Umat hari ini kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam kehidupan manusia. Hal ini termasuklah dalam dunia mahasiswa. Apabila nabi saw datang ke dunia, maka nabi membawa datang bersamanya MAKNA kepada kehidupan yang dahulunya tiada makna..Apalah maknanya hidup andai tiada agama. Kita kan menjadi umpama lembu kambing yang hanya tahu makan dan minum lalu kembali mati menjadi tanah.
Lalu kedatangan nabi umpama rahmat hujan yang menghidupkan hati-hati manusia yang mati. Ia menghidupkan jiwa dan ruh manusia. hari ini hal yang sama terjadi. Kehidupan kita tidak akan memberi makna jika kita tidak menghubungkan diri kita dengan manusia yang memberi makna pada kehidupan iaitu nabi saw. revisi diri menjadi petanda adakah kita sedar atau tidak bahawa kita semakin menjauhi agama dan seterusnya mensiakan peluang kehidupan sementara ini.
Sabdaan nabi masih segar menjadi bualan..dan tidaklah aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlaq manusia..hadis ini pernah dihuraikan panjang lebar oleh prof malik badri pensyarah irkhs uia gombak yang menyebabkan air mataku bergenang teringatkan nabi saw..
kata beliau nabi mendidik sahabat dengan akhlak yang sangat halus dan baik. Bahkan nabi sendiri memberi contoh yang baik bilamana suatu ketika nabi dan sahabat2 duduk lalu dihidangkan unta panggang. Lalu makanlah baginda dan sahabat2..sehinggalah tiba2 kedengaran bunyi kentut kuat menggegar. Nabi mendiamkan diri. Tidak ditanya tidak disapa.
Sesudah makan, alkisahnya waktu solat masuk. Maka barangsiapa yang bangun memperbaharui wudhu' maka dialah orangnya yang kentut sebentar tadi..lalu demi menjaga maruah dan menutup aib sahabat2 baginda maka nabi berkata sesiapa yang makan unta tadi maka perbaharuilah wudhu' kalian..hasilnya semua sahabat berwudhu' semula..lihat betapa nabi menitik beratkan soal menjaga maruah dan aib manusia..
Hasil didikan nabi jugalah sahabat2 mampu sekeluarga menangung lapar demi memastikan tetamunya kenyang..apakah hal ini wujud dalam masyarkat kita hari ini? adakah kita menjaga aib sahabat bahkan saudara2 kita? apapun SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN..moga kita terus tegar membersih diri memperkasa rohani..
Boleh beri rujukan untuk hadis tersebut? abdwahabishari@gmail.com
ReplyDelete