SALAM

Monday, April 9, 2012

Isu Aurat un Nisa'


Segala puji bagi Allah, saman untuk sister telah berjaya dikurangkan dari Rm50 kepada Rm5 sahaja hasil dari perbincangan dan dialog bersama principal dan fellow petang tadi. (23/3/2012 1730-1900)

Beberapa penjelasan dari Doctor berkenaan isu menghina ibu bapa pelajar, isu tudung bawal ? , isu saman 'ustazah berjubah', isu menghina anak yatim dan sebagainya telah dijawab oleh fellow.

Asasnya, menjadi kewajipan kita yang menuduh mendapatkan penjelasan dari tertuduh, khuatir berlaku fitnah yang dosanya lebih besar dari membunuh. Dan menjadi kewajipan bagi tertuduh memberi penjelasan atau mengaku salah sekiranya kesalahan itu benar.

Saya antara orang yang sangat marah bila mendengar sister kita diperlakukan sedemikian rupa. Sudah lah disaman, dimarahi lagi dihina ibu bapanya pula. Dan ia diluar kewarasan kalau sudah berjubah pun masih disaman atas alasan jubah mestilah berwarna gelap (isu tabarruj).

Tetapi dalam dialog sebentar tadi, Dr ibrahim dan ust zunaidin (yang mulia) menafikan dakwaan tersebut.Dan penjelasan telah diberikan yang saya kira agak panjang untuk ditulis disini. Antaranya penjelasan : saman tidak pernah dikeluarkan kepada sister yang berjubah itu. Tudung bawal juga tidak termasuk dalam kategori yang boleh disaman(siapa yang kena, boleh dibatalkan). Selebihnya jumpa lah rakan-rakan yang hadir ptg td untuk dapatkan penjelasan. Saya selaku yang hadir berpuas hati, kecuali bab saman staff.

Jadi next coming ialah Persidangan Mahasiswa Se-IIUMK (PMS) untuk kita sekali lagi berjumpa in mass dan berbincang tentang garis panduan dalam mengeluarkan saman dalam bab 'aurat ini.

Tarikh cadangan : 9/4/2012
Tempat cadangan   : mini MPH CF Bro
Agenda  : Menetapkan apa yang boleh disaman oleh security, fellow dan apa yang tidak.

Alasannya ialah, kalau kita serahkan pada mereka, saya khuatir stokin, handsock, mini telekung, inner, hmm apa lagi tarbus, t-shirt semuanya akan termasuk dalam kategori yang boleh disaman. Jadi baiklah kita berkumpul ramai-ramai dan kita yang tetapkan apa yang kita rasa mampu untuk dipraktikkan oleh semua lapisan masyarakat uiam.

Di bawah ini kita perlukan cadangan anda bagaimanakah cara berpakaian menurut dresscode dan menepati syariat yang anda rasa sesuai untuk semua lapisan masyarakat ??

cadangan kita :
-baju at least paras pinggul either t-shirt or kurung (elak terselak)
-stokin (my mother pun marah i pakai slipar jepun, what say u ? )
-any tudung asalkan menutup dada, dan tidak nampak batang leher
 -matrik kad (elak kes kecurian berulang ? )
-seluar loose, jean agak kasar utk kulit wanita yg lembut kan ?

cukup ke da terlebih ?

SHARIF AHMAD
SRC 2010/2011/2012

p/s : pilihanraya kampus delay ke bulan 9 - arahan Kementerian Pengajian Tinggi, src sedia ada masih src sehingga senate putuskan untuk bubarkan kabinet.

March 23 2012

1 comment: