SALAM

Tuesday, April 10, 2012

Model Unit Disiplin Kejohanan Sukan Universiti


Posisi
ISCAR(IIUM Sports Carnival) tahun 2012 kita telah mewujudkan post baru dalam organizing komiti dengan mewujudkan Unit Disiplin. Diketuai oleh dua orang wakil SRC dan dianggotai oleh geng AOKME seramai 8 orang.

Fasa Pelaksanaan
Fasa 1 – Educate bermula dari meeting pertama ISCAR. Briefing dari ketua unit Disiplin tentang kewujudan unit disiplin dan jobscope yang ditaklifkan. Memastikan setiap pic games kulliyyah faham dan bersetuju dengan 3 fasa yang dibentangkan. Persetujuan dari pic kulliyyah sgt penting untuk memastikan kelancaran penguatkuasaaan warta unit disiplin semasa berlangsung kejohanan.

Fasa 2 – Warning. Bagi kesalahan pertama, warning diberikan. Peserta dibuang padang dan diarah menukar pakaian bagi kesalahan membuka aurat.

Fasa 3 – Summon. . Mewujudkan kerjasama erat dengan pihak Security dan Fellow Principal Mahallah bagi tindakan penguatkuasaaan dan saman mereka yang ingkar dengan rules and regulation.
#booth Unit Disiplin dibuka diluar pintu Indoor Sports Complex, bagi menyediakan base camp para petugas berbincang dan menggerakkan aktiviti unit disiplin.

Matlamat
  1. Aurat : memastikan semua peserta menutup aurat dengan baik sepanjang kejohanan berlangsung.
  2. Muamalat : memastikan ikhtilat atau percampuran lelaki dan perempuan terkawal dengan memisahkan mereka dari tempat duduk dan mengawal sorakan dari penonton terutamanya wanita.
  3. Solat : memastikan games berakhir tepat jam 7 ptg bagi memberi laluan kepada Maghrib. Pada jam 6.40 ptg warning pertama diberikan kepada PC games dan semua pic kulliyyah bagi memastikan semua games baru tidak lagi bermula dikhuatiri drag masa melebihi jam 7. Jam 7 announcement dibuat bagi memastikan semua student boleh beransur pulang.

Keberkesanan

Aurat : Alhamdulillah ISCAR berlangsung dengan jayanya tanpa ada satu saman pun dikeluarkan dari unit disiplin. Meskipun begitu, beberapa pemain telah dibuang padang atas kesalahan aurat dan mereka tidak mengulangi kesalahan tersebut.
Muamalat : peserta terkawal dengan duduk ditempat yang disediakan, Cuma kami masih mencari jalan bagaimana untuk mengawal sorakan dari penonton wanita yang terlalu kuat.
Solat : Alhamdulillah hamper kesemua games berjaya ditamatkan mengikut waktu yang ditetapkan.
*kerjasama dan sokongan dari pengarah program ISCAR juga banyak membantu menjayakan matlamat penubuhan Unit Disiplin.

Cadangan penambahbaikan
  1. Poster : perlu lebih tersusun, ada satu board khas untuk unit disiplin. Menggunakan English as medium.
  2. AJK : diberi kad kuasa, dan dilatih untuk handle situasi tegang jika pemain tidak memberi kerjasama baik.
  3. Sister penjaga garisan semasa games brother perlu dihentikan. Persiapan awal perlu dihigtlightkan semasa briefing sebelum kejohanan berlangsung.
  4. Membuka majlis kejohanan dengan al-fatihah setiap hari, dan tazkirah harus lebih konsisten.


Disediakan oleh,

SHARID AHMAD
SRC 2010/2011

Monday, April 9, 2012

National Medical Students Convention (NMSC) di AIMST



Baru selesai menghadiri NMSC di AIMST University, prog selama 2 hari satu malam dengan kehadiran wakil medical students dari UPM, UM, USM, IMU-2 buses ! , USIM, UTAR, SEGI College and IIUM.

The first day, sepagi itu kami didedahkan tentang entrepreneurship-ramai yang menyatakan ketidakpuasan hati kerana ia tiada kaitan langsung dengan medical field eg : skills in investing, business etc.

Apapun ia pengalaman yang ajaib, ada satu quiz berkenaan investment. Speaker diawalnya bgtau bahawa ramai akan jatuh bankrupt diakhir permainan, dan saya optimis sebagai pemenang. Apapun ternyata ia sesuatu yg sangat baru, dan ilmu pelaburan sesuatu yg sgt asing dalam kehidupanku. Those chinese sangat berbakat dalam bab ni and i assume they are exposed from early age lg dan disaat kita masih terkial-kial mereka sudah selesa memenangi quiz tersebut.

Natijahnya now im learning how to invest in stock market and in gold and silver as our currency really depreciating in value. Even if u save it in bank, the inflation will just burn down the value your money thus in the end u still lose your money.

"Money kept in a “savings” account is earning interest at rates that don’t even keep pace with inflation, so you need to find the best place to put your money to beat inflation by a substantial amount."

To be in that kind of prog actually really a good exposure of how the other races struggle and how complacent we are. Only the best will beat the rest, the real competitive world, the way u being treated sometimes berkadar terus dengan knowledge that u have. 

Isu perkauman bukanlah isu utama. Analogi mudah ialah kelantanese selesa bersama kelantanese, lalu mereka digelar assobiah(kepuakan), sama kesnya dengan negeri 9, kedah dan lainnya yang selesa bercakap bahasa sendiri.

Samalah halnya dengan chinese student, kadang-kadang Melayu cuba berkomunikasi dengan chinese using english as a medium, and they become friends, teman tapi tidak mesra. Why ? bcoz our english just so so.

Konklusinya :
1. Dasar pendidikan kebangsaan harus di-review kembali bg membolehkan Melayu mempelajari bahasa Cina sejak dibangku sekolah, dan memperkasa penguasaan english dikalangan semua bangsa.
2. Ekonomi dan ilmunya bukan milik sesetengah bangsa semata, ia suatu ilmu yg harus dipelajari dengan inisiatif sendiri dengan penuh minat dan kesungguhan.
3. Teraju kepimpinan Medical Students dieringkat National dan International level harus disertai oleh lebih ramai Melayu Islam-skg ini majoriti excos dari IPTS eg Manipal Melaka
4. Level program di universiti perlu di naik taraf ke peringkat National dan International level, bukan berkisar sekitar permasalahan dalaman kampus semata.  

  

Isu Aurat un Nisa'


Segala puji bagi Allah, saman untuk sister telah berjaya dikurangkan dari Rm50 kepada Rm5 sahaja hasil dari perbincangan dan dialog bersama principal dan fellow petang tadi. (23/3/2012 1730-1900)

Beberapa penjelasan dari Doctor berkenaan isu menghina ibu bapa pelajar, isu tudung bawal ? , isu saman 'ustazah berjubah', isu menghina anak yatim dan sebagainya telah dijawab oleh fellow.

Asasnya, menjadi kewajipan kita yang menuduh mendapatkan penjelasan dari tertuduh, khuatir berlaku fitnah yang dosanya lebih besar dari membunuh. Dan menjadi kewajipan bagi tertuduh memberi penjelasan atau mengaku salah sekiranya kesalahan itu benar.

Saya antara orang yang sangat marah bila mendengar sister kita diperlakukan sedemikian rupa. Sudah lah disaman, dimarahi lagi dihina ibu bapanya pula. Dan ia diluar kewarasan kalau sudah berjubah pun masih disaman atas alasan jubah mestilah berwarna gelap (isu tabarruj).

Tetapi dalam dialog sebentar tadi, Dr ibrahim dan ust zunaidin (yang mulia) menafikan dakwaan tersebut.Dan penjelasan telah diberikan yang saya kira agak panjang untuk ditulis disini. Antaranya penjelasan : saman tidak pernah dikeluarkan kepada sister yang berjubah itu. Tudung bawal juga tidak termasuk dalam kategori yang boleh disaman(siapa yang kena, boleh dibatalkan). Selebihnya jumpa lah rakan-rakan yang hadir ptg td untuk dapatkan penjelasan. Saya selaku yang hadir berpuas hati, kecuali bab saman staff.

Jadi next coming ialah Persidangan Mahasiswa Se-IIUMK (PMS) untuk kita sekali lagi berjumpa in mass dan berbincang tentang garis panduan dalam mengeluarkan saman dalam bab 'aurat ini.

Tarikh cadangan : 9/4/2012
Tempat cadangan   : mini MPH CF Bro
Agenda  : Menetapkan apa yang boleh disaman oleh security, fellow dan apa yang tidak.

Alasannya ialah, kalau kita serahkan pada mereka, saya khuatir stokin, handsock, mini telekung, inner, hmm apa lagi tarbus, t-shirt semuanya akan termasuk dalam kategori yang boleh disaman. Jadi baiklah kita berkumpul ramai-ramai dan kita yang tetapkan apa yang kita rasa mampu untuk dipraktikkan oleh semua lapisan masyarakat uiam.

Di bawah ini kita perlukan cadangan anda bagaimanakah cara berpakaian menurut dresscode dan menepati syariat yang anda rasa sesuai untuk semua lapisan masyarakat ??

cadangan kita :
-baju at least paras pinggul either t-shirt or kurung (elak terselak)
-stokin (my mother pun marah i pakai slipar jepun, what say u ? )
-any tudung asalkan menutup dada, dan tidak nampak batang leher
 -matrik kad (elak kes kecurian berulang ? )
-seluar loose, jean agak kasar utk kulit wanita yg lembut kan ?

cukup ke da terlebih ?

SHARIF AHMAD
SRC 2010/2011/2012

p/s : pilihanraya kampus delay ke bulan 9 - arahan Kementerian Pengajian Tinggi, src sedia ada masih src sehingga senate putuskan untuk bubarkan kabinet.

March 23 2012

Pesanan Buat Athlete


Bersempena kejohanan sukan universiti IIUM Sports Carnival ini (12-19/3/2012) , saya berpesan pada diri saya dan seluruh warga iium kuantan bertaqwalah kepada Allah dan jauhilah segala perbuatan maksiat yang boleh merosakkan keberkatan dan kelancaran program sukan kita.

Lama sudah kita mengimpikan tema kita ' Bersukan Hingga ke Syurga' dapat direalisasikan. Di mana lagi kalau tidak dibumi Kuantan. Matlamat penganjuran sukan kali ini adalah untuk merapatkan ukhuwwah dikalangan seluruh pelajar iium kuantan (bukan medan untuk bertanding dan bertelagah SIAPA LEBIH HEBAT ! )  disamping membina jasmani yang sihat dan kuat.

Quotation di atas (ana khairun minhu-aku lebih baik baik dari dia ! ) adalah ungkapan Quran yang menceritakan kisah IBLIS tidak berpuas hati Nabi Adam diberi gelar khalifah di dunia, lalu memberontak kepada Allah mengatakan dia LEBIH BAIK dari Adam kerna ia diciptakan dari api dan adam 'hanya'  diciptakan dari tanah. Lalu selamanya ia diHARAMkan masuk ke syurga Allah.

Kedua, ketahuilah bahawa aurat laki-laki itu adalah dari paras pusat hingga lutut (walaupun sesama lelaki..), manakala aurat perempuan itu kecuali muka dan tapak tangan. Berdua-duaan laki-laki dan perempuan itu tidak diperbolehkan kerana yang ketiganya adalah syaitan. Maghrib itu waktunya singkat, berhenti setengah jam awal dan solatlah dahulu kerana mati bukan syaratnya habis game.

3 Fasa unit Disiplin tahun ini (untuk perhatian semua)
  1. Educate - athlete & audiens tentang aurah, muamalat (sosial) & waktu solat
  2. Warning - you will be given Yellow card
  3. Taadib - summon those yang still tidak menutup aurat, dan tidak menjaga batas perhubungan laki-laki dan perempuan. (fellow or security both sedia memberi kerjasama tahun ini, insyaAllah_  
Akhirnya, selamat maju jaya buat semua. Bersama menjayakan Model Penganjuran Sukan mengikut Acuan Islam ! 

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA,
SHARIF AHMAD.

March 11 2012

Isu Saman IIUM di Harakah


Berhubung artikel saman tersebut, pendirian kami (SRC) ialah 100% menyokong usul untuk menurunkan kadar saman ke tahap minimum. Rasionalnya seperti yang diberikan oleh 'PELAJAR KECEWA' dalam artikelnya itu. 

Rentetan ceritanya bermula bila mana security menguatkuasakan peraturan secara 'berlebihan' ? dengan menyaman pelajar-pelajar yang pada pandangan mereka melanggar kesalahan lalulintas dalam masa yang sama dianggap mengabaikan tanggungjawab mereka yang lain seperti menjaga keselamatan dan harta para pelajar.

Saya pernah membangkitkan isu security TIDAK BUAT KERJA dalam meeting iium top admin bersama semua departmen. Antara tuduhan yang kita kemukakan pada waktu itu ialah, maaf dengan izin, 'pak guard' bias terhadap student dan staff. Bila student buat salah laju sahaja disaman, tetapi apabila staff mereka berdiam diri.

Bos security raise up his hand pada waktu itu keras membantah tuduhan saya, bahkan beliau mencabar saya untuk hadir ke security department melihat sendiri buku log berapa ramai students dan STAFF yang telah mereka saman. Tuan Hj Azmi our campus Director mencelah mengatakan kereta beliau juga di 'clamp' oleh pihak security atas kesalahan trafic. 

Isu pak guard tak buat kerja juga keras dibantah.Beliau mendedahkan jadual kerja, rondaan securitydan lain-lain. Bahkan beliau menambah jika ada pak guard yang TIDUR sewaktu menjalankan tugas segera bagitahu beliau dan surat pemecatan akan dikeluarkan ! 

Security & Student di Pihak yang SAMA ?

Berkenaan isu saman mahal RM50. Ia isu melibatkan IIUM Kuantan dan Gombak. Isu ini wajar dibawa naik,kerana saya juga pelajar dan nilai RM50 memang agak mebebankan. Selepas artikel diharakah itu keluar, yang pertama menghubungi saya ialah bos security iium kuantan, meminta saya menghubungi Dato Rektor bincangkan mengenai pengurangan kadar saman  ini, kerana ia adalah sebahagian dari sistem. Maknanya pekeliling yang dikeluarkan oleh 'kampus induk' membenarkan saman hanya dikurangkan hingga 50% sahaja. Kedua nilai saman RM50 adalah rate yang ditetapkan oleh IIUM dari dulu, bukan oleh security guard Kuantan.

Kedua pihak pun berharap agar kadar saman dapat dikurangkan.Dalam mesej saya kepada Bos Security iiumk menyatakan hasrat agar lebih bertolak ansur dalam menyaman pelajar. Partially ia adalah salah mereka yang melanggar peraturan itu, tetapi sedikit toleransi mungkin boleh menjernihkan suasana keruh skg ini. 

Konklusinya
1. Meeting tergempar akan kita adakan pada minggu depan bersama security, membincangkan apa yang boleh kita buat bersama bg menjernihkan suasana. Cadangan dari anda amat kita alukan. Boleh letak komen dan cadangan anda dibawah .

2.Surat professional (in english) sepatutnya dihantar kepada pihak admin iium(rektor) dahulu sebelum didedahkan kepada media. Ini memburukkan imej iium. Tetapi kadang-kadang ia (menggunakan saluran media) ialah jalan singkat dan terpantas untuk mendapatkan jawapan. (jangan selalu amalkan) Boleh STUDENT KECEWA tlg saya  merangka surat kepada rektor ? anybody help us please 

3.Surat kepada KOM untuk parking penuggang motosikal yang semakin terhakis, berjaya kita siapkan dalam kesibukan jadual kelas yang padat. Minggu depan insyaAllah akan kita hantar.
4. Sedang menunggu progress isu saman ini yang pernah diperjuangkan oleh SRC Gombak. 
5. Ultimately, isu ini akan kita bawa ke pengetahuan admin Gombak. Birokrasi memerlukan masa, Its normal in any organization. Please keep yourself updated. 

Thank you.

January 21 2012

Persoalan Kehidupan Siswa/wi IIUM Kuantan


Seharian menjelajah ke department2 di IIUMK mencari jawapan pada persoalan-persoalan pelajar..ada yg request nak bus stop, ada yang nak harga makanan cafe dikurangkan, nak minum RO water, nak ust azhar idrus dtg masjid uia kuantan,nak duit welfare trust fund, kerusi baru di cf bro yg dijanjikan ? nak zakat, nak kahwin (pun tanya saya ? ) dan macam2 lagi request itu ini begitu dan begini. Jadi hasil jelajah departmen seharian post end posting examination ni, dibawah saya bawakan berita gembira buat warga iium kuantan :

  1. Pihak food services Mdm Haliza (head department FFSD dari gombak) memohon maaf atas kelewatan kerusi baru di cf bro yg sepatutnya dijanjikan bulan 9 hari tu, jadi katanya status sekarang ni budget sudah diluluskan dan kerusi baru akan mula dipasang di cf bro bermula hujung bulan Januari 2012 ni.
  2. Request utk membina 15 buah bus stop di iium kuantan (almaklum musim hujan,kesian pada sis yg kebasahan) telah diluluskan 8 sahaja. Lokasi akan diumumkan kemudian.
  3. Surat pengesahan keizinan untuk menjemput ustaz azhar idrus, selebriti terkenal tanah air telah diluluskan dgn ditandatangani sendiri oleh Campus Director menyatakan keizinan beliau dijemput masuk ke IIUM Kuantan. Skg menunggu tarikh Ustaz Azhar free utk datang memeriahkan kampus kuantan.
  4. RO water dalam proses pemilihan tender. Kita menggesa FFSD by hook by crook next semester mesinnya sudah dipasang di mahallah bagi kemudahan penghuni asrama. Bagi yg dahaga, harap bersabar.
  5. Bagi yang nak kahwin, anda dipersilakan berbuat demikian (tak perlu kelulusan MPK atau src), iium kuantan menyediakan pinjaman Rm1000 seorang bg pelajar iium. If kedua pasangan mempelai dari iium, maka layak mendapat Rm2000. Untuk perkahwinan pertama sahaja ya
  6.  Harga makanan kafe yang mahal sudah dikhabarkan pada FFSD, tp kita tidak cukup bukti (gambar dan harga yg dikenakan) utk mendakwa operator kafe. Sila lah bekerjasama dgn FoodSquad Mahallah Maimunah menyediakan bahan bukti mencukupi. Harus diingat bahawa mereka semua masih dalam tender percubaan selama 6 bulan (berakhir mac ini). Jadi jika anda tidak bertindak memberi FEEDBACK skg, selepas mac ini tender panjang akan diberi. Ayuh
  7. Green Campaign ! Biodegradable food packaging telah diusulkan dan mereka (FFSD) bersedia memberi budget dan menyediakan bahan. TAPI usul dan motion itu harus datang dari student supaya tidak nampak unsur paksaan dari authorities akan perkara ini(kos bahan sekitar 20sen utk satu bio-polystrene). Jadi saya menyeru jika ada club or group yang bersedia membantu kita menukar dari polystrene biasa kepada biodegradable one sila tampil membantu kami. 
  8. Koperasi siswa akan kita perjuangkan utk dibangunkan di bangunan baru OSC. Juga masih ada dua kekosongan lot kedai di OSC. Saya meminta masa seminggu dari FFSD untuk memberi cadangan kedai apa yang diinginkan oleh ramai student. Sila cadangkan dibawah.

ada lg.. Larat tak nak baca ? psimpangan maut tabari, kebebasan akademik dan PRK, Welfare Fund, Parking student di KOM, kafe di sciences, iium student insurance(protection up to RM17,000) etc..

December 22 2011

Larangan Keluar di Waktu Senja di UIAM Kuantan


Ramai sister menghubungi saya bertanyakan apa yang saya buat untuk menyelesaikan masalah histeria dan gangguan makhluk halus di kasawan asrama dan sekitarnya. Alasan yang selalu kita terima ialah makin banyak gangguan disebabkan mungkin lokasi asrama berdekatan dengan hutan (jin byk dlm hutan??) dan dahulunya kawasan asrama itu adalah tempat kediaman jin-jin itu sebelum diambil alih oleh sister-sister uia.

Ada juga yang mendakwa sister-sister yang bermain didepan bangunan medic lewat petang sehingga maghrib menjadi penyebab dan punca lambakan kes-kes histeria di uiam dgn memberi beberapa contoh yang telah berlaku sebelumnya.

Ada yang mencadangkan pada saya untuk memanggil ust harun din bagi menghalau jin-jin tersebut dan tak kurang yang meminta asrama 'keras' diberi kepada lelaki yang keras juga.

Cadangan saya ubah dahulu gaya hidup kita !

Rasulullah SAW dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim ada menyebut hadis dari Jabir ra yang bermaksud, ‘apabila sudah tiba waktu petang hampir senja), henti dan himpunkan anak-anak kamu (dari terus bermain) kerana pada waktu itu syaitan akan mula berkeliaran’.  

Senja ialah waktu yang tidak digalakkan untuk kita berkeliaran bersiar-siar mencuci mata dan mencari sesuap rezeki di kafe-kafe kerana ia adalah waktu syaitan juga mula berkeliaran. Tetap lah kamu dibilik masing-masing membaca maathurat,doa dan al-Quran meminta ampunan dan keselamatan kerna waktu yang sama tuhan jadikan sebagai waktu yang mustajab untuk berdoa.

Jadikan budaya bermula hari ini tepat jam 6pm semua sudah berada dibilik masing-masing, umpama Cinderella yang masih cantik. Moga dengan sedikit perubahan ini Allah tambahkan keberkatan dalam kampus kita dan jauhkan kita semua dari gangguan makhluk-makhluk ini.

December 10

Peristiwa hitam di kejohanan Liga Futsal IPT UIAMK 2011


Dr Ibrahim principal mahallah talhah tanya pada sy , sharif apa dah jadi ni ?  sy tanya kenapa dr ? dengan lembut dia menjelaskan tentang gelagat peserta wanita dan audiens dikejohanan liga futsal tersebut yg berseluar pendek paras peha, tidak bertudung, menyingsing lengan dan baju. Saya terkejut kerna tidak menyangka ia seteruk itu. Even when a chinese enter uia's area they are advised to wear a selendang as a matter of respect to our garden of knowledge and virtue. 

Jadi dgn inisiatif dan tenaga penggerak campus dakwah project kita berazam inilah medannya utk kita terjemahkan kefahaman kita tentang dakwah. Asalnya kita plan utk turun membawa Gelombang Kuning baju campro ke iiumk indoor sport complex pada hari sabtu tapi menyedari kita kekurangan bahan utk kita hebahkan ia ditunda ke ahad.

Apa yang berlaku pada Ahad, tidak berapa lama selepas masuk ke indoor sport complex ada seorang sahabat muslimah dtg jmpa memberitahu ada orang nak jmpa. Keluar sahaja sy being bombarded oleh seorang officer perempuan dari gombak.

You ni siapa ? kenapa you buat begini ? siapa yang bg kebenaran utk you buat begini ?? apa yg you dah buat ni ?? disebelahnya ada seorang lelaki en kifli, bos kepada si perempuan td yg sebok menenangkan dia. Dtg bulan agaknya perempuan ni , saya tidak memandang dia, just ignore her existence dan menyambung penjelasan saya kepada En Kifli pengarah pusat sukan.

Rupanya en Kifli menjelaskan byk steps telah beliau ambil utk memastikan semua player menutup aurat. Briefing kepada kontigen telah dibuat. Tapi malangnya mereka masih berdegil.Sy fahami situasi En Kifli dan menyatakan hasrat utk educate our audiences dgn virtue iium.

KEJAYAAN KITA
Kemudian En Kifli bawa sy berjumpa dgn pegawai kementerian pengajian tinggi. Suprisingly dia menerima idea kami dan ask me to resume our operation. Malangnya petugas kami sudah dihalau balik oleh si perempuan td. Bahlan pegawai KPT memberi kami ruang utk mempromosikan pakaian sukan muslimah di booth pada kejohanan futsal yg akan datang. Lebih dari itu, majalah ARENA keluaran KPT turut kami diberi satu slot utk diisi dan akan diedarkan keseluruh IPT di Malaysia. Kami turut akan dibayar sekiranya mengisi dgn artikel yg tersiar dan beliau memberi namecard beliau, En Tony Azman dan emel beliau supaya terus emel kepada beliau.Bahkan bukan stakat resume aktiviti kami, semua risalah kami dibenarkan diletak didalam majalah sedia ada utk diedar kepada semua pengunjung liga futsal IPT.

Menyedihkan bila staff uia berfikiran sempit (segelintir yg jarang jumpa, tp sbnarnya ada !). Takut menyatakan aurat takut jika KPT tidak lagi membuat program di uiam, hilang budget. Bahkan sebenarnya KPT menyambut baik usaha kita bahkan memberi sokongan penuh.

Kepada staff tersebut, sy sudah menghantar surat kepada rektor uiam Prof Zaleha agar pindahkan dia ke department lain yang tidak berurusan dengan student sebab sikap beliau yg biadap itu boleh mengundang perkara yg lebih buruk terjadi bahkan mencemar imej uiam yg kita cintai ini. Dalam meting beersama prof zaleha akan datang juga insyaAllah kita akan bangkitkan isu ini supaya staff uiam lebih berani dgn prinsip islam yg dipegang.

waliLlahilhamd.sekian

December 5 2012

Friday, June 17, 2011

TIMELINE : PROPOSED SOLUTION TO MAHALLAH AT-TABARI AND IM-2 PROBLEMS

From: SHAFFEI BIN MOHAMAD [mailto:shaffei@iium.edu.my]

Sent: Friday, June 17, 2011 4:59 PM

To: Tan Sri Mohd Sidek b. Hassan; Rahmah binti. Ramli

Subject: RE: PROPOSED SOLUTION TO MAHALLAH AT-TABARI AND IM-2 PROBLEMS

Assalammualaikum wbt.

Dear YBhg. Tan Sri,

I apologise about that. As requested, here are the details of timeline for the renovation works:

PROPOSED SOLUTION TO MAHALL AT-TABARI AND IM-2 PROBLEMS

I. Mahallah At-Tabari

Ventilation problem and solution

1. To change fix panel window glass to air lourves and add ventilation fan for each room.

- 2 months to complete (From 21st June 2011 until 20th August 2011)

2. To provide partition for all rooms for privacy but will reduce the no of occupant of 2 for each room.

- 2 months to complete (From 21st June 2011 until 20th August 2011)

3. To provide table light for all.

- 2 weeks to complete. (From 6th August 2011 until 20th August 2011)

4. Cloth hanger room for all blocks.

- 1 month (From 22nd July 2011 until 20th August 2011)

5. To setup a fellow, principal and TV room.

- 1 month to complete. (From 22nd July 2011 until 20th August 2011)

Overall renovation works date is from 21st June until 20th August 2011

_________________________________________________________________________

II. Mahallah IM-2

Ventilation problem at ground level and solution

1. To scrap off the suspended ceiling (increase height) for allowing the ventilation flow.

- 1 month (From 21st June 2011 until 21st July 2011)

2. Rewiring for additional ceiling fan and extractor fan.

- 2 months to complete (From 21st June 2011 until 20th August 2011)

Overall renovation works date is from 21st June until 20th August 2011

________________________________________________________________________

III. Facilities for the disabled students at Gombak campus

1. Upgrading of disabled toilet at Mahallah Uthman

- Status: completed

2. To construct concrete ramp near the bridge connecting Kulliyah of Economic and Kulliyah of Law

- 14 days to complete

Construction date is from 13th June until 27th June 2011

_________________________________________________________________________

As for your 2nd query, Yes, the student is most interested in the loops. I have also included Br. Amir in this email.

_________________________________________________________________________

Thank you, wassalam.

Thursday, June 16, 2011

Respons dari IIUM Development

GREAT NEWS !! 16/6

by Sharif Ahmad on Thursday, June 16, 2011 at 6:01pm



1. Sebentar tadi menerima panggilan dari nombor yg tak dikenali, memperkenalkan dirinya sbgai shaffei bertanyakan bilangan students yg masih ada di at-tabari dan IM-2. Saya anggarkan saja sekitar satu saf utk musolla tabari dan 2 saf musolla IM-2. Suspicious dgn identiti pemanggil sy tny " ni IR Shaffie ke ? " ..


2. Tepat telahan saya dan beliau ialah Ir.Shaffei Mohamad, Director for Development Division IIUM Gombak & Kuantan. Katanya KSN merangkap Presiden IIUM Tan Sri Sidek Hassan ada menghubungi beliau untuk segera membaik pulih asrama tabari dan IM-2.


3. Penambahbaikan itu dibuat dengan bajet tambahan yang diterima(mungkin atas inisatif KSN) dan insyaAllah minggu depan kontraktor akan masuk ke asrama menjalankan kerja menaik taraf asrama. (dalam hati saya da menangis kegembiraan=').


4. Jadi bagi memudahkan kerja penyelenggaraan semua students yg masih berada di asrama akan di susun smula bilik anda bg memberi lebih ruang pada kontraktor menjalankan kerja mereka. Kerjasama sahabat-sahabat amat kita harapkan.


5. Untuk mengetahu apa perubahan yg bakal dilakukan, sama-sama kita nantikan bulan 9 nanti.

6. Sekian terima kasih.


All praise be to Allah,

SHARIF AHMAD,

Chairman,

SRC IIUMK 2010/2011

(013-2969024)