SALAM

Thursday, May 22, 2008

Nakba Palestin

Nakbah bermakna malapetaka besar..amat malang sekali bagi umat pada hari ini andai kita melupakan sejarah dan peristiwa (malapetaka) yang memberi impak besar pada dunia ISlam ini. 15 mei 1948 menjadi tarikh malapetaka yang mengundang seribu satu kedukaan dalam diari hidup umat ISlam. Negara HARAM yahudi diisytiharkan secara rasmi. Lupakah kita tanah PAlestin siapa yang empunya? Tahukah kita susur galur penderitaan dan kecemerlangan umat yang pernah mengambil tempat di PAlestin?

Benarlah kata nabi kita, baginda pernah bersabda Baitul Maqdis ialah bumi jihad sehingga kiamat berlaku. Dsini saya ringkaskan sahaja rentetan peristiwa penting yang WAJIB diketahui oleh SEMUA umat ISlam..

638M- UMar Al-Khattab membebaskan bumi palestin dari tangan Rom tanpa sebarang pertumpahan darah
1099M- Tentera Salib menceroboh masuk ke Baitul Maqdis dan menawannya.Bersimbahnya darah umat ISlam PAlestin atas kekejaman Tentera Salib. PEnawanan ini berlaku selama 88 tahun

1187M- Berlaku perang Salib round ke dua. Allah s.w.t membangkitkan seorang pemuda yang berjaya meniup kembali semangat jihad dikalangan muslimin; Salahuddin al-Ayyubi. Bumi Palestin berjaya ditawan dan berkekalan dalam tangan umat ISlam selama 800 tahun berikutnya.
1897M- Theodore Herzl mengasaskan gerakan gerakan zionis; kearah menawan kembali bumi palestin yang mengikut kepercayaan yahudi zionis bumi yang dijanjikan buat mereka

1917M- Deklarasi Balfour menghalalkan kemasukan yahudi secara beramai-ramai
1935M- Intifadhah yang pertama. Dipelopori Syeikh Izzudin al-Qassam, seorang ulama' berjiwa pejuang. Kurang dari setahun seruan jihadnya bergema dia dikurniakan syahid. "sesungguhnya seruan jihad sewaktu kesyahidanmumu adalah lebih lantang dari seruan jihad sewaktu hidupmu.."

15 Mei 1948M- NAKBA PALESTIN. Negara HARAM yahudi diisytiharkan secara rasmi.
21 Ogos 1969M- Masjidil Aqsa dibakar. Michael Dennis Rohan pelakunya dilepaskan tanpa sebarang tindakan. Rentetan itu OIC ditubuhkan.

1987M- Harakatul Muqawwamatil ISlamiyyah (HAMAS) ditubuhkan. PErmulaan kepada INTIFADHAH KE_2.
2004M- HAMAS menyertai pilihanrayaPAlestin buat pertama kalinya. MEnang menewaskan FATAH. Ekonomi disekat.
2007M- Deklarasi Makkah. Tidak direstui dan diiktiraf oleh USA dan Israel.

Lalu saya tanyakan pada diri saya dan sahabat-sahabat, apa sumbangan kita kearah mengembalikan maruah umat yang hilang..adakah kita menunggu-nunggu sahaja tanpa berbuat apa melihat penderitaan umat ISlam disana dan tanah saudara kita, bumi suci BAitul MAqdis dirampas dengan sebegitu sahaja?? Ayuh bangkit!!
"GEndang perang telah berlalu"

No comments:

Post a Comment