SALAM

Sunday, February 14, 2010

Siasah Gila!

Ini petikan yg menarik..baca dan fahami!

Demo lakonan terburuk Umno S'gor
Idris Ahmad Dis 29, 09 7:48pm

PAS amat kasihan melihat Umno dan penyokongnya yang kini begitu terdesak dalam melakukan apa jua cara bagi memecahbelahkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Demonstrasi yang kononnya dilakukan oleh Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor di Shah Alam 27 Disember lalu jelas menunjukan kebodohan Umno dalam menguruskan kekalahan mereka di Selangor. Jelas, kejadian itu aksi lakonan terburuk Umno sejak Mac 2008.

PAS mendapati penganjur demonstrasi berkenaan mempergunakan Islam dan juga agenda perjuangan Melayu sebagai modal menarik perhatian umum yang jelas bertentangan dengan prinsip perjuangan PAS.

PAS jelas, sebagai sebuah parti yang mengangkat Islam sebagai roh perjuangan, menolak perjuangan perkauman sempit yang dilaung-laungkan oleh para demonstran yang didalangi Umno itu.

PAS tegas dalam hubungan bersama Pakatan Rakyat dan kesal dengan pihak-pihak yang mempergunakan nama PAS bagi tujuan mewujudkan keraguan dan kekeliruan terhadap identiti pendukung dan penyokong PAS yang sebenar.

Jelas yang hadir dalam himpunan berkenaan bukanlah ahli-ahli PAS, malah mereka merupakan orang-orang upahan Umno yang kini semakin nazak di Selangor. Mereka malu menggunakan nama Umno untuk berdemonstrasi dan terdesak meminjam nama PAS bagi meraih simpati.

PAS yakin demonstrasi ini diadakan sebagai reaksi awal terhadap kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' yang akan dilaksanakan mulai Januari ini.

Selain itu, pemimpin-pemimpin Umno turut terdesak mempergunakan demonstrasi ini bagi menutup kes kehilangan enjin pesawat pemintas TUDM yang melibatkan presiden Umno serta pengerusi perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Najib Razak yang didesak agar meletakkan jawatan segera untuk disiasat.

PAS berharap agar ahli-ahli dan penyokong PAS tidak terpengaruh dengan dakyah yang cuba disebarkan oleh Umno melalui kumpulan ini.

PAS yakin bahawa kerjasama dalam Pakatan adalah yang terbaik pada masa ini dan kita tidak akan lupa dosa-dosa Umno kepada PAS serta rakyat keseluruhannya.

PAS bersama memimpin Pakatan dan memacu kecemerlangan divsemua negeri yang dimenangi Pakatan. PAS yakin sokongan rakyat akan terus bertambah dengan apa yang telah diusahakan bersama Pakatan, di samping laknat rakyat di atas kebodohan Umno sejak tahun lalu yang kian terserlah.

PAS mengingatkan agar pihak-pihak yang terdesak ini bertaubat dan segera meninggalkan Umno untuk menyertai PAS.

PAS yakin mereka juga sayangkan PAS walaupun ahli Umno. Tetapi melihat PAS dari kaca mata Umno menjadikan mereka buta dan tidak memahami perjuangan sebenar PAS, maka eloklah mereka kuburkan Umno dan masuk PAS dengan segera.


Idris Ahmad ketua penerangan PAS

No comments:

Post a Comment