LAlu aku merasakan perlu aku lampirkan jawapan yang pernah aku send pada seorang sahabatku. Moga kita lebih matang dalam menerima perkhabaran..
sahabat-sahabat boleh merujuk blog ini> pasitusyiah.blogspot.com
Salam. Buat sahabatku, ana harap kita tidak terburu-buru dalam membuat keputusan. Analisis dahulu. Baik berita dari harakah mahupun utusan Malaysia. Ini soal perjuangan. Samaada masa kita fokusnya untuk memperjuangkan isu syiah dalam kalangan agama ataupun isunya jutaan lagi manusia yang belum pernah kenal tuhannya. Apatah lagi untuk mengenal perkataan “syiah” itu sendiri. Mana yang lebih utama..
Isu yang pertama. Sebelum pilihanraya 8 mac lalu, dalam televisyen ada disuarakan kebimbangan kerajaan berkenaan media alternative yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Justeru umno segera melancarkan perang cyber bagi mengimbangi blog-blog dan maklumat-maklumat yang sampai pada rakyat.
Sekilas ikan diair tahu jantan betinanya. Gelihati juga ana membaca emel yang nta sendkan hari tu. Ia secara jelas menampakkan pendirian tuan punya blog bahawa kerjanya hanyalah mengkucar-kacirkan jamaah PAS dan menarik pengundi agama untuk meragui dasar perjuangan PAS yang syumul.
Nama blognya pun PASITUSYIAH..maknanya perjuangannya bukannya memerangi syiah secara keseluruhannya tetapi lebih pada membuktikan pas menyebelahi syiah..dalam ertikata yang lain BUKAN memerangi syiah dari sudut member kefahaman apa itu syiah, apa bahayanya dll.blognya tidak mendidik.bahkan mengkritik dan mencari-cari kesalahan.
Isu kedua. Umumnya kita tidak menilai organisasi berdasarkan ahlinya. Dasar perjuangan PAS andai dibaca dari perlembagaannya ialah Islam yang syumul. Begitu juga Islam. Kita tidak mengatakan Islam tidak baik disebabkan perangai penganutnya yang tidak baik. Tidak begitu ya akhi?
Kalaupun, bukan semestinya benar, bahawa Mad Sabu itu ada agenda syiah, wal’iaz, maka ia tidak menjejaskan dasar perjuangan parti. Kerana kita ada garis panduan. Kita ada Dewan Ulama’. Kita ada maas’ul yang perlu kita laporkan setiap gerak kerja kita. Maknanya tidak semudah itu fahaman syiah boleh meresap masuk dalam jamaah.
Dan Syeikh Fuad dalam bukunya aqidah muslim berpesan berdasarkan hadis nabi, iza qoolarrajulu li akhi ya kaafir,faqad baa’abiha ahaduhuma.aukamaqal..mafhumnya faham-faham lah. Larangan kita mengkafirkan sesame saudara kita.dengan tuduhan seseorang itu menganut syiah, dan talibarut syiah ia tuduhan yang berat dan perlu diteliti dengan kemas sanad berita sebelum ia disebarkan.
Maklumat tambahan, syiah ada banyak juga kumpulannya.ia terbahagi kepada 22 sect tetapi yang besar dan masih aktif hanya 3 iaitu Syiah imamiah, zaidiah dan ismailiah. Yang jelas dan pasti sesat ialah syiah imamiah. Tapi kalau ia syiah zaidiah, takkan kita nak katakan ianya sesat juga..
Isu ketiga. antisyiah hanya isu yang cuba dibawa oleh penulis bagi mendapatkan "side" golongan agama untuk menentang pas. Dan lagi Sepanjang pemerhatian saya, tidak ada suatu statement pun yang dikeluarkan maulana asri yang secara jelas mengaitkan pas dan syiah.. dia(antisyiah) juga cuba membawa salafi dan wahabi dalam kancah perang dan perpecahan pada artikel kedua ust nik aziz dan ust hadi.
Apa hukumnya memecahkan belahkan persaudaraan umat islam? Tugas kita bukan menghukum, Cuma faham sebab-sebab jatuhnya hokum. Nahnu du’at wala qudhah..
ISu terakhir. INi fitnah. Zahirnya kita pandai menilai benar atau tidak statement ini.>> “Kajian menunjukkan hampir keseluruhan pimpinan Parti Islam Semalaysia (PAS) dipengaruhi oleh Syiah, khususnya barisan Pemuda Parti tersebut. Cacian ke atas para sahabat Nabi s.a.w. dilakukan dalam majlis-majlis tertutup mereka. Pimpinan PAS juga sering berulang-alik ke Iran dewasa ini. Hanya Ketua Dewan Ulama PAS, Ybhg Ustaz Harun Taib yang membantah perkembangan ini.”
Dan kenapa isu Hezbollah disokong,
“ Soalan : Sebentar tadi Tok Guru ada menyentuh mengenai perbezaan pendekatan antara ahl sunnah dan shiah. Pada hemat Tok Guru, bolehkah suatu hari nanti semua aliran ummat Islam kembali bersatu seumpama ketika zaman Rasulullah SAW?
Nik Aziz : Cerita pendekatan antara ahl sunnah dan shiah ini telahpun diusahakan oleh Imam Muhammad Abduh pada awal kurun yang lalu. Dan ada majalah yang tertentu seperti majalah at-Taqrib. Dan mengikut sumber yang saya percayai, sewaktu zaman Khomeini, telah banyak perkara-perkara yang menjadi perbalahan telah diketepikannya. Misalnya, sebelum Khomeini muncul, orang Iran yang pergi ke Makkah mereka tidak bersembahyang dibelakang Imam orang sunni, tetapi bila mari datang Khomeini, dia minta orang shiah sembahyang di belakang Imam Masjidil Haram. Ini satu pendekatan yang penting. Begitu juga masalah sujud sembahyang. Zaman dulu, orang shiah sembahyang atas sekeping tanah yang katanya di ambil dari Karbala, Iraq. Tetapi sekarang, ini ia semakin kurang dan semakin kurang. Ini perubahan yang tetap berlaku. Jadi, Insha'Allah, suatu masa nanti akan berlaku perdekatan bersama. Lebih lagi Amerika kini menjadi musuh bersama, maka mulailah kini wujud kerjasama seperti hubungan di antara Iran dan Arab Saudi yang suatu ketika dahulu begitu sekali genting. Kita berdoa kepada Allah SWT, mohon segala kumpulan Islam bersatu kerana kita berdepan dengan musuh bersama iaitu zionis, Israel dan Amerika. “
Ana minta maaf sangat andai ada terkasar bahasa. Maaf sangat-sangat. Kita berbincang mencari kebenaran dan persepakatan ya. Wallahua’lam.
Yang benar,
Sharif ahmad
28 mac 2008
2130
Mohd Sabu dikenali ramai sebagai salah seorang yang begitu meminati dan mengkagumi perjuangan Hizbullah di Lubnan dan revolusi Islam Iran sejak dari dulu lagi. Minat, sokongan dan kecenderungan beliau diterjemahkan dengan kerapnya beliau berkunjung ke Lubnan dan Tehran dan seringkali menggunakan contoh perjuangan mereka di dalam ceramahnya. Namun sedarkah kita bahawa minat, sokongan dan kecenderungan beliau telah mula bertukar kepada pegangan agama dan aqidah? Tanyalah beliau tentang aqidah ataupun amalan orang Syiah, nescaya beliau akan dapat menghuraikannya dengan panjang lebar dan begitu terperinci. Tanyalah orang-orang syiah di Malaysia nescaya mereka akan menganggap Sdr. Mohd Sabu adalah sebahagian daripada mereka. Mungkin atas sebab itulah kita jarang melihat beliau solat jamaah bersama-sama kita. Malah diakui oleh pimpinan peringkat tertinggi bahawa mereka juga tidak pernah melihat beliau solat jamaah bersama (walaupun diimamkan oleh Tn Guru Hj Hadi). Dan yang lebih malang sekali, beliau telah mula menyebarkan fahaman ini kedalam parti, terutamanya ke atas golongan pemuda kita. Pernah dilaporkan apabila beliau membawa petugas-petugas Kuala Kedah melawat Thailand, mereka telah berhenti solat dimasjid-masjid yang dikenali ramai sebagai masjid orang syiah di sana.
Secara nyata Mohd Sabu telah menggunakan pengaruh dan jawatannya untuk mengembangkan ajaran dan pegangan syiah dikalangan ahli PAS. Sebab itulah tidak hairan kenapa beliau kerap berkunjung ke Lubnan dan Tehran dan seringkali beliau membawa ahli-ahli kita dan pemuda bersama-samanya. (Kadangkala kita tertanya-tanya daripada mana mereka memperolehi wang yang banyak untuk kerap berkunjung ketempat tersebut.) Dan seringkali juga beliau menolak dan mengelak untuk melawat ke Lubnan dan Tehran bersama-sama pimpinan PAS yang lain, kerana mungkin dikhuatiri tembelangnya akan pecah.
2. MENYAMAKAN PIMPINAN PAS DENGAN UMNO
Di dalam Ijtimak Jihad Pemuda PAS Kedah, sewaktu memberikan ucapannya, Sdr. Mohd Sabu telah menyamakan Pimpinan PAS dengan UMNO melalui kata-katanya :
Sekarang perangai pemimpin PAS dengan UMNO sama. Beza di antara Pemimpin PAS dengan Pemimpin UMNO 3 perkara sahaja - pemimpin PAS tak minum arak, pemimpin PAS tak berzina, pemimpin PAS tak main judi. Lain pada tu sama! Berebut harta, rasuah, nepotisme, pembaziran? sama!
Ucapan dan tindakan ini amat keterlaluan. Sekiranya ianya datang dari ahli UMNO mungkin masih boleh diterima dek akal walaupun biadap. Dan sekiranya datang dari ahli PAS memang sah biadap dan tidak ada wala terhadap pemimpin. Tetapi, apa yang menyedihkan, ianya datang dari seorang pemimpin PAS sendiri yang berjawatan Naib Presiden suatu jawatan yang amat tinggi yang sudah menggambarkan pemimpin pelapis dan masa depan PAS. Cuba kita bayangkan wajah Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Nasharudin, Hussam Musa, Dato Hassan Ali, Ust Harun Taib dll, adakah wajah mereka sama seperti yang digambarkan oleh Sdr Mohd Sabu? Apakah mereka berebut harta, mereka rasuah atau mereka nepotisme? Astaghfirullah?. Kalau kita bercakap mengenai pemimpin UMNO, ada logiknya juga, kebanyakannya sudah ada bukti mahupun pertuduhan/perbicaraan. Tetapi, dengan menuduh kepimpinan ulama PAS sedemikian rupa tanpa sebarang bukti, adalah suatu dosa yang sukar diampunkan.
Apa sudah jadi dengan Sdr. Mohd. Sabu sehingga beliau sanggup dan tergamak untuk meletakkan taraf pemimpin PAS begitu rendah dan hina, serendah dan sehina pemimpin UMNO. Ataupun, mungkin juga pemimpin PAS yang beliau maksudkan itu adalah diri beliau sendiri?
Soalan : Sebentar tadi juga Tok Guru ada bercakap mengenai Ruhollah Khomeini. Jadi, kalau tidak keberatan, bolehkah Tok Guru berkongsi sedikit pandangan peribadi Tok Guru terhadap keperibadian, kepimpinan dan perjuangan beliau
Nik Aziz : Saya kenal Khomeini hanya melalui pembacaan. Tetapi yang saya tertarik dengan beliau ialah meskipun dalam keadaan beliau berjubah, berserban dan berjanggut, beliau masih dapat masuk ke dalam medan politik dengan meninggalkan begitu banyak sekali kesannya; sampai ke peringkat bila dia balik dari buangan - ranap kerajaan yang dibentuk sebelum itu. Ranap semuanya itu kerana pengaruh yang ada padanya. Inilah yang saya tertarik dengan Khomeini. Lagi satu, bila beliau menang dan membentuk kerajaan, beliau tidak masuk campur pun dalam kuasa eksekutif, tetapi tugas itu beliau serahkan kepada budak-budak beliau. Inilah satu sejarah yang akan dikenang.
Surat ini panjang sapa nak baca masuk sini : http://www.cybertroopers.net/modules.php?name=News&file=article&sid=52
Tok Guru yang dikasihi,
Bicara kami mungkin usai disini. Namun ada tinta terakhir buat renungan kita bersama. Tok Guru tidak perlu menoleh lagi untuk mencari-cari pilihan yang ada. Di hadapan kita ini ada anak-anak muda yang mampu mengisi posisi eksekutif. Mereka bukan sahaja berbakat dan berkredibiliti profesionalisme, tetapi mereka turut terlatih dalam madrasah perjuangan islami. Kami yakin dan percaya, mereka mampu memainkan peranan yang terbaik bagi mengisi teraju kepimpinan negeri yang sudah boleh Tok Guru tinggalkan. Lebih menguntungkan, kini mempunyai dua generasi yang berwibawa; generasi Husam Musa, Nik Amar, dan generasi pemuda negeri yang berfikiran progresif. Mereka inilah yang perlu diberi peluang dalam detik-detik keemasan ini. Ya, memang berat untuk menuntut Tok Guru berundur dan merubah fokus gerak-kerja Tok Guru. Tetapi cukuplah jika kami ungkapkan di sini sebagaimana tokoh sanjungan Tok Guru sendiri - Ayatollah Ruhollah Khomeini – meskipun dia yang mengerakkan revolusi sehingga berjaya meraih hasilnya, namun citranya sebagai pemimpin spiritual mengatasi posisi eksekutif yang ditawarkan kepadanya. Dan, kami di sini sangat-sangat mengharapkan agar Tok Guru agar menuruti jejak langkah pahlawan revolusi kita itu. Pedulikan desakan mereka yang tidak mempunyai ensesi ruhi.
Sekali lagi Tok Guru yang dikasihi, Maafkan kami anak-anak muda ini, jika bicara diatas tidak disenangi. Apapun, kami sangat sayangkan Tok Guru, tetapi inilah cara kasih kami….
No comments:
Post a Comment