Sebelum tgk peta bwh ni, rujuk berapa harga minyak semasa hari ni.. Ada gadget kat atas tepi sekali..Di bawah ialah salasilah cerita harga minyak yg bagiku sgt menarik..disebalik harga minyak ini, ada seribu satu rahsia dan cerita yg tidak dapat diungkapkan dgn kata..
Graf trend harga minyak dunia dan perkaitan dengan peristiwa2 yg berlaku. Perang Arab-Israel pada tahun 1973 menyebabkan negara2 pengeluar minyak OPEC-yg kebanyakannya negara arab- menghentikan pengeluaran menyebabkan harga minyak dunia naik sehingga 400%. Ia merupakan kes pertama MINYAK dijadikan political weapon untuk menekan US yg seterusnya memujuk Israel mengundurkan tenteranya dari negara2 Arab.
Revolusi Iran yg menjatuhkan Shah Iran, peristiwa bersejarah yg menaikkan nama Khomeini selaku pimpinan hebat yg dibuang negara, tetapi dgn ucapannya dari luar didengari dicorong2 radio menyebabkan rakyat Iran bangkit menjatuhkan rejim Shah Iran. Pengeluaran minyak di Iran hampir2 terhenti disebabkan krisis dan pemberontakan di Iran menyebabkan harga minyak dunia terus naik.
Mengambil peluang dari kesan revolusi Iran, Iraq menyerang Iran sebagai menyelesaikan krisis dalaman 2 negara jiran ini. Bermula dari september 1980 sehingga August 1988, isu borders shiah-sunni dan beberapa isu lain perang Iran-Iraq menyebabkan hampir setengah juta tentera dan org awam Iran dan Iraq mati!! Iraq sebenarnya cuba mengambil peluang atas kondisi Iran yg masih lemah setelah revolusi Iran, tetapi hanya beberapa bulan sahaja tentera Iraq berjaya diusir dan 6 tahun berikutnya Iran menyerang Iraq.Iraq --kelu defensif..Saya paparkan sokongan dan bantuan beberapa negara yg turut melibatkan diri dalam perang iran-iraq :
Antar yg memberi bantuan dan sokongan ialah US, kedua2 negara diberi bantuan, Israel menyokong Iran, Singapura menyatakan sokongan kpd Iraq dll..yg menjadi mgsa dan hina dan bodoh ialah kita..mereka golongan kuffar bertepuk gembira melihat org Islam bergaduh berbunuh-bunuhan sesama sendiri..
Fasa oil-price crash. Selepas kenaikan harga berganda kesan dari perang Iran-Iraq, dunia mula mengurangkan penggunaan minyak dan mula mencari sumber tenaga alternatif. Harga minyak dunia jatuh merudum mencecah $10 per barrel.
Perang Teluk berlaku. Iraq invade Kuwait bagi mengambilalih negara pengeluar minyak ketiga terbesar dunia itu. Tempohnya bermula 2 August 1990- 28 February 1991, berakhir dengan kematian lebih 200,000 tentera Iraq...
to be continued.....da zohor...
Assalamualaikum...
ReplyDeletetahniah blog yang mantap...
cuma bagi saya adalah lebih baik jika di latakkan sekali sumbernya bila menulis atau mengomen tentang sesuatu topik itu..
kerana kadang terdapat sumber yang tidak betul faktanya dan ada sumber yang kita perolehi jarang betul..jadi jika diletakkan sumbernya..pembaca yang lain boleh merujuk pada kesahihannya...
kagum ya kerana kamu bisa menulis tentang rencana ekonomi walaupun tidak mempelajarinya secara detail......
cuma, kadang2 bila kita mendapat sumber dari luar..dan manganalisisnya tanpa pengetahuan ekonomi yang kukuh, kadang2 kita akan silap mentafsirnya..
tapi semua orang berhak keluarkan teori sendiri...
namun harus diingat..setiap yang kita tulis dibaca oleh orang lain..dan kadang2 ada yg terpengaruh dengan tulisan itu..jadi perlu ditegaskan..bila menulis kena yakin ngan apa yang ditulis dan perlu ellakkan sebarang pealsuan data dan analisis yang salah...
teruskan usaha!
komen saya hanya buah fikiran..
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSYUKRAN..maklumat diatas saya baca major nya dari BBC news..ia maklumat yg diterbitkan dan dibaca sebahagian warga dunia mgkin..cuma olahan dan bahasa disesuaikan dgn situasi semasa..apa mgkin ada kekeliruan yg harus saya perbetulkan wahai saudara..:)
ReplyDelete