SALAM

Showing posts with label RESEARCH. Show all posts
Showing posts with label RESEARCH. Show all posts

Tuesday, December 23, 2008

Oil-Price Surgery..hu

Sebelum tgk peta bwh ni, rujuk berapa harga minyak semasa hari ni.. Ada gadget kat atas tepi sekali..Di bawah ialah salasilah cerita harga minyak yg bagiku sgt menarik..disebalik harga minyak ini, ada seribu satu rahsia dan cerita yg tidak dapat diungkapkan dgn kata..


Graf trend harga minyak dunia dan perkaitan dengan peristiwa2 yg berlaku. Perang Arab-Israel pada tahun 1973 menyebabkan negara2 pengeluar minyak OPEC-yg kebanyakannya negara arab- menghentikan pengeluaran menyebabkan harga minyak dunia naik sehingga 400%. Ia merupakan kes pertama MINYAK dijadikan political weapon untuk menekan US yg seterusnya memujuk Israel mengundurkan tenteranya dari negara2 Arab.

Revolusi Iran yg menjatuhkan Shah Iran, peristiwa bersejarah yg menaikkan nama Khomeini selaku pimpinan hebat yg dibuang negara, tetapi dgn ucapannya dari luar didengari dicorong2 radio menyebabkan rakyat Iran bangkit menjatuhkan rejim Shah Iran. Pengeluaran minyak di Iran hampir2 terhenti disebabkan krisis dan pemberontakan di Iran menyebabkan harga minyak dunia terus naik.

Mengambil peluang dari kesan revolusi Iran, Iraq menyerang Iran sebagai menyelesaikan krisis dalaman 2 negara jiran ini. Bermula dari september 1980 sehingga August 1988, isu borders shiah-sunni dan beberapa isu lain perang Iran-Iraq menyebabkan hampir setengah juta tentera dan org awam Iran dan Iraq mati!! Iraq sebenarnya cuba mengambil peluang atas kondisi Iran yg masih lemah setelah revolusi Iran, tetapi hanya beberapa bulan sahaja tentera Iraq berjaya diusir dan 6 tahun berikutnya Iran menyerang Iraq.Iraq --kelu defensif..Saya paparkan sokongan dan bantuan beberapa negara yg turut melibatkan diri dalam perang iran-iraq :


Antar yg memberi bantuan dan sokongan ialah US, kedua2 negara diberi bantuan, Israel menyokong Iran, Singapura menyatakan sokongan kpd Iraq dll..yg menjadi mgsa dan hina dan bodoh ialah kita..mereka golongan kuffar bertepuk gembira melihat org Islam bergaduh berbunuh-bunuhan sesama sendiri..

Fasa oil-price crash. Selepas kenaikan harga berganda kesan dari perang Iran-Iraq, dunia mula mengurangkan penggunaan minyak dan mula mencari sumber tenaga alternatif. Harga minyak dunia jatuh merudum mencecah $10 per barrel.

Perang Teluk berlaku. Iraq invade Kuwait bagi mengambilalih negara pengeluar minyak ketiga terbesar dunia itu. Tempohnya bermula 2 August 1990- 28 February 1991, berakhir dengan kematian lebih 200,000 tentera Iraq...

to be continued.....da zohor...

Thursday, June 19, 2008

Sejarah Gerakan Islam di Malaysia


Pada sesi yang lalu coretan saya berkisar gerakan Islam sedunia. Untuk kali ini, saya rasa elok kiranya saya melakar serba sedikit berkenaan gerakan-gerakan Islam yang ada di tanah air kita ini. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk kita mencari titik persamaan dan bertasamuh dalam gerak kerja kita. Sesungguhnya umat Islam itu akan menjadi kuat pabila kita bersaling bantu tolong menolong dalam perkara kebaikan.

Perpecahan itu haram disisi agama. Terkadang penulis merasa takut melihat ‘anak muda’ dewasa ini sesuka hati mengkritik dan mencerca sesama sendiri. ‘Anak tua’ tua pun sama lagaknya. Apapun, saya menyeru ingatlah 3 prinsip Islam yang disifatkan oleh Dale Carnegie sebagai the most foundations on how to be great in public relation:

· First Principle is DON’T CRITICIZE,CONDEMN OR COMPLAIN

· Second Principle is GIVE HONEST AND SINCERE APPRECIATION

· Third Principle is AROUSE IN THE OTHER PERSON AN EAGER WANT

Jamaah Islah Malaysia(JIM)

Jamaah Islah Malaysia(JIM) ditubuhkan pada hari Jumaat 27 Julai 1990 bersamaan 5 Muharam 1411 apabila pendaftarannya diterima oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia oleh Haji Syaari Sungib dengan ketua muslimat pertamanya Hajah Fuziah Salleh(keduanya sekarang bergiat aktif dalam PAS dengan menjadi calon PRU). Visi JIM adalah untuk Membangun sebuah Negara Malaysia yang melaksanakan sepenuhnya syariat Islam menjelang 2020. Misi Jim ialah:

  • Membangun sumber manusia untuk melahirkan insan saleh wa musleh
  • Membudaya pendekatan perkongsian dan permuafakatan; dan
  • Mengislah dan menggembleng masyarakat ke arah penegakan kebenaran dan keadilan sejagat Kesemua ini dirumuskan oleh motto JIM, “Bersama Islam Membina Masyarakat

JIM adalah gerakan Islam yang menjadikan aktiviti-aktiviti da'wah dan pembangunan sosial sebagai teras aktivismenya. Dengan misi “Bersama Islam Membina Masyarakat”, JIM akan meneruskan usaha dakwah dan amal Islami melalui pelbagai wadah di dalam lingkungan perundangan Malaysia. JIM yakin bahawa Islam adalah jalan penyelesaian kepada segala permasalahan dan penyakit masyarakat.

JIM kini mempunyai 14 cawangan Negeri dan 54 cawangan Daerah dan keahliannya telah mencecah lebih dari 8,000 orang. Penonjolan dakwah JIM di tengah-tengah masyarakat akan berdasarkan kepada 5 unsur iaitu Islam, Good Governance”, Wanita, Belia dan Kepedulian

Sebagai sebuah gerakan Islam, JIM sentiasa berusaha untuk mendaulatkan syariah.

PKPIM Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berdaftar secara rasmi dengan Pendaftaran Pertubuhan pada 27 Jun 1961, dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu dan pada tahun 1963 namanya ditukar seperti yang ada sekarang

PKPIM ditubuhkan pada 31 Mac 1961 bertempat di Asrama Kedua, Universiti Malaya. Penubuhan PKPIM telah diusahakan oleh sekumpulan 10 orang pelajar dari 5 buah institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Malaya, Maktab Teknik Kuala Lumpur, Maktab Pertanian Malaya, Kolej Islam Malaya dan Maktab Perguruan Bahasa bertujuam menggabungkan semua persatuan pelajar Islam tanahair dan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi kepentingan pelajar-pelajar Islam dipersekutuan Tanah melayu

Penubuhannya di peringkat awal bertujuan untuk menjadi wakil pelajar-pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu membuat hubungan di peringkat kebangsaan serta dengan lain-lain persatuan pelajar Islam di luar negara.

Bermulanya kesedaran tentang perlunya sebuah persatuan pelajar Islam adalah ekoran daripada Seminar Pelajar-Pelajar Islam se-Malaya yang diadakan pada 4 September 1960 bertempat di Universiti Malaya yang buat pertama kalinya dianjurka atas nama Islam. Perwakilannya terdiri dari pelajar-pelajar dari Malaya, Indonesia, Singapura, serta para jemputan dari Brunei, Sabah, Sarawak, Filipina dan Ceylon. Antara resolusi seminar tersebut ialah perlunya persatuan pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu mengadakan satu persatuan kebangsaan bagi menyatupadukan pelajar-pelajar Islam di Persekutuan Tanah Melayu.

Sejak ditubuhkan hinggalah ke saat ini, dasar pergerakan PKPIM tetap berlandaskan kepada Al-Amr bil Ma’ruf dan an-Nahyu a’nil Munkar, selaras dengan tujuan penciptaan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi.

Perjuangan PKPIM tidak terbatas pada golongan pelajar, tetapi lebih luas termasuk cuba mencari penyelesaiaan terhadap masalah Ummah dan kepentingan sejagat.. PKPIM turut menyuarakan keprihatinannya terhadap masalah-masalah isu antarabangsa seperti Palestine, umat Islam minority di Patani, isu Afghanistan, isu umat Islam Filipina dan sebagainya.
Antara sumbangan terpenting PKPIM ialah gagasan penubuhan Universiti Islam Antarabangsa yang pertama di negara ini yang diusahakan dalam Kongres Kemajuan Islam Semenanjung Malaysia yang dianjurkan oleh PKPIM pada tahun 1966.

Cita-cita PKPIM untuk melahirkan golongan pelajar yang memahami Islam sebagai cara hidup yang syumul dengan pendekatan berhikmah merangkumi di peringkat pelajar dan selepas zaman pelajar. Justeru itu bagi memastikan wujudnya kesinambungan perjuangan dan keperluan kepad satu pergerakan yang stabil dan bersigfat jangka panjang, maka Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada tahun 1971 dalam Muktamar PKPIM ke-10.
PKPIM akan terus berbakti sesuai dengan motonya “HIDUP BIAR BERJASA”.


HALUAN

HALUAN ialah sebuah pertubuhan kebajikan yang didaftarkan pada tahun 1988 di Selangor. Ia bermula dengan keahlian di negeri Selangor kemudian secara beransur berkembang ke cawangan-cawangan di serata semenanjung pada awal 1990.

HALUAN memberi tumpuan kepada kegiatan kebajikan untuk ahlinya dalam meningkatkan profesionalisme dan kerjasama dalam kepentingan sosial dan pembangunan manusia. Hasil dari komitmen ahli, HALUAN kini aktif memberi sumbangan kepada orang ramai dengan motto “Mendidik dan Berbakti.

Pada setiap tahun HALUAN mengadakan siri ceramah motivasi pelajar pada semua peringkat, bimbingan keluarga bahagia, pemeriksaan kesihatan dan rawatan percuma untuk penduduk di luar bandar, derma wang ringgit kepada golongan yang memerlukan dan pelbagai bentuk bantuan lagi.

Mulai tahun 2002 HALUAN telah memfokuskan peranannya dalam bidang kebajikan mayarakat bagi menjayakan hasrat Negara melahirkan masyarakat yang prihatin. HALUAN juga turut menumpukan aspek pembangunan pendidikan dan kecemerlangan ilmu dalam semua peringkat umur bagi melahirkan masyarakat yang bertamadun dan terbilang.

Antara objektif penubuhan HALUAN ialah:

  1. Membantu kerajaan dalam menangani masalah sosio-ekonomi terutama dalam aspek pembinaan keluarga bahagia, penyelesaian konflik keluarga dan remaja, saran keluarga tunggal, miskin dan anak yatim.
  2. Mengekalkan semangat dan sifat prihatin dalam masyarakat Malaysia untuk menyumbang kepada keharmonian dan kerukunan masyarakat.
  3. Menjadi bahan perantara penderma dan penerima derma.

ISMA

ISMA merujuk kepada Ikatan Muslimin Malaysia ditubuhkan pada tahun 1977. Ia merupakan Badan Bukan Kerajaan(NGO) yang berdaftar dan tidak bermotifkan keuntungan. ISMA berhasrat untuk memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masayrakat sama ada dari aspek kebajikan sosial , pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.

VISI ISMA ialah membangun kekuatan tamadun Islam di Malaysia berasaskan keadilan bersama. Misi ISMA ialah Membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi.

Objektif kepada penubuhan ISMA ialah

  • Memantapkan kefahaman ahli serta masyarakat bagi melahirkan pimpinan dimasa hadapan
  • Mengangkat kesedaran peri-pentingnya pembinaan keluarga
  • Membentuk remaja kearah membangunkan potensi intelektual dan spiritual
  • Membimbing pemuda menjadi individu muslim berketerampilan dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara
  • Menyedia,menerbit dan menyalurkan maklumat-maklumat yang melibatkan kepentingan ahli dan masyarkat melalui saluran media yang dibenarkan

Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) dahulunya dikenali dengan nama Ikatan Siswazah Muslim Malaysia dewasa ini bergerak aktif di ditengah-tengah masyarakat untuk mengurangkan gejala-gejala sosial dikalangan remaja dan dewasa. Program-program yang dilaksanakan menjurus kepada penghayatan kehidupan beragama dan pengamalannya didalam kehidupan seharian.

Konklusi untuk edisi yang pertama ini, bukankah kita dapat melihat bahawa gerakan-gerakan ini matlamatnya adalah sama, berjuang demi agama mengangkat martabat umat dan meninggikan kalimah Allah dimuka bumi ini. Tidak sepatutnya ada sebarang perpecahan dan merendah-rendahkan jamaah yang lain. Andai ada berlaku, kita bersangka baik bahawa itu kesilapan peribadi kerna kita menilai sesutu jamaah ialah pada dasar dan perlembagaannya, bukan pada sikap dan perangai ahlinya yang mungkin terlalu beremosi. Akhir kalam, bersama kita Membangun Bersama Islam!

to be continued...

Rujukan:

Laman RASMI JIM, PKPIM, HALUAN dan ISMA

Dale Carnegie

Friday, June 6, 2008

Susur Galur Khalifah Setelah Nabi SAW

Setelah kewafatan nabi saw pada tahun 11 Hijrah , maka umat Islam terlalu amat sedih. Saidina Umar sehinggakan berkata sesiapa yang berkata nabi saw telah mati maka pedang ini menjadi habuannya. Maka datang Saidina Abu bakar menenangkan suasana dengan kata-katanya barangsiapa yang menyembah Muhammad, ketahuilah bahawa baginda telah mati. Dan barangsiapa yang menyembah Allah swt, ketahuilah bahawa Allah itu kekal hidup dan tidak mati.

Setelah itu berlaku pemilihan khalifah Islam yang pertama sesudah baginda saw. Belumpun sempat jenazah baginda disemadikan para sahabat bersegera mencari siapakah yang layak menggantikan baginda saw sebagai khalifah. Hal ini dikernakan para sahabat faham benar aulawiyat tentang betapa pentingnya wujudnya seorang khalifah penerus kepimpinan nabi saw.

Setelah perbincangan dan musyarah bersama diantara muhajirin dan ansar, maka sepakat melantik saidina abu bakar sebagai khalifah ar-rasyidin yang pertama. Beliau memerintah selama 2 tahun bermula 11 H sehinggalah tahun 13 Hijrah. Saidina Abu Bakar wafat pada umurnya 63 tahun bersamaan dengan umur kewafatan nabi saw 63 tahun.

Legasi kepimpinan khilafah diteruskan dengan lantikan Saidina Umar al-khattab sebagai khalifah islam yang kedua. Pada zaman beliaulah tanah palestin i.e. baitul maqdis dapat ditawan dari tangan Rom. Tanpa pertumpahan walau setitis darah, umat Islam berjaya mengembalikan bumi ketiga suci islam ketangan umat Islam. Beliau menjadi khalifah selama 10 tahun 6 bulan 5 malam sebelum beliau mati ditikam ketika beliau sedang solat. Pembunuh beliau Abu Lu’lu’ah Fairuz al-Farisi al-majusi. Usia beliau ketika wafat ialah juga 63 tahun bersamaan dengan usia kewafatan nabi saw dan saidina abu bakar. Anas ra, bapa kepada imam malik pernah diriwayatkan berkata aku melihat 4 bahagian tampungan pada baju yang dipakainya sewaktu hidupnya dan tampungan itu beliau lakukan sendiri.

Abu Bakar wafat pada 13H diteruskan Umar al-khattab sehingga kewafatannya pada 23H dan Saidina Uthman dilantik sebagai khalifah bermula 23H sehinggalah peristiwa pembunuhannya pada tahun 35H. Pemerintahan beliau berjalan baik sehinggalah diakhir-akhir pemerintahan beliau didakwa oleh sesetengah orang yang tidak berpuas hati dengannya bahwa beliau banyak memberi keutamaan pada kaum kerabatnya. Beliau didesak meletak jawatan sehinggalah berlaku pemberontakan dimana rumah beliau dikepung dan beliau dibunuh pada umurnya 82 tahun bersamaan 35Hijrah.

Setelah kewafatan saidina Uthman affan, maka Ali ra dilantik menggantikan beliau. Ali bin abi Thalib memulakan tugas khalifah dengan tegang apabila lantikannya pada tahun 35Hijrah dan pada 36Hijrah berlaku perang Jamal-perang unta dikernakan Aisyah menaiki unta ke medan perang di al-kharibah- antara beliau dengan saidatina aisyah. Sebab berlakunya perang adalah khilaf ijtihad diantara Ali dan Aisyah. Aisyah menuntut Ali menyegerakan tindakan terhadap terhadap pembunuh saidina Uthman manakalaAli berpendapat keadaan negara yang masih tidak stabil lebih patut diutamakan.

Turut serta dalam perang ini ialah Talhah bin ubaidillah yang berpihak pada Saiditina Aisyah. Talhah merupakan salah seorang dari sepuluh sahabat yang dijanjikan syurga oleh baginda nabi dan beliau terbunuh dalam perang jamal ini. Lawannya Saidina Ali juga termasuk dalam kalangan Sepuluh yang dijanjikan syurga oleh nabi saw.Aisyah kalah dalam perang ini. Pada tahun berikutnya iaitu pada 37Hijrah, berlaku perang Siffin antara Ali dan Muawiyah bin Abi Sufyan. Ali sahabat yang dijanjikan syurga manakala Muawiayah ialah jurutulis whyu baginda nabi saw, menyertai nabi saw dalam perang Hunain malah nabi memberikan ghanimah sebanyak 100 ekor unta kepada beliau. Perang ini berakhir dengan majlis tahkim yang menjadi asas kepada penubuhan puak syiah-yang menyokong Ali- dan khawarij-yang tak bersetuju dengan Ali. Ali kekal sebgai khalifah sehinggalah peristiwa pembunuhan beliau pada tahun 40Hijrah. Bermakna tempoh menjawat khalifah dari 35H – 40H dan berakhirnya legasi beliau apabila dibunuh oleh Ibn Muljam dari kawanan khawarij.

Setelah kewafatan Ali, beliau digantikan oleh Saidina Hasan, anak kepada pasangan Ali dan Fatimah r.a. Hasan ialah abang kepada Saidina Husin. Beliau juga digelar dengan panggilan Penghulu Para Remaja ahli syurga dan bentuk lahiriah beliau iras menyerupai datuk beliau, baginda nabi saw. Beliau hanya memegang jawatan khilafah selama 7 bulan sebelum menyerahkannya secara rasmi kepada muawiyah bin abi sufyan pada tahun 41Hijrah bagi mengelakkan pertumpahan darah dan perpecahan lebih teruk dikalangan umat Islam.

Saidina Husin, adik kepada saidina Hasan menentang tindakan abangnya berhubung penyerahan jawatan tersebut. Lantaran itu beliau menentang pemerintahan Yazid bin Muawiyah dan beliau wafat dibunuh oleh tentera Yazid di Karbala pada 61Hijrah. Saidatina Aisyah wafat pada 57Hijrah.

Sebagai penutup, penulis meletakkan 10 nama sahabat-sahabat yang dijamin syurga oleh baginda nabi saw. 4 khalifah ar-rasyidin (Abu bakar,umar,uthman,ali), talhah bin ubaidillah, sa’id bin zaid (suami kepada Fatimah bt al-khattab), saad bin abi waqas, zubair ibn awwam,abdul rahman bin auf, dan abu ubaidah al-jarrah.
Harapan penulis, moga kita mampu luangkan sedikit masa kita membaca,menganalisis dan menghafal susur galur perjalanan nabi dan para sahabat. Buat pedoman dan iktibat. Fa’tabiru ya ulil albab. Wallahua’lam.

Sunday, April 27, 2008

Revised Edition: Rumusan Fakta Asas Gerakan Islam Sedunia

MEngimbau kejatuhan khilafah islam pada 3 mac 1924, umat ISlam mula dipecah-pecah oleh pihak kolonial menjadi kelompok-kelompok kecil yang dinamainya dengan negara. Negara-negara ini pula kemudiannya diserapkan dengan semangat nasionalisme cintakan Negara masing-masing ditambah dengan pengenalan sistem demokrasi yang menjadi lanjutan kepada pemecahan umat islam kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil.


Ikhwanul MUslimin

PAda tahun 1928 muncul gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir sebagai pengasas kepada gerakan Islam yang cuba menyatukan kembali umat ISlam dibawah satu naungan dan kearah mengembalikan khilafah yang hilang.

PEngasasnya Imam HAssan al-Banna mengibarkan panji ISlam yang syumul dengan kewujudan setengah juta PENDOKONG dan keanggotaannya mencecah jutaan manusia beriman dizaman puncak kegemilangannya.

Syahid pada 12 Februari 1949 pada usianya 43 tahun(1906-1949), panji disambut pantas oleh mursyidul am Ikhwan yang kedua Syeikh Hassan Hudhaibi lalu disambung oleh Umar at-Tilmisani yang akhirnya turut menerima kesudahannya merengkok dalam penjara tentera dalam tempoh yang panjang.

PErjuangan IKhwan diterajui seterusnya oleh MUhammad Hameed Abul NAsr selaku MUrsyidul Am k-4 yang kemudiannya dilanjutkan oleh Syeikh MUstafa MAsyhur(ke-5) dan sekarang ini MUrsyidul Amnya terpikul dibahu Ust Mehdi Aqif(ke-6).


PERKEMBANGAN

1938- Zaman kegemilangan dimana dakwah Ikhwan Muslimin diterima baik oleh jutaan manusia

1949- Imam Hassan al-BAnna dibunuh syahid, ribuan pendokongnya digiring kepenjara ISA tanpa budi bicara. SEbab pembunuhan beliau adalah krisis PAlestin, konspirasi Barat dan kebimbangan kerajaan pemerintah terhadap pengaruh IKhwan yang semakin meluas.

1950- Ikhwan dibenarkan bergerak atas nama pertubuhan agama sahaja, yang kemudiannya diharamkan atas ‘dosa’nya menuntut pelaksanaan undang-undang syariah di MEsir

1954- 23 0ktober menyaksikan cubaan bunuh keatas Presiden GAmal Abdul Nasser, ‘Hari-HAri DAlam HIdupku’ Zainab GHazali bermula dengan IKhwan Muslimin difitnah sebagai dalang kepada kejadian. Bermula episod tragis dalam sejarah IKhwan. Ribuan pendokong IKhwan dipenjara tanpa bicara dan diseksa dengan pelbagai cara.

1966- 29 Ogos Syed Qutb dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas alas an “merancang pembunuhan Jamal Abdul Nasser”.

1970- Anwar Sadat dilantik sebagai Presiden MEsir. BEliau yang juga merupakan bekas anggota Usrah IKhwan MUslimin pernah berjanji untuk melaksanakan Syariat Islam dan membebaskan ahli-ahli IKhwan yang dipenjara. JAnji tinggal janji bahkan beliau memeterai Perjanjian Camp David-mengiktiraf Negara haram Israel- walaupun dibantah hebat oleh ulama’-ulama’ seperti Syeikh Umar Abdul RAhman dan Syeikh Abdul Hamid Kisk.

1981- September Mass crackdown. 2000 anggota IKhwan termasuk mursyidul am Ustaz Omar Tilmisani ditangkap secara pukal.

1981- Oktober. Insiden menggemparkan dunia. Tuan Presiden, Anwar Sadat ditembak mati oleh tentera-Leftenan Khalid ISlambouli- yang bersimpati dengan nasib Ikhwan Muslimin.

POLITIK

TAhap baru dalm perjuangan IKhwan. Ruang demokrasi dimanfaatkan dengan anggota IKhwan MUslimin menyertai pilihanraya atas stand calon bebas dan slogan mereka yang terkenal ‘Islam Adalah PEnyelesaian’ bertarikh 8 Disember 2005.

Tsunami Kecil. Dunia terkejutkan dari lena melihatkan kemenangan 88 kerusi PArlimen MEsir dibawah tangan IKhwan Muslimin. Parti pemerintah dibawah Presiden Hosni Mubarak, National Democratic Party (NDP) mula menggelabah.

Selaras, 1000 pendokong Ikhwan ditangkap tanpa bicara selepas pilihanraya. Ruang demokrasi rupanya dipergunakan pihak pemerintah untuk mengenalpasti pendokong IKhwan dikalangan golongan kelas menengah dan elit yang masih aktif.

TOKOH

Antara tokoh yang lahir dari perjuangan IKhwan dan seterusnya memperjuangkan fikrah perjuangannya ialah as-Syahid Syed Qutb, Sheikh Sayyid Sabik, Syeikh Abdul Qadir Audah, HAmeedah Qutb, As-Syaheed Abdullah Azzam, Sa'id HAwwa,Dr. FAthi Yakan, Dr Yusof Qardhawi, Syeikh Ahmad YAssin, Syeikh Abdul Hadi Awang, Dr Abdul KArim Zaidan dan banyak lagi.


JAmiat ISlami

Pada 26 ogos tahun 1941 muncul pula JAmiat ISlami berpengkalan di Lahore, PAkistan mewakili benua INdo-Pakistan meneruskan misi suci melaksanakan tuntutan Quran dan Sunnah secara syumuliah ke seluruh pelusuk bumi dan memastikan syariat Allah tertegak dimuka bumi ini.

DIasaskan oleh Abul A'la al-MAududi dengan taklifan amir dari tahun 1941 hingga 1972 lalu berpindah kepimpinan kepada Mian Tufail Mohammed 1972 hingga 1987 dan terakhir amirnya ditaklifkan kepada Qazi Hussein Ahmad pada tahun 1987 sehingga kini.
SAyap muslimatnya digelar Halqah-e Khawatim yang fungsinya menjaga dan memperkasakan kebajikan muslimat disamping menyebarkan idea-idea ISlam sebagai cara hidup.

SOSIAL

JI telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada ISlam di PAkistan. JI mempunyai rangkaian pandidikan daripada pra-sekolah sehinggalah Universiti dan KOlej. Contohnya, di Punjab sahaja JI mempunyai 500 buah sekolah, belum dikira dari sudut rangkaian klinik ISlam, Hospital ISlam, Pusat-pusat KHidmat Sosial,perpustakaan dan maahad tahfiznya.

POLITIK

Dari sudut poltiknya JI tidak kalah dengan parti pimpinan PErvez MUsharaf. PAkatan enam buah parti politik Islam dinamakan MUttahida MAjlis e-Amal (MMA) dengan dipimpin dan diketuai amir JI Qazi Hussin Ahmad berhasil menjadi antara seteru dominan politik regim PErvez dan MMA optimis akan mengambil alih PAkistan dalam masa 20 tahun dari sekarang.

PAKSI PEMBINAAN HARAKAH

ANtara hal atau perkara yang paling saya terkesan ialah Maulana Maududi telah meletakkan tiga paksi asas yang menjadi teras dalam pembinaan harakahnya.

1. Pendukung hendaklah terdiri daripada mereka yang kuat imannya, jelas pendiriannya serta jelas sirahnya. KUaliti adalah lebih penting dari kuantiti.

2. PEraturan harakah hendaklah kukuh dan kuat. Anggota mestilah beriltizam dan menjauhkan diri dari dosa, menghalalkan yang halaldan mengharamkan yang haram. Tanpa ILTIZAM tidak ada tempat mereka dalam harakah.

3. HArakah mestilah mengandungi 2 unsur dalam satu masa, mereka yang berpendidikan agama dan moden. Mereka ini hendaklah bekerjasama dan bersatu didalam menggerakkan harakah menuju sistem islam yang syumul.

Lalu bandingkan lah diri kita pada hari ini ayyuhal ikhwah..

JAmiat ISlami yang berpengkalan di PAkistan akhirnya telah berkembang kenegara-negara lain di sub continent seperti JAmiat ISlami BAngladesh, JI Sri LAngka, JI INdia, dan JI Afghanistan.


Haraqatul Muqawwatil ISlamiyyah(HAMAS)

HAMAS : Haraqatul MUqawwamatil ISlamiah(PErgerakan Kebangkitan ISlam), diasaskan pada DIsember 1987 oleh Syeikh AHmad YAsin bersama beberapa orang tokoh masyarakat dari kalangan pendokong-pendokong IKhwanul MUslimin di GAza. PErtubuhan ini secara langsung membawa fikrah IKhwanul Muslimin dan menyeru rakyat PAlestin berjuang atas dasar ISlam menentang penjajahan YAhudi di PAlestin.

Ideologi perjuangan HAMAS yang diisytiharkan secara rasmi dalam perlembagaanya pada 18 Ogos 1988 menyebutkan dasar dan manhaj HAMAS adalah ISlam yang lengkap. JIhad menentang kezaliman YAhudi adalah fardhu ain keatas setiap umat islam lelaki dan perempuan. DAlam hal ini, wanita yang keluar berjihad tanpa izin suaminya adalah tidak berdosa.

HAMAS juga menolak usaha melengah-lengahkan kemenangan seperti perjanjian damai, persidangan-persidangan dan sebagainya. HAnya jihad sahaja jalan penyelesaian bagi isu palestin. MEreka juga menerima PLO (Pertubuhan PEmbebasan Palestin) yang dipimpin YAsir Arafat sebagai 'sahabat' tetapi menolak fahaman sekular gerakan itu.

INTIFADHAH PERTAMA

INtifadhah pertama bermula seawal tahun 1935 dibawah pimpinan seorang ulama' serta pejuang yang namanya diabadikan sehingga kini, Syeikh Izzudin al-Qassam.
Puncanya dalam tiga kata kunci.
(1) KEmasukan pendatang YAhudi beramai-ramai (4075 orang-tahun 1931, 9553 orang-tahun 1932, 30327 orang-tahun 1933,42359 orang-tahun 1934 dan 61854 orang-tahun 1935).

(2) Keganasan IRGUN ZVAI LEUMI (NAtional Military Organization) iaiutu unit bersenjata YAhudi yang melancarkan kempen keganasan keatas umat ISlam dengan salah seorang anggotanya yang terkenal Menachem BEgin yang kemudiannya dilantik menjadi PErdana Menteri Israel.

(3)KEtiga, Israel didapati menerima perbekalan senjata dari Belgium melalui PElabuhan JAffa.
Syeikh IZzudin mendapat gelaran syahidnya pada penghujung tahun 1935 dan kesyahidannya mencetuskan pemberontakan besar-besaran (the great revolt) yang berlangsung dari 1936-1939.
"WAhai sahabat dan syuhada'! AKu telah mendengar seruanmu dari pentas bersandarkan pedang! HAri ini, demi Allah, seruanmu jauh lebih lantang dari semasa hayatmu!)

INTIFADHAH KEDUA

Intifadhah kedua bermula dengan tertubuhnya HAMAS pada tahun 1987. DAn mulai tahun 1994 HAMAS telah memulakan serangan berani mati terhadap ISrael. FEnomena jihad syahid ini menimbulkan trauma yang amat pada bangsa YAhudi. KEbangkitan kedua Palestin selama 4 tahun setengah ini menyaksikan 3500 rakyat Palestin terbunuh dan 1000 penduduk ISrael terkorban. TAkbir!

Punca kebangkitan atau INtifadhah KEdua ini pada beberapa isu besar yang menimbulkan kemarahan umat ISlam sedunia. PErtamanya kematian MUhammad al-Durrah dipangkuan ayahnya setelah ditembak mati oleh askar yahudi. PEristiwa ini mendapat liputan meluas media dunia kerana detik pembunuhan ini dirakam dan dunia menyaksikan kekejaman ini.
KEs yang kedua apabila lori besar milik Yahudi sengaja melanggar 2 buah lori kecil milik umat ISlam menyebabkan 4 orang terbunuh dan 9 yang lain cedera.

SYUHADA

SYeikh Ahmad YAsin, Pengerusi merangkap pengasas HAMAS ditembak syahid pada 22 Mac 2004 dengan apache lalu digantikan dengan abdul aziz rantisi dan selang beberapa hari sahaja rantisi dikurniakan gelaran syahid apabila keretanya dipasang bom dan meletup berdekatan kediamannya.

PAda saat ini, kepimpinan HAMAS dipecahkan kepada beberapa tokoh penting bagi mengelakkan insiden sama berulang. Khaled MAshaal memimpin Biro Politik HAMAS, DR MAhmoud ZAhar antara pengasas HAMAS yang juga merupakan doktor peribadi kepada Syeikh Ahmad YAsin yang terbunuh di Ghazzah. Yang lain ialah Ismail HAniyeh selaku calon utama HAMAS dalam pilihanraya PALestin dan Dr Musa Abu Marzuq yang menjadi penghubung dengan gerakan Islam antarabangsa yang lain.

POLITIK

PAda Disember 2004, HAMAS nekad menyertai pilihanraya perbandaran atas nama PArti Politik sebagai mengambil peluang atau dalam erti kata lain ‘memperalatkan’ ruang demokrasi yang sedia wujud di PAlestin untuk kepentingan yang lebih besar iaitu menjaga kebajikan umat Islam secara keseluruhannya.
PEndekatan ini mengejutkan dunia dan seisinya kerna HAMAS sebelum ini dilabelkan oleh Amerika Syarikat dengan gelaran sebuah gerakan militant bersenjata yang dimomokkan suka pada keganasan.

Dengan strategi menempatkan calon diuniversiti-universiti tempatan dan slogan anti-rasuah, disamping manifesto politiknya kearah kerajaan yang bersih dimana menggalakkan rakyat mengamalkan ajaran Islam, menjauhi arak, wanita menutup aurat menjadikan HAMAS cukup popular dikalangan masyarakat kampus dan kelas menengah.

MEnjelang pilihanraya umum JAnuari 2006, dunia dikejutkan dengan kemenangan HAMAS keatas parti pemerintah sebelumnya, FATAH dengan menyaksikan 76 kerusi parlimen dikuasi HAMAS dari 132 kerusi parlimen keseluruhannya. FATAH memperoleh 43 kerusi dan 13 kerusi lagi oleh parti-parti serpihan lain.

HAMAS pada hari ini dan selamanya bergelut dengan krisis sebagaimana mafhum sabdaan nabi, PAlestin sebagai bumi jihad dan ia akan berterusan hingga ke kiamat. Dan adakah selamanya juga kita akan terus hanya mendoakan keselamatan mereka dikejauhan ini?? MAsa akan menentukan.



Rujukan:
1.Sejarah & PErkembangan Gerakan ISlam ABad MOden, Ridhuan M Nor(2007)
2.Al-Aqsa DAlam BAhaya, MAszlee Malik(2006)
3.ISrael KEnapa Dunia Tidak Boleh Mengiktirafnya, HAfidzi M Nor(2006)
4.Al-Imam Al-Banna MEmperingati KEsyahidannya, MUstafa MAsyhur(1997)

Wednesday, June 13, 2007

Edisi Siasat KesJenayah Malaysia




Jenayah dimalaysia semakin menjadi-jadi..ikuti analisis khas dr tahun 2000 hingga tahun 2007 mengenai perkembangan jenayah yang berlaku diseluruh Malaysia..sumber adalah jelas,nyata,tepat dan tidak diragui..dari laman web polis diraja Malaysia sendiri.. http://www.rmp.gov.my/
Kita mulakan dengan kes rogol
Tahun 2000-----1210
Tahun 2001-----1354
Tahun 2002-----1418
Tahun 2003-----1471
Tahun 2004-----1718
Tahun 2005-----1887
Tahun 2006-----2435
Tahun 2007-----nantikan hujung tahun ini

Hm..knaikan bilangan “kes yang dilaporkan” adalah sekata..iaitu menaik setiap tahun..kalau pada tahun 2000,saya kira masih ‘selamat’ lg dengan keadaan bilangan muslimah kita yang dirogol sebanyak 3.3 org sehari..
Tetapi..sehingga tahun 2006,bilangannya meningkat sehingga 7 org dalam sehari..bermakna..dalam masa 3 jam akan ada seorang yang dirogol di Malaysia ni..
Hati-hati sahabat-sahabiahku..analisis ini belum mengambilkira kes yang tidak dilaporkan dan kes cabul kehormatan..bilangan kes untuk cabul kehormatan sahaja bg tahun 2006 ialah 2023..sama ramai dengan mangsa rogol..fuh…kalau setahun 2000 orang,menjelang 2020, kita ada lebih kurang 40,000 mangsa rogol (tak termasuk anaknya)..bagaimanalah agaknya masa depan mereka..

Kita teruskan pula analisis ini dengan kes bunuh..
Tahun 2000-----551
Tahun 2001-----608
Tahun 2002-----516
Tahun 2003-----565
Tahun 2004-----565
Tahun 2005-----497
Tahun 2006-----604
Tahun 2007-----nantikan hujung tahun ini

Bagi kes manusia dibunuh,kalau zaman nabi dulu dihukum qisas..sekarang mgkin penjara beberapa tahun atau qisas ditali gantung..pada tahun 2000,seramai 1.5 org mati di bunuh dalam sehari..bermakna dalam 2 hari ada 3 orang mati dibunuh..menjelang tahun 2006, bilangannya meningkat sekitar 1.7 org dalam sehari..dekat-dekat 2 orang dalam sehari..maknanya..taklah serius sangat kan??

Dilaporkan dalam akhbar,di Malaysia,bilangan mereka yang bunuh diri adalah seramai 7 orang dalam sehari..hm..pelik bin ajaib nih..negara yang penuh dengan kemewahan,aman damai dan penuh kesenangan pun masih ada yang tertekan dan tak tenteram hidupnya..kenapa ya…

Kita beralih pada kes yang paling biasa bg rakyat Malaysia..ada di mana-mana..kes curi..plus samun,ragut,pecah rumah,rompak dan adik beradiknya yang lain…
Tahun 2000-----145569
Tahun 2001-----136079
Tahun 2002-----128199
Tahun 2003-----133525
Tahun 2004-----134596
Tahun 2005-----135326
Tahun 2006-----156279
Tahun 2007-----nantikan hujung tahun ini

dianggarkan kes curi-rompak-pecah rumah-samun,ini 399 kes dalam sehari..bersamaan juga 17 kes dalam masa sejam..bersamaan juga satu kes dilaporrkan setiap 3 minit..ni ialah kes yang dilaporkan..bermaksud,kalau setakat hilang barang murah-murah,orang tak lapor pada polis..pertambahan pada tahun 2006 menjadikan 428 kes dalam sehari..bersamaan juga 18 kes dalam masa sejam..
Ni kalau zaman nabi,banyak la yang kena hukum potong tangan ni..tapi tuan-tuan..zaman nabi tak banyak pun kes sahabat-sahabat yang dipotong tangan..kenapa ya??
Haa..itulah keberkatan kita menjalankan hukum tuhan..Kita jaga hak-hak Allah,Allah pasti akan menjaga kita..

Sahabat-sahabat,kita berasa sangat sedih pabila mendengar rakyat iraq, Afghanistan dan Negara-negara islam yang lain yang dilanda peperangan, gadis-gadis mereka diperkosa sewenang-wenangnya oleh penjajah.. kita marah pabila orang islam di palestin dibunuh hampir setiap hari..tapi.. negara kita yang “aman damai” ini pun berlaku perkara yang sama..orang islam bunuh yang islam.. yang islam juga rogol yang islam.. tu belum kira bilangan mereka yang mati terbunuh akibat HIV aids dan rempit jalanan.. dianggarkan kematian akibat kes tersebut bagi negara kita hamper menyamai para syuhada’ yang mati di palestin saban tahun..kematian dijalan raya bg tahun berakhir 2002 ialah 5891..bg tahun 2006 ialah sebanyak 6287 orang mati setahun..jalan raya bukan main canggih..yg mati pun makin ramai..
punca: tiada keberkatan dan penjagaan dari tuhan…

Hmm..tak tahulah..utk kes jenayah, bermacam peraturan dah dibuat..letak cctv,polis peronda,rakan cop,sukarelawan dll..tapi statistic kes jenayah terus meninggi..menaik..APA KEJADAHNYA HAL INI TUAN-TUAN!!.sampai bila kita harus hidup dalam ketakutan dan kebimbangan..adakah kita akan menunggu sehingga kakak kita,atau adik kita yang dirogol..ataupun ibu bapa kita dibunuh dgn kejamm..barulah kita akan tersedar dan bertindak..

Apa tindakan kita??
Kita perlu merobah suasana ini..peraturan fizikal takkan mampu mengubah perilaku manusia..takkan mampu menakutkan insan ini dari berbuat durjana..hanya rasa takut pada Allah,rasa beragama,percaya pada syurga neraka sahajalah yang akan menyebabkan manusia takut untuk berbuat dosa..takut akan kemurkaanNya..
Hal inilah yang perlu kita terapkan dalam keluarga,sahabat-sahabat,dan masyarakat kita..usaha!!..jangan berdiam diri..intima’kan dirimu dalam jemaah islam..join lah mana-mana pertubuhan yang memperjuangkan islam..bergerak bersama memartabatkan ummat islam!! Kita cintakan Islam..kita bekerja untuk islam..Islam Pasti Kembali Gemilang….