SALAM

Saturday, April 5, 2008

Part Two : Teori Ekonomi Merobah Hidupku

MAfhum dari hadis nabi ada menyebut bahawa pintu rezeki dari berniaga ialah 9 dari 10. Dan kita masyarakat melayu telah sekian lama bergantung dengan pintu yang kesepuluh sahaja iaitu bekerja makan gaji dengan kerajaan. Ibu bapa seboleh-bolehnya mahukan anaknya bekerja dengan kerajaan barulah hidup dan masa depan anak-anak mereka dikatakan terjamin.
Gelihati juga mendengar pandangan ini terus menerus diterima baik oleh masyarakat melayu. BAhkan berdekad lamanya mentality ini terus subur sebagai budaya yang mendarah daging dalam diri masyarakat melayu.

“Dah habis belajar mesti kerja dengan kerajaan.Terjamin masa depan.” pesan ibuku pada kedua kakakku.
Lalu selama berdekad jugalah kita terus merungut bahawa pegangan ekuiti melayu tersangat rendah. Sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 30% dari ekuiti negara terus menjadi mitos dan angan-angan yang tak kesampaian meskipun selama berpuluh-puluh tahun juga DEB dilaksanakan dan faktanya populasi bumiputera lebih dari 50% di malasyia ini.

Puncanya mudah. Kebergantungan kita pada pintu yang satu. Sedangkan 9 pintu rezeki lain terus menerus dimasuki dan dimanfaatkan oleh masyarakat Cina dan lainnya.
Benar. Tidak salah bekerja dengan kerajaan. TApi mentality “bekerja dengan kerajaan adalah segala-galanya” is totally wrong. Bagi yang berkelayakan bolehlah bekerja dengan kerajaan. Tetapi bagaimana nasib mereka yang kurang berkelayakan? Sedangkan mentality ini ada dan wujud dalam diri mereka.

Jalan keluar kepada masalah ini ialah mencapahkan focus hanya bekerja dengan kerajaan kepada berniaga juga boleh memberi kejayaan pada.

Robert Kiyosaki, seorang pakar ekonomi, jutawan terkemuka pernah hadir ke Malaysia. Dalam keadaan 10,000 orang yang hadir ke majlisnya dengan bayaran RM200 ke RM300 hanya untuk sejam ceramahnya dan majority yang hadir adalah bangsa Cina, dia merumuskan bahawa asas kepada Usahawan Berjaya ialah mindanya positif.

Dalam bukunya, Rich Dad Poor Dad, beliau ada menggambarkan tentang kepentingan berfikiran positif ini.
Beliau mempunyai 2 ayah; ayah sebenar dan seorang ayah angkat. Ayahnya yang sebenar mempunyai ijazah kedoktoran,phd dalam pelbagai bidang. Hebat dalam bidang akademik. Menghasilkan tulisan-tulisan yang menjadi rujukan banyak pihak. Tetapi sampai umurnya lanjut,tua, dia masih lagi dibebani masalah kewangan. Sering mengeluh ketidakcukupan duit dan tidak mampu mendapat apa yang dihajatinya.

Ayah angkat beliau pula seorang yang tidak berkelulusan tinggi. Biasa-biasa sahaja. Mungkin pada situasi kita di Malaysia hanya lulusan SPM. Tetapi hartanya kalau dimakan 7 generasi pun tak kehabisan.
Setelah beliau membanding beza antara kedua ayahnya itu, beliau mendapati satu perkara dominan yang membezakan mereka sehingga menghasilkan jurang kehidupan yang sebegitu besar. Ianya ialah minda yang positif. Ayahnya yang sebenar bila mana berhadapan dengan masalah perkataan pertama yang terpacul keluar ialah “isyh.susahnya.boleh ke nak dislesaikan.macam mustahil je..”

Berbeza dengan the Rich dad, bila ketemu masalah ungkapan pertamanya ialah “ya.mudah saja.cara untuk menyelesaikannya ialah dengan kita…” Minda kita dengan sendirinya bercabang-cabang keluar cara pnyelesaian pada masalah dan psikologinya kalau ungkapan pertamanya negative, maka keupayaan otak untuk berfikir terus tertutup dan pada saat itu segala-galanya kelihatan teramat susah.

JAdi, tanggapan pertama kita pada financial freedom perlulah POSITIF!

Langkah kedua. Pengalaman penulis yang sedikit, mengasaskan bisnes kecil-kecilan ini tidak susah. Sekurang-kurangnya ia menjadi asas dan sumber idea untuk bisnes yang lebih besar.
Contoh paling mudah. Pernah suatu masa, dimusim cuti yang baru bermula, penulis ada terbaca iklan berkenaan peluang perniagaan air musoffa. Menjadi ejennya fikir penulis tidak susah. Lalu penulis berjumpa anak saudara penulis yang juga lepasan SPM untuk duduk bersembang. Selepas seketika, penulis berjaya meyakinkan dia untuk menjadi partner bisnes penulis dan dia menguruskan segala kerja-kerja teknikal manakala penulis memikirkan tentang marketing plan. Kerana ia bidang kesukaan penulis.

Dipendekkan cerita, perniagaan ini tidak berhasil. Tidak rugi dan tidak untung sangat. Kakak dan ibu penulis menyindir. “kata pandai bisnes, tak jadi pun..”
Himahnya sangat besar pada penulis. Pertama, andai penulis tidak mencuba perniagaan ini, penulis tidak mungkin akan tahu kelemahan penulis ialah mempromosi barang sendiri kepada massa. Mungkin agak “pemalu”. Testimoninya, pernah seorang mak cik bertanya pada ibu penulis, air apa nih? Ibu penulis memannggil penulis untuk bercerita dan menerangkan tentang produk jualan tersebut tetapi sehingga keakhirnya penulis tidak muncul dan mak cik tersebut berlalu begitu sahaja.

Jadi, penulis tahu itu kelemahan penulis dan selepas ini dalam pemilihan jenis perniagaan penulis akan mengambil kira hal ini agar tidak berulang kesilapan yang sama.
Keduanya, suasana kampus dan suasana kampong sangat berlainan. Dikampus ruang perniagaan sangat luas kerana kuasa beli yang besar dan kapasiti pembeli yang ramai.
Andai sebuah kampus kecil mempunyai 4000 manusia, cukup mereka menyumbang seringgit setiap orang kepada kita dan kita sudah dapat RM4000. Dua jalan mendapatkan duit ialah dengan kita meminta-minta seringgit setiap orang. Kita akan dapat RM4000 tetapi kita digelar peminta sedekah.

Andai mereka berikan seringgit dan kita berikan sekeping penanda buku maka pada waktu itu kita dapat juga RM4000 tetapi statusnya ialah kita ialah businessman and mereka ialah consumer.

Dikampus ianya semudah itu. Tetapi reality dikampung, orangnya kurang, kuasa belinya kecil, harganya perlu murah kerana nasi ayam pun RM1 masakan kita menjual air dengan harga RM10 sebotol kecil yang pada fikiran mereka cukup untuk makan pagi mereka 10 hari.

Ketiganya, nasib baik penulis mencuba jenis perniagaan itu sekarang. Kalau dah grad baru cuba, kemudian gagal lagi parah dan teruk kesannya. Dah tua-tua baru nak belajar berniaga. Baik kita gagal diusia muda, pengajarannya kita gunakan dihari tua.

Rumusnya, strategi perniagaan dikampung dan kampus atau bandar adalah berbeza.

LANGKAH PRAKTIKAL MEMULAKAN PERNIAGAAN DI KAMPUS

1. Cari partner yang juga mempunyai minat yang sama; bisnes.
2. Decide modal yang perlu dikeluarkan setiap partner bisnes
3. Brainstorm barangan jualan dan pilih yang sesuai dengan keperluan dan suasana komuniti (SWOT)-tahu apa kekuatan setiap ahli yang boleh dimanfaatkan, peluag2 yang ada disekeliling, threat dari sudut persaingan dengan rakan niaga yang lain dll.
4. Buat marketing plan

Ikut keempat langkah diatas, anda akan berjaya mengasaskan satu group bisnes kecil-kecilan. Anda telah pun selangkah masuk ke bidang ini dan perlahan-lahan anda akan belajar berbisnes.
Kesimpulannya, jalan ini masih luas dan belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyrakat melayu Islam kita sedangkan jelas ia satu sunnah dari sunnah-sunnah nabi. Ayuh kita mulakan. Berfikir sahaja tidak ada manfaatnya, tetapi disusuli dengan action maka pola kehidupan anda akan berubah. Wallahua’lam

No comments:

Post a Comment