerakan untuk mendidik dan mentarbiah mereka.
Konklusinya, kritikan diatas sangat tegas dan kasar. Saya akui kerna hal ini masih tidak berubah dari dahulu sehingga sekarang. berobahlah. ANDA IALAH AGENT PEROBAH!!
Robah suasana dalam jamaah anda dahulu sebagai latihan kepada perobahan masyarakat Malsyia yang lebih besar
Thursday, June 19, 2008
Sejarah Gerakan Islam di Malaysia
Pada sesi yang lalu coretan saya berkisar gerakan Islam sedunia. Untuk kali ini, saya rasa elok kiranya saya melakar serba sedikit berkenaan gerakan-gerakan Islam yang ada di tanah air kita ini. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk kita mencari titik persamaan dan bertasamuh dalam gerak kerja kita. Sesungguhnya umat Islam itu akan menjadi kuat pabila kita bersaling bantu tolong menolong dalam perkara kebaikan.
Perpecahan itu haram disisi agama. Terkadang penulis merasa takut melihat ‘anak muda’ dewasa ini sesuka hati mengkritik dan mencerca sesama sendiri. ‘Anak tua’ tua pun sama lagaknya. Apapun, saya menyeru ingatlah 3 prinsip Islam yang disifatkan oleh Dale Carnegie sebagai the most foundations on how to be great in public relation:
· First Principle is DON’T CRITICIZE,CONDEMN OR COMPLAIN
· Second Principle is GIVE HONEST AND SINCERE APPRECIATION
· Third Principle is AROUSE IN THE OTHER PERSON AN EAGER WANT
Jamaah Islah Malaysia(JIM) ditubuhkan pada hari Jumaat 27 Julai 1990 bersamaan 5 Muharam 1411 apabila pendaftarannya diterima oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia oleh Haji Syaari Sungib dengan ketua muslimat pertamanya Hajah Fuziah Salleh(keduanya sekarang bergiat aktif dalam PAS dengan menjadi calon PRU). Visi JIM adalah untuk Membangun sebuah Negara Malaysia yang melaksanakan sepenuhnya syariat Islam menjelang 2020. Misi Jim ialah:
- Membangun sumber manusia untuk melahirkan insan saleh wa musleh
- Membudaya pendekatan perkongsian dan permuafakatan; dan
- Mengislah dan menggembleng masyarakat ke arah penegakan kebenaran dan keadilan sejagat Kesemua ini dirumuskan oleh motto JIM, “Bersama Islam Membina Masyarakat
JIM adalah gerakan Islam yang menjadikan aktiviti-aktiviti da'wah dan pembangunan sosial sebagai teras aktivismenya. Dengan misi “Bersama Islam Membina Masyarakat”, JIM akan meneruskan usaha dakwah dan amal Islami melalui pelbagai wadah di dalam lingkungan perundangan Malaysia. JIM yakin bahawa Islam adalah jalan penyelesaian kepada segala permasalahan dan penyakit masyarakat.
JIM kini mempunyai 14 cawangan Negeri dan 54 cawangan Daerah dan keahliannya telah mencecah lebih dari 8,000 orang. Penonjolan dakwah JIM di tengah-tengah masyarakat akan berdasarkan kepada 5 unsur iaitu Islam, Good Governance”, Wanita, Belia dan Kepedulian
Sebagai sebuah gerakan Islam, JIM sentiasa berusaha untuk mendaulatkan syariah.
PKPIM Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
PKPIM Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berdaftar secara rasmi dengan Pendaftaran Pertubuhan pada 27 Jun 1961, dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu dan pada tahun 1963 namanya ditukar seperti yang ada sekarang
PKPIM ditubuhkan pada 31 Mac 1961 bertempat di Asrama Kedua, Universiti Malaya. Penubuhan PKPIM telah diusahakan oleh sekumpulan 10 orang pelajar dari 5 buah institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Malaya, Maktab Teknik Kuala Lumpur, Maktab Pertanian Malaya, Kolej Islam Malaya dan Maktab Perguruan Bahasa bertujuam menggabungkan semua persatuan pelajar Islam tanahair dan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi kepentingan pelajar-pelajar Islam dipersekutuan Tanah melayu
Penubuhannya di peringkat awal bertujuan untuk menjadi wakil pelajar-pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu membuat hubungan di peringkat kebangsaan serta dengan lain-lain persatuan pelajar Islam di luar negara.
Bermulanya kesedaran tentang perlunya sebuah persatuan pelajar Islam adalah ekoran daripada Seminar Pelajar-Pelajar Islam se-Malaya yang diadakan pada 4 September 1960 bertempat di Universiti Malaya yang buat pertama kalinya dianjurka atas nama Islam. Perwakilannya terdiri dari pelajar-pelajar dari Malaya, Indonesia, Singapura, serta para jemputan dari Brunei, Sabah, Sarawak, Filipina dan Ceylon. Antara resolusi seminar tersebut ialah perlunya persatuan pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu mengadakan satu persatuan kebangsaan bagi menyatupadukan pelajar-pelajar Islam di Persekutuan Tanah Melayu.
Sejak ditubuhkan hinggalah ke saat ini, dasar pergerakan PKPIM tetap berlandaskan kepada Al-Amr bil Ma’ruf dan an-Nahyu a’nil Munkar, selaras dengan tujuan penciptaan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi.
Perjuangan PKPIM tidak terbatas pada golongan pelajar, tetapi lebih luas termasuk cuba mencari penyelesaiaan terhadap masalah Ummah dan kepentingan sejagat.. PKPIM turut menyuarakan keprihatinannya terhadap masalah-masalah isu antarabangsa seperti Palestine, umat Islam minority di Patani, isu Afghanistan, isu umat Islam Filipina dan sebagainya.
Antara sumbangan terpenting PKPIM ialah gagasan penubuhan Universiti Islam Antarabangsa yang pertama di negara ini yang diusahakan dalam Kongres Kemajuan Islam Semenanjung Malaysia yang dianjurkan oleh PKPIM pada tahun 1966.
Cita-cita PKPIM untuk melahirkan golongan pelajar yang memahami Islam sebagai cara hidup yang syumul dengan pendekatan berhikmah merangkumi di peringkat pelajar dan selepas zaman pelajar. Justeru itu bagi memastikan wujudnya kesinambungan perjuangan dan keperluan kepad satu pergerakan yang stabil dan bersigfat jangka panjang, maka Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada tahun 1971 dalam Muktamar PKPIM ke-10.
PKPIM akan terus berbakti sesuai dengan motonya “HIDUP BIAR BERJASA”.
HALUAN
HALUAN ialah sebuah pertubuhan kebajikan yang didaftarkan pada tahun 1988 di Selangor. Ia bermula dengan keahlian di negeri Selangor kemudian secara beransur berkembang ke cawangan-cawangan di serata semenanjung pada awal 1990.
HALUAN memberi tumpuan kepada kegiatan kebajikan untuk ahlinya dalam meningkatkan profesionalisme dan kerjasama dalam kepentingan sosial dan pembangunan manusia. Hasil dari komitmen ahli, HALUAN kini aktif memberi sumbangan kepada orang ramai dengan motto “Mendidik dan Berbakti”.
Pada setiap tahun HALUAN mengadakan siri ceramah motivasi pelajar pada semua peringkat, bimbingan keluarga bahagia, pemeriksaan kesihatan dan rawatan percuma untuk penduduk di luar bandar, derma wang ringgit kepada golongan yang memerlukan dan pelbagai bentuk bantuan lagi.
Mulai tahun 2002 HALUAN telah memfokuskan peranannya dalam bidang kebajikan mayarakat bagi menjayakan hasrat Negara melahirkan masyarakat yang prihatin. HALUAN juga turut menumpukan aspek pembangunan pendidikan dan kecemerlangan ilmu dalam semua peringkat umur bagi melahirkan masyarakat yang bertamadun dan terbilang.
Antara objektif penubuhan HALUAN ialah:
- Membantu kerajaan dalam menangani masalah sosio-ekonomi terutama dalam aspek pembinaan keluarga bahagia, penyelesaian konflik keluarga dan remaja, saran keluarga tunggal, miskin dan anak yatim.
- Mengekalkan semangat dan sifat prihatin dalam masyarakat Malaysia untuk menyumbang kepada keharmonian dan kerukunan masyarakat.
- Menjadi bahan perantara penderma dan penerima derma.
ISMA
ISMA merujuk kepada Ikatan Muslimin Malaysia ditubuhkan pada tahun 1977. Ia merupakan Badan Bukan Kerajaan(NGO) yang berdaftar dan tidak bermotifkan keuntungan. ISMA berhasrat untuk memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masayrakat sama ada dari aspek kebajikan sosial , pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.
VISI ISMA ialah membangun kekuatan tamadun Islam di Malaysia berasaskan keadilan bersama. Misi ISMA ialah Membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi.
Objektif kepada penubuhan ISMA ialah
- Memantapkan kefahaman ahli serta masyarakat bagi melahirkan pimpinan dimasa hadapan
- Mengangkat kesedaran peri-pentingnya pembinaan keluarga
- Membentuk remaja kearah membangunkan potensi intelektual dan spiritual
- Membimbing pemuda menjadi individu muslim berketerampilan dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara
- Menyedia,menerbit dan menyalurkan maklumat-maklumat yang melibatkan kepentingan ahli dan masyarkat melalui saluran media yang dibenarkan
Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) dahulunya dikenali dengan nama Ikatan Siswazah Muslim Malaysia dewasa ini bergerak aktif di ditengah-tengah masyarakat untuk mengurangkan gejala-gejala sosial dikalangan remaja dan dewasa. Program-program yang dilaksanakan menjurus kepada penghayatan kehidupan beragama dan pengamalannya didalam kehidupan seharian.
Konklusi untuk edisi yang pertama ini, bukankah kita dapat melihat bahawa gerakan-gerakan ini matlamatnya adalah sama, berjuang demi agama mengangkat martabat umat dan meninggikan kalimah Allah dimuka bumi ini. Tidak sepatutnya ada sebarang perpecahan dan merendah-rendahkan jamaah yang lain. Andai ada berlaku, kita bersangka baik bahawa itu kesilapan peribadi kerna kita menilai sesutu jamaah ialah pada dasar dan perlembagaannya, bukan pada sikap dan perangai ahlinya yang mungkin terlalu beremosi. Akhir kalam, bersama kita Membangun Bersama Islam!
to be continued...
Rujukan:
Laman RASMI JIM, PKPIM, HALUAN dan ISMA
Dale Carnegie
Monday, March 24, 2008
Masa Depan Hanyalah Untuk Islam
Berdasarkan hujah-hujah diatas maka sudah sepatutnya bagi mukmin yang beriman untuk tidak mengelak dan berpura-pura tidak tahu bahawa penerimaan Islam mestilah secara jazam(bulat) tanpa sebarang kesangsian mahupun penolakan. Seorang ulama’ bertanyakan pada hadirin yang hadir ke kuliahnya, “apa hukumnya kita tidak mempercayai satu huruf dari ribuan huruf-huruf Quran?” hadirin yang hadir teragak-agak untuk menjawab. Lalu dijelaskan bahawa penolakan barang satu huruf pun kita sidah dikira kafir, inikan pula kita menolak sebahagian besar dari ajaran Islam.
Hari ini, kita lebih selesa mengambil Islam pada bab solat, zakat, haji, puasa dan rumah tangga. Adakah ini sahaja ajaran Islam yang wajib kita laksanakan? Adakah memadai dengan melakukan semua hal diatas lalu kita dijamin masuk ke syurga Allah? Apakah semurah itu nilai syurga Allah? Golongan yang terdahulu bermati-matian pada jalan Allah demi mendapat redha dan syurgaNya. Mereka bahkan disisir dengan sisir besi sehingga terpisah tulang dengan isi, mereka dicampak kedalam minyak panas menggelegak, badan mereka digergaji dua, diseret ditengah padang pasir panas dengan kuda, dibaringkan diatas bara api sehingga berlubang pada badan, ditarik kedua tangan mereka dari arah bertentangan dengan 2 ekor kuda sehingga terbelah dua dan banyak lagi penyeksaan yang lain.
Malah kehidupan nabi yang menjadi kecintaan kita juga tidak lepas dari kesusahan dan perbuatan khianat manusia yang tidak suka akan Islam. Lalu kita tanyakan pada hari ini, adakah kita yakin bahawa Islam yang kita pegang adalah selari dengan ajaran Nabi kita yang terdahulu? Adakah kita berada pada landasan jalan yang sama? Sedangkan umar al-khattab suatu ketika ditanya kenapa memakan roti gandum yang keras beliau menjawab inilah yang nabi makan suatu ketika dahulu dan aku perlu mengikuti nabi sepenuhnya kerna nabi telahpun sampai kedestinasi akhir yakni syurga yang dijanjikan Allah. Ini baru soal makan, belum dikira soal hidup dan perjuangan nabi.
Adakah sama pola perjalanan kita dengan yang digambarkan oleh Allah dalam Quran: “dan kalaulah apa yang hendak kamu capai itu dekat wahai Muhammad dan perjalanannya mudah tentulah ramai manusia yang akan mengikuti mu,akan tetapi jalan yang kamu lalui itu wahai Muhammad jauh dan banyak kesukarannya(dipenuhi kepayahan)” Allah telah menggambarkan bahawa jalan yang dilalui oleh nabi pasti dan pasti merasa susahnya dan terasa jauhnya. Lalu kita pada hari ini yang mengaku mengikuti jalan nabi adakah pernah kita berperasaan sedemikian? Ataupun kita sebaliknya? Muhasabahlah kembali Islam kita,adakah ia selari dengan apa yang dianjurkan oleh nabi saw. Kita takut menjadi segolongan manusia yang Allah gambarkan dalam Surah al-kahfi : “wahum yahsabuna annahum yuhsinuna sun’aa” yakni mereka menyangka bahawa mereka telah melakukan yang terbaik didunia dahulu sedangkan pada pandangan Allah ianya kosong lagi tidak bernilai. Inilah golongan manusia yang tertipu dengan amalannya dan mereka rugi serugi-ruginya.
Konklusinya, kita perlu yakin bahawa masa depan hanyalah untuk Islam. Kenapa? Kerana Islam itu diturunkan oleh Allah tuhan yang menciptakan manusia yang pasti dan pasti lebih tahu apa system yang terbaik untuk manusia. Islam mengajar kita dari sekecil-kecil perkara seperti kaki kanan atau kiri yang diguna untuk keluar masuk tandas, bahkan cara duduk ketika dalam tandas sehinggalah Islam mengajar kita bagaimana cara mengurus dan mentadbir negara dengan betul. Islam ialah addeen. Islam ialah cara hidup. Islam ialah satu system Allah untuk manusia supaya manusia menjadi manusia. Wallahua'lam

Thursday, November 15, 2007
CABARAN DAN HALATUJU REMAJA
Contoh-contoh diatas menggambarkan kepada kita akan kegemilangan remaja islam kita pada suatu ketika dahulu. Pada hari ini, segala-galanya sudah berubah. Kajian Fakulti Pendidikan Universiti Malaya mendedahkan,dari 7395 responden remaja, 80% remaja sudah mula merokok seawal usia 15 tahun. 85% dari keseluruhan golongan masayarakat yang suka melepak adalah remaja dari umur 16-25 tahun. Beralih kepada statistik yang dikeluarkan oleh Polis Di-Raja Malaysia pula, kita akan dapati pada hari ini kes rogol berlaku satu kes untuk setiap 3 jam. Manakala kes samun,rompak,pecah rumah dan ragut berlaku setiap 3 minit. Apa yang dapat disimpulkan,majoriti pelaku kes-kes jenayah ini ialah remaja dan golongan dewasa.
Apabila kita membanding beza kondisi dan situasi remaja pada 2 zaman yang berbeza ini, maka kita akan dapati bahawa terdapat 3 faktor yang menyebabkan terjadinya jurang perbezaan sebesar ini. Jahil pada agama, wanita yang menggoda, ditambah dengan kemewahan dan keseronokan yang tiada batasnya. Faktor bertiga inilah yang menentukan naik turunnya sesuatu generasi. Ia merupakan suatu cabaran yang maha besar buat jiwa remaja. Andai tiada kekuatan dan persediaan luaran dan dalaman, maka dari situlah bermulanya zaman keruntuhan dan kebobrokan generasi muda remaja.
Cabaran pertama dan paling berbahaya ialah ujian pada agamanya. Faktor kejahilan agama menyebabkan generasi muda remaja tiada motif atau sebab untuk hidup. Tiada impian untuk dicapai,tiada syurga neraka untuk ditakuti,tiada dosa pahala untuk dihisab, tiada malaikat untuk melihat segala amalan perbuatan mereka dan segala-segalanya tiada. Mereka ialah mereka. Allah dan murka_Nya tidak ada dalam diri, syurga dan neraka tiada dalam pertimbangan, dan lebih teruk mereka menjadi seolah-olah seorang atheis laknat yang tidak ada tuhan dan agama dalam diri. Segala perbuatan mereka hanya bersandar pada nafsu dan keupayaan akal mereka. Natijahnya, mereka akan hidup dan enjoy sekehendaknya. Lalu terbentuklah suasana seperti apa yang kita lihat pada hari ini.
Cabaran yang kedua ialah wanita. Sejarah adam dan hawa menjadi saksi keupayaan wanita dalam mengubah pendirian sang lelaki. Bukankah pembunuhan pertama atas muka bumi tuhan juga atas maudhu’ wanita. Qabil membunuh Habil kerna cemburu pasangannya tidak secantik pasangan Habil. Sedangkan kita tahu bahawa keduanya mendapat tarbiyyah nabawi terus dari Nabi Adam A.S. Bukti yang lain, kita lihat pada bagaimana manusia yang menggelar dirinya tuhan tiba-tiba tunduk patuh pada permintaan makhluk bergelar wanita. Firaun, hidup sezaman dengan nabi Musa, trauma apabila tukang sihirnya meramalkan akan lahir seorang bayi lelaki yang akan menggulingkan kerajaannya. Dengan hati batunya dia mengarahkan semua bayi lelaki yang hidup dan lahir pada waktu itu dibunuh.Kesemuanya. Akan tetapi apabila isterinya memujuk rayu untuk tidak membunuh bayi kecil bernama Musa, dia akur bahkan memelihara dan menjaga bayi itu dengan baik sehingga dewasa. Sedangkan firaun yang tidak berhati perut,tidak berperikemanusiaan,’tuhan’, tersungkur dibibir manis sang wanita, bagaimana dengan kita? Benarlah apa yang nabi SAW takuti untuk umat akhir zaman ini,fitnah wanita berleluasa. Kesannya, rogol berleluasa setiap 3 jam. Mampukah kita menghitung kes zina pula?
Cabaran ketiga ialah kemewahan dan keseronokan yang tiada batasnya. Budaya berhibur telah mengakar umbi dalam jiwa masyarakat kita pada hari ini. Buktinya apabila diadakan konsert artis tersohor, pasti melimpah ruah bilangan manusia yang memeriahkannya. Tetapi apabila tiba masa ceramah atau program agama, kosong sunyi sepi tidak berpenghuni. Lebih dekat kita lihat pada malam ulangtahun kemerdekaan negara, Ceramah dan program keagamaan Masjid KLCC pasti tenggelam dengan sorak-sorai manusia berkonsert di sebelahnya. Tema yang dipakai ialah; “Live to its fullest”. Televisyen menjadi medium utama penyaluran rancangan-rancanagn hiburan masuk menjalar ke segenap rumah, mewujudkan suasana berhibur kesetiap rumah di negara kita. Rancangan reality tv tumbuh bagaikan cendawan. Remaja-remaja kita pula ‘bagai nak gila’ menyokong artis pujaan mereka bahkan menangis teresak-esak bila artis kesayangan mereka diundi keluar program. Hidup akan menjadi sangat sunyi andai tidak kedengaran lagu-lagu cinta dari corong radio,sorak-sorai manusia dari kaca televisyen, bahkan manusia boleh menjadi gila andai kesemua hiburan ini dihentikan buat sebulan. Kesannya, zina untuk berseronok,mencuri untuk berseronok,merompak untuk bermewah-mewah dalam berseronok dan paling teruk merogol untuk ‘menyeronokkan’ nafsu syahwat mereka.
Nyata cabaran-cabaran yang telah dibincangkan menjadi fitnah ujian yang sangat berbahaya andai remaja tiada halatuju dalam hidup. Halatuju paling utama yang perlu diletakkan oleh remaja ialah kearah pembinaan modal insan yang berintegriti,amanah,bermoral dan punya visi dan misi dalam hidupnya. Remaja yang berwawasan ini juga digelar sebagai fardi muslim yang menjadi teras dalam pembinaan masayrakat yang bermaruah. Individu muslim ini mestilah menghayati Islam secara syumul, menjadikan Quran sebagai rujukan, Nabi SAW sebagai ikutan, dan paling penting merasai kebersamaan Allah SWT dan malaikat-Nya dalam rutin harian.
Konklusinya, remaja perlu jelas tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi dalam usia muda ini dan bersedia dengan senjata penangkis yang tidak lain dan tidak bukan adalah kekuatan iman itu sendiri. Kekuatan iman diperoleh melalui amalan-amalan agama dan usaha dakwah yang dilakukan secara berterusan. HAsil dari mujahadah yang berterusan ini akan membawa remaja kearah mencapai halatuju yang diinginkan iaitu terbentuknya fardi muslim yang seterusnya membentuk Baitul Muslim-keluarga yang menghayati ISlam. Bertambah banyaknya Baitul Muslim bakal membentuk Mujtama’ Muslim-masayarakat yang menghayati Islam dan seterusnya kearah pembinaan Daulah Islam dan Khilafah Islam yang kita impikan.
-SHARIF AHMAD(0132969024)-
16 NOV 2007, 1140