Harga minyak mentah dunia mula turun ke paras USD 55.xx setong..suatu penurunan yg diluar jangkaan jika dibandingkan dengan kenaikan sehingga lebih USD 140.00 setong beberapa bulan lalu..kenaikan 70sen dari kerajaan Malaysia sekali lagi mengangkat tinggi taraf hidup rakyat terbanyak dalam keadaan para menteri dan konco2nya lgsg tidak terkesan dengan kenaikannya, alasannya mereka semuanya PERCUMA!
Petikan ini sy serah pada pembaca untuk menilainya, dan sy anggap ia bukti dan kenyataan yg sgt menrik untuk menggambarkan suasana masyarakat dan pimpinan masyarakat pada hari ini..
Kata Tun di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya:
Katanya, semua orang tahu yang pemimpin Umno menggunakan wang untuk terpilih memegang jawatan parti.Bagaimanapun, katanya, bukan kesemua pemimpin Umno itu menggunakan wang untuk menang dalam pemilihan parti.Namun, tambah Dr Mahathir, majoriti daripada mereka berbuat demikian.
Ku petik dari Ust Zaharuddin :
Kes DVD seks Menteri Kesihatan Malaysia adalah amat memeranjatkan. Dalam majlis persidangan akhbar semalam beliau telah mengaku bahawa dialah lelaki di dalam video tersebut tetapi menyatakan hasrat untuk terus berkhidmat sebagai menteri. Beliau juga menyerahkan keputusan di tangan Perdana Menteri Malaysia untuk memutuskan samada masih memberikan kepercayaan atau tidak.
Bekas Presiden USA, Bill Clinton juga satu ketika dahulu terkena perangkap yang sama, menurut sumber, Bill Clinton bersumpah tidak melakukan aktivti seks dengan Monica Lewinsky, tetapi kemudian dibuktikan sumpahnya palsu dan didenda USD 90,000 kerana menipu dan menghina mahkamah.
Isu aurat dan pakaian seksi kata Ust Zaharuddin,
Di dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik bebas kita semua. Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami hidup ini sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain.
Hak terutama dan yang tertinggi ; adalah hak Allah SWT, samada suka atau tidak sesuatu hukum yang 'putus' seperti larangan Zina, Riba, tinggal solat, menutup aurat dan lain-lain adalah tidak boleh ditoleran oleh keadaan dan berubah mengikut peredaran zaman.
Ia dinamakan hukum hakam yang bersifat 'muhkamat' atau 'Qatiyyat', tatkala itu, sebarang idea dan logik aqal manusia tidak boleh masuk campur dalam hal urusan hukum sebegini untuk mengubahnya menjadi harus dan halal.
Dan isu yg terakhir Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan kontroversi pengharaman perlakuan tomboy atau pengkid serta fatwa mengenai Yoga yang sedang dipertimbangkan. Sepatutnya masyarakat awam TIADA HAK untuk mempertikai sebarang ketetapan jawatankuasa fatwa, malangnya apa yg terjadi mereka yg jahil ini semakin berani mempersoal atas dasar kebebasan bersuara..
Lantaran, para pendokong idea islamis perlu bersatu untuk dilihat kuat dan thabat dalam menyatakan pendirian agama..tidak harus undur cuma toleransi itu perlu..kesal jg bila ada isu, para 'pendakwah' kita sembunyi dan sepi dari menyatakan pendirian kepada khalayak..yg mana benar yg mana salah terkadang mnjadi keliru kerna ramainya penyokong yg juhala'.wallahua'lam
No comments:
Post a Comment