SALAM

Monday, April 9, 2012

Isu Saman IIUM di Harakah


Berhubung artikel saman tersebut, pendirian kami (SRC) ialah 100% menyokong usul untuk menurunkan kadar saman ke tahap minimum. Rasionalnya seperti yang diberikan oleh 'PELAJAR KECEWA' dalam artikelnya itu. 

Rentetan ceritanya bermula bila mana security menguatkuasakan peraturan secara 'berlebihan' ? dengan menyaman pelajar-pelajar yang pada pandangan mereka melanggar kesalahan lalulintas dalam masa yang sama dianggap mengabaikan tanggungjawab mereka yang lain seperti menjaga keselamatan dan harta para pelajar.

Saya pernah membangkitkan isu security TIDAK BUAT KERJA dalam meeting iium top admin bersama semua departmen. Antara tuduhan yang kita kemukakan pada waktu itu ialah, maaf dengan izin, 'pak guard' bias terhadap student dan staff. Bila student buat salah laju sahaja disaman, tetapi apabila staff mereka berdiam diri.

Bos security raise up his hand pada waktu itu keras membantah tuduhan saya, bahkan beliau mencabar saya untuk hadir ke security department melihat sendiri buku log berapa ramai students dan STAFF yang telah mereka saman. Tuan Hj Azmi our campus Director mencelah mengatakan kereta beliau juga di 'clamp' oleh pihak security atas kesalahan trafic. 

Isu pak guard tak buat kerja juga keras dibantah.Beliau mendedahkan jadual kerja, rondaan securitydan lain-lain. Bahkan beliau menambah jika ada pak guard yang TIDUR sewaktu menjalankan tugas segera bagitahu beliau dan surat pemecatan akan dikeluarkan ! 

Security & Student di Pihak yang SAMA ?

Berkenaan isu saman mahal RM50. Ia isu melibatkan IIUM Kuantan dan Gombak. Isu ini wajar dibawa naik,kerana saya juga pelajar dan nilai RM50 memang agak mebebankan. Selepas artikel diharakah itu keluar, yang pertama menghubungi saya ialah bos security iium kuantan, meminta saya menghubungi Dato Rektor bincangkan mengenai pengurangan kadar saman  ini, kerana ia adalah sebahagian dari sistem. Maknanya pekeliling yang dikeluarkan oleh 'kampus induk' membenarkan saman hanya dikurangkan hingga 50% sahaja. Kedua nilai saman RM50 adalah rate yang ditetapkan oleh IIUM dari dulu, bukan oleh security guard Kuantan.

Kedua pihak pun berharap agar kadar saman dapat dikurangkan.Dalam mesej saya kepada Bos Security iiumk menyatakan hasrat agar lebih bertolak ansur dalam menyaman pelajar. Partially ia adalah salah mereka yang melanggar peraturan itu, tetapi sedikit toleransi mungkin boleh menjernihkan suasana keruh skg ini. 

Konklusinya
1. Meeting tergempar akan kita adakan pada minggu depan bersama security, membincangkan apa yang boleh kita buat bersama bg menjernihkan suasana. Cadangan dari anda amat kita alukan. Boleh letak komen dan cadangan anda dibawah .

2.Surat professional (in english) sepatutnya dihantar kepada pihak admin iium(rektor) dahulu sebelum didedahkan kepada media. Ini memburukkan imej iium. Tetapi kadang-kadang ia (menggunakan saluran media) ialah jalan singkat dan terpantas untuk mendapatkan jawapan. (jangan selalu amalkan) Boleh STUDENT KECEWA tlg saya  merangka surat kepada rektor ? anybody help us please 

3.Surat kepada KOM untuk parking penuggang motosikal yang semakin terhakis, berjaya kita siapkan dalam kesibukan jadual kelas yang padat. Minggu depan insyaAllah akan kita hantar.
4. Sedang menunggu progress isu saman ini yang pernah diperjuangkan oleh SRC Gombak. 
5. Ultimately, isu ini akan kita bawa ke pengetahuan admin Gombak. Birokrasi memerlukan masa, Its normal in any organization. Please keep yourself updated. 

Thank you.

January 21 2012

No comments:

Post a Comment