aku rasa,artikel2 yang hebat aku nak simpan di blog aku..persoalan2 ni pun selalu aku fikir..dengan keadaan ilmu yang aku ada membataskan hujah yang aku mampu rasionalkan pada diriku..jadi..elok benar aku letak di blog aku..kalau sahabat2 tanak baca pun,aku masih dapat manfaatnya..Ya Allah..KAu tunjukkanlah kami jalan yang lurus dan letakkanlah keyakinan pada jalan perjuangan kami dgn asbab ilmuMu jua..
KEWAJIPAN BERSIASAH UNTUK KEDAULATAN ISLAM
Ust wan ji wrote:" Tidak di sangka-sangka, tulisanku yang lepas telah di"peduli"kan oleh Ust Din Tantawi untuk dijadikan "hidangan ilmu" kepada pelayar blog beliau.
Aku mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada beliau kerana menjadikan blog aku ini sebagai salah satu sumber bacaan dan menyebarkan ulasan aku didalam sesuatu perbahasan.
Tiada sesuatu yang menggemberikan bagi seorang blogger, kecuali apabila blognya telah dijadikan sebagai bahan bacaan.Membaca komen-komen dari sahabat-sahabat "alam maya", dapat dilihat bagaimana persepsi pembaca dari makalah yang telah aku tulis itu.
Ada dari mereka yang mengambil sikap menyokong, dan tidak lepas juga dari kalangan mereka yang mengambil sikap kontra.Melihat sikap pengkomen itu pun sudah cukup untuk dinyatakan bahawa khilafiyyah adalah sesuatu yang sememangnya berlaku, dan usaha untuk menghilangkan khilafiyyah adalah sesuatu yang mustahil didalam dunia yang fana' ini.
Walaubagaimanapun, khilafiyyah yang boleh di terima adalah apabila khilafiyyah itu berdasarkan kepada ulasan yang mempunyai sumber islam yang asli, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, juga melihat kepada perbahasan ulama-ulama yang muktabar dari sudut yang menyeluruh, bukan di ambil "sedikit-sedikit" bagi membenarkan usaha kelompok tertentu.
Jika di baca semua article-artikle dalam blogku ini, di lihat seakan-akan aku adalah seorang yang berada didalam gerakan Islam yang induk di Malaysia ini, iaitu PAS.Sememangnya aku seorang ahli PAS yang berdaftar, tetapi blog ini bukanlah sebagai "suara / lidah rasmi PAS", ini kerana, di dalam blog ini, Aku pernah mengkritik sebilangan kepimpinan PAS yang pada pandangan aku, tindakan mereka itu perlu di kritik.
ISLAM DAN SIASAH (POLITIK)Dari segi bahasa, Islam memberi maksud penyerahan diri. Adapun makna Islam dari sudut istilahnya terlalu banyak definisi yang dikemukakan oleh ulama.
Jika membaca kitab karangan Dr Abdul Karim Zaidan yang bertajuk "Usul Ad-Dakwah", beliau telah mendatangkan lebih enam definisi bagi Islam. Walaubagaimanapun, Dr Abdul Karim Zaidan telah menyatakan bahawa, Islam adalah sebuah agama yang berdasarkan kepada hadis jibril
[1], iaitu sabda Nabi SAW sebagai jawapan dari persoalan jibril;
Maksudnya;"Islam adalah, kamu bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasulullah, kamu mendirikan solat, menunaikan zakat, kamu berpuasa Ramadhan, haji di Baitullah sekiranya kamu mampu kepadanya"
[2].Hadis ini sebenarnya merupakan definisi Islam yang paling konprehensif bagi memahami islam yang sebenar.Bersyahadah bukan memahaminya dari sudut menyebutnya dengan lidah semata-mata, bahkan kandungan syahadah itu hendaklah difahami dengan meletakan ketauhidan yang tinggi pada Allah.
Mengakui "uluhiyyah" Allah dan "Rububiyyah" Allah merupakan syarat keimanan seseorang yang mendakwa diri mereka sebagai mukmin.
Menafikan salah satu dari kedua-dua tauhid ini atau menafikan kedua-duanya sekali, maka orang tersebut sudah dikira sebagai terkeluar daripada Islam.
Sebagai muslim, kedua-dua tauhid ini perlu di serasikan dengan gerak kerja.
Golongan ahl kitab yang telah terkeluar dari islam adalah berpunca dari mereka hanya mendakwa bahawa mereka mentauhidkan Allah dari sudut "uluhiyyah" Allah, tetapi dalam masa yang sama mereka menafikan "Rububiyyah" Allah SWT.
Perkara ini jelas dengan tindakan mereka yang menafikan kenabian Nabi Muhammad SAW; yang telah ditetapkan oleh Allah sebagai Nabi akhir zaman. Dengan semangat kebangsaan Bani Israil yang terlalu menebal, sehinggakan mereka berani menkufuri Nabi Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman.Keadaan ini telah dinyatakan oleh Allah didalam firman-Nya;
Maksudnya;"Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, karena dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran"(Surah Al-Baqarah : 109)
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa punca kedengkian bani Israil yang mahu nabi itu dari bangsa mereka, tetapi Allah telah memilih Nabi Muhammad SAW menjadi Nabi akhir zaman, menyebabkan mereka bukan sekadar mengkufuri Nabi SAW sahaja, bahkan mereka telah berusaha untuk memurtadkan orang-orang yang telah beriman dengan Allah dan Nabi SAW[3].
Disebabkan sikap ahl kitab yang telah menafikan tauhid "rububiyyah" maka dengan demikian, tauhid "uluhiyyah" itu ternafi dari mereka, walaupun mereka mendakwa bahawa mereka mentauhidkan Allah dari sudut "uluhiyyah" sekalipun.
BERSIASAH MERUPAKAN TUNTUTAN TAUHIDSesungguhnya Allah adalah tuhan yang maha adil kepada makhluknya. Keadilan Allah itu terbukti dengan mengutuskan Nabi-nabi bagi mendidik umatnya supaya menjalani kehidupan mereka dengan baik dan harmoni.Maka dengan demikian, Allah mendatangkan Al-Quran kepada Nabi SAW untuk disampaikan kepada umatnya bagi merealisasikan keadilan-Nya itu terhadap makhluk-makhluk.
Al-Quran adalah sebuah kitab; merupakan panduan hidup manusia bagi mereka mendapat kehidupan yang baik. Maka dengan demikian, perlaksanaan Al-Quran perlu di usahakan supaya Al-Quran itu tidak sekadar menjadi bahan bacaan, teori, perbincangan mufti-mufti dan musabaqah sahaja, bahkan Al-Quran wajib di letakan pada tempatnya iaitu dilaksanakan didalam pemerintahan, kehidupan dan sebagainya
Setelah kejatuhan khalifah osmaniyah di Turki pada tahun 1924 , maka umat sudah mula dijadikan sebagai "bahan buli" oleh musuh-musuh Islam. Umat Islam sudah mula di jajah oleh musuh-musuh Islam dari semua segi, samada dari segi pemerintahan, pemikiran, ilmu dan sebagainya.
Dengan keadaan sedemikianlah, berusaha kearah mendaulatkan Islam menjadi fardu Ain kepada seluruh umat Islam. Memberi maksud; apabila seseorang umat Islam tidak berusaha kearah itu, maka orang islam tersebut sudah berada didalam dosa.
SIASAH ISLAMIYYAH (POLITIK ISLAM) DI MALAYSIAMalaysia adalah salah sebuah Negara yang tidak terketinggalan sebagai Negara yang pernah di jajah oleh musuh Islam. Walaupun penjajah telah meninggalkan negara, tetapi pemikiran, kepimpinan, system pemerintahan penjajah masih lagi kuat diamalkan di Negara ini.
System kapitalis didalam ekonomi Malaysia merupakan antara bukti kukuh yang menyatakan bahawa Malaysia masih lagi kuat mengamalkan system pemerintahan penjajah. Maka dengan demikian, tidak pelik, kenaikan harga barang menjadi isu yang sering dibincangkan dikalangan rakyat Malaysia pada setiap tahun.
System pemerintahan yang "merantingkan" atau "membirokan" agama menjadi sebagai bukti bahawa pemerintahan Negara ini berdasarkan kepada system penjajah.Maka dengan demikian, mengubah segala system penjajah ini merupakan sesuatu yang wajib.
Walaubagaimanapun, apakah cara yang terbaik bagi menukarkan system penjajah tersebut kepada system Islam?Tidak ada cara lain, hendaklah di usahakan supaya kita berusaha kearah untuk menggantikan kepimpinan yang ada sekarang kepada kepimpinan yang berteraskan kepada Islam.
Di Malaysia, kaedah yang paling baik untuk menukarkan kepimpinan tersebut adalah menggunakan kaedah pilihanraya yang berhajat kepada penubuhan parti-parti. Maka dengan kesedaran ini, lahirlah di Malaysia sebuah parti yang bernama PAS, atau Parti islam Se-Malaysia.Tindakan itu tidak bercanggah dengan Islam, kerana kaedah fiqh ada menyatakan;
¨Maksudnya;"tidak akan sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka melaksanakannya adalah sesuatu yang wajib[4]".
Ada sebahagian dari kalangan "agamawan" mendakwa bahawa, kaedah pilihanraya adalah bercanggah dengan Islam, dengan alasan bahawa kaedah tersebut telah "diciplak" dari barat.Perlu difahami, tidak semua kaedah barat perlu di tolak, bahkan selagi mana kaedah tersebut tidak bercanggah dengan nas yang qatii, maka kaedah tersebut boleh di terima.
Juga perlu difahami, perlaksanaan kaedah pilihanraya bukanlah menunjukkan bahawa iktikad kepada fikrah barat, sebaliknya ia hanyalah merupakan wasilah, bukanlah merupakan maksud ataupun matlamat.
Tidak semua perkara yang datang dari barat ditegah, ini kerana berdasarkan kepada sirah menunjukkan Rasulullah s.a.w sendiri pernah mengambil fikrah barat, yang mana ianya adalah seperti berikut
;(a) Rasulullah menerima fikrah "menggali parit" dalam peperangan Ahzab, sedangkan fikrah menggali parit dalam peperangan adalah fikrah yang datang dari kalangan orang Farsi yang menganut agama majusi.
(b) Rasulullah s.a.w telah menggunakan kepandaian orang musyrik yang ditawan dalam peperangan badar dengan mengajar membaca dan menulis kepada orang Islam yang buta huruf[5]
Oleh yang demikian, tidak semua kaedah barat ditegah, bahkan dibenarkan kepada kita mengambil kaedah barat selagi tidak bercanggah dengan nas yang muhkam dan kaedah-kaedah syarak yang thabit.
PENUTUP
Menyokong dan mendokong PAS memberi makna, berusaha hendak menggantikan system pemerintahan penjajah kepada Islam. Maka dengan demikian, tindakan sedemikian adalah sesuatu yang wajib.
Kepimpinan PAS terdiri dari manusia yang tidak ma'sum dari melakukan kesilapan, maka dengan demikian PAS menyediakan ruang untuk di kritik atas tujuan kemenangan Islam.Mengkritik dengan tujuan yang baik adalah sesuatu yang wajib.
Adapun mengkritik untuk menjatuhkan dan merosakan PAS di samakan dengan menjatuhkan usaha hendak mendaulatkan Islam.Maka dengan demikian, semua kritikan perlu dilakukan, tetapi dilihat, adakah kritikan itu mahu membangunkan PAS atau mahu merosakan PAS.Jika kritikan itu bertujuan untuk merosakan PAS, maka dia sudah berada didalam lingkungan orang yang telah melakukan dosa, kerana mahu merosakan usaha untuk mendaulatkan Islam didalam pemerintahan Negara.Wallahu `Alam
Sekian
http://aa.f564.mail.yahoo.com/ym/Compose?To=abu_abdillah_azzam@yahoo.comuntuk mendalami pengajian fiqh, hadis dan tafsir, sila layari http://one-g.blogspot.com/[1]
Usul ad-Dakwah (terjemahan) : 1/13.[2] Sunan Abi Daud : 12/306. hadis no : 4075. hadis ini telah disahihkan oleh As-Syaikh Albani RA didalam kitabnya "Sahih wa Daif Al-Jami' As-saghir : 10/488. hadis no : 4541.[3] Tafsir Ibni Kathir : 1/154.[4] Kaedah fiqhiyyah. Lihat dalam kitab "al-Imamah Al-Uzma `Inda Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah: karangan Syaikh Abdullah bin Omar bin Sulaiman ad-Damiji; m/s 58.[5] Lihat Kitab "Fatawa Maasiroh" (2/643) : karangan Dr Yusuf Al-Qardawi
No comments:
Post a Comment