SALAM

Monday, April 9, 2012

Persoalan Kehidupan Siswa/wi IIUM Kuantan


Seharian menjelajah ke department2 di IIUMK mencari jawapan pada persoalan-persoalan pelajar..ada yg request nak bus stop, ada yang nak harga makanan cafe dikurangkan, nak minum RO water, nak ust azhar idrus dtg masjid uia kuantan,nak duit welfare trust fund, kerusi baru di cf bro yg dijanjikan ? nak zakat, nak kahwin (pun tanya saya ? ) dan macam2 lagi request itu ini begitu dan begini. Jadi hasil jelajah departmen seharian post end posting examination ni, dibawah saya bawakan berita gembira buat warga iium kuantan :

  1. Pihak food services Mdm Haliza (head department FFSD dari gombak) memohon maaf atas kelewatan kerusi baru di cf bro yg sepatutnya dijanjikan bulan 9 hari tu, jadi katanya status sekarang ni budget sudah diluluskan dan kerusi baru akan mula dipasang di cf bro bermula hujung bulan Januari 2012 ni.
  2. Request utk membina 15 buah bus stop di iium kuantan (almaklum musim hujan,kesian pada sis yg kebasahan) telah diluluskan 8 sahaja. Lokasi akan diumumkan kemudian.
  3. Surat pengesahan keizinan untuk menjemput ustaz azhar idrus, selebriti terkenal tanah air telah diluluskan dgn ditandatangani sendiri oleh Campus Director menyatakan keizinan beliau dijemput masuk ke IIUM Kuantan. Skg menunggu tarikh Ustaz Azhar free utk datang memeriahkan kampus kuantan.
  4. RO water dalam proses pemilihan tender. Kita menggesa FFSD by hook by crook next semester mesinnya sudah dipasang di mahallah bagi kemudahan penghuni asrama. Bagi yg dahaga, harap bersabar.
  5. Bagi yang nak kahwin, anda dipersilakan berbuat demikian (tak perlu kelulusan MPK atau src), iium kuantan menyediakan pinjaman Rm1000 seorang bg pelajar iium. If kedua pasangan mempelai dari iium, maka layak mendapat Rm2000. Untuk perkahwinan pertama sahaja ya
  6.  Harga makanan kafe yang mahal sudah dikhabarkan pada FFSD, tp kita tidak cukup bukti (gambar dan harga yg dikenakan) utk mendakwa operator kafe. Sila lah bekerjasama dgn FoodSquad Mahallah Maimunah menyediakan bahan bukti mencukupi. Harus diingat bahawa mereka semua masih dalam tender percubaan selama 6 bulan (berakhir mac ini). Jadi jika anda tidak bertindak memberi FEEDBACK skg, selepas mac ini tender panjang akan diberi. Ayuh
  7. Green Campaign ! Biodegradable food packaging telah diusulkan dan mereka (FFSD) bersedia memberi budget dan menyediakan bahan. TAPI usul dan motion itu harus datang dari student supaya tidak nampak unsur paksaan dari authorities akan perkara ini(kos bahan sekitar 20sen utk satu bio-polystrene). Jadi saya menyeru jika ada club or group yang bersedia membantu kita menukar dari polystrene biasa kepada biodegradable one sila tampil membantu kami. 
  8. Koperasi siswa akan kita perjuangkan utk dibangunkan di bangunan baru OSC. Juga masih ada dua kekosongan lot kedai di OSC. Saya meminta masa seminggu dari FFSD untuk memberi cadangan kedai apa yang diinginkan oleh ramai student. Sila cadangkan dibawah.

ada lg.. Larat tak nak baca ? psimpangan maut tabari, kebebasan akademik dan PRK, Welfare Fund, Parking student di KOM, kafe di sciences, iium student insurance(protection up to RM17,000) etc..

December 22 2011

No comments:

Post a Comment