SALAM

Tuesday, May 12, 2009

Books' Review ep 1





Semingu ni agak sibuk dengan exam minitest yg baru hbis semalam. Xsibuk mana pun mgkin jadual yg agak pnuh memenuhkan kepalaku. Seperti yg dijanjikan, seminngu yg lalu sebuah buku per week..fuh.sempat 2 buah tp buku ringan dan kecil jela. Our beloved lecturer once said to us when a few of us late came to class(including me la>.<), tenang dan lembut senyumnya.. ‘better late than never’..mmmg terharu. Instead of scolding us, such a word change me n my friends not to come late again. Berhikmah kan?


1st Book Entitled Bisikan Sirr authored by Ulama Tsauf TG Ibrahim Mohamad aka Tokku Pulau Manis.
Allah amat menyayangimu, wujudmu adalah bukti wujudNya. Apakah maknanya Dia mewujudkan mu jika Ia membencimu..renunglah kedalam dirimu dengan renungan yg sedalam-dalamnya. Engkau tidak akan memahami bahasa Cinta jika engkau berpaling dari WajahNya. JIka engkau memeluk apa yang ada disekelilingmu itu, engkau akan jauh dari cahaya kasih sayangNya. Nafsumu adalah penghalang besar untuk dirimu merasai belaianNya yang amat lemah lembut.


Ujian adalah cemeti kehidupan. Musibah adalah seruan untuk hamba itu kembali ke dalam dakapanNya. Bagaikan cemeti sang pengembala kepada ternakannya, ia agar ternakannya kembali ke kandang. Allah tidak menolong kaum yg fasiq(melakukan dosa besar @ berterusan melakukan dosa kecil-penulis). Apakah maknanya hidup ini jika Allah meninggalkanmu..


Dia amat menyayangimu tetapi perbuatanmu terlalu melampau. Dia jadikan hatimu satu, tetapi engkau mengisinya dengan pelbagai kecintaan. Engkau lebih cinta pada seruan nafsu dan syaitan, bahkan engkau berpaling dari seruanNya melalui petunjuk rasulNya. Jika begitu bagaimana engkau mahu mencapai kebahagiaan? Engkau tidak akan menemui syurga dalam kehidupanmu di dunia, apatah lagi di akhirat nanti. Perjalananmu menyimpang ke neraka dan engkau akan menderita.


Dia tidak akan meninggalkanmu, Dia akan menyebutmuapabila engkau sentiasa menyebutNya. Dia tidak menciptamu untuk membencimu.

Kenapa kita perlu malu mnegakui kesilapan. Allah menegur nabi saw ketika baginda memalingkan wajahnya dari Ibnu Maktum yang tua dan buta.Allah juga menegur isteri-isteri nabi apabila mereka membisikkan amanah Nabi. Ayat-ayat teguran itu termaktub dalam Quran yang dibaca sehingga kini. Kesilapan adalah fitrah kerana disana ada NamaNya yakni al-Ghaffur (yg maha Pengampun). Tidak mahu mengakui kesilapan adalah menganggap dirinya sempurna dan kesombongan.


Jika kita memang melakukan kesilapan katakana “ya” apabila org bertanya. Akui kesilapan dan berjanji untuk tidak mengulanginya. Beri peluang kepada diri, tetapi bukan dengan terus angkuh dan menutup kesilapan dengan pelbagai helah.

Kesilapan adalah ubat dariNya untuk menyembuhkan penyakit takabur, riya’, cintakan kemasyhuran dan sebagainya. Para kekasih Allah lebih suka dicerca daripada dipuja. Mereka tidak akan membela diri apabila dicerca keaibannya, malah bergembira mengakui kesalahan mereka, malahan keburukan dirinya dikhabarkan lebih banyak lagi dari yang diketahui orang. Mereka bukan cintakan sanjungan manusia, hanya cinta Allah yg dicari.



2nd Book entitled Menjadi Muslim Terbaik karya Aa Gym. Ada 4 jenis perkataan iaitu :
1.Perkataan yg bijak-Sekiranya berbicara, kata-katanya jelas dan bernilai.Setiap perbualan sarat dengan ilmu, hikmah dan zikir, sehingga setiap org yg mendegar merasakan manfaat daripada kata-katanya.Apabila membicarakan sesuatu dia selalu berbicara hal yg memberi faedah kepada org yg mendengarnya. Kata-kata org bijak ini selalu dinanti-nantikan. Namun biasanya org yg bijak tidak terlalu melepaskan kata-katanya. Bahkan dirinya lebih senang mendengar org lain bercakap bagi mengambil hikmah daripada percakapan itu.


2. Perkataan org biasa-Perbualan kosong tiada asasnya. Segala kejadian yg dilihat dijadikan cerita ataupun dijadikan ulasan.Waktu yg digunakan bagi berkata-kata lebih banyak dari nilai yg diperoleh. Eg: bersembang pasal bola sepak panjang lebar (err…)pelanggaran kereta, gossip terbaruu dan sesuatu isu yg tidak ada hikmahnya. Gol ini adalah gol yg rugiiiii..

3.Perkataan org yg martabatnya rendah-ia adalah perkataan berisi keluhan, hinaan, cacian dan makian. Orang seperti ini sebenarnya tidak pernah menerima semua apa yg ada dihadapannya. Dia selalau sahaja mencari-cari kekurangan benda disekelilingnya. Bercakap keburukan org sahaja. Setiap perkataan yg diungkapkan hanya memperlihatkan kehinaan dirinya sahaja.

4. Perkataan org yg dangkal-Dia lebih sibuk bercerita tentang kehebatan dirinya sendiri, “ini adalah jasaku, dia aku akulah yg mendidiknya etc”..Orang seperti mahu dirinya dihargaii oleh masyarakat sehingga selalu menyebut mengenai kebaikan yang dilakukannya. Orang yang tiada harga diri memang selalu ingin dihargai.

1 comment:

  1. Wahai... Pemilik nyawaku
    Betapa lemah diriku ini
    Berat ujian dariMu
    Kupasrahkan semua padaMu

    Tuhan... Baru ku sadar
    Indah nikmat sehat itu
    Tak pandai aku bersyukur
    Kini kuharapkan cintaMu

    Kata-kata cinta terucap indah
    Mengalun berzikir di kidung doaku
    Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
    Butir-butir cinta air mataku
    Teringat semua yang Kau beri untukku
    Ampuni khilaf dan salah selama ini
    Ya ilahi....
    Muhasabah cintaku...

    Tuhan... Kuatkan aku
    Lindungiku dari putus asa
    Jika ku harus mati
    Pertemukan aku denganMu

    ReplyDelete