SALAM

Saturday, August 11, 2007

TeoriEkonomi Merobah Duniaku

Pada slot kali ini, ingin aku kongsikan beberapa input ekonomi yang aku dapat sepanjang aku berada di pusat asasi uia ni yang mana sekaligus telah merobah sebahagian besar dari cita dan matlamat hidup aku…


“pada suatu hati,guruku,ustaz hasnizul keluar ke Bandar dengan menaiki teksi.lalu sempat berbual dengan pemandu teksi yang agak berumur dalam lingkungan 50an.”

“nape pak cik penat-penat kerja lg sdgkan umur pakcik da agk tua? Tak teringin ke duduk kat umah buat amal ibadah dan berehat-rehat menikmati hari tua ni?”

Tanya ust hasnizul.


Pakcik tua terdiam seketika. dalam nada kesayuan dia menjawab,

“pakcik bukan tak nak berehat dirumah nak,bukannya tak teringin nak buat amal ibadat,tapi sampai sekarang hutang rumah masih belum habis dibayar,hutang kereta belum terbayar,anak-anak masih perlukan duit dari pakcik,makan pakai isteri dan kamo sekeluarga masih dibawah tanggungan pakcik…

jadinya,terpaksalah pakcik bekerja juga walaupun umr sudah lanjut nak”.

Hal yang sama akan terjadi pada kita andai kita tidak merancang dari sekarang bagaimana mahu merobah masa depan kita. Apa maknanya kehidupan kita andai 30 tahun dari umur kita dihabiskan untuk belajar manakala bakinya digunakan untuk membayar hutang rumah,kereta,pakaian dll..sia-sialah kita dihidupkan. Bahkan disaat nyawa dikeronkongan pun belum tentu hutang kita habis terbayar..

Seketika aku teringat surat seorang doctor yang disiarkan diakhbar tempatan.Doktor yang merungut dan berasa menyesal bila membandingkan dirinya yang hanya bergaji seitar rm5000 sedangkan rakannya peniaga ikan bakar menemukan gaji sehingga rm15000 sebulan. Betul.mungkin ada yang akan berkata kita perlu bersyukur dan hidup bukan di ukur dengan duit semata..duit tiada apa-apa,tapi apa-apa pun tiada tanpa duit..

Aku menemukan satu jawapan yang sangat bernilai pada persoalan ini. Jawapan yang telah membuka satu dimensi baru dalam kehidupan aku. Jawapan yang memberi aku satu momentum baru bg menyelesaikan permasalahan ini..wawasannya menjadikan duit tidak lagi bernilai dan menjadi perkiraan dan pertimbangan kita dalam urusan seharian..

FINANCIAL FREEDOM..inilah istilah keramat yang merubah gaya fikir dan gaya aku melihat dunia ini. Ust Hasnizul mensasarkan dalam umurnya 40 tahun akan mencapai titik keramat ini. Satu point dalam hidup ini yang mana kita bebas dari kekangan kewangan. Kita bebas berbuat apa sahaja sekehendak kita kerna duit bukan penghalangnya..kita bebas memilih untuk melancong keseluruh dunia,membeli apa sahaja sekehndak kita atau bergiat aktif dalam dunia dakwah sekehndaknya.

Inilah masanya kita merealisasikan matlamat kewujudan kita dimuka bumi ini. .
To be continued…

2 comments:

  1. ana bersetuju dgn ust hasnizul,sdkt ingin ana tmbh. tntg prinsip ayah ana(bkn nk promote ayah sndr)...,sepanjg dia hidup,apa yang ana perhatikan dia x pernah mbuat pinjaman u membeli apa2(lain la klu ada benda y ana terlepas pandang.tapi itulah y ana dapat dr dia).kereta y dibeli sumenya cash, rumah y dibuat x pernah buat pinjaman, seingat ana, rumah y mak ayah ana duduk skrg mengambil ms yang pnjg u disiapkn(tp xpe la kan,bersusah-susah dahulu, bersenang2 kemudian).dia memang melarang keras ana berhutang,ana tak dibenarkan mengambil ptptipu,w'pun dlm keadaan terdesak)sememangnya kehidupan thn pertama di kuantan agak terdesak, sbb xdpt sebrg scholar @ pinjaman,prinsipnya apa gunanya hidup ini klu dikelilingi hutang, nampak je mewah, ada kereta besar, ada rumah besar, ada segala2nya, tapi semuanya berhutang(silap ari bulan, nk kawin pun berhutang,nauzubillah), awal bulan dpat gaji... banyak gaji tapi bila ditolak2... hu3 tinggal berapa sen je, cukup2 makan.begitulah ana tengok gaya hidup zaman sekarang, org yang tinggal di Kl tu bukannnya kaya pun, opps.. maaf, x terniat nk mengata, tapi ini realiti.tapi sungguh dan benarla kata org, rakyat KELATE mmg kena byk bersyukur, sume org kata rakyat kelate miskin tapi hakikatnya kaya..kt dalam kg pun blh ada banglo yang besar2, mcm kt damansara, rumah org elite2..ni dkt kg atok ana,pasir pekan.rakyat kaya kerajaan miskin.inilah buktinya kerajaan yang mendokong ajaran islam dan tdk mengamalkan rasuah demi u kepentingan peribadi.Ana mesti berpegang pada kata3 ayah.ANAK AYAH.Pesanan buat sume n diri ini merancanglah dr sekarang:pendidikan,intellect, ekonomi, keluarga, even sekecil2 perkara.dan serahlah kepada ALLAH.Dia yang menentukan segalanya.

    ReplyDelete
  2. betul sangat la tu nurul..ni mdm nurul kan? kluarga ana pun dulu susah jg.tapi mcm ayah nurul jg, ayah ana mmg tak suka berhutang.bagi dia mana yang ada itulah rezeki kita.sedih ana tgk dia.kerja penat-penat tapi mcm tak nampak sgt hasilnya..yag paling ana terkesan, dia 'enjoy' buat kerjanya.biarpun gaji tak seberapa.dari situlah ana dapat ilham bahawa apa yang lebih penting dari duit tentulah kita bahagia dan merasa puas dengan apa yang kita lakukan..Allahu rabbuna..Allahu ghayatuna

    ReplyDelete