DOKTRIN SOSIAL: ANCAMAN BARU SISWA
Baru-baru ini, pusat asasi di petaling jaya dikejutkan dengan satu program tajaan penuh kerajaan yang secara jelas menonjolkan motif supaya peajar menyokong semua usaha kerajaan. Program yang dianjurkan oleh sebuah konsultan tempatan, HK PARTNERS, bertempat di negeri Sembilan adalah program latihan untuk para pelajar yang akan menjadi facilitator untuk ‘study circle’ atau dalam bahasa mudahnya naqib untuk usrah wajib pusat asasi uia.
Pada hari pertama lagi, para pelajar diajak untuk menghitung semua ‘jasa kerajaan’ dan konklusi yang dibuat adalah tidak patut bagi pelajar menentang kerajaan dalam apa jua aspek. Ini situasi pada hari pertama, bayangkan sahaja pada hari-hari yang lain.‘Training Camp’ ini juga dicemari dengan masalah social yang teruk. Antaranya ialah pada sesi ice breaking, para ‘naqib’ ini dibahagikan pada beberapa kumpulan terdiri dari lelaki dan perempuan. Kemudiannya mereka dipecahkan pula secara bepasangan lelaki dan perempuan dan diminta bertaaruf sesame mereka. Apa kejadahnya ini semua. Sedangkan umum mengetahui bahawa study circle yang bakal dikendali oleh mereka adalah beasingan siswa dan siswi.
Kes yang kedua ialah seorang sisiwi dilaporkan menangis dipegang oleh komiti lelaki dari HK PARTNERS. Mungkin pada anggapan mereka itu adalah biasa,tapi bagi kami selaku pelajar islam dari sebuh ‘universiti islam’, ianya merupakan satu penghinaan pada kami dan pada ‘agama kami’. Kalaupun mereka, komiti HK PARNERS tidak mahu mempedulikan prinsip dan asas agama ini, tetapi sekurang-kurangnya mereka menghormati prinsip dan pegangan kami.
Isu yang
Seandainya hal ini dibiarkan bererusan, kita khuatir bahawa suatu hari nanti, produk yang bakal dihasilkan oleh univesii islam ini hanya tinggal islam pada nama. Kehidupan mereka penuh dengan budaya social barat, asas agama yang mula luntur dan kehidupan yang jauh daru budaya hidup islam. Hal ini mungkin terjadi pada generasi kita atau generasi anak-nak kita nanti andainya tiada usaha yang dibuat untuk menghentikan HK PARTNERS dengan kerjasama LEADERSHIP AND TRAINING DEPARTMENT pusat asasi dari terus bermaharajalela sesuka hati mereka.
Sekian.
No comments:
Post a Comment