SALAM

Tuesday, April 10, 2012

Model Unit Disiplin Kejohanan Sukan Universiti


Posisi
ISCAR(IIUM Sports Carnival) tahun 2012 kita telah mewujudkan post baru dalam organizing komiti dengan mewujudkan Unit Disiplin. Diketuai oleh dua orang wakil SRC dan dianggotai oleh geng AOKME seramai 8 orang.

Fasa Pelaksanaan
Fasa 1 – Educate bermula dari meeting pertama ISCAR. Briefing dari ketua unit Disiplin tentang kewujudan unit disiplin dan jobscope yang ditaklifkan. Memastikan setiap pic games kulliyyah faham dan bersetuju dengan 3 fasa yang dibentangkan. Persetujuan dari pic kulliyyah sgt penting untuk memastikan kelancaran penguatkuasaaan warta unit disiplin semasa berlangsung kejohanan.

Fasa 2 – Warning. Bagi kesalahan pertama, warning diberikan. Peserta dibuang padang dan diarah menukar pakaian bagi kesalahan membuka aurat.

Fasa 3 – Summon. . Mewujudkan kerjasama erat dengan pihak Security dan Fellow Principal Mahallah bagi tindakan penguatkuasaaan dan saman mereka yang ingkar dengan rules and regulation.
#booth Unit Disiplin dibuka diluar pintu Indoor Sports Complex, bagi menyediakan base camp para petugas berbincang dan menggerakkan aktiviti unit disiplin.

Matlamat
  1. Aurat : memastikan semua peserta menutup aurat dengan baik sepanjang kejohanan berlangsung.
  2. Muamalat : memastikan ikhtilat atau percampuran lelaki dan perempuan terkawal dengan memisahkan mereka dari tempat duduk dan mengawal sorakan dari penonton terutamanya wanita.
  3. Solat : memastikan games berakhir tepat jam 7 ptg bagi memberi laluan kepada Maghrib. Pada jam 6.40 ptg warning pertama diberikan kepada PC games dan semua pic kulliyyah bagi memastikan semua games baru tidak lagi bermula dikhuatiri drag masa melebihi jam 7. Jam 7 announcement dibuat bagi memastikan semua student boleh beransur pulang.

Keberkesanan

Aurat : Alhamdulillah ISCAR berlangsung dengan jayanya tanpa ada satu saman pun dikeluarkan dari unit disiplin. Meskipun begitu, beberapa pemain telah dibuang padang atas kesalahan aurat dan mereka tidak mengulangi kesalahan tersebut.
Muamalat : peserta terkawal dengan duduk ditempat yang disediakan, Cuma kami masih mencari jalan bagaimana untuk mengawal sorakan dari penonton wanita yang terlalu kuat.
Solat : Alhamdulillah hamper kesemua games berjaya ditamatkan mengikut waktu yang ditetapkan.
*kerjasama dan sokongan dari pengarah program ISCAR juga banyak membantu menjayakan matlamat penubuhan Unit Disiplin.

Cadangan penambahbaikan
  1. Poster : perlu lebih tersusun, ada satu board khas untuk unit disiplin. Menggunakan English as medium.
  2. AJK : diberi kad kuasa, dan dilatih untuk handle situasi tegang jika pemain tidak memberi kerjasama baik.
  3. Sister penjaga garisan semasa games brother perlu dihentikan. Persiapan awal perlu dihigtlightkan semasa briefing sebelum kejohanan berlangsung.
  4. Membuka majlis kejohanan dengan al-fatihah setiap hari, dan tazkirah harus lebih konsisten.


Disediakan oleh,

SHARID AHMAD
SRC 2010/2011

8 comments: