SALAM

Monday, April 9, 2012

Larangan Keluar di Waktu Senja di UIAM Kuantan


Ramai sister menghubungi saya bertanyakan apa yang saya buat untuk menyelesaikan masalah histeria dan gangguan makhluk halus di kasawan asrama dan sekitarnya. Alasan yang selalu kita terima ialah makin banyak gangguan disebabkan mungkin lokasi asrama berdekatan dengan hutan (jin byk dlm hutan??) dan dahulunya kawasan asrama itu adalah tempat kediaman jin-jin itu sebelum diambil alih oleh sister-sister uia.

Ada juga yang mendakwa sister-sister yang bermain didepan bangunan medic lewat petang sehingga maghrib menjadi penyebab dan punca lambakan kes-kes histeria di uiam dgn memberi beberapa contoh yang telah berlaku sebelumnya.

Ada yang mencadangkan pada saya untuk memanggil ust harun din bagi menghalau jin-jin tersebut dan tak kurang yang meminta asrama 'keras' diberi kepada lelaki yang keras juga.

Cadangan saya ubah dahulu gaya hidup kita !

Rasulullah SAW dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim ada menyebut hadis dari Jabir ra yang bermaksud, ‘apabila sudah tiba waktu petang hampir senja), henti dan himpunkan anak-anak kamu (dari terus bermain) kerana pada waktu itu syaitan akan mula berkeliaran’.  

Senja ialah waktu yang tidak digalakkan untuk kita berkeliaran bersiar-siar mencuci mata dan mencari sesuap rezeki di kafe-kafe kerana ia adalah waktu syaitan juga mula berkeliaran. Tetap lah kamu dibilik masing-masing membaca maathurat,doa dan al-Quran meminta ampunan dan keselamatan kerna waktu yang sama tuhan jadikan sebagai waktu yang mustajab untuk berdoa.

Jadikan budaya bermula hari ini tepat jam 6pm semua sudah berada dibilik masing-masing, umpama Cinderella yang masih cantik. Moga dengan sedikit perubahan ini Allah tambahkan keberkatan dalam kampus kita dan jauhkan kita semua dari gangguan makhluk-makhluk ini.

December 10

No comments:

Post a Comment