SALAM

Friday, October 22, 2010

Koleksi 1

16/07/10

Wakaf Che Yeh

Selepas Magrib

Agama mengajar kita apabila bertemu dgn yang tua anggaplah mereka lebih mulia kerna banyaknya amalan mereka dengan panjangnya umur mereka. Apabila bertemu dengan yang muda anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerna kurangnya dosa mereka selari dengan umur mereka yang masih muda. Ini perkara yang diajar oleh agama agar kita merendah diri bila-bila sahaja dan dimana sahaja kita berada.

Bahkan Allah bagitau kita :

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä Ÿw öyó¡o ×Pöqs% `ÏiB BQöqs% #Ó|¤tã br& (#qçRqä3tƒ #ZŽöyz öNåk÷]ÏiB Ÿwur Öä!$|¡ÎS `ÏiB >ä!$|¡ÎpS #Ó|¤tã br& £`ä3tƒ #ZŽöyz £`åk÷]ÏiB ( Ÿwur (#ÿrâÏJù=s? ö/ä3|¡àÿRr& Ÿwur (#rât/$uZs? É=»s)ø9F{$$Î/ ( }§ø©Î/ ãLôœew$# ä-qÝ¡àÿø9$# y÷èt/ Ç`»yJƒM}$# 4 `tBur öN©9 ó=çGtƒ y7Í´¯»s9'ré'sù ãNèd tbqçHÍ>»©à9$# ÇÊÊÈ

11. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya Yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu Dengan Yang lain Dengan gelaran Yang buruk. (Larangan-larangan Yang tersebut menyebabkan orang Yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim.

Islam mengajar kita dari sekecil-kecil benda sampai ke sebesar2 benda. Tidak ada satu agama yang mengajar umatnya setiap inci kehidupan bagaimana mengurus dan mengoperasikan manusia di tahap optimum. Adak ah satu agama yang mengajar bagaimana bila seekor lalat masuk dalam cawan minuman kita diajar cara bagaimana nak buang ? bila nak masuk ke tandas di ajar melangkah dengan kaki kanan atau kiri ? dah masuk nak duduk mengiring ke mana ? tangan dimana ? kepala ditutup dengan tuala dsbnya..

Allah sebut dalam Quran :

ö@è% ö@yd Lälã¤Îm7t^çR tûïÎŽy£÷zF{$$Î/ ¸x»uHùår& ÇÊÉÌÈ

tûïÏ%©!$# ¨@|Ê öNåkߎ÷èy Îû Ío4quŠptø:$# $u÷R9$# öNèdur tbqç7|¡øts öNåk¨Xr& tbqãZÅ¡øtä $·è÷Yß¹ ÇÊÉÍÈ

y7Í´¯»s9'ré& tûïÏ%©!$# (#rãxÿx. ÏM»tƒ$t«Î/ öNÎgÎn/u ¾Ïmͬ!$s)Ï9ur ôMsÜÎ7ptmú öNßgè=»uHùår& Ÿxsù ãLìÉ)çR öNçlm; tPöqtƒ ÏpyJ»uŠÉ)ø9$# $ZRøur ÇÊÉÎÈ

y7Ï9ºsŒ ôMèdät!#ty_ æL©èygy_ $yJÎ/ (#rãxÿx. (#ÿräsƒªB$#ur ÓÉL»tƒ#uä Í?ßâur #·râèd ÇÊÉÏÈ

103. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang Yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

104. (Iaitu) orang-orang Yang telah sia-sia amal usahanya Dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka Bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja Yang mereka lakukan".

105. merekalah orang-orang Yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengannya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

106. (Mereka Yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

Mudahnya mereka menyangka bahawa mereka sudah melakukan yang terbaik didunia dan layak mendapat syurga Allah di akhirat. Murahkah syurga Allah ni ? Ada seorang tabi’in namanya Ibrahim bin Adham. Sedang dia berjalan terasa nak kencing. Dia mencari2 ternampak pondok buang air kecil (tandas berbayar ). Bila nak masuk penjaga tandas tahan dia. Nak kemana syeikh ? jwbnya masuk ketandas..kata penjaga tandas, nak msuk kena bayar dulu 20sen. Tiba2 menangis Ibrahim Adham. Katanya untuk satu nikmat yang kecil ini aku kena bayar, lalu bagaimana aku mampu bayar pada Allah untuk dapat syurga Allah yang didalam nya\ penuh dengan nikmat2 yang hebat. Untuk masuk ketandas tempat dihuni para syaitan iblis perlu kubayar lalu bagaimana mampu kubayar pada Allah untuk masuk ke tempat yang dihuni oleh para anbiyaa’ wassolihin, para syuhada’ dan org2 beriman.

Jauhnya kita dari syurga Allah. Tazkirah ini untuk bangunkan kita dari lena dan angan-angan bahawa amal kita sudah cukup dan kita sudah layak mendapat syurga Allah. Setiap hari kitamerintih pada Allah, tak pernah miss setiap hari :

Rabbana aatina fiddunya hasanah, wafilakhiratihasanah

Allah bg setiap anak adam ini 24 jam sorg. Tidak lebih dan tidak kurg. Dari dulu sampailah sekarang. Kalau kebaikan dunia yang kita mahu dan akhirat juga sepatutnya 24 jam ini dibahagi dua, separuh untuk dunia dan separuh lagi untuk kebaikan akhirat. Tapi hak dunia kita penuhi 8pg-5ptg, namun hak akhirat kita lupa. Dunia kalau tidak bekerja adakah kita boleh duduk berteduh dirumah, naik kereta, pakai baju dsbnya, tapi kita tinggalkan tempat berteduh diakhirat, baju diakhirat dan kenderaan diakhirat.

No comments:

Post a Comment