SALAM

Showing posts with label PARTI. Show all posts
Showing posts with label PARTI. Show all posts

Saturday, September 6, 2008

Isu Malaysia Isu Bersama

Perhatian mahasiswa pada isu racist yang amat sensitif ini perlu di constantkan. Tun Mahathir dalam artikel barunya juga ada menyentuh isu ini dan natijahnya beliau ditohmah dan dilabel sebagai racist. Dalam artikel yang terdahulu, he also said 'a few' things that he had done up untill now to recover Malaysia's political condition, eg:
  • I had openly blamed Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi and asked him to step down
  • I had criticised his decision on the bridge
  • I have openly accused him of corruption
  • I have told UMNO leaders and members that they are destroying UMNO etc etce
  • I have resigned from UMNO
  • I have spoken about the corruption and the fate awaiting the Malays
  • I have started my blog and you know what I said on the blog.
  • For all these, all I got from UMNO leaders were condemnation and abuse. You know what Nazri Aziz said

Anwar Ibrahim pula nampaknya terus masyghul dengan penubuhan Malaysia baru menjelang 16 September. Dalam masa yang sama cuba melebarluas sokongan antarabangsa ke Indonesia dengan majlis silaturrahim bersama Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia yang diadakan di Menara Bank Mega, Jakarta Selatan.

Antara benar atau tidak, sebaris kata pimpinan datang bersamanya beban untuk membuktikannya. Adakah dengan timbulnya isu gesaan dari pimpinan GERAKAN dan MCA untuk mengkaji semula kedudukan mereka dalam BN akan membawa mereka pada parti opposisi PR?

Dalam kekalutan menjelang 16 September, antara strategi singkat BN untuk menghalang dari ia menjadi kenyataan dengan seberapa segera membaca akta DNA di Parlimen. Sehinggakan Akta AUKu yang sepatutnya dibacakan dahulu ditangguhkan. BNBBC pula merancang mengadakakan lawatan ahli-ahli parlimen BN ke Australia menjelang 16 Sep.

As conclusion, our politics become more complicated day by day. In ten years all these stories will be in our children history's text book. Then only come the 'new generation' to build and create a new story with more exciting and universal agenda, and who is the 'new generation'...us.

Monday, March 31, 2008

Dasar dan Pendirian Parti Islam Semalaysia

Tiada yang menyangka BArisan Rakyat berjaya menumpaskan UMNO di 5 negeri yang telah kita sedia maklumi. Pulau Pinang, Perak, Kedah, Kelantan dan Selangor. Bahkan Tuan Guru NIk Aziz juga sedikit terkejut dengan keputusan pilihanraya 8 Mac yang lalu.
JAdi bersempena dengan kejayaan ini, izinkan saya berkongsi beberapa pengenalan dan pendirian PAS dalam beberapa hal. (bersumberkan LAjnah PEnerangan Badan Perhubungan PAS NEgeri Selangor dengan kerjasama Jabatan PEnerangan PAS Pusat)

PAS : Singkatan kepada Parti Islam Semalaysia yang dieja dalam tulisan jawi (Pa Alif Sin).
Ditubuhkan pada : 26 Safar 1371 H bersamaan 24 November 1951

Mengapa PAS ditubuhkan :
PAS ditubuhkan atas tuntutan Islam. Islam mewajibkan umatnya menajalankan dakwah. Tuntuttan dakwah bertujuan menegakkan yang makruf dan mencegah yang munkar. DAlam sebuah negara yang tidak menjalankan hokum-hukum Islam serta tidak melindungi aqidah umat Islam, majority ulama’ menetapkan bahawa adalah menjadi satu kefardhuan bagi umat Islam menegakkan sebuah harakah Islamiayyah atau gerakan Islam.


Adakah PAS sebuah gerakan dakwah ataupun sebuah parti politik?

PAS adalah sebuah gerakan DAKWAH yang melaksanakan tuntutan Islam yang syumul. Terangkum dalam tugas-tugas dakwah adalah usaha-usaha untuk membela kepentingan rakyat disegi social, ekonomi, pendidikan kebajikan dan politik. Pembelaan Islam yang menyeluruh terhadap kepentingan rakyat memerlukan kuasa pemerintahan.

Selaras dengan tuntutan Islam yang syumul, PAS juga adalah sebuah gerakan dakwah yang terlibat dalam proses perubahan politik kearah pembentukan dasar-dasar pemerintahan bagi mewujudkan sebuah negara yang adil.

Oleh itu, PAS adalah gerakan dakwah yang berperanan sebagai sebuah parti politik Islam bagi mewujudkan system bernegara berlandaskan prinsip-prinsip Islam, kebenaran dan keadilan.

APakah beza diantara PAS dan UMNO?
DASAR
PAS : DAsarnya ialah Islam
. PAS memperjuangkan ISLam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan dunia dan akhirat.
UMNO : DAsar perjuangannya berteraskan kepada semangat kebangsaan Melayu. Slogan perjuangan UMNO ialah HIDUP MELAYU!
Islam tidak pernah
dijadikan tonggak dan paksi perjuangan UMNO.
PENDIRIAN
PAS
1. BErpendirian bahawa politik adalah ibadah dan satu ketaatan pada Allah. Menegakkan pemerintahan berdasarkan hokum-hukum Allah adalah satu daripada sunnah RAsulullah.

2. Pemerintahan adalah suatu amanah. Kerajaan diamanahkan untuk mentadbir negara dan mengurus sumber kekayaan negara bagi pihak rakyat. Kebajikan rakyat adalah menjadi keutamaan. Membelanajakan harta negara hendaklah secara berhemah dan boros jangan sekali.

UMNO
1. Tidak melihat politik sebagai ibadah. Tidak pula politik dizahirkan sebagi satu kepatuhan kepada Allah. POlitik UMNO tidak pula menjuruskan kepada mendaulatkan Islam sebagai satu cara hidup apatah lagi sebagai satu system pemerintahan dan perundangan yang syumul.
2. UMNO menjalankan dasar-dasar yang bercanggah dengan syariat seperti mendapatkan sumber ekonomi negara daripada hasil judi, riba’ dan arak.
3. HArta negara dijadikan hak milik suku sakat dan para kroni. Projek-projek yang menbazir dibangga-banggakan. KEbajikan rakyat dipinggirkan. Rakyat terus dihimpit dengan kemiskinan. PErangai boros mendarah daging dalam UMNO.