SALAM

Friday, January 9, 2009

Demonstrasi UIA Kuantan-edited

<---"Bakar!! Bakar!! Bakar!!"-a must look video=)

Video klip ni paling bes.....=)Hari ini hari bersejarah buat UIA kuanta..mana tidaknya satu kampus turun ke dataran Kulliyyah of medicine untuk sama2 menyatakan rasa benci dan marah dan menyampah kepada Israel..

Rentetan ceritanya sgt menarik..pertama didahului dengan khutbah jumaat membakar yg disampaikan saudara Redzuan final year Pharmacy. Dengan memaki kain lilit kepala bertulis kalimah La Ilaha Illa Allah dia berjaya membakar semangat warga uia untuk tidak tidur sepanjang khutbah jumaat..ajaib wal pelik yg amat...

Setelah selesai solat jumaat, seketika kedengaran bunyi takbir dari dataran Kuliyyah of Medicine..(KOM). Aku bergegas. Mcm diary la plak..hadirin sudah memenuhi ruang dataran dengan kehadiran sahabat2 dari Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah(KIPSAS). Dtg 2 bas penuh..fu..




Kemudiannya, setelah berkumpul, pengerusi perhimpunan raksasa ini, Saudara Fakhrurazi Ahmad Yahya..dengan penuh gahnya memulakan gelanggang dengan ucapan membakar semnagat para hadirin..Yg besnya, ucapan pembukaan oleh KAMPUS DIREKTOR UIA Kuantan..fuh.maknanya ia legal dan semua lecturer turut hadir sama ke medan..

Ucapan diteruskan oleh Dr Emad, dari mesir yg seketika sebak..suaranya yg jelas seakan sebak yg amat dengan mengatakan dinegaranya tidak boleh diadakan perhimpunan seperti ini..bayangkan, mana tidaknya sebak apabila berita beberapa hari yg lalu memberitahu pintu pagar Mesir-Palestin ditutup oleh kerajaan mesir, sehinggakan apabila warga Gaza menghampiri pintu sempadan tu pun kerajaan Mesir mengarah supaya ditembak..dan kata Hosni Mubarak, Mesir tidak buka sehingga dapat kebenaran dari ISRAEL laknatullah..punyalah laknat..ee

Ucapan seterusnya dari DEKAN a.k.a DEAN KULLIYYAH of MEDICINE, DR FAUZI yg berkali2 takbir memarakkan lagi semangat hadirin..ucapan wakil international student saudara Abdul rasyid dari nigeria dan wakil mahsiswa saudara Fikri mohd sobri mmg berisi dan padat..

Pastu ada GIMMICk..dan last sekali ialah resolusi yg disetujui oleh semua hadirin pendemonstrasi iaitu BOIKOT!!!!!!!!!!!!!!!!!!! BOIKOT!!!!!!

Boikot MAGGI, COCA COLA, COLGATE dan McDonald....sebenarnya ada dijadualkan bakar patung..tu yg hadirin kat gambar atas seklai mengamuk.mintak patung Bush laknat yg digantung ditiang bendera dibawa turun dan dibakar..tetapi Kampus Direktor tak bagi..




Apapun





demonstrasi kali ini mmg hangat dan berjaya..tahniah diucapkan kepada penganjur yg bertungkus lumus dari kalangan x-SRC, saudara Fakhrul Razi Zakaria, Saaudara Redzuan Yaakob, dan semua..mg terus menerus berjuang demi umat Islam yg kita cintai..




Ada sahabat tabyakan pada saya kenapa berdemonstrasi..bukannya Israel mahupun US dengar pun..kita dahlah kat Kuantan jauh pedalaman tgh Hutan lg...




Entah lah..pelik jg. Tapi cb kita pikir, kenapa Vatican Italy pun buat demonstrasi..d Greece baik d Venezuela baik d Perancis dsbnya...mrk kan kapir??




KIta umat Islam umpama badan yg sempurna..kalo muka kita ditampar dan pijak2, takkan tangan dan kaki nak dok diam je..kengkurang sepak ke, terajang ke tunjukkan bahawa kita ialah satu badan yg saling berhubungan..kalo gigi sakit pun satu badan merasa sakit..x gitu gamaknya..




Antara lain, ialah untuk menyedarkan masyarakat sekeliling bahawa umat Islam perlu bersatu dan turut sama merasai penderitaan umat Islam dinegara lain setidak-tidaknya..nak pg berperang untuk tolong mrk jauh sekali, nak pikir pasal mereka pun malas..mmg sah bila Allah bangkit kat dalam kubur seksok, Allah tanya sapa saudara kamu?? mampos xdapat jawab..kena lah seksa dengan munkar nakir sampai yaumul mahsyar..dipukul dipalu berhari2, baru lah ia sedarkan diri..sesunggunya org mukmin itu bersaudara=)

Sebelum bersurai, Ust mad Ali principal Mahallah baca doa qunut nazilah rabithah dsbnya..dan selepas tu hadirin mula bersorak "BAKAR!!! BAKAR!! "..tgk video kat atas..tak nak bersurai sbb da semnagt sgt nak boikot yahudi israel nh..


Mubarak syaitannn besar!!
Baca sini..syaitan!!


1 comment: