Dasar Pecah & Perintah telah diamalkan lama sudah oleh rumpun penjajah menyedari akan keberkesanan dan keberjayaan method tersebut dalam menguasai masyarakat tidak mengira bangsa agama dan tempat. Idea ini sepatutnya kita telah hadam dan berupaya serba sedikit megaplikasi dalam kehidupan untuk mengurus manusia yang pelbagai ragam ni. Apliaksinya saya bincangkan setelah kita tahu kekuatan method DPP (dasar pecah perintah) ini.
Once upon a time, Islam dan masyarakat Islam bernaung dibawah satu kekuasaan yang kita namakan Khilafah. Rakyatnya hidup aman harmoni dan pemerintahnya melaksanakan tanggungjawab amar makruf nahi munkar. Fokus rakyat tertumpu kepada bidang keilmuan, teknologi, sains dll menyebabkan zaman ini digelar zaman keemasan islam. Baghdad dizaman abbasiyah, Damsyik zaman umaiyyah menjadi tumpuan dunia pusat kegiatan ilmu pengetahuan.
Sehinggalah barat mula melakukan agenda penjajahan sekitar tahun 1500 masihi ke tahun 1800 masihi. Perancis, Belanda, Portugal, Britain dan Sepanyol adalah 5 negara yang dikategorikan berjaya dalam agenda kolonisasi dunia baru sekaligus membawa kepada kejatuhan sistem khilafah yang dimulakan pada tahun sekitar 623 masihi sehingga 1924 i.e. lebih 1000 tahun sistem Khilafah Islam ini bertapak dimuka bumi ini.
Diringkaskan cerita, khilafah yang asalnya umpama satu jajahan kekuasaan yang sangat besar atau satu negara besar umat Islam mula dipecah-pecahkan kepada negara-negara kecil sekehendaknya. Syria, Kuwait, Arab Saudi, Mesir, Turkemenistan, Kyrgystan, Palestin dan puluhan lagi dijadikan negara bangsa lalu diperkenalkan sistem demokrasi di setiap negara ini.
Langkah pemecahan pertama ialah pecahnya khilafah kepada negara2 kecil. Pemecahan kedua melalui pengaplikasian sistem demokrasi yang mewujudkan golongan kerajaan dan pembangkang disetiap negara bangsa tersebut. Ia melarat dengan penubuhan puluhan parti lain lagi yang kesemua mereka berjuang atas kehendak dan idealisme masing2.
Pemecahan ketiga apabila sistem pendidikan barat mula diperkenalkan. Bahsa inggeris dijadikan suatu kebanggaan dan bahsa rasmi manakala sistem pondok dan madrasah dibiarkan penjajah berjalan juga. Hasilnya akan wujud dua golongan atau kelompok manusia yang satunya sekular dan lawannya golongan agama. Yang sekular dibiarkan memerintah negara manakala golongan agama ditindas dan dimomokkan dengan nama fundamentalis agama dan ekstremis agama jumud yang menolak pembangunan.
Pemecahan seterusnya diburukkan dengan ghazwul fikri atau serangan pemikiran berterusan untuk menghancurlumatkan lagi negara yang sedia punah. Budaya hedonisme atau suka berhibur menjadi trend baru dan satu kemestian dalam gaya hidup masyarakat moden zaman sekarang. Ia dipupuk sehingga kepentingannya umpama udara dan oxygen kepada massa. Umat sudah tiada fokus pada hidup. Amar makruf nahi munkar semakin asing dan sepi. Apa yang penting..kerja,cari makan,penat tido bangun berhibur..
Konklusinya, umat punah ranah hilang arah tuju dan matlamat disebabkan DPP disalah guna oleh tangan penjajah. Dari sebesar khilafah menjadi kecil negara, bila da kecil diwujud pelbagai parti pelbagai agenda, diperlaga-lagakan,golongan pondok dan moden selamanya tidakkan sehaluan lebih parah tiada usaha mengatasi masalah kerna hedonisme telah sebati dengan darah.
DPP berguna dan ada manfaatnya. Kalau tidak masakan ia diapplikasi meluas dalam bisnes dengan nama sistem francais dan keuntungannya jika mengambil contoh KFC malaysia sekitar 300 juta setahun. Teori yang sama juga diguna oleh orang israel pada tahun 1897 di Basle Switzerland untuk menubuhkan negara Israel yang secara rasminya diisytihar PBB pada tahun 1948. TAMMAT.
No comments:
Post a Comment