SALAM

Monday, April 9, 2012

Pesanan Buat Athlete


Bersempena kejohanan sukan universiti IIUM Sports Carnival ini (12-19/3/2012) , saya berpesan pada diri saya dan seluruh warga iium kuantan bertaqwalah kepada Allah dan jauhilah segala perbuatan maksiat yang boleh merosakkan keberkatan dan kelancaran program sukan kita.

Lama sudah kita mengimpikan tema kita ' Bersukan Hingga ke Syurga' dapat direalisasikan. Di mana lagi kalau tidak dibumi Kuantan. Matlamat penganjuran sukan kali ini adalah untuk merapatkan ukhuwwah dikalangan seluruh pelajar iium kuantan (bukan medan untuk bertanding dan bertelagah SIAPA LEBIH HEBAT ! )  disamping membina jasmani yang sihat dan kuat.

Quotation di atas (ana khairun minhu-aku lebih baik baik dari dia ! ) adalah ungkapan Quran yang menceritakan kisah IBLIS tidak berpuas hati Nabi Adam diberi gelar khalifah di dunia, lalu memberontak kepada Allah mengatakan dia LEBIH BAIK dari Adam kerna ia diciptakan dari api dan adam 'hanya'  diciptakan dari tanah. Lalu selamanya ia diHARAMkan masuk ke syurga Allah.

Kedua, ketahuilah bahawa aurat laki-laki itu adalah dari paras pusat hingga lutut (walaupun sesama lelaki..), manakala aurat perempuan itu kecuali muka dan tapak tangan. Berdua-duaan laki-laki dan perempuan itu tidak diperbolehkan kerana yang ketiganya adalah syaitan. Maghrib itu waktunya singkat, berhenti setengah jam awal dan solatlah dahulu kerana mati bukan syaratnya habis game.

3 Fasa unit Disiplin tahun ini (untuk perhatian semua)
  1. Educate - athlete & audiens tentang aurah, muamalat (sosial) & waktu solat
  2. Warning - you will be given Yellow card
  3. Taadib - summon those yang still tidak menutup aurat, dan tidak menjaga batas perhubungan laki-laki dan perempuan. (fellow or security both sedia memberi kerjasama tahun ini, insyaAllah_  
Akhirnya, selamat maju jaya buat semua. Bersama menjayakan Model Penganjuran Sukan mengikut Acuan Islam ! 

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA,
SHARIF AHMAD.

March 11 2012

No comments:

Post a Comment