SALAM

Friday, June 6, 2008

Susur Galur Khalifah Setelah Nabi SAW

Setelah kewafatan nabi saw pada tahun 11 Hijrah , maka umat Islam terlalu amat sedih. Saidina Umar sehinggakan berkata sesiapa yang berkata nabi saw telah mati maka pedang ini menjadi habuannya. Maka datang Saidina Abu bakar menenangkan suasana dengan kata-katanya barangsiapa yang menyembah Muhammad, ketahuilah bahawa baginda telah mati. Dan barangsiapa yang menyembah Allah swt, ketahuilah bahawa Allah itu kekal hidup dan tidak mati.

Setelah itu berlaku pemilihan khalifah Islam yang pertama sesudah baginda saw. Belumpun sempat jenazah baginda disemadikan para sahabat bersegera mencari siapakah yang layak menggantikan baginda saw sebagai khalifah. Hal ini dikernakan para sahabat faham benar aulawiyat tentang betapa pentingnya wujudnya seorang khalifah penerus kepimpinan nabi saw.

Setelah perbincangan dan musyarah bersama diantara muhajirin dan ansar, maka sepakat melantik saidina abu bakar sebagai khalifah ar-rasyidin yang pertama. Beliau memerintah selama 2 tahun bermula 11 H sehinggalah tahun 13 Hijrah. Saidina Abu Bakar wafat pada umurnya 63 tahun bersamaan dengan umur kewafatan nabi saw 63 tahun.

Legasi kepimpinan khilafah diteruskan dengan lantikan Saidina Umar al-khattab sebagai khalifah islam yang kedua. Pada zaman beliaulah tanah palestin i.e. baitul maqdis dapat ditawan dari tangan Rom. Tanpa pertumpahan walau setitis darah, umat Islam berjaya mengembalikan bumi ketiga suci islam ketangan umat Islam. Beliau menjadi khalifah selama 10 tahun 6 bulan 5 malam sebelum beliau mati ditikam ketika beliau sedang solat. Pembunuh beliau Abu Lu’lu’ah Fairuz al-Farisi al-majusi. Usia beliau ketika wafat ialah juga 63 tahun bersamaan dengan usia kewafatan nabi saw dan saidina abu bakar. Anas ra, bapa kepada imam malik pernah diriwayatkan berkata aku melihat 4 bahagian tampungan pada baju yang dipakainya sewaktu hidupnya dan tampungan itu beliau lakukan sendiri.

Abu Bakar wafat pada 13H diteruskan Umar al-khattab sehingga kewafatannya pada 23H dan Saidina Uthman dilantik sebagai khalifah bermula 23H sehinggalah peristiwa pembunuhannya pada tahun 35H. Pemerintahan beliau berjalan baik sehinggalah diakhir-akhir pemerintahan beliau didakwa oleh sesetengah orang yang tidak berpuas hati dengannya bahwa beliau banyak memberi keutamaan pada kaum kerabatnya. Beliau didesak meletak jawatan sehinggalah berlaku pemberontakan dimana rumah beliau dikepung dan beliau dibunuh pada umurnya 82 tahun bersamaan 35Hijrah.

Setelah kewafatan saidina Uthman affan, maka Ali ra dilantik menggantikan beliau. Ali bin abi Thalib memulakan tugas khalifah dengan tegang apabila lantikannya pada tahun 35Hijrah dan pada 36Hijrah berlaku perang Jamal-perang unta dikernakan Aisyah menaiki unta ke medan perang di al-kharibah- antara beliau dengan saidatina aisyah. Sebab berlakunya perang adalah khilaf ijtihad diantara Ali dan Aisyah. Aisyah menuntut Ali menyegerakan tindakan terhadap terhadap pembunuh saidina Uthman manakalaAli berpendapat keadaan negara yang masih tidak stabil lebih patut diutamakan.

Turut serta dalam perang ini ialah Talhah bin ubaidillah yang berpihak pada Saiditina Aisyah. Talhah merupakan salah seorang dari sepuluh sahabat yang dijanjikan syurga oleh baginda nabi dan beliau terbunuh dalam perang jamal ini. Lawannya Saidina Ali juga termasuk dalam kalangan Sepuluh yang dijanjikan syurga oleh nabi saw.Aisyah kalah dalam perang ini. Pada tahun berikutnya iaitu pada 37Hijrah, berlaku perang Siffin antara Ali dan Muawiyah bin Abi Sufyan. Ali sahabat yang dijanjikan syurga manakala Muawiayah ialah jurutulis whyu baginda nabi saw, menyertai nabi saw dalam perang Hunain malah nabi memberikan ghanimah sebanyak 100 ekor unta kepada beliau. Perang ini berakhir dengan majlis tahkim yang menjadi asas kepada penubuhan puak syiah-yang menyokong Ali- dan khawarij-yang tak bersetuju dengan Ali. Ali kekal sebgai khalifah sehinggalah peristiwa pembunuhan beliau pada tahun 40Hijrah. Bermakna tempoh menjawat khalifah dari 35H – 40H dan berakhirnya legasi beliau apabila dibunuh oleh Ibn Muljam dari kawanan khawarij.

Setelah kewafatan Ali, beliau digantikan oleh Saidina Hasan, anak kepada pasangan Ali dan Fatimah r.a. Hasan ialah abang kepada Saidina Husin. Beliau juga digelar dengan panggilan Penghulu Para Remaja ahli syurga dan bentuk lahiriah beliau iras menyerupai datuk beliau, baginda nabi saw. Beliau hanya memegang jawatan khilafah selama 7 bulan sebelum menyerahkannya secara rasmi kepada muawiyah bin abi sufyan pada tahun 41Hijrah bagi mengelakkan pertumpahan darah dan perpecahan lebih teruk dikalangan umat Islam.

Saidina Husin, adik kepada saidina Hasan menentang tindakan abangnya berhubung penyerahan jawatan tersebut. Lantaran itu beliau menentang pemerintahan Yazid bin Muawiyah dan beliau wafat dibunuh oleh tentera Yazid di Karbala pada 61Hijrah. Saidatina Aisyah wafat pada 57Hijrah.

Sebagai penutup, penulis meletakkan 10 nama sahabat-sahabat yang dijamin syurga oleh baginda nabi saw. 4 khalifah ar-rasyidin (Abu bakar,umar,uthman,ali), talhah bin ubaidillah, sa’id bin zaid (suami kepada Fatimah bt al-khattab), saad bin abi waqas, zubair ibn awwam,abdul rahman bin auf, dan abu ubaidah al-jarrah.
Harapan penulis, moga kita mampu luangkan sedikit masa kita membaca,menganalisis dan menghafal susur galur perjalanan nabi dan para sahabat. Buat pedoman dan iktibat. Fa’tabiru ya ulil albab. Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment