SALAM

Friday, October 22, 2010

Ikhlas : Buah Amal

Tempat : Sek Keb Panglima Perang
Tajuk diberi : Ikhlas ..
Audiens : student sek menengah (form 4,5 rasanya)
Organizer : Allied Health Society

susah juga tajuk ni..pendekatan biasa soal ugama tidak menjadi.Student macam tak berminat dan subjek terlalu complicated. Ubah on the spot kepada pendekatan ringan dan santai dengan mengemukakan perumpamaan mudah menjurus kepada faham erti hidup & nilai keagamaan.

1. Ikhlas ialah buah akhir dari amal.
contoh Quran .. baca pun tidak bagaimana nak faham..andai tidak faham bagaimana nak beramal..
kalau tidak amal bagaimana nak ikhlas.. kalau tak ikhlas bagaimana nak dapat syurga Allah swt..

2. Murahkah syurga Allah ?
-masa diberi 24 jam, sepatutnya dibahagi dua..12 jam dunia & 12 jam akhirat
-selari dengan doa kebaikan dunia dan akhirat yg kita mnta
-lalu ??

3. Kisah Ibrahim bin Adham

4. Syurga & neraka telah melemparkan tali masing2..hanya ada 2 pilihan, antara 2 tali yang mana sedang kita pegang ? tali syurga berbukit2, onak duri pancaroba..tali manakah yang sedang digengam kita ? lebih parah jika hidup tidak bertali .. tiada panduan..end result hanya dua .. gengam lah tali itu!

5. Mesin basuh
-gunanya untuk membasuh ..
-andai diberi pada org asli yg tidak pernah ketemu washing machine ini, agak2 apakah yang akan dilakukan dengann mesin ini ?
-perangkap ikan ? bubu ? perangkap babi hutan ? tangki air ?
-rujuk lah pada manual..malangnya org asli tidak pandai membaca !
-malulah kita kerna kita juga tidak membaca manual kita..apakah kita telah berfungsi dengan fungsi asal sebagai manusia ?? kerna kita juga berfungsi tanpa MEMBACaNYA !! (Quran)

6. Hantu
-bayangkan ciri2 hantu ..
-giginya tajam, rambutnya mayang,matanya berdarah,tonjol keluar, giginya tajam..
-jmpa d malam hari ..takuuut..
-harimau ? bayangkan .. belang,gigi tajam ..mata dsbnya..
-ibu bapa ? banyangkan ? kasih sayang mereka ?
-Allah ..bayangkan ? rasakan ? takut ? sayang Allah /
-kita tidak dibiasakan dengar cerita tentang sifat2 wajib Allah..kasih dan sayang Allah..tak rasa sayang sbagaimana sayang pada ibu, takut mcm takut rimau ..hurai !

Susunan agak tak teratur.. ingat2 lupa da apa lagi yang keluar..
sebelum smuanya lupa baiklah direkodkan dulu di blog =)

No comments:

Post a Comment