SALAM

Wednesday, October 7, 2009

Hargai Mata Anda(HMA)


Kaca mata ialah satu alat yang mendekatkan kita pada Allah. Mana tidaknya kebergantungan kita pada kaca mata ini begitu tinggi sehinggakan bangun saja dari tidur benda pertama yang perlu dicapai ialah spek mata.

Kebergantungan sebegini menyebabkan aku terfikir alangkah baiknya jika mataku elok kembali, aku dapat melhat dunia dengan yakin dan tidak berasa inferior berhadapan dengan manusia (bisikan syaitan g2..)..

'Jika' ini harus ditukar dengan penuh rasa keinsafan bahawa nikmat mata partially telah ditarik balik oleh Pemberinya. Menyebabkan aku terpaksa bergantung dengan alat untuk dapatkan smula nikmat yang hilang.

Hargai lah mata anda..jangan biarkan ia dicemari habuk dan debu dunia dan dosa. Kehadiran mata tidak akan dihargai melainkan setelah ia hilang (like me..hu)Dont rub ur eyes excessively !

1 comment: