SALAM

Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts
Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts

Tuesday, December 23, 2008

Oil-Price Surgery..hu

Sebelum tgk peta bwh ni, rujuk berapa harga minyak semasa hari ni.. Ada gadget kat atas tepi sekali..Di bawah ialah salasilah cerita harga minyak yg bagiku sgt menarik..disebalik harga minyak ini, ada seribu satu rahsia dan cerita yg tidak dapat diungkapkan dgn kata..


Graf trend harga minyak dunia dan perkaitan dengan peristiwa2 yg berlaku. Perang Arab-Israel pada tahun 1973 menyebabkan negara2 pengeluar minyak OPEC-yg kebanyakannya negara arab- menghentikan pengeluaran menyebabkan harga minyak dunia naik sehingga 400%. Ia merupakan kes pertama MINYAK dijadikan political weapon untuk menekan US yg seterusnya memujuk Israel mengundurkan tenteranya dari negara2 Arab.

Revolusi Iran yg menjatuhkan Shah Iran, peristiwa bersejarah yg menaikkan nama Khomeini selaku pimpinan hebat yg dibuang negara, tetapi dgn ucapannya dari luar didengari dicorong2 radio menyebabkan rakyat Iran bangkit menjatuhkan rejim Shah Iran. Pengeluaran minyak di Iran hampir2 terhenti disebabkan krisis dan pemberontakan di Iran menyebabkan harga minyak dunia terus naik.

Mengambil peluang dari kesan revolusi Iran, Iraq menyerang Iran sebagai menyelesaikan krisis dalaman 2 negara jiran ini. Bermula dari september 1980 sehingga August 1988, isu borders shiah-sunni dan beberapa isu lain perang Iran-Iraq menyebabkan hampir setengah juta tentera dan org awam Iran dan Iraq mati!! Iraq sebenarnya cuba mengambil peluang atas kondisi Iran yg masih lemah setelah revolusi Iran, tetapi hanya beberapa bulan sahaja tentera Iraq berjaya diusir dan 6 tahun berikutnya Iran menyerang Iraq.Iraq --kelu defensif..Saya paparkan sokongan dan bantuan beberapa negara yg turut melibatkan diri dalam perang iran-iraq :


Antar yg memberi bantuan dan sokongan ialah US, kedua2 negara diberi bantuan, Israel menyokong Iran, Singapura menyatakan sokongan kpd Iraq dll..yg menjadi mgsa dan hina dan bodoh ialah kita..mereka golongan kuffar bertepuk gembira melihat org Islam bergaduh berbunuh-bunuhan sesama sendiri..

Fasa oil-price crash. Selepas kenaikan harga berganda kesan dari perang Iran-Iraq, dunia mula mengurangkan penggunaan minyak dan mula mencari sumber tenaga alternatif. Harga minyak dunia jatuh merudum mencecah $10 per barrel.

Perang Teluk berlaku. Iraq invade Kuwait bagi mengambilalih negara pengeluar minyak ketiga terbesar dunia itu. Tempohnya bermula 2 August 1990- 28 February 1991, berakhir dengan kematian lebih 200,000 tentera Iraq...

to be continued.....da zohor...

Wednesday, October 22, 2008

Update News

Aku petik kata Tun Mahathir

"Saya hairan kenapa semasa saya masih ahli UMNO setelah letak jawatan sebagai Presiden UMNO saya juga tidak dibenar berjumpa ahli UMNO dan pemimpinnya dari peringkat bahagian sehingga peringkat Majlis Tertinggi. Ahli UMNO juga dilarang daripada menjemput saya untuk berucap dalam majlis UMNO atau menghadiri apa-apa majlis di mana saya akan berucap. Saya juga tidak dibenar berucap di Universiti. Jemputan kepada saya ditarik balik atas arahan orang tertentu dalam Kerajaan dan parti."

Dalam Malaysiakini pula (mcm berita harian la..) :

"Kebebasan media di Malaysia jatuh merudum di mata antarabangsa apabila kedudukannya dalam Indeks Kebebasan Akhbar merosot lagi lapan anak tangga.

Daripada 173 negara yang ditinjau, Malaysia berada di tangga ke 132 berbanding 124 pada tahun lepas, demikian menurut organisasi pemantau kebebasan media, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpangkalan di Paris hari ini.

Kedudukan baru ini meletakkan Malaysia lebih teruk berbanding tahap kebebasan di beberapa negara Afrika seperti Nigeria (di tangga 131) dan Cameroon (129) dan hanya baik sedikit berbanding Chad (133), Sudan (135) dan Bangladesh (136)."

Kata Anwar Ibrahim :

"Semalam kerajaan sekali lagi bertindak terburu-buru dengan membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Pengumuman Menteri Kewangan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan meminjamkan sejumlah RM 5 Billion kepada Valuecap Sdn. Bhd. untuk menyokong pasaran saham tempatan menampakkan ketidakcekapan di dalam mengurus ekonomi negara."

Apa yang berlaku diperingkat kampus pula:

"Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) mendakwa barisan pemimpin dan ahlinya seolah-olah menjadi mangsa penyingkiran sistematik universiti itu dari kolej kediaman. Presidennya Mohd Safwan Ab Ghani berkata, sejak tiga tahun lepas, mereka "dibuang kolej beramai-ramai tanpa sebab yang munasabah bahkan sampai ada yang dipermainkan dengan begitu hina oleh pihak pengurusan kolej."

Ini ialah senario yang berlaku dalam negara kita sekarang..sedih juga bila mengenang nasib yang menimpa Tun Mahathir. Aku biasanya 3-5 kali dalam seminggu menjenguh ke blog beliau chedet.com untuk melihat apa respon dan kritikan terbaru dari beliau. Kebanyakan darinya memperlihatkan suara hati beliau yang tidak lagi dalam kepimpinan UMNO dan negara.

Kenapa boleh jadi begini? Anwar suatu ketika dahulu pernah dihina dan dituduh dengan pelbagai kesalahan jijik lain tetapi sekarang beliau menjadi 'harapan baru rakyat Malaysia'..

Jawapan untuk semua ini ialah ala innal izzata Lillahi jami'a..kemulian dan kehinaan itu keduanya dari Allah. Walaupun seluruh dunia berkumpul untuk menghinakan kamu tetapi allah mahu muliakan kamu maka kamu tetap akan menjadi mulia..sebagaimana nabi SAW, seluruh kaum Quraisy bersatu menghinakan beliau tetapi Allah mahu memuliakan beliau maka akhirnya beliau menjadi manusia termulia disegani bahkan oleh kaum Quraisy selepasnya..

Asas kepada kemuliaan atau kehinaan ialah hubungan kita dengan Allah swt..kenapa tidak kita mengambil pengajaran dari peristiwa yang berlaku?

Saturday, September 6, 2008

Isu Malaysia Isu Bersama

Perhatian mahasiswa pada isu racist yang amat sensitif ini perlu di constantkan. Tun Mahathir dalam artikel barunya juga ada menyentuh isu ini dan natijahnya beliau ditohmah dan dilabel sebagai racist. Dalam artikel yang terdahulu, he also said 'a few' things that he had done up untill now to recover Malaysia's political condition, eg:
  • I had openly blamed Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi and asked him to step down
  • I had criticised his decision on the bridge
  • I have openly accused him of corruption
  • I have told UMNO leaders and members that they are destroying UMNO etc etce
  • I have resigned from UMNO
  • I have spoken about the corruption and the fate awaiting the Malays
  • I have started my blog and you know what I said on the blog.
  • For all these, all I got from UMNO leaders were condemnation and abuse. You know what Nazri Aziz said

Anwar Ibrahim pula nampaknya terus masyghul dengan penubuhan Malaysia baru menjelang 16 September. Dalam masa yang sama cuba melebarluas sokongan antarabangsa ke Indonesia dengan majlis silaturrahim bersama Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia yang diadakan di Menara Bank Mega, Jakarta Selatan.

Antara benar atau tidak, sebaris kata pimpinan datang bersamanya beban untuk membuktikannya. Adakah dengan timbulnya isu gesaan dari pimpinan GERAKAN dan MCA untuk mengkaji semula kedudukan mereka dalam BN akan membawa mereka pada parti opposisi PR?

Dalam kekalutan menjelang 16 September, antara strategi singkat BN untuk menghalang dari ia menjadi kenyataan dengan seberapa segera membaca akta DNA di Parlimen. Sehinggakan Akta AUKu yang sepatutnya dibacakan dahulu ditangguhkan. BNBBC pula merancang mengadakakan lawatan ahli-ahli parlimen BN ke Australia menjelang 16 Sep.

As conclusion, our politics become more complicated day by day. In ten years all these stories will be in our children history's text book. Then only come the 'new generation' to build and create a new story with more exciting and universal agenda, and who is the 'new generation'...us.

Friday, August 22, 2008

21 Ogos: Remembrance of Al-Quds

"Hidup ini memang meletihkan kerna begitulah sifat ia diciptakan" kata2 dari ulama besar ini (imam syafie if im not mistaken) begitu menyentuh hatiku. Apalah maknanya kehidupan yang singkat ni..belajar nak jadi medical doktor ni bukan senang. Di Kuantan ni jam 10.30 mlm kafe da bersiap2 nak tutup. Jalan raya dah mula lengang. Suasana memng senyap sebab budak2 ni gila stadi. Stadi bagai nak gila. Apa nak jadi ngan korg nih?(termasuk lah aku wpun asyik stado ja) hati kecilku berkata..

Semalam hari al-Quds sedunia. 21 Ogos dan dunia menyambutnya dengan linangan air mata..korang tahu x? ke tahu stadi je.. 21 ogos 1969 Dennis Michael Rohan pg bakar masjidil aqsa. Tiada hukuman dikenakan..mimbar salahuddin al-ayubi berkhutbah turut terbakar. apa maknanya Palestin kepada mereka yang mengaku muslim??

Ingatkah kita pada syeikh Izzudin al-Qassam..1935 tarikh keramat intiadhah pertama..tahun kesyahidan beliau akan terus dikenang menjadi bahan tangis pembakar semangat mereka yang faham isu Aqsa..Ingatkan kita pada syeikh ahmad yasin..semua anggota badannya dirosakkan ISRAEL laknatullah, yang tinggal hanya SUARA sahaja..tetapi dengan suara itu pun mampu menakutkan yahudi dan akhirnya mereka 'mengambil' suara itu dengan apache..

Ingatkah kita pada mohammmad ad-durroh..antara pencetus intifadhah kedua palestin..kematiannya di ribaan bapanya mendapat perhatian dunia dan seisi dunia menangisi kesyahidannya dengan cucuran air mata disertai laungan takbir yang membuahkan semangat jihad.

Ini realiti dunia yang tidak ada dalam SNELL mahupun LIPPINCOTT..kita mampu menghabiskan masa menghafal dan membincangkan gluteus maximus, extensor carpi radialis longus, entensor indicis etc xkan kita xmampu mneghafal sejarah umat kita..1917 apa yang terjadi?? 1924 ? 1898 wajib tahu..urusan keduniaan kita telah melalaikan saya dan semua kita dari memperingati dan muhasabah kembali nasib ummah kita..ayuh bangun perjuangkan agama sebelum tiba saat kita ditanya dalam kubur..siapa saudara kamu?? mulut kita terkunci, hanya amalan menjadi bukti bahawa kita sebenarnya concern dengan sahabat2 seiman dan seislam dengan kita dan palestin..tika barulah kita dapat menjawab saudaraku adalah muslimin dan muslimat saudara seislam..

Wednesday, July 30, 2008

Muqabalah dan 'Lethargic Syndrome' ahli Gerakan

Dua isu yang saya bangkitkan pada kali ini adalah berkenaan muqabalah PAS-UMNO dan respon pada 'lethargic syndrom' dikalangan mahasiswa khususnya ahli gerakan.

Meneyentuh soal muqabalah dua parti besar Malaysia ini, sebagai mahasiswa pendirian kita ialah menyokong cadangan ini atas alasan perbincangan bukan bermakna penggabungan. Meskipun ramai yang mungkin akan sangsi akan kesetiaan PAS bersama Pakatan, saya tegaskan bahawa andai kita meneliti DASAR dan Perjuangan PAS sudah cukup untuk membuktikan bahawa penggabungan kedua-dua parti ini adalah mustahil.

Alasannya ialah, UMNO ditubuhkan atas dasar kebangsaan dan memperjuangkan hak Melayu, manakala PAS samakali tidak akan selama hayatnya menyokong sebarang perjuangan yang didasari SELAIN dari ISLAM. Perbezaan besar dari sudut basis dan tapak asas ini menjadi penghalang utama kepada penggabunagn kedua parti dominan negara ini.

Sementelah itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekali lagi mencadangkan usul agak 'extraterrestrial'..MANSUHKAN KEDUA PARTI, TUBUHKAN PARTI BARU.. Bagi mereka yang dangkal pemikirannya senang mereka mengatakan bahawa PAS punya hasrat untuk bergabubg dengan UMNO. Melihat pada sisi yang lain, sebenarnya statement diatas masih tidak TIDAK LENGKAP..Tuan Guru Nik Aziz mengatakan penubuhan parti baru perlulah dibina dan diasaskan atas DASAR ISLAM!

Alasannya ialah bagi menyelamatkan ahli UMNO dari terus memperjuangkan semangat kebangsaan yang samasekali tidak diiktiraf dalam ISLAM. Perubahan pada DASAR inilah yang akan menyebabkan halatuju dan gerak kerja UMNO ISLAM ini berobah dan sekaligus menghilangkan identiti UMNO sekular yang lama. Segala gerak kerja atas dasar agama ini kan digelar ibadah dan memperjuagkannya beroleh pahala dan redha dari Allah.

Berbalik kepada lethargic syndrome dikalangan mahasiswa dan ahli gerakan. Kita merasa kecewa dan sedih bilamana ada dikalangan ahli gerakan yang futur dan lari dari jalan perjuangan. Alasannya pelbagai. Kurang tarbiah, kurang dakwah, , lambakan masalah ahli dan sebagainya.

Saya tegaskan disini bahawa andai anda sedar bahawa gerakan anda punya masalah, robahlah ia!! Saya yakin dan percaya ahli gerakan kebiasaanya dari golongan yang baik-baik i.e tidak jahat. Andai mereka yang hanya pandai mengkritik ini TIDAK MAMPU MEROBAH golonagn yang baik ini, masakan mereka mampu merobah masyarakat yang jauhn lagi jahat. Mereka ini hanya pentingkan diri adn sangat naif lagi dhaif kerna mengaharapkan akan ada tangan manusia lain atau pertolonagn tuhan untuk merobah situasi dihadapan mata merka.

Apa yang mereka mampu buat hanyalah merintih dan mengkritik sedang tiada tindakan yang diambil. TAWARKAN DIRI anda untuk menjadi PIMPINAN jika anda punya idea dan keyakinan untuk merobah masyarakat dan ahli gerakan. Masalahnya mereka ini gol naif dan hanya megharap belas ihsan gerakan untuk mendidik dan mentarbiah mereka.

Konklusinya, kritikan diatas sangat tegas dan kasar. Saya akui kerna hal ini masih tidak berubah dari dahulu sehingga sekarang. berobahlah. ANDA IALAH AGENT PEROBAH!!
Robah suasana dalam jamaah anda dahulu sebagai latihan kepada perobahan masyarakat Malsyia yang lebih besar

Friday, July 11, 2008

Ringkasan Berita Wajib-Tahu Ep:1

Komitmen sebagai pelajar perubatan tidak seharusnya melekakan kita dengan buku semata. Kerna dunia ini terus berputar dan manusia didalamnya terus hanyut dibuai keenakan dunia sementara ini. Nabi berpesan mafhumnya sesiapa yang tidak mengambil tahu urusan saudaranya maka dia tidak termasuk dalam kalangan mereka..

Kata-kata hikmah dibawah menjadi cerminan kepada kita berkenaan tahapan masalah yang berlaku dalam masyarakat dan pimpinan negara kita hari ini. Mereka ialah saudara kita. Jutaan ringgit wang negara ialah wang kita. Cukai yang dibayar rakyat. Dan kita berpeluk tubuh melihat golongan veteran ini bertelagah sedangkan mereka ini memperjuangkan HAK KITA!
-KE ARAH MEMPERKASA GERAKAN MAHASISWA -

Kata Tun Dr Mahathir :



"Bohongkah Kerajaan rugi satu billion Ringgit apabila batalkan projek jambatan, apabila jual M.V. Agusta yang dibeli dengan harga 70 juta Euro (RM300 juta) dijual dengan harga satu Euro (RM4), kenaikan harga minyak dengan mendadak, kenaikan kos untuk bina landasan kembar berelektrik keretapi daripada RM14 bilion dari Johor Baru ke Padang Besar kepada RM12 billion hanya dari Ipoh ke Padang besar, kekalahan teruk Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum 2008 dan lain-lain.






Yang membohong ialah Kerajaan dengan membuat kenyataan segala-galanya baik dalam negara, semua rakyat sokong Kerajaan, parti UMNO sebulat suara hendak Dato Seri Abdullah kekal sebagai Presiden dan lain-lain.






Jika pembohongan adalah pengkhianatan, maka yang mengkhianati Negara dan Rakyat ialah Kerajaan dengan pemimpinnya.Jika rakyat melalui saluran yang tidak dikuasai oleh Kerajaan meminta supaya Dato Seri Abdullah berhenti daripada memimpin Kerajaan, mereka bukan buat fitnah. Sebaliknya mereka setia dan sayang Raja dan Negara dan ingin lihat negara ini tidak dibelenggu oleh Kerajaan pimpinan orang yang tidak sedikit pun setia kepada negara, hanya setia kepada diri sendiri dan keluarga."(http://www.chedet.com/)






Fatwa Dr Taha Jabir al-'Ulwani mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim






"Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri seseorang.

Mereka ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh menjaga kebaikan dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka semata-mata, tapi bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau pun tidak pada diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka.

Apa yang umum hingga di peringkat global mengetahui, bahawa Saudara Anwar Ibrahim sejak masa mudanya dilantik sebagai ketua gerakan belia di Malaysia (ABIM), pernah mengurus kira-kira 25 buah sekolah beraliran agama khusus buat remaja lelaki dan perempuan (sekolah alternatif) di seluruh tanahair, tidak kedengaran pada usia remajanya atau ketika memimpin gerakan belia, sesuatu yang menjatuhkan harga diri atau maruahnya dengan tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam. Jika pada usia begitu beliau disenangi, dipercayai dan dihormati sebagai seorang pemimpin yang baik, bagaiman mungkin pada usia yang mencecah 60 akan terlibat dengan perlakuan kaum Lut?. "






Tambah beliau lagi...



"Saya menyeru pihak terbabit secara jujur, bertakwalah kamu kepada Allah, takutkan akan Dia Yang Maha Bertindak Balas ke atas hamba-hambaNya di akhirat, ingatlah ketegasan Allah dalam al-Quran : Sesungguhnnya hari tersebut (kiamat) tidak akan memberi manfaat harta dan anak-pinak, melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat (dari sebarang penyakit hati yang merbahaya).

Secara peribadi selaku seorang muslim, harapan dan seruan saya kepada Kerajaan Malaysia, agar bertakwa kepada Allah dalam mengurus negara dan rakyat, khususnya orang Melayu/Islam, berakhlaklah dengan nilai akhlak Islam yang murni, dengan tidak melebihkan politik daripada akhlak, jangan bertindak sesuatu yang boleh melucutkan harga diri seseorang atau rakyat hilang keyakinan para pemimpin yang memerintah negara sekarang ini, kerana setiap sesuatu yang zalim itu adalah jalan kegelapan, yang rosak itu akan membawa kepada neraka yang membakar.
Kita bermohon kepada Allah agar Dia memelihara negara dan rakyat di bawah naungan-Nya. "




MINYAK OH MINYAK



Dan sekongyong-konyong naiknya harga minyak di Malaysia yang tercinta ini, dan selepas 'naik minyak' nya warga Malaysia pada PROTES yang lepas, hari ini keluar pula berita keuntungn 'minyak NAIK' lagi. PETRONAS terus unggul sebagai peneraju minyak terkaya dikalangan warga Asia tetapi APA UNTUNGNYA KEPADA RAKYAT!!!


PETRONAS berada pada kedudukan kelapan syarikat paling untung di dunia tahun lalu dalam senarai Fortune Global 500 majalah perniagaan Fortune. Di Asia pula, ia muncul syarikat paling untung, mengambil tempat pengeluar kereta terbesar dunia, Toyota Motor dari Jepun, yang mendahului senarai itu pada 2006. Dalam senarai keseluruhan Fortune Global 500 yang menyenaraikan 500 syarikat terbesar dunia berdasarkan jumlah pendapatan pula, Petronas berada di kedudukan ke-95.


Di kalangan syarikat Asia, Petronas yang meraih pendapatan dalam nilai dolar Amerika Syarikat AS$66.218 bilion dan keuntungan AS$18.118 tahun lalu, berada di kedudukan ke-16 senarai berkenaan. (SUMBER BHARIAN)

Thursday, July 10, 2008

Putar Belit Media Pemecabelah MAsyarakat

Artikel ini memberi penjelasan pada saya berkenaan kekeliruan kenapa terkadang berlaku percanggahan pendapat dianatara pimpinan pakatan atau kerajaan sendiri. Ia adalah peranan media iaitu bagaimana soalan itu diajukan kepada pimpinan ini. Andai yang diajukan pembalakan dilaku secara rakus, tentulah Ust Nik Aziz menentang. Walhal situasi sebenar tidak serakus zaman mahadzir khalid dahulu..

Kerna itu saya ingatkan diri saya dan semua bahawa kita tidak lagi boleh berfikir sebagaimana orang tua lama..memandang dari satu sudut..pandangan kita perlu pelbagai. Apa yang ada dalam benak kepala rakan2 UMNo terhadap PAS, dan sebaliknya apa pandangan rakan2 PAS pada rakan-rakan UMNo..Imbangan berita yang seimbang menjadikan pemikiran kita sebagai mahasiswa lebih terbuka dan matang,..

Dan episod dibawah ialah satu skill baru berkenaan teknik mempengaruhi massa..

Tembakan peluru kapur TV3
Zukifli Yahaya
Fri Jul 11, 08 7:34:57 am MYT

Selepas 100 hari, baru tembakan yang ditunggu-tunggu dari pembangkang bermula. Bekas Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid membidas Ustaz Azizan Abdul Razak yang kononnya tidak tahu mengurus sumber pendapatan kerajaan negeri dengan baik.

Akibatnya, kerajaan negeri mengambil jalan singkat menebang balak di kawasan tadahan air bagi memperoleh pendapatan.

ImageMedia yang taksub dengan isu alam sekitar, TV3, dalam laporannya baru-baru ini membongkar kegiatan penebangan balak yang berlaku secara berleluasa sejak lima tahun lalu di kawasan tadahan air di negeri Kedah.

Ustaz Azizan baru tiga bulan menjadi Menteri Besar. Bermakna, kegiatan memusnahkan kawasan tadahan air itu berlaku sejak Dato' Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar dan berlarutan di zaman Mahdzir.

Itu intisari dari laporan yang dibuat oleh TV3. Meludah ke muka Ustaz Azizan, terkena batang hidung menteri besar terdahulu.

Situasi jadi kelakar apabila Mahdzir yang di bawah pentadbirannya balak rakus ditebang di kawasan tadahan air, tiba-tiba mengecam Menteri Besar sekarang, yang sejak mengambil alih kerajaan, sebatang balak pun belum lagi di tebang di kawasan tersebut.

Sebenarnya ramai yang tertunggu-tunggu saat Mahdzir mula mengkritik Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat.

Apabila seorang bekas Menteri Besar mengecam kerajaan selepasnya, maka orang ramai selalunya akan menilai kerja yang dia buat dahulu. Dia jadi hebat jika kritikannya betul.

Maksudnya, apa yang berlaku sekarang lebih teruk berbanding dahulu. Tapi jika kritikannya tidak lebih dari mengulangi kritikan yang dibuat terhadapnya dulu, lantaran kini dia tidak lagi terajui kerajaan, itu 'gila talak' namanya!

Membalak di kawasan tadahan air bukannya isu baru di negeri ini. Ia dimulakan di zaman Syed Razak. Bagi pihak kerajaan negeri beliau memohon pampasan �Payment for Enviromental Services� sebanyak RM100 juta setahun. Ia sebagai 'gantirugi' terhadap langkah tidak melakukan penebangan balak di kawasan tadahan air, mengorbankan sumber pendapatan negeri, demi untuk membekalkan air ke Pulau Pinang dan Perlis.

Pulau Pinang menerima bekalan air daripada Kedah tetapi kecekapan pengurusan mereka berjaya meletakkan Pihak Berkuasa Air (PBA) Pulau Pinang di papan utama BSKL. Pembekal juga yang gigit jari.

Kedah pernah menuntut bayaran dari kedua-dua negeri tersebut kerana membekalkan air. Tahun pertama, Perlis membayar RM200,000. Selepas itu Dato' Seri Shahidan Kassim menghentikan pembayaran. Hujahnya, air dari Tuhan, kenapa mesti bayar. Memang dalam dunia ini ada suatu mazhab yang berfahaman, semua yang datang dari Allah halal belaka.

"Anak dara orang, bini orang semua tu mereka anggap 'halal' belaka. Sebabnya Allah yang buat."

Apabila Mahdzir ambil alih pentadbiran, tuntutan PES dilupakan. Tentu sukar bagi orang yang pernah duduk di bawah dagu Pak Lah untuk membuat tuntutan, walaupun itu hak negeri Kedah.

Apabila Ustaz Azizan melanjutkan tuntutan pentadbiran Syed Razak RM100 juta setahun, maka tuntutan itu amat munasabah. Jika kerajaan Pusat enggan membuat pembayaran tersebut, munasabah pula jika kerajaan negeri mengugut untuk menebang balak di kawasan tadahan air.

Tebangan yang dibuat bukan secara rakus seperti yang dilakukan kerajaan BN sebelum ini sehingga menggondolkan seluruh hutan. Ia menggunakan kaedah 'heli-harvesting' yang mengambil cuma tiga hingga empat pokok sehektar. Tidak terjejas pun alam sekitar. Itu pun, bersyarat. Syaratnya jika mendapat kelulusan dari Environmental Impact Assessment (EIA). Tanpa kelulusan, projek dibatalkan.

Hakikatnya, isu balak sangatlah mudah. Bukan besar sangat, sampai perlu disensasikan TV3 demikian rupa dengan menyeret semua pihak yang tidak tahu keadaan sebenar untuk turut berpolemik.

Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Kelantan, diajukan gambaran yang salah, kemudian diminta komen. Itulah modus operandi yang digunakan media-media primitif sejak berzaman untuk melagakan sesama manusia.

Sebenarnya, selepas 100 hari pun pihak musuh masih tercari-cari ruang untuk menyerang kerajaan negeri Kedah. Bunyi tembakannya macam kuat sangat, tapi cuma peluru kapur. - mks._

Tuesday, July 1, 2008

Anwar, Najib, Rosmah, dan Raja Petra: Realiti atau Fantasi

Anwar, Najib, Rosmah, dan Raja Petra

Akhir-akhir ini, banyak peristiwa yang berlaku mendominasi muka depan media massa negara. Dari sudut pandangan psikologis, ada yang berandaian bahawa perisitiwa-peristiwa ini berlaku untuk mengalih pandangan rakyat umumnya dari satu-satu isu yang sepatutnya menjadi fokus negara.

Teknik 'framing' ini cukup popular dikalangan politikus-politikus negara kerna ia memberi ruang kepada mereka-mereka yang mungkin agak overwhelm ini untuk bernafas. Oleh sebab yang demikian, saya berpesan pada diri saya dan sahabat-sahabat jangan mudah terpedaya dengan helah mudah ini. Usah kita bicara tentang hal-hal remeh yang belum dipastikan kesahihannya. Sebaliknya tumpukan usaha kita ,menyebarluas dan menganalisis isu-isu utama yang melibatkan kepentingan majoriti rakyat Malaysia

Islam mengajar kita prinsip yang sangat jelas dalam hal ini. Andai Hukum QAZAF diimplementasi dalam sistem perundangan negara, saya kira tiada mulut lancang kan mudah melempar tuduhan. Misal, tuduhan Liwat buat kali kedua yang dilemparkan kepada Sdr Anwar adalah amat berat. Perakuan bersumpah Raja Petra terhadap Najib, Rosmah dan beberapa yang lain seperti yang disiarkan dalam blognya tidak sepatutnya dianggap remeh.

Dalam Quran, Allah menginagtkan kita bahawa
"Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Imam Malik berkata :
Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)

Pendirian saya, kita tidak menyokong atau menafikan tuduhan mana-mana pihak dengan mudah. Sebaliknya kita perlu berlaku berlapang dada dan mengikuti perkembangan isu-isu ini dari semasa ke semasa dari KEDUA sudut pandangan, YANG MENUDUH dan TERTUDUH.
Untuk melihat pandangan Ust Zaharudin berkenaan Qazaf, klik disini..
Untuk melihat padanangan ulama' muda Ust Wan Ji, klik disini..
Untuk melihat diakhbar semasa klik disini..

Friday, June 20, 2008

Analisa Ringkas Ekonomi Cina: Suatu Pengiktibaran

Coretan kali ini bermaksud untuk memugarkan kembali semangat jihad ekonomi dikalangan Melayu Islam. Hal ini telah lama hilang dikernakan kuatnya kebergantungan kita kepada kerajaan dan kurangnya usaha untuk berdikari. Kita melupakan sabdaan nabi kita bahawa pinti rezeki itu 9 per 10 darinya adalah melalui perniagaan. Manakala baki 1 per 10 itulah kerja dengan kerajaan atau ‘makan gaji’. Kesannya sehingga ke hari ini, matlamat menjadikan pegangan ekuiti Negara ke tahap 30% untuk bumiputra yang mewakili lebih dari 50% populasi rakyat Malaysia masih jauh dengan pencapaian semasa hanya sekitar 14% ke 17% sahaja.

Di Malaysia, orang Cina mewakili 30% dari populasi keseluruhan penduduk Malaysia. Tetapi apa yang memeranjatkan mereka menguasai lebih separuh dari harta Negara.

Di Indonesia, masyarakat Cina hanya 4% dari keseluruhan 200juta penduduknya. Tetapi mereka menguasai lebih dari 7o% pegangan ekuiti ekonomi Indonesia.

Di Thailand dan Filipina, populasi masyarakat Cina hanya berlegar sekitar 3%. Mengejutkan apabila mereka menguasai lebih dari 60% pegangan harta Negara tersebut.

Pada 1999, majalah Forbes Zibenjia edisi Hong Kong menyatakan bahawa orang cina diseluruh dunia yang terlibat dalam perniagaan mempunyai asset terkumpul bernilai lebih dari RM10.8 trilion, meletakkan mereka sebagai kelompok ketiga tertinggi yang menguasai pelaburan dunia dibelakang Amerika Syarikat dan Jepun.

John Naisbitt, peramal trend ekonomi dunia yang terkemuka dalam bukunya ‘Megatrends Asia” menyatakan “Faktor terbesar yang mendorong kejayaan usahawan Cina adalah jaringan kerja orang Cina yang cukup kuat. Mereka bersaling bantu walau bersaing hebat”.

Konklusinya, andai dengan masyarakat Cina kita sudah tidak mampu untuk bersaing, bagaimanamungkin kita menjadi global player, bersaing diperingkat International. Kayu ukurnya Robert Kuok, raja gula Malaysia adalah yang terkaya di Asia Tenggara dengan harta sebanyak RM20 bilion. Pun begitu, Bill Gates dari Amerika Syarikat mengumpul kekayaan berjumlah RM162.75 billion. Lalu dimana kita..
Rujukan:
DM,Jan2006

Thursday, May 22, 2008

Nakba Palestin

Nakbah bermakna malapetaka besar..amat malang sekali bagi umat pada hari ini andai kita melupakan sejarah dan peristiwa (malapetaka) yang memberi impak besar pada dunia ISlam ini. 15 mei 1948 menjadi tarikh malapetaka yang mengundang seribu satu kedukaan dalam diari hidup umat ISlam. Negara HARAM yahudi diisytiharkan secara rasmi. Lupakah kita tanah PAlestin siapa yang empunya? Tahukah kita susur galur penderitaan dan kecemerlangan umat yang pernah mengambil tempat di PAlestin?

Benarlah kata nabi kita, baginda pernah bersabda Baitul Maqdis ialah bumi jihad sehingga kiamat berlaku. Dsini saya ringkaskan sahaja rentetan peristiwa penting yang WAJIB diketahui oleh SEMUA umat ISlam..

638M- UMar Al-Khattab membebaskan bumi palestin dari tangan Rom tanpa sebarang pertumpahan darah
1099M- Tentera Salib menceroboh masuk ke Baitul Maqdis dan menawannya.Bersimbahnya darah umat ISlam PAlestin atas kekejaman Tentera Salib. PEnawanan ini berlaku selama 88 tahun

1187M- Berlaku perang Salib round ke dua. Allah s.w.t membangkitkan seorang pemuda yang berjaya meniup kembali semangat jihad dikalangan muslimin; Salahuddin al-Ayyubi. Bumi Palestin berjaya ditawan dan berkekalan dalam tangan umat ISlam selama 800 tahun berikutnya.
1897M- Theodore Herzl mengasaskan gerakan gerakan zionis; kearah menawan kembali bumi palestin yang mengikut kepercayaan yahudi zionis bumi yang dijanjikan buat mereka

1917M- Deklarasi Balfour menghalalkan kemasukan yahudi secara beramai-ramai
1935M- Intifadhah yang pertama. Dipelopori Syeikh Izzudin al-Qassam, seorang ulama' berjiwa pejuang. Kurang dari setahun seruan jihadnya bergema dia dikurniakan syahid. "sesungguhnya seruan jihad sewaktu kesyahidanmumu adalah lebih lantang dari seruan jihad sewaktu hidupmu.."

15 Mei 1948M- NAKBA PALESTIN. Negara HARAM yahudi diisytiharkan secara rasmi.
21 Ogos 1969M- Masjidil Aqsa dibakar. Michael Dennis Rohan pelakunya dilepaskan tanpa sebarang tindakan. Rentetan itu OIC ditubuhkan.

1987M- Harakatul Muqawwamatil ISlamiyyah (HAMAS) ditubuhkan. PErmulaan kepada INTIFADHAH KE_2.
2004M- HAMAS menyertai pilihanrayaPAlestin buat pertama kalinya. MEnang menewaskan FATAH. Ekonomi disekat.
2007M- Deklarasi Makkah. Tidak direstui dan diiktiraf oleh USA dan Israel.

Lalu saya tanyakan pada diri saya dan sahabat-sahabat, apa sumbangan kita kearah mengembalikan maruah umat yang hilang..adakah kita menunggu-nunggu sahaja tanpa berbuat apa melihat penderitaan umat ISlam disana dan tanah saudara kita, bumi suci BAitul MAqdis dirampas dengan sebegitu sahaja?? Ayuh bangkit!!
"GEndang perang telah berlalu"