Anwar, Najib, Rosmah, dan Raja Petra
Akhir-akhir ini, banyak peristiwa yang berlaku mendominasi muka depan media massa negara. Dari sudut pandangan psikologis, ada yang berandaian bahawa perisitiwa-peristiwa ini berlaku untuk mengalih pandangan rakyat umumnya dari satu-satu isu yang sepatutnya menjadi fokus negara.
Teknik 'framing' ini cukup popular dikalangan politikus-politikus negara kerna ia memberi ruang kepada mereka-mereka yang mungkin agak overwhelm ini untuk bernafas. Oleh sebab yang demikian, saya berpesan pada diri saya dan sahabat-sahabat jangan mudah terpedaya dengan helah mudah ini. Usah kita bicara tentang hal-hal remeh yang belum dipastikan kesahihannya. Sebaliknya tumpukan usaha kita ,menyebarluas dan menganalisis isu-isu utama yang melibatkan kepentingan majoriti rakyat Malaysia
Islam mengajar kita prinsip yang sangat jelas dalam hal ini. Andai Hukum QAZAF diimplementasi dalam sistem perundangan negara, saya kira tiada mulut lancang kan mudah melempar tuduhan. Misal, tuduhan Liwat buat kali kedua yang dilemparkan kepada Sdr Anwar adalah amat berat. Perakuan bersumpah Raja Petra terhadap Najib, Rosmah dan beberapa yang lain seperti yang disiarkan dalam blognya tidak sepatutnya dianggap remeh.
Dalam Quran, Allah menginagtkan kita bahawa
"Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)
Imam Malik berkata :
Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)
Pendirian saya, kita tidak menyokong atau menafikan tuduhan mana-mana pihak dengan mudah. Sebaliknya kita perlu berlaku berlapang dada dan mengikuti perkembangan isu-isu ini dari semasa ke semasa dari KEDUA sudut pandangan, YANG MENUDUH dan TERTUDUH.
Untuk melihat pandangan Ust Zaharudin berkenaan Qazaf, klik disini..
Untuk melihat padanangan ulama' muda Ust Wan Ji, klik disini..
Untuk melihat diakhbar semasa klik disini..
No comments:
Post a Comment