SALAM

Friday, November 14, 2008

Menuju 'Kebangkitan Islam'

Beberapa hari yg lalu, sempat jg kami memenuhi jemputan ke SMKA Ehsan bg memberi sedikit motivasi dakwah kepada student2 disana. Ia bersempena konvensyen dakwah yg bakal diadakan beberapa hari selepas itu yg mensasarkan penubuhan beberapa gerakan dakwah disekolah2 dan kampus.
Penekanan yg lebih kami utarakan dari sudut pembinaan diri dan persiapan tarbiah kerna ia menjadi basis tapak kearah pembinaan struktur masyrakat muslim yg lebih kukuh. Melihat kembali bagaimana Islam sampai di Cina..

Para pendakwah Islam sampai disana (Cina) dalam keadaan tidak tahu even sepatah perkataan Cina, tetapi mereka membawa value dan nilai Islam bersama mereka. Menjadi kebiasaan disana beras yg dijual dicampur dengan pasir bg melebihberatkan timbangan..pabila pedagang Islam datang, mereka berniaga dengan jujur..tiada campuran pasir dan harganya tidak berlebihan dalam mencari keuntungan..

Kesannya, tamadun Islam bertapak diCina..ribuan bahkan ratusan ribu tertarik dengan sikap dan akhlak Islam lalu berbondong2 masuk menyertai Islam..bukankah ini memberi signal kepada pendakwah kita pada hari ini akan peri pentingnya akhlak yg baek..

Apabila pedagang arab sampai di Malaya, mereka turun dari kapal dan bersolat ditepian pantai..pada waktu itu, Islam belum sampai dikepulauan Melayu..org2 Melayu tercengang dan mengerumuni para pedagang ini..melihat mereka melakukan aksi2 pelik dan janggal yg belum pernah dilihat mereka..apabila mereka berniaga, mereka berniaga dengan jujur dan tidak menipu dalam timbangan. Akhlak baek para pedagang ini menyebabkan masyarakat melayu tertanya2 kenapa mereka menjadi sebegitu baik ramah pemurah etc..lalu para pedagang ini menisbahkan hal itu kerna perbuatan solat mereka sebentar tadi..bermulalah episod dakwah dalam kawanan masyrakat Melayu..

Prof Omar Hasan Kasule, an Islamic scholar dari Kenya memberi suatu input berguna dalam lectuturenya sebentar td. Katanya kenapa Barat maju kerna major Islamic Values ada dengan mereka. Mereka pembersih, menepati masa, tidak bertangguh dan tidak malas..kita di Asia meluopakan agama bahkan nilai2 kIslam jg dipandang remeh..seolah ekstrak yg sy dapat ialah islamic values ini sgt bernilai..ia menetukan jatuh bangunnya suatu tamaddun itu..
Beliau jg dapat merasakan bahawa Islam diambang kebangkitannya..biarpun muslim sekrang dihina.dibunuh,dijajah dsbnya, tetapi still ramai yg convert to Islam..sampaikan kita tanya 'apa sebabnya kamu islam?' seolah tiada bukti kukuh bahawa islam menjadikan umatnya cemerlang..

Betullah kata Umar al-khattab apabila beliau membebaskan palestin dari tangan rom, kita dimuliakan Allah dengan sebab Islam..apabila kita tinggalkan Islam maka kehinaanlah yg selayaknya untuk kita..ayuh bersama arus kebangkitan ini..agenda pembaharuan harus terus diperkasa kerna kita berkeyakinan Islam pasti kan kembali ke tempat asalnya..dan pada waktu itu, kita berdoa moga kita lah orgnya yg memegang panji2 Islam menjadi baris hadapan dalam perjuangan..

No comments:

Post a Comment