MEngimbau kejatuhan khilafah islam pada 3 mac 1924, umat ISlam mula dipecah-pecah oleh pihak kolonial menjadi kelompok-kelompok kecil yang dinamainya dengan negara. Negara-negara ini pula kemudiannya diserapkan dengan semangat nasionalisme cintakan Negara masing-masing ditambah dengan pengenalan sistem demokrasi yang menjadi lanjutan kepada pemecahan umat islam kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil.
Ikhwanul MUslimin
PAda tahun 1928 muncul gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir sebagai pengasas kepada gerakan Islam yang cuba menyatukan kembali umat ISlam dibawah satu naungan dan kearah mengembalikan khilafah yang hilang.
PEngasasnya Imam HAssan al-Banna mengibarkan panji ISlam yang syumul dengan kewujudan setengah juta PENDOKONG dan keanggotaannya mencecah jutaan manusia beriman dizaman puncak kegemilangannya.
Syahid pada 12 Februari 1949 pada usianya 43 tahun(1906-1949), panji disambut pantas oleh mursyidul am Ikhwan yang kedua Syeikh Hassan Hudhaibi lalu disambung oleh Umar at-Tilmisani yang akhirnya turut menerima kesudahannya merengkok dalam penjara tentera dalam tempoh yang panjang.
PErjuangan IKhwan diterajui seterusnya oleh MUhammad Hameed Abul NAsr selaku MUrsyidul Am k-4 yang kemudiannya dilanjutkan oleh Syeikh MUstafa MAsyhur(ke-5) dan sekarang ini MUrsyidul Amnya terpikul dibahu Ust Mehdi Aqif(ke-6).
PERKEMBANGAN
1938- Zaman kegemilangan dimana dakwah Ikhwan Muslimin diterima baik oleh jutaan manusia
1949- Imam Hassan al-BAnna dibunuh syahid, ribuan pendokongnya digiring kepenjara ISA tanpa budi bicara. SEbab pembunuhan beliau adalah krisis PAlestin, konspirasi Barat dan kebimbangan kerajaan pemerintah terhadap pengaruh IKhwan yang semakin meluas.
1950- Ikhwan dibenarkan bergerak atas nama pertubuhan agama sahaja, yang kemudiannya diharamkan atas ‘dosa’nya menuntut pelaksanaan undang-undang syariah di MEsir
1954- 23 0ktober menyaksikan cubaan bunuh keatas Presiden GAmal Abdul Nasser, ‘Hari-HAri DAlam HIdupku’ Zainab GHazali bermula dengan IKhwan Muslimin difitnah sebagai dalang kepada kejadian. Bermula episod tragis dalam sejarah IKhwan. Ribuan pendokong IKhwan dipenjara tanpa bicara dan diseksa dengan pelbagai cara.
1966- 29 Ogos Syed Qutb dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas alas an “merancang pembunuhan Jamal Abdul Nasser”.
1970- Anwar Sadat dilantik sebagai Presiden MEsir. BEliau yang juga merupakan bekas anggota Usrah IKhwan MUslimin pernah berjanji untuk melaksanakan Syariat Islam dan membebaskan ahli-ahli IKhwan yang dipenjara. JAnji tinggal janji bahkan beliau memeterai Perjanjian Camp David-mengiktiraf Negara haram Israel- walaupun dibantah hebat oleh ulama’-ulama’ seperti Syeikh Umar Abdul RAhman dan Syeikh Abdul Hamid Kisk.
1981- September Mass crackdown. 2000 anggota IKhwan termasuk mursyidul am Ustaz Omar Tilmisani ditangkap secara pukal.
1981- Oktober. Insiden menggemparkan dunia. Tuan Presiden, Anwar Sadat ditembak mati oleh tentera-Leftenan Khalid ISlambouli- yang bersimpati dengan nasib Ikhwan Muslimin.
POLITIK
TAhap baru dalm perjuangan IKhwan. Ruang demokrasi dimanfaatkan dengan anggota IKhwan MUslimin menyertai pilihanraya atas stand calon bebas dan slogan mereka yang terkenal ‘Islam Adalah PEnyelesaian’ bertarikh 8 Disember 2005.
Tsunami Kecil. Dunia terkejutkan dari lena melihatkan kemenangan 88 kerusi PArlimen MEsir dibawah tangan IKhwan Muslimin. Parti pemerintah dibawah Presiden Hosni Mubarak, National Democratic Party (NDP) mula menggelabah.
Selaras, 1000 pendokong Ikhwan ditangkap tanpa bicara selepas pilihanraya. Ruang demokrasi rupanya dipergunakan pihak pemerintah untuk mengenalpasti pendokong IKhwan dikalangan golongan kelas menengah dan elit yang masih aktif.
TOKOH
Antara tokoh yang lahir dari perjuangan IKhwan dan seterusnya memperjuangkan fikrah perjuangannya ialah as-Syahid Syed Qutb, Sheikh Sayyid Sabik, Syeikh Abdul Qadir Audah, HAmeedah Qutb, As-Syaheed Abdullah Azzam, Sa'id HAwwa,Dr. FAthi Yakan, Dr Yusof Qardhawi, Syeikh Ahmad YAssin, Syeikh Abdul Hadi Awang, Dr Abdul KArim Zaidan dan banyak lagi.
JAmiat ISlami
Pada 26 ogos tahun 1941 muncul pula JAmiat ISlami berpengkalan di Lahore, PAkistan mewakili benua INdo-Pakistan meneruskan misi suci melaksanakan tuntutan Quran dan Sunnah secara syumuliah ke seluruh pelusuk bumi dan memastikan syariat Allah tertegak dimuka bumi ini.
DIasaskan oleh Abul A'la al-MAududi dengan taklifan amir dari tahun 1941 hingga 1972 lalu berpindah kepimpinan kepada Mian Tufail Mohammed 1972 hingga 1987 dan terakhir amirnya ditaklifkan kepada Qazi Hussein Ahmad pada tahun 1987 sehingga kini.
SAyap muslimatnya digelar Halqah-e Khawatim yang fungsinya menjaga dan memperkasakan kebajikan muslimat disamping menyebarkan idea-idea ISlam sebagai cara hidup.
SOSIAL
JI telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada ISlam di PAkistan. JI mempunyai rangkaian pandidikan daripada pra-sekolah sehinggalah Universiti dan KOlej. Contohnya, di Punjab sahaja JI mempunyai 500 buah sekolah, belum dikira dari sudut rangkaian klinik ISlam, Hospital ISlam, Pusat-pusat KHidmat Sosial,perpustakaan dan maahad tahfiznya.
POLITIK
Dari sudut poltiknya JI tidak kalah dengan parti pimpinan PErvez MUsharaf. PAkatan enam buah parti politik Islam dinamakan MUttahida MAjlis e-Amal (MMA) dengan dipimpin dan diketuai amir JI Qazi Hussin Ahmad berhasil menjadi antara seteru dominan politik regim PErvez dan MMA optimis akan mengambil alih PAkistan dalam masa 20 tahun dari sekarang.
PAKSI PEMBINAAN HARAKAH
ANtara hal atau perkara yang paling saya terkesan ialah Maulana Maududi telah meletakkan tiga paksi asas yang menjadi teras dalam pembinaan harakahnya.
1. Pendukung hendaklah terdiri daripada mereka yang kuat imannya, jelas pendiriannya serta jelas sirahnya. KUaliti adalah lebih penting dari kuantiti.
2. PEraturan harakah hendaklah kukuh dan kuat. Anggota mestilah beriltizam dan menjauhkan diri dari dosa, menghalalkan yang halaldan mengharamkan yang haram. Tanpa ILTIZAM tidak ada tempat mereka dalam harakah.
3. HArakah mestilah mengandungi 2 unsur dalam satu masa, mereka yang berpendidikan agama dan moden. Mereka ini hendaklah bekerjasama dan bersatu didalam menggerakkan harakah menuju sistem islam yang syumul.
Lalu bandingkan lah diri kita pada hari ini ayyuhal ikhwah..
JAmiat ISlami yang berpengkalan di PAkistan akhirnya telah berkembang kenegara-negara lain di sub continent seperti JAmiat ISlami BAngladesh, JI Sri LAngka, JI INdia, dan JI Afghanistan.
Haraqatul Muqawwatil ISlamiyyah(HAMAS)
HAMAS : Haraqatul MUqawwamatil ISlamiah(PErgerakan Kebangkitan ISlam), diasaskan pada DIsember 1987 oleh Syeikh AHmad YAsin bersama beberapa orang tokoh masyarakat dari kalangan pendokong-pendokong IKhwanul MUslimin di GAza. PErtubuhan ini secara langsung membawa fikrah IKhwanul Muslimin dan menyeru rakyat PAlestin berjuang atas dasar ISlam menentang penjajahan YAhudi di PAlestin.
Ideologi perjuangan HAMAS yang diisytiharkan secara rasmi dalam perlembagaanya pada 18 Ogos 1988 menyebutkan dasar dan manhaj HAMAS adalah ISlam yang lengkap. JIhad menentang kezaliman YAhudi adalah fardhu ain keatas setiap umat islam lelaki dan perempuan. DAlam hal ini, wanita yang keluar berjihad tanpa izin suaminya adalah tidak berdosa.
HAMAS juga menolak usaha melengah-lengahkan kemenangan seperti perjanjian damai, persidangan-persidangan dan sebagainya. HAnya jihad sahaja jalan penyelesaian bagi isu palestin. MEreka juga menerima PLO (Pertubuhan PEmbebasan Palestin) yang dipimpin YAsir Arafat sebagai 'sahabat' tetapi menolak fahaman sekular gerakan itu.
INTIFADHAH PERTAMA
INtifadhah pertama bermula seawal tahun 1935 dibawah pimpinan seorang ulama' serta pejuang yang namanya diabadikan sehingga kini, Syeikh Izzudin al-Qassam.
Puncanya dalam tiga kata kunci.
(1) KEmasukan pendatang YAhudi beramai-ramai (4075 orang-tahun 1931, 9553 orang-tahun 1932, 30327 orang-tahun 1933,42359 orang-tahun 1934 dan 61854 orang-tahun 1935).
(2) Keganasan IRGUN ZVAI LEUMI (NAtional Military Organization) iaiutu unit bersenjata YAhudi yang melancarkan kempen keganasan keatas umat ISlam dengan salah seorang anggotanya yang terkenal Menachem BEgin yang kemudiannya dilantik menjadi PErdana Menteri Israel.
(3)KEtiga, Israel didapati menerima perbekalan senjata dari Belgium melalui PElabuhan JAffa.
Syeikh IZzudin mendapat gelaran syahidnya pada penghujung tahun 1935 dan kesyahidannya mencetuskan pemberontakan besar-besaran (the great revolt) yang berlangsung dari 1936-1939.
"WAhai sahabat dan syuhada'! AKu telah mendengar seruanmu dari pentas bersandarkan pedang! HAri ini, demi Allah, seruanmu jauh lebih lantang dari semasa hayatmu!)
INTIFADHAH KEDUA
Intifadhah kedua bermula dengan tertubuhnya HAMAS pada tahun 1987. DAn mulai tahun 1994 HAMAS telah memulakan serangan berani mati terhadap ISrael. FEnomena jihad syahid ini menimbulkan trauma yang amat pada bangsa YAhudi. KEbangkitan kedua Palestin selama 4 tahun setengah ini menyaksikan 3500 rakyat Palestin terbunuh dan 1000 penduduk ISrael terkorban. TAkbir!
Punca kebangkitan atau INtifadhah KEdua ini pada beberapa isu besar yang menimbulkan kemarahan umat ISlam sedunia. PErtamanya kematian MUhammad al-Durrah dipangkuan ayahnya setelah ditembak mati oleh askar yahudi. PEristiwa ini mendapat liputan meluas media dunia kerana detik pembunuhan ini dirakam dan dunia menyaksikan kekejaman ini.
KEs yang kedua apabila lori besar milik Yahudi sengaja melanggar 2 buah lori kecil milik umat ISlam menyebabkan 4 orang terbunuh dan 9 yang lain cedera.
SYUHADA
SYeikh Ahmad YAsin, Pengerusi merangkap pengasas HAMAS ditembak syahid pada 22 Mac 2004 dengan apache lalu digantikan dengan abdul aziz rantisi dan selang beberapa hari sahaja rantisi dikurniakan gelaran syahid apabila keretanya dipasang bom dan meletup berdekatan kediamannya.
PAda saat ini, kepimpinan HAMAS dipecahkan kepada beberapa tokoh penting bagi mengelakkan insiden sama berulang. Khaled MAshaal memimpin Biro Politik HAMAS, DR MAhmoud ZAhar antara pengasas HAMAS yang juga merupakan doktor peribadi kepada Syeikh Ahmad YAsin yang terbunuh di Ghazzah. Yang lain ialah Ismail HAniyeh selaku calon utama HAMAS dalam pilihanraya PALestin dan Dr Musa Abu Marzuq yang menjadi penghubung dengan gerakan Islam antarabangsa yang lain.
POLITIK
PAda Disember 2004, HAMAS nekad menyertai pilihanraya perbandaran atas nama PArti Politik sebagai mengambil peluang atau dalam erti kata lain ‘memperalatkan’ ruang demokrasi yang sedia wujud di PAlestin untuk kepentingan yang lebih besar iaitu menjaga kebajikan umat Islam secara keseluruhannya.
PEndekatan ini mengejutkan dunia dan seisinya kerna HAMAS sebelum ini dilabelkan oleh Amerika Syarikat dengan gelaran sebuah gerakan militant bersenjata yang dimomokkan suka pada keganasan.
Dengan strategi menempatkan calon diuniversiti-universiti tempatan dan slogan anti-rasuah, disamping manifesto politiknya kearah kerajaan yang bersih dimana menggalakkan rakyat mengamalkan ajaran Islam, menjauhi arak, wanita menutup aurat menjadikan HAMAS cukup popular dikalangan masyarakat kampus dan kelas menengah.
MEnjelang pilihanraya umum JAnuari 2006, dunia dikejutkan dengan kemenangan HAMAS keatas parti pemerintah sebelumnya, FATAH dengan menyaksikan 76 kerusi parlimen dikuasi HAMAS dari 132 kerusi parlimen keseluruhannya. FATAH memperoleh 43 kerusi dan 13 kerusi lagi oleh parti-parti serpihan lain.
HAMAS pada hari ini dan selamanya bergelut dengan krisis sebagaimana mafhum sabdaan nabi, PAlestin sebagai bumi jihad dan ia akan berterusan hingga ke kiamat. Dan adakah selamanya juga kita akan terus hanya mendoakan keselamatan mereka dikejauhan ini?? MAsa akan menentukan.
Rujukan:
1.Sejarah & PErkembangan Gerakan ISlam ABad MOden, Ridhuan M Nor(2007)
2.Al-Aqsa DAlam BAhaya, MAszlee Malik(2006)
3.ISrael KEnapa Dunia Tidak Boleh Mengiktirafnya, HAfidzi M Nor(2006)
4.Al-Imam Al-Banna MEmperingati KEsyahidannya, MUstafa MAsyhur(1997)
No comments:
Post a Comment