Tarikh: 08/05/2008
Masa: 7.30 pm – 12.00 pm
Tempat: Masjid al-Munawwarah, Shah Alam
Agenda: Majlis Ilmu Bersama Ulama’ Tasawuf, Syeikh Ibrahim Ahmad
Anjuran: Akademi Damai (ADAM)
Fadhilatus Syeikh memulakan ucapan dengan menegaskan bahawa perjalanan ahli Tasawuf tidak lepas dari dakwah dan siasah. Banyak penyelewengan yang berlaku dalam tasawuf pada hari ini seperti pemisahan dakwah dan siasah dari kehidupan dengan hanya memfokuskan jalan sufi ini hanya pada amalan ibadat semata-mata dan ini disebabkan pengamalnya tidak memahami tuntutan tasawuf dan tidak ahli dalam ilmu tasawuf itu tersendiri.
Beliau seterusnya menerangkan konspirasi yahudi untuk menjatuhkan umat ini. PErtamanya, mereka mencipta berhala yang baru-Dinar, Dollar, Money, Duit- Setelah hancurnya Latta dan ‘Uzza ditangan Khalid al-WAlid sewaktu Fathul Makkah, maka hari ini berhala diinkarnasi dalam bentuk baru. Aqidah manusia ditanggalkan dan digantikan dengan duit. Allah diletak tepi dan digantikan dengan duit. Buktinya, ibubapa dan orang tua lama(nowadays pun the same I think) mereka percaya duit bagi kebahagiaan, kerja besar banyak duit baru buleh makan, baru masa depan terjamin, duit bagi rezeki, takda duit matilah kita, dll. Sedangkan apa yang sebenar Allah yang bagi rezeki, Allah yang bagi kebahagiaan, Allah lah segala-galanya.
Jalan kedua ialah mereka (yahudi dan nasara) mengitar semula agama kita. Mereka sama sekali tidak akan menghapuskan Islam kerna umat Islam akan bangkit menentang tetapi mereka buat acuan baru pada Islam dengan menanggalkan aqidah kepercayaan teras dan hanya meninggalkan amalan-amalan berbentuk fardi pada ‘Islam’ kita. Lalu, tugas kita ialah clarify kembali adakah benar Islam yang kita faham, beriman,yakini dan amalkan pada hari ini adalah sama dengan ajaran Islam yang dibawa oleh nabi. Kepercayaan teras seperti “kita sanggup mati tak makan, sanggup miskin demi pertahankan agama kita kerana Allah adalah matlamat utama kita”, perlu dikembalikan dalam diri masyarakat hari ini.
JAlan keseterusnya yang Fadhilatus Syeikh sebutkan adalah mereka rosakkan wanita-wanita kita. Mereka jadikan mereka ‘hantu’ membeli belah. FAham kebendaan dipasakkan dalam diri mereka. Lalu keluarlah qaul seperti ‘kena la blajar sungguh-sungguh, baru dapat kerja bagus dan gaji besar.terjamin masa depan kamu’..Lalu dimana teras kepercayaan kita bahawa Allah adalah sumber pemberi rezeki? FAham kebendaan ditanam didalam diri anak-anak oleh sesetengah ibu bapa dan nilai ibu dan isteri solehah dicabut perlahan-lahan dari diri wanita. Ingatlah bahawa wanita yang derhaka, keluar izin tanpa kebenaran suami, menyakiti hati suaminya, nusyuz maka bau syurga pun takkan mampu mereka cium.
No comments:
Post a Comment